IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 18 FEBRUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 04/01/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

INSTITUT PERUBATAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 HINGGA 9

                   &

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

FAKULTI SAINS (BIOLOGI)

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

 

pEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

4.

 

pEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 – 2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

 

pEGAWAI MELESEN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1- 2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

6.

 

pENGENDALI MESIN ATURHURUF GAMBAR TINGKAT I

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

7.

 

PENGENDALI MESIN ATURHURUF GAMBAR TINGKAT II

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

8.

 

pEMBANTU PERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

9.

 

pEMBANTU PERTANIAN RENDAH

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                         

  

 

1.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

INSTITUT PERUBATAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.2:   

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Makmal atau bidang bersesuaian; atau

     kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

              

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji UB.1 EB.2

     atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 EB.2:    

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang makmal sains atau bidang bersesuaian; atau

    kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Mengurus semua makmal di Institut Perubatan supaya semua kelas amali, kerja-kerja

       penyelidikan kakitangan akademik, projek penuntut dan juga penggunaan instrumen

       berjalan dengan lancar.

 

2.   Bertanggungjawab atas stor peralatan Institut Perubatan, stor bahan kimia dan sample-

      sample kajian bagi kegunaan penyelidikan dan pengajaran.

 

3.   Bertanggungjawab menyediakan anggaran perbelanjaan Jabatan Kimia

 

i)  Membuat spesifikasi, justifikasi serta menyediakan dokumen-dokumen untuk pembelian

     alat-alat kelengkapan makmal instrumen setiap tahun.

ii)  Untuk membaiki instrumen yang rosak pada tahun yang ditaksirkan.

 

4.  Membuat penentuan/pemilihan untuk membeli alat-alat kelengkapan dan instrumen makmal

     dari perbelanjaan yang diluluskan oleh pihak Universiti.

 

5.  Bertanggungjawab terhadap perangkaan bilangan kakitangan tambahan makmal dengan

     membuat justifikasi yang kukuh pada setiap tahun.

 

6.   Bertanggungjawab terhadap cara yang betul tanpa pencemaran dalam pembuangan sisa

      kimia. Melatih kakitangan teknikal menjalankan penyulingan semula larutan sisa kimia yang

      telah digunakan.

 

7.  Bertanggungjawab kerja-kerja memperbaiki:

 

i)   Alat-alat kelengkapan dan instrumen  makmal bagi pengajaran dan penyelidikan

     di Institut Perubatan.

ii)  Kemudahan yang disediakan bagi melicinkan bidang pengajaran dan penyelidikan

     di dalam makmal.

 

8.  Mengurus semua kakitangan teknikal dalam kerja harian dan memberi latihan di dalam

     bidang-bidang berikut:

 

i)  Keselamatan makmal dan bagaimana menangani situasi kecemasan semasa bekerja

    di dalam makmal.

ii) Teknik-Teknik terkini untuk mengendalikan kerja-kerja di dalam makmal pengajaran

    dan makmal penyelidikan.

iii) Mendedahkan kakitangan teknikal terhadap teknik-teknik semasa untuk

     mengendalikan instrumen yang moden di Institut Perubatan.

 

9.  Bertanggungjawab untuk membuat laporan prestasi tahunan kakitangan teknikal.

 

10. Mengelola dan menyimpan rekod-rekod berikut:

 

i)   Inventori secara berkomputer.

ii)  Perkhidmatan yang diberi kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Jabatan-Jabatan

     di dalam Universiti Brunei Darussalam.

iii)  Rekod kemalangan di dalam makmal.

iv)  Rekod personel kakitangan makmal.

 

11. Bertanggungjawab terhadap keselamatan di makmal pengajaran dan penyelidikan

      serta mempastikan langkah keselamatan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

 

12.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

                                                                                                                                                   << Atas

 

 

2.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

FAKULTI SAINS (BIOLOGI)

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 EB.2:    

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Makmal; atau kelulusan sebanding dalam bidang

    yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1:   

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Makmal atau

        bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah

        berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak

        kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Ketua Juruteknik Makmal atau

    jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah

    ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak

    kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengurus semua makmal di Institut Perubatan supaya semua kelas amali, kerja-kerja

     penyelidikan kakitangan akademik, projek penuntut dan juga penggunaan instrumen

     berjalan dengan lancar.

