IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 15 APRIL 2009)

BILANGAN IKLAN: 12/03/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUUKUR

JABATAN UKUR

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURURAWAT (STAFF)

BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

M.9 EB.10 ($2,035- $3,030 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

JURURAWAT

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI

HAJAH RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

PENOLONG PENGURUS KAKITANGAN

BAHAGIAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENYELIA TELEFON TINGKAT II

BAHAGIAN SKUADRON SEMBOYAN

ANGKATAN TENTERA PERKHIDMATAN BANTU DIRAJA BRUNEI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN )

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

PENYELIA KOPERASI

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI [BINA]

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB. 3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

KERANI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

9.

TUKANG PATERI / TUKANG BESI

BAHAGIAN BENGKEL PATERI DAN PEMELIHARAAN MARIN

ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA KEM

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

Tugas dan tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                       

 

 

 

 

1.

JURUUKUR

JABATAN UKUR

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Tanah / Geomatik atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)       i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Ukur dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Mengetuai unit-unit di bawah Bahagian Ukur Geodetik & Kadastral atau Bahagian Pemetaan Informatik.
     

  2. Mengawasi dan mempastikan perjalanan projek-projek Ukur Tanah dan pemetaan Informatik menepati matlamat pada jangka masa yang dirancang.
     

  3. Membantu Penolong Juruukur Agung dan Juruukur Kanan dalam perancangan spesifikasi ukur Tanah dan Spesikasi Pemetaan / Geomatik.
     

  4. Menyelaras keperluan-keperluan latihan di Unit masing-masing.
     

  5. Mempastikan perjalanan kerja mengikut prosedur Sistem Pengurusan Berkualiti (ISO 9001).
     

  6. Membantu Juruukur Kanan mengawas dan mempastikan dasar ukur tanah dan dasar pemetaan dilaksanakan dengan betul.
     

  7. Membantu Juruukur Kanan dalam menilai peralatan ukur tanah dan geomatik termasuk perisian untuk keperluan Jabatan.
     

  8. Membantu Juruukur Kanan dalam menyediakan cadangan Peruntukan dan Laporan Tahunan Bahagian.
     

  9. Menyelaras pangkalan data bagi Sistem Maklumat Tanah.
     

  10. Bertanggungjawab ke atas pemeliharaan dan pembaikpulih semua sistem komputer Jabatan.
     

  11. Ahli kepada Jawatankuasa Jabatan:-

i)        ‘Management Riview Team’ bagi sistem Pengurusan Berkualiti [ISO 9000].

 

ii)       ‘Safety and Health.’

  1. Tugas-tugas yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

 << Atas 

 

2.

JURURAWAT (STAFF)

BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

M.9 EB.10 ($2,035- $3,030 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)        Diploma Kejururawatan / Sijil Jururawat Am atau sebanding.

 

ii)                 Berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei atau Badan Profesional yang diiktiraf.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan melalui Pegawai Jururawat Kanan bagi semua perkhidmatan kejururawatan dan Penjagaan Pencegahan Kesihatan kepada semua ibu-ibu dan anak-anak damit di Klinik Keluarga.
     

  2. Memberi rawatan untuk keselesaan pesakit-pesakit.
     

  3. Membuat pemeriksaan kepada pesakit-pesakit dan keluarga berhubungkait dengan rawatan dan pendidikan kesihatan.
     

  4. Mengawasi latihan Bidan supaya mengikut rawatan dan tatacara perbidanan.
     

  5. Membuat pemeriksaan kepada ibu-ibu mengandung secara berterusan sebelum dan selepas bersalin.
     

  6. Memberi khidmat nasihat kepada ibu-ibu mengandung.
     

  7. Memberikan suntikan pelali (immunization) menurut tatacara dan prosedur tertentu.
     

  8. Mengawasi Klinik Keluarga ketika diadakan latihan atau operasi ketenteraan.

 

 << Atas 

 

 

3.

JURURAWAT

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI

HAJAH RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

a)          i)        Diploma Kejururawatan / Sijil Jururawat Am atau sebanding.

 

ii)        Berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei atau Badan Profesional yang diiktiraf.

 

b)       Mempunyai pengalaman (termasuk work attachment semasa mengikuti kursus) dalam merawat pesakit-pesakit di rumah sakit di bahagian yang khusus seperti ICU, CCU, SCBU, Renal Unit dan sebagainya adalah kelebihan.

 

c)         Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

SYARAT-SYARAT KHAS

a)  Peperiksaan / Penilaian

 i)        Peperiksaan Kementerian / Jabatan
           Pemegang jawatan akan dinilai pemahamannya mengenai:

  • Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pendidikan dan Kesihatan.

  • Susunan organisasi dan fungsi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

  • Falsafah, dasar dan matlamat pendidikan dan kesihatan negara.

  • Lain-Lain subjek yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.

