IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 06 MEI 2009)

BILANGAN IKLAN: 15/04/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN KANAN

JABATAN PELABUHAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURUTERA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab (A)
Tugas dan Tanggungjawab (B)

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggunjawab

 

 

5.

PENYAMBUT TETAMU

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggunjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                           

  

 

 

1.

PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN KANAN

JABATAN PELABUHAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM: 
 

  1.      i     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian; atau
             
     kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Pegawai Keselamatan Kemudahan Pelabuhan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU                    

  1. Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Pasukan Polis Diraja Brunei dalam jawatan Mejar atau Timbalan Penguasa Polis (DSP) tidak kurang dari 5 tahun.

Kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu pasukan Anggota Keselamatan adalah kelebihan.

  1. Bagi calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.
     

  2. Calon-calon yang terdiri daripada anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan nama 2 orang referees yang dikenali lebih dari 5 tahun (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).
     

  3. Lulus Peperiksaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

    1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

    2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.

    3. Peraturan-Peraturan Kewangan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN KANAN: 

  1. Mengetuai Bahagian Keselamatan Pelabuhan bagi memastikan Bahagian Keselamatan berfungsi dengan baik dan mengawasi semua pegawai dan kakitangan di Bahagian Keselamatan.
     

  2. Mempunyaisurveykeselamatan permulaan yang komprehensif ke atas kemudahan pelabuhan.
     

  3. Memastikan perkembangan dan pemeliharaan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.
     

  4. Melaksanakan dan menjalankan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.
     

  5. Membuat pemeriksaan keselamatan ke atas kemudahan pelabuhan dan memastikan semua langkah keselamatan berjalan lancar.
     

  6. Membuat cadangan-cadangan bagi pembaikan, peningkatan dan mengemaskinikan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan dari masa kesemasa.


<< Atas

 

 

2.

JURUTERA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan; atau kelulusan professional sebanding dalam bidang yang sama.

 

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  1. Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf  sepertiThe Institute of Civil Enginering UK (ICE) / Mechanical Engineering UK (IMechE)” atau institusi-institusi profesionalyang sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
     

  2. Berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan bangunan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA (A): 

  1. Mengawal, memantau dan memastikan perkhidmatan / bahan binaan di bekalkan ditapak-tapak binaan atau digunaan bagi penghasilan produk-produk binaan mempunyai mutu kualiti dan keselamatan yang telah ditetapkan.
     

  2. Menyediakan Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Perkhidmatan, Pembekal dan Persijilan Produk bagi syarikat-syarikat berkaitan dengan pembinaan.
     

  3. Mengendalikan kerja-kerja Pendaftaran Perkhidmatan, Pembekal dan Persijilan Produk-Produk.
     

  4. Melawat / memeriksa perkhidmatan dan menyaksikan / membuat ujian-ujian keatas produk-produk binaan dihasilkan didalam negeri mahu pun luar Negara.
     

  5. Menyelaras permohonan syarikat-syarikat yang memerlukan pengesahan dari Kementerian dan jabatan-jabatan.
     

  6. Menerima, menilai dan meneliti laporan-laporan ujian daripada syarikat-syarikat binaan yang berdaftar dan seterusnya membuat sokongan-sokongan kepada pegawai-pegawai atasan.
     

  7. Menyediakan garispandu-garispandu dan prosedur-prosedur teknikal bagi tujuan kemajuan industri pembinaan.
     

  8. Menyelaras kerja-kerja yang berkaitan dengan Pendaftaran Orang Yang LayakQualified Persondi bidang kejuruteraan bagi kebenaran pembinaan.
     

  9. Menyelaras aktibiti-aktibiti ASEAN dan antarabangsa dalam bidang industri pembinaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
JURUTERA (B):

  1. Mengawal, memantau kegiatan dan penegluaran bahan-bahan binaan dan perkhidmatan oleh Pengusaha-pengusaha Syarikat Binaan seperti agregate kasar dan halus, batu bata, konkrit Siap Pakai dan sebagainya.
     

  2. Menyediakan syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi penempatan Semula Tapak-tapak Industri Pembinaan Negara-Brunei Darussalam.
     

  3. Menyelaras Penempatan Semula Tapak-tapak Industri Pembinaan Negara Brunei Darussalam.
     

  4. Menyelaras kerja-kerja pemulihan semula tapak batu quari di Kg.Madewa.
     

  5. Menyelaras kerja-kerja pengambil Batu Quari di Daerah Temburong, Pasir di Sungai Paku Telisai Daerah Tutong.
     

  6. Menyelaras kerja-kerja pengusahaan Batu-bata, Konkrit Siap Pakai, Konkrit pile dan sebagainya.
     

  7. Menyelaras pengeluaran bahan-bahan binaan oleh Syarikat-syarikat Pengusaha.
     

  8. Penyelarasan KeselamatanOccupation Safety & Health”.
     

  9. Menyelaras aktibiti-aktibiti ASEAN dan antarabangsa dalam bidang industri pembinaan.

 

<< Atas
 

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Pengurusan Bangunan / Elektrik / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Pengurusan Bangunan / Elektrik / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

  1. Mengendalikan proses permohonan-permohonan pembinaan, ubahsuai bangunan atau rumah kediaman.
     

  2. Bertanggungjawab bagi pemeriksaan dan menyediakan laporan penilaian ke atas pembinaan atau ubahsuai bangunan menurut kebenaran yang diberikan.

<< Atas

 

 

4.

PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbangan Awam / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)       Mempunyai kelulusan Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence) dari Civil Aviation Authority (United Kingdom) atau dari Penguasa-Penguasa Penerbangan Awam yang diiktiraf.

 

ATAU

 

c)          i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbangan Awam / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

DAN

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS): 

  1. Melapor diri kepada Pegawai Operesen (Flight Operesen).
     

  2. Meminda dan menyemak, buku-buku pandu teknik, dokumen-dokumen ICAO, perintah dan arahan kebangsaan dan antarabangsa seperti diperlukan.
     

  3. Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam dan juga Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain bagi menyelaras projek-projek yang berkaitan.
     

  4. Membantu memeriksa, mengawas dan melaporkan ciri am lapangan terbang, ciri-ciri pavement, permberesan halangan dan alat-alat panduan visual.
     

  5. Membantu kerja-kerja Pegawai Operesen seperti berikut:-

  1. Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam, Syarikat-Syarikat Penerbangan dan Operator-Operator Pesawat dalam perkara yang berhubungkait dengan perundangan perkhidmatan udara.
     

  2. Memastikan perundangan keamanan dan keselamatan Aerodrome.
     

  3. Pengauditan ke atas Service Provider dalam hal penerbangan (Flight Operations).
     

  4. Membantu dan meneliti permohonan ‘Air Operations Certificate’.
     

  5. Membantu dan meneliti permohonan Pendaftaran Pesawat Terbang.
     

  6. Membantu dan meneliti bagi permohonan Temporary