 

2.  Mengurus stor peralatan dan stor Bahan Kimia.

 

3.  Bertanggungjawab menyediakan anggaran perbelanjaan Jabatan Kimia

 

i)  Membuat spesifikasi, justifikasi serta menyediakan dokumen-dokumen untuk pembelian

    alat-alat kelengkapan makmal instrumen setiap tahun.

ii)  Untuk membaiki instrumen yang rosak pada tahun yang ditaksirkan.

 

4. Membuat penentuan/pemilihan untuk membeli alat-alat kelengkapan dan instrumen makmal

    dari perbelanjaan yang diluluskan oleh pihak Universiti.

 

5. Bertanggungjawab terhadap perangkaan bilangan kakitangan tambahan makmal dengan

     membuat justifikasi yang kukuh pada setiap tahun.

 

6.  Bertanggungjawab terhadap cara yang betul tanpa pencemaran dalam pembuangan sisa

     kimia. Melatih kakitangan teknikal menjalankan penyulingan semula larutan sisa kimia yang

     telah digunakan.

 

7.  Bertanggungjawab kerja-kerja memperbaiki:

 

i)  Alat-alat kelengkapan dan instrumen  makmal bagi pengajaran dan penyelidikan

    di Institut Perubatan.

ii) Kemudahan yang disediakan bagi melicinkan bidang pengajaran dan penyelidikan

    di dalam makmal.

 

8. Mengurus semua kakitangan teknikal dalam kerja harian dan memberi latihan di dalam

    bidang-bidang berikut:

 

i)  Keselamatan makmal dan bagaimana menangani situasi kecemasan semasa bekerja

    di dalam makmal.

ii) Teknik-Teknik terkini untuk mengendalikan kerja-kerja di dalam makmal pengajaran

    dan makmal penyelidikan.

iii) Mendedahkan kakitangan teknikal terhadap teknik-teknik semasa untuk

     mengendalikan instrumen yang moden di Institut Perubatan.

 

9.  Bertanggungjawab untuk membuat laporan prestasi tahunan kakitangan teknikal.

 

10. Mengelola dan menyimpan rekod-rekod berikut:

 

i)   Inventori secara berkomputer.

ii)  Perkhidmatan yang diberi kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Jabatan-Jabatan

     di dalam Universiti Brunei Darussalam.

iii)  Rekod kemalangan di dalam makmal.

iv)  Rekod personel kakitangan makmal.

 

11. Bertanggungjawab terhadap keselamatan di makmal pengajaran dan penyelidikan

      serta mempastikan langkah keselamatan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

 

12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

                                                                                                                                                   << Atas

 

 

3.

pEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau

        kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian

   atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan

   Kerajaan sebagai Pegawai Melesen atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak

   kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan

     dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.

 

c)  Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis adalah kelebihan.


 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1. Melaksanakan Penguatkuasaan Undang-Undang dibawah Akta Lesen Rampaian, Perintah

    Darurat (Hiburan Awam) 1996, Peraturan Membenarkan Kegiatan Karaoke di Tempat

    Awam, Peraturan Mengadakan Tempat dan Permainan Snooker / Billiard / Pool dan Akta Anjing.

 

2.  Membuat pemeriksaan ke tempat-tempat perniagaan dan tempat-tempat awam untuk

    perlaksanaan tugas-tugas Penguatkuasaan Undang-Undang dan seterusnya menyediakan

    laporan mengenainya.

 

3. Bekerjasama dengan Penguatkuasa-Penguatkuasa daripada Agensi-Agensi Jabatan Kerajaan

    yang lain secara bersepadu bagi sama-sama menangani dan memantau kegiatan-kegiatan

    yang tidak mematuhi Undang-Undang di Daerah ini.

 

4.  Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

                                                                                                                                                       << Atas 

 

 

4.

pEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 – 2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat dalam jawatan bersesuaian dalam

     tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan  dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

     kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas jalanraya.

 

c)  Mempuyai lesen memandu Kelas 1, 3 dan 5 yang sah.

 

d)  Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menjalankan penguatkuasaan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya.

 

2.  Melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti pemandu-pemandu dan kenderaan yang disyaki

     telah melanggar Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Jalan Raya dan juga

    menyalahgunakan permit-permit yang diberikan kepada syarikat-syarikat, pertubuhan-

    pertubuhan atau orang-orang perseorangan.