Peperiksaan atau penilaian ini akan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.

 Latihan / Kursus

 Setiap pegawai yang dilantik akan dikehendaki mengikuti mana-mana latihan / kursus berikut seperti yang akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik dari semasa kesemasa:

§         Peraturan-Peraturan Am

§         Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

§         Peraturan-Peraturan Kewangan

§         Peraturan-Peraturan Keselamatan

§         Kejururawatan tambahan (Post Basic)

§         Pertolongan cemas dan mencegah kebakaran

§         Perkembangan dasar-dasar pendidikan (educational policy development)

§         Kaedah penyelidikan atau penilaian (research and evaluation methods)

§         Pengurusan konsultatif dan partisipatif (consultative and participative management)

§         Analisa pemilihan dasar (policy-option analysis)

§         Perancangan strategik (strategic planning)

§         Pengurusan program dan projek (programme an project management)

§         Sistem maklumat pengurusan (management information system)

§         Pengurusan tenaga manusia (human resource management)

§         Perkembangan pendidikan dan ekonomi (educational and economic development)

§         Pengurusan pendidikan (educational management)

§         Perkembangan kurikulum (curriculum development)

§         Bimbingan dan kaunseling (guidance and counselling)

§         Lain-lain latihan / kursus yang difikirkan penting tertakluk kepada kehendak jawatan


Pegawai dilantik boleh dikecualikan dari mengikuti kursus-kursus yang sudah dihadiri sebelum diperlantikan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

a)       Tugas-Tugas Utama

  1. Membantu membimbing dan menunjuk ajar pembantu jururawat dan jururawat dalam latihan penjagaan dan rawatan yang teratur.
     

  2. Melaksanakan penjagaan, rawatan dan kesejahteraan pesakit.
     

  3. Membimbing dan menunjuk ajar pesakit dan keluarga pesakit mengenai rawatan dan pendidikan kesihatan.
     

  4. Mencatit laporan dan pemerhatian ke atas pesakit ke dalam dokumen-dokumen tertentu dengan jelas dan betul.
     

  5. Berhubung rapat dan berkerjasama dengan pegawai perubatan, pegawai dan kakitangan yang berkenaan di mana-mana bahagian yang berkaitan di rumah sakit dan dengan keluarga pesakit.
     

  6. Bekerjasama untuk mempastikan penyimpanan peralatan, ubat-ubatan dan lain-lain perbekalan supaya sentiasa cukup dan dalam keadaan baik.
     

  7. Membantu mengendalikan kursus, bengkel, seminar atau lain-lain kegiatan profesional dan kebajikan.
     

  8. Membantu mengawas penuntut dalam kegiatan tambahan.
     

  9. Menjalankan lain-lain tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak pentadbiran institusi dari semasa kesemasa.

b)      Lain-lain tugas

 

Lain-lain tugas yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik atau Pengetua institusi dari semasa kesemasa.

  << Atas 
 

 

4.

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Penolong Penaksir dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Mahir dan berkebolehan dalam perkara-perkara berikut:-

 

         i)      Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan.

         ii)     Menyukat dan menilai bangunan-bangunan dan tanah.

         iii)    Mengira keluasan-keluasan dan memahami peta / pelan.

         iv)    Menyediakan taksiran dan menulis laporan-laporan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Membantu Pegawai Penaksir Tanah dan Ketua Penolong Penaksir dalam kerja-kerja pemeriksaan dan membuat penilaian bagi permohonan-permohonan pengambilan balik tanah, harga khas tanah (premium), menyediakan taksiran bagi memudahkan pinjaman Kerajaan untuk membina rumah, ‘wayleave agreement’ dan membuat taksiran bagi cukai setem dan cukai pesaka.
     

  2. Membantu Ketua Penolong Penaksir dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kakitangan unit penaksiran Jabatan Tanah.

 

  << Atas 
 

 

5.

PENOLONG PENGURUS KAKITANGAN

BAHAGIAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dalam bidang pengendalian komputer serta hal ehwal kewangan, perumahan, imigresen dan pengambilan kakitangan Teknikal adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Pengurus Kakitangan dalam pentadbiran dan pengurusan kakitangan Teknikal serta lain-lain perkara yang bersangkutan.
     

  2. Bersedia ditempatkan dimana-mana Unit di Bahagian ini dan bersedia bertugas pada bila-bila waktu dikehendaki.
     

  3. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari semasa ke semasa oleh pihak atasan.

  << Atas 

 

 

6.

PENYELIA TELEFON TINGKAT II

BAHAGIAN SKUADRON SEMBOYAN

ANGKATAN TENTERA PERKHIDMATAN BANTU DIRAJA BRUNEI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a)                 i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Operator Telefon atau jawatan sebanding dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Penyelaras Telekom di dalam pengawalan dan kecekapan tugas-tugas sebarang penyambungan semua kawat-kawat telefon dan peralatan yang disambungkan serta menjaga standard secara umum bagi perkhidmatan yang diberikan oleh ibusawat-ibusawat telefon berkenaan ini termasuk seperti:- 

  1. Ujian pada waktu-waktu tertentu kepada kemudahan-kemudahan ibusawat, sambungan kawat dan peralatan yang disambung serta bekalan-bekalan tenaga elektrik dalam kecemasan.
     

