IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 18 MAC 2009)

BILANGAN IKLAN: 08/02/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

jurupulih anggota

kementerian kesihatan

m.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

ATAU

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PELANCONGAN

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 – 3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PEGAWAI TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENGURUS DOBI RUMAH SAKIT RIPAS

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PENYELIA TINGKAT II (TELEFON)

KEMENTERIAN KESIHATAN
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEMERIKSA TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

8.

PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

9.

MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                              

 

 

 

 

 

1.

jurupulih anggota

kementerian kesihatan

m.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

ATAU

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

 

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fisioterapi, atau kelulusan sebanding dalam bidang

     yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Mempunyai perakuan pengalaman mempraktikkan keahlian klinikal tidak kurang dari

     5 tahun perkhidmatan di bahagian-bahagian fisioterapi adalah kelebihan.

 

c)  Berumur di antara 20 hingga 35 tahun.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertugas melakukan kerja-kerja klinikal secara rotasi dibahagian-bahagian dan wad-wad mengikut arahan Ketua Pentadbiran Bahagian.
     

  2. Bertanggungjawab kepada pesakit-pesakit serta melakukan kerja-kerja klinikal, memeriksa, merawat dan merancang rawatan fisioterapi bagi pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Doktor Perubatan.
     

  3. Bertanggungjawab ke atas Pembantu Jurupulih Anggota yang ditugaskan khas untuk membantu melakukan tugas-tugas harian.
     

  4. Mengawas, memantau dan menunjuk ajar kerja-kerja klinikal kepada Pembantu Jurupulih Anggota.
     

  5. Membantu didalam mengenalpasti kekurangan peralatan rawatan fisioterapi, barang-barang keperluan fisioterapi dan termasuk peralatan-peralatan yang rosak.
     

  6. Menyumbang didalam keperluan latihan 100 jam setahun dengan mengadakan latihan-latihan formal anjuran Bahagian Fisioterapi termasuk latihan-latihan klinikal kepada Jurupulih-Jurupulih Anggota dan Pembantu-Pembantu Jurupulih Anggota dan presentasi-presentasi mingguan yang bersangkutan dengan fisioterapi.
     

  7. Mengikut serta aktif didalam Kumpulan Kerja Cemerlang.
     

  8. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat mengenai perkhidmatan fisioterapi dan mewakili mesyuarat-mesyuarat dan melakukan tugas-tugas atau projek-projek anjuran Hospital dan Kementerian Kesihatan.
     

  9. Bertugas secara On-Call atau diluar waktu pejabat termasuk hari-hari cuti kelepasan awam mengikut giliran atau rotasi yang ditentukan.
     

  10. Bertugas ke luar daerah iaitu ke Unit-Unit Fisioterapi hospital-hospital daerah mengikut keperluan dan arahan daripada Ketua Pentadbiran Bahagian.

 

 

<< Atas    

 

 

2.

PEGAWAI PELANCONGAN

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan /

              Pemasaran / Pengurusan Perniagaan dan Kewangan / Komunikasi Massa

             (Mass Comunication) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam

             bidang-bidang yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan  

    Pelancongan / Pemasaran / Pengurusan Perniagaan / Undang-Undang / Perakaunan,

    atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat

    dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah

    ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Pelancongan dalam

     tanggagaji C.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan pelancongan adalah kelebihan.

 


 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu perancangan mengenai perkembangan produk-produk dan merumuskan strategi pemasarannya.
     

  2. Bertanggungjawab dalam pentadbiran Akta Ejen-Ejen Pelancongan 1978 dan mengawasi kegiatan-kegiatan dan perkembangan industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam.
     

  3. Membuat lawatan dan pemeriksaan ke pejabat-pejabat ejen-ejen pelancongan dalam Negara Brunei Darussalam dan memastikan ejen-ejen pelancongan tersebut sentiasa mematuhi peraturan yang ada.
     

  4. Menghadiri mesyuarat / pameran / kursus / seminar yang berkaitan dengan bidang pelancongan dalam dan luar negara.
     

  5. Menyelaras dan menyediakan persiapan-persiapan bagi menyertai pameran-pameran di dalam dan luar negara.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dalam usaha menggalakan dan memajukan industri pelancongan antaranya:-
     
    i)   Menyelaras lawatan suaikenal media dan agensi pelancongan luar negeri.
    ii)  Menyelaras penerbitan risalah-risalah promosi pelancongan.
    iii)
    Mengajurkan dan mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan
        bidang pelancongan.

     

  7. Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan  pegawai-pegawai atasan yang lain dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

 

3.

PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 – 3,760 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perniagaan /

     Pengurusan / Pengurusan Sumber Manusia atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

     yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

a) i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Perdagangan/

          Komputer atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat

          dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kakitangan atau jawatan berkaitan

         dengan pengurusan kakitangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan

         telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kakitangan atau

     jawatan berkaitan dengan pengurusan kakitangan dalam tanggagaji C.3 tidak

     kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mengetahui Peraturan Am, Dasar dan Peraturan Kerajaan mengenai dengan

     pengurusan kakitangan.

 

c)   Mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kakitangan adalah kelebihan.

 

d)  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Information Communication

     Technology (ICT) adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Bertanggungjawab / melapor kepada Ketua Bahagian / Ketua Unit.