 

3. Membuat rondaan ke atas kesalahan-kesalahan disegi Undang-Undang dan Peraturan–

    Peraturan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam yang berhubung dengan tidak mematuhi

    peraturan-peraturan pembinaan, kelengkapan dan kegunaan atau kerana kerosakan-

    kerosakan mekanikal yang serius yang dipercayai boleh membahayakan pengguna jalan

    raya yang lain.

 

                                                                                                                                                    << Atas

 

 

 

5.

pEGAWAI MELESEN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1- 2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :

 

a) i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan ( HNC ) dalam bidang bersesuaian; atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan

   dalam tanggagaji  Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam

   jawatan.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dalam bidang perlesenan adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Menjadi Ketua Bahagian di Unit Lesen-Lesen Rampaian.

 

1. Memproses permohonan-permohonan lesen-lesen dalam kawasan Lemabaga Bandaran,

    laporan dan sokongan-sokongan sebelum dipertimbangkan oleh Lembaga Melesen termasuk

   menemuduga pemohon.

 

2. Memeriksa tempat-tempat perniagaan dan perusahaan yang dilesenkan di bawah Undang-

    Undang Lesen Rampaian.

 

3. Menjalankan tindakan undang-undang melesen dan memberi penerangan kepada pemohon

    yang berkaitan.

 

                                                                                                                                                     << Atas

 

 

6.

pENGENDALI MESIN ATURHURUF GAMBAR TINGKAT I

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM :

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang

        bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan

   atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama

   serta mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja atur huruf dan reka

    tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Atur Huruf Gambar Tingkat II

    atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan

    telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Boleh membaca dan menulis khat dan tulisan jawi dengan baik.

 

c) Menguasai penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam komputer, khususnya bagi

    keperluan penerbitan dan percetakan adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1. Membantu Pegawai Penerbitan dalam hal ehwal perekaan atur huruf dan reka letak.

 

2. Mengatur huruf dan mereka letak manuskrip untuk tujuan penerbitan majalah, jurnal dan

    buku di komputer dengan menggunakan program ‘desktop publishing’.

 

3.  Mengatur huruf dan mereka letak kerja-kerja bermasa seperti risalah, buku program, buku

     terbitan khas dan seumpamanya untuk tujuan penerbitan yang berhubung kait dengan Jabatan ini.

 

                                                                                                                                                      << Atas  

 

 

7.

PENGENDALI MESIN ATURHURUF GAMBAR TINGKAT II

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM :

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Penerbitan / Percetakan

       atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak

     kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Berkebolehan membaca dan menulis khat dan tulisan jawi dengan baik.

 

c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja atur huruf dan reka letak

    adalah kelebihan.

 

d)  Menguasai penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam komputer, khususnya bagi

     keperluan penerbitan dan percetakan adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengatur huruf dan mereka letak manuskrip untuk tujuan penerbitan majalah, jurnal dan

     buku di komputer dengan menggunakan program ‘desktop publishing’.

 

2. Mengatur huruf dan mereka letak kerja-kerja bermasa seperti risalah, buku program, buku

    terbitan khas dan seumpamanya untuk tujuan penerbitan yang berhubungkait dengan Jabatan ini.

 

                                                                                                                                                      << Atas

 

 

8.

pEMBANTU PERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

         

ATAU

                                                                            

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pertanian Rendah / Pemeriksa

   Luar Pertanian / Pembantu Perusahaan Kampong / Pemeriksa Tanaman / Juruteknik

   Ternakan / Pemeriksa Daging / Pemeriksa Ternakan / Pembantu Makmal Rendah /

   Pembantu Teknik atau jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari

   3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Melaksanakan kegiatan rancangan pertanian.

 

2.  Memberi khidmat nasihat serta tunjukcara kepada para peladang.

 

3.  Mengendalikan penggumpulan maklumat dan pengiraan data industri pertanian dan yang berkaitan.

 

4.  Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.

 

                                                                                                                                                      << Atas

 

 

9.

pEMBANTU PERTANIAN RENDAH

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau

      kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)  Berpengalaman dalam bidang kerja pertanian adalah kelebihan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Memberi khidmat nasihat serta tunjukcara dalam bidang pertanian.

 

2. Membuat catatan dan pengumpulan maklumat data industri pertanian dan yang berkaitan.

 

3. Menjalankan dan melaksanakan kerja pemeriksaan ke atas barangan pertanian yang diimport

    di tempat kemasukan/tanaman peladang.

 

4. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari masa ke semasa.

 

                                                                                                                                                     << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 9:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)