IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 22 APRIL 2009)

BILANGAN IKLAN: 13/04/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

G.5 ($1,485 - $2,155 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

TEKNISYEN KAPAL TINGKAT II

BAHAGIAN TENTERA LAUT

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

 

5.

JURUTEKNIK RENDAH

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

 

6.

PEMANDU JENTERA ANGKAT SUSUN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)           i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan juga pegawai-pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
     

  2. Mengawasi dan mengurus perlaksanaan projek-projek pembinaan dan pemeliharaan.
     

  3. Bertanggungjawab dan menyediakan laporan tahunan ke atas kemajuan kerja/projek dibawah pengawasannya.
     

  4. Memeriksa dan menilai kesempurnaan sesuatu kerja/projek untuk diluluskan sebelum penyerahan rasmi dilakukan.
     

  5. Membuat anggaran dan pembayaran kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
     

  6. Membantu menyediakan belanjawan tahunan bagi projek-projek yang akan dirancang.
     

  7. Mengawasi kakitangan dibawahnya termasuk pengawasan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor.
     

  8. Menyediakan dokumen tawaran/sebutharga bagi kerja-kerja pemeliharaan termasuk menyediakan lukisan.
     

  9. Melukis dan merekadesigningkerja-kerja kecil dibawah arahan Jurutera.

 << Atas

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

G.5 ($1,485 - $2,155 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)    i)     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Sijil Pendidikan / Diploma Pendidikan dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 10 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)              Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik.

 

c)                  Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN: 

  1. Membantu Penolong Pendaftar, Bahagian Peperiksaan dalam:

     

    1. Menyediakan Jadual Peperiksaan, Jadual Pengawas Peperiksaan, Bilik/Pusat Peperiksaan, Peralatan-peralatan Peperiksaan dan lain-lain.
       

    2. Memastikan perjalanan peperiksaan dengan sempurna dan teratur.
       

    3. Memproses markah dan mengendalikan pengeluaran keputusan peperiksaan Universiti.
       

  2. Kerja-kerja penyediaan skrol ijazah, diploma dan sijil.
     

  3. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarah Pendaftar dari semasa ke semasa.

 << Atas
 

 

3.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)         BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat di Jabatan Buruh dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Berkebolehan menulis  dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEMERIKSA BURUH:

  1. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal-hal Pengurusan Antarabangsa, Kesatuan Sekerja disamping membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam urusan Pentadbiran dan apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan Buruh.
     

  2. Membantu melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal Perburuhan disamping melaksanakan tugas-tugas harian yang diamanahkan.
     

  3. Mengadakan lawatan/rondaan/pemeriksaan dari masa ke semasa di tempat perusahaan pekerjaan dan perumahan pekerja.
     

  4. Menyediakan laporan pemeriksaan dan apa-apa jua arahan dari masa ke semasa.
     

  5. Menandatangani Kontrek perjanjian Kerja diantara majikan dan pekerja termasuk Perkhidmatan Rumahtangga (Amah) serta mengendalikan kes-kes pertikaian kerja.
     

  6. Penolong Pemeriksa Buruh mestilah bersedia untuk bertugas dimana-mana tempat/cawangan dan pada bila-bila masa diperlukan.

<< Atas

 

 

4.

TEKNISYEN KAPAL TINGKAT II

BAHAGIAN TENTERA LAUT

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Berumur di antara 20 hingga 45 tahun.

 

b)       i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan atau swasta dalam bidang Teknisyen Kapal atau bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

 << Atas
 

 

 

 

5.

JURUTEKNIK RENDAH

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

 

                   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji Bahagian V dalam tanggagaji F.1 tidak kurang 5 tahun,

 

b)       Pengalaman dan kebolehan praktikal yang terbukti dalam salah satu bidang kerja-kerja ukur tanah atau pemetaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK RENDAH:

  1. Melaksanakan kerja-kerja di unit-unit dibawah Bahagian Ukur Tanah atau Pemetaan Infomatik.
     

  2. Mempastikan perjalanan kerja mengikut Work Instruction dalam Sistem Pengurusan Berkualiti (ISO 9001).
     

  3. Membantu Juruteknik Ukur dalam pengukuran tanah dan pemetaan dilaksanakan dengan betul.
     

  4. Memasukkan data-data kedalam database untuk Sistem Maklumat Tanah, jika diperlukan.

 

<< Atas

 

 

6.

PEMANDU JENTERA ANGKAT SUSUN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Hendaklah tahu menulis dan membaca.
     

  2. Mempunyai lesen memandu kelas 3 dan tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu.
             

  3. Lesen memandu kelas 5 dan 11 dan berpengalaman memandu jentera angkat susun atau jentera-jentera berat seperti krin-krin, bull-dozer atau grader merupakan kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU JENTERA ANGKAT SUSUN: 

  1. Memberi perkhidmatan pemunggahan dan penghantaran barang-barang yang diterima kepada pengguna dengan menggunakan Jentera Angkat Susun (Forklift).
     

  2. Pengurusan dalam penjagaan dan pemeliharaan kenderaan angkut susun ketahap maksima, beroperasi setiap masa apabila diperlukan.
     

  3. Memberi bantuan kepada unit-unit dalam perkhidmatan yang memerlukan perkhidmatan Jentera Angkat Susun.
     

  4. Membuat penyelenggaraan dan penyusunan barang-barang yang diterima oleh Unit Kawalan Mutu dan Pengangkutan ke dalam stor-stor untuk dibuat pemeriksaan dan seterusnya penyerahan kepada pengguna.
     

  5. Memberi bantuan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan Jabatanarah ini dalam Skip Kerja yang berkaitan dengan kerja-kerja ke Unit Kawalan Mutu dan Pengangkutan.

 

<< Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)