  2. Melaporkan segera mengenai dengan setiap kerosakannya kepada Penyelaras Telekom dan pihak JTB serta Troop SWS.
     

  3. Menyelenggarakan doket panggilan dan persiapan serta penyata-penyata panggilan dan akaun telefon.
     

  4. Menyelenggarakan bagi setiap telefon dan rekod-rekod kawat telefon.
     

  5. Pemberitahuan mengenai sebarang pindaan-pindaan bagi panduan telefon tempatan.
     

  6. Pengelola jadual bertugas dengan cara bergilir-gilir setiap kakitangan operator di bawah kawalan.
     

  7. Membuat draf dan perintah-perintah bagi kakitangan operator di ibusawat telefon, mengikut arahan-arahan yang ditugaskan oleh Penyelaras Telekom Pasukan.
     

  8. Menyelia secara perseorangan ke atas pemasangan-pemasangan / Pemeliharaan-Pemeliharaan yang dilakukan oleh pihak JTB / SWS serta kumpulan-kumpulan yang ditugaskan.
     

  9. Menjalankan ujian bagi semua perkhidmatan telefon kecemasan pada waktu-waktu yang ditetapkan.
     

  10. Menjalankan sebarang latihan bagi operator di bawah jagaan.
     

  11. Membuat perhubungan dengan Pegawai Perhubungan Tentera di mana di tempatkan bertugas.
     

  12. Membuat perangkaan bagi perutusan semboyan.

  1. Mengawasi keselamatan setiap ibusawat telefon dan mentadbir perjalanan bagi kakitangan di bawah jagaan.

 

  << Atas 

 

7.

PENYELIA KOPERASI

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI [BINA]

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB. 3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
     

  2. Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menyelia dan memeriksa akaun perniagaan koperasi.
     

  2. Menyediakan laporan lawatan dan status perniagaan koperasi di bawah kawalannya serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ‘on-the spot’, penyediaan buku-buku akaun dan pentadbiran koperasi.
     

  3. Membantu fungsi bahagian-bahagian yang berkenaan.
     

  4. Membantu mengawasi semua projek BINA.
     

  5. Membantu dalam mengembangkan industri dan kemajuan keusahawanan.
     

  6. Membantu dalam memberikan khidmat sokongan kepada pengusaha perindustrian.
     

  7. Membantu dalam pengumpulan / penganalisa maklumat industri pembuatan serta menyediakan garispandu yang bersesuaian.
     

  8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah atau pegawai atasan dari semasa ke semasa.

  << Atas 

 

 

8.

KERANI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

           Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dalam bidang perangkaan adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN KESIHATAN: 

  1. Menyediakan, mengumpul dan menggabungkan maklumat Perubatan dan Kesihatan serta yang berkaitan dengannya.
     

  2. Membantu koding dan memasukkan data-data perangkaan ke dalam komputer.
     

  3. Membuat kerja-kerja am yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

  << Atas 

 

 

9.

TUKANG PATERI / TUKANG BESI

BAHAGIAN BENGKEL PATERI DAN PEMELIHARAAN MARIN

ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA KEM

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a)                 i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang ‘Welding and Fabrication’ atau bidang berkaitan dengan pembaikan dan pemeliharaan kenderaan ringan/berat, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pateri atau jawatan berkaitan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menjalankan tugas mengikut arahan dari Ketua Bahagian.
     

  2. Sebelum membuat kerja tentukan keadaan tempat mestilah bersih dan pintu dan kipas hendaklah dibuka supaya kawasan dalam mestilah mendapat udara.
     

  3. Jauhkan benda-benda yang mudah terbakar.
     

  4. Memastikan perkakas pemadam api dalam keadaan baik.
     

  5. Keselamatan diri dan harta benda mestilah dijaga dengan baik dan teratur.
     

  6. Membuat dan membaiki kenderaan dan lain-lain seperti:

  1. Fibre Glass

  2. Satety Lock

  3. Lantai Kenderaan

  4. Silencer

  5. Stand Engine

  6. Tangki Air
     

  1. Memberi pertolongan kepada Bahagian yang berkehendakkan pertolongan.
     

  2. Diberikan kuasa untuk berhubung terus dengan Mandur melalui Pengawas Mekanik dalam membantu meneruskan tugas-tugas beliau.
     

  3. Bertanggungjawab kepada Mandur dalam pekerjaan seharian dan apabila dikehendaki dalam waktu operasi.

 

  << Atas 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

  << Atas