 

2.    Membantu Ketua Bahagian / Ketua Unit dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-

       program sumber tenaga manusia.

 

3.   Mengkaji, mengumpul dan menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan

      bahagian masing-masing.

 

4.    Menyelia, mengawas dan memberi bimbingan kepada pegawai-pegawai bawahan

      di dalam memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka

      dijalankan dengan jujur, cekap dan berkesan.

 

5.   Menjalankan apa-apa jua tugas dan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah

      Perkhidmatan Awam / Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam / Ketua Bahagian /

      Ketua Unit / Pegawai-Pegawai Kanan yang berkenaan dengan jujur, cekap dan berkesan.

 

 

<< Atas      

 

 

 

4.

PENOLONG PEGAWAI TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Tanah /

           Land Administration / Surveying, atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan

          sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)  Berkhidmat di Jabatan Tanah dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2

    tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau

     dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam hal ehwal Pentadbiran / Pengurusan sama

     ada dalam perkhidmatan Kerajaan, perniagaan atau perusahaan adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membantu Pegawai Tanah Kanan dan Pegawai Tanah dalam perlaksanaan hal ehwal

     pentadbiran dan pengurusan tanah.

 

2. Membantu Pegawai Tanah menyelaras dan memproses permohonan-permohonan kemajuan

    dan penggunaan tanah seluruh negara.

 

3.  Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang-Undang, dasar dan peraturan tanah.

 

4. Menerima dan menjalankan arahan Pesuruhanjaya Tanah dan pegawai-pegawai atasan

    dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

5.

PENGURUS DOBI RUMAH SAKIT RIPAS

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Mechanical Engineering/

         Elektrical atau bidang bersesuaian, atau  kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan Penolong Pengurus Dobi atau

    jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam

    jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengurus dan mentadbir kakitangan Bahagian Dobi.

 

2.  Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk Bahagian Dobi.

 

3.  Memesan barang-barang keperluan untuk Bahagian Dobi.

 

4.  Menyimpan, merekod, mengeluarkan dan mengawal barang-barang keperluan dobi.

 

5.  Menerima barang-barang dobi dari pembekal-pembekal.

 

6.  Membuat laporan kerosakan mesin.

 

7. Membuat penilaian, sokongan dan menilai sebutharga (quotation) dan tender bagi barang-

    barang keperluan dobi.

 

8.  Membuat laporan tahunan bagi perancangan dan perkembangan Bahagian Dobi.

 

 

<< Atas     

 

 

 

6.

PENYELIA TINGKAT II (TELEFON)

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian;

          atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian IV          tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)  Pengalaman menjaga kakitangan dan alat-alat telefon adalah kelebihan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Menyelia dan mengawas operator-operator (telefon) pada tugas-tugas harian mereka.

 

2.   Mengawasi penggunaan telefon dan ‘Pager’ Hospital Ripas.

 

3.   Sebagai penghubung kepada Syarikat Telekomunikasi dan jabatan yang lainnya mengenai

      perkara yang berkaitan dengan kerosakan telefon dan system paging hospital.

 

4.   Membuat jadual kerja bagi operator telefon.

 

5.  Menyelaras perhubungan-perhubungan di Bilik Switchboard semasa kejadian kecemasan

     besar (Major Emergencies).

 

6.  Bertugas secara panggilan (On-Call) di luar waktu pejabat apabila diperlukan.

 

7.  Membuat tugas-tugas yang lain yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

 

  

<< Atas     

 

 

7.

PEMERIKSA TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa

     atau kelulusan sebanding.

 

      Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman bekerja dalam kerja-kerja pemeriksaan, penyiasatan dan

      pemetaan tanah dan mempunyai kebolehan membentuk dan menyediakan laporan bagi

      satu penyiasatan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Ilmu Alam Negara

      Brunei Darussalam adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

    Membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan kemajuan dan perkembangan tanah bagi

    setiap permohonan kemajuan dan penggunaan tanah.

 

 

<< Atas    

 

 

 

8.

PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

  

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa,

        atau kelulusan sebanding.

 

         Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)  BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengendalikan pendaftaran / pencapan alat-alat sukatan dan timbangan orang ramai

     dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

2.  Membuat spot check (pemeriksaan mengejut) ke premis-premis perniagaan untuk memastikan

     alat-alat sukatan dan timbangan adalah sah untuk digunakan dalam urusan perniagaan.

 

3.  Lain-lain tugas yang berhubung dengan penyibaran dan penyelarasan sistem metrik.

 

4.  Membantu Merinyu Sukatan dan Timbangan.

 

5.  Lain-lain tugas yang diarahkan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas      

 

 

9.

MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa,

          atau kelulusan sebanding.

 

           Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)   BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengendalikan pendaftaran / pencapan alat-alat sukatan dan timbangan orang ramai

     dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

2.  Membuat pemeliharaan, pembaikan dan pengujian ke atas alat-alat sukatan dan timbangan

     yang dihantar ke Pejabat.

 

3.  Mengadakan lawatan (out station) ke Jabatan-Jabatan Kerajaan yang mempunyai alat-alat

     sukatan dan timbangan.

 

4.   Menerima laporan-laporan kerosakan daripada orang ramai / Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

5.   Membantu Mekanik Kanan.

 

6.   Lain-lain tugas yang diarahkan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

                                                                                            

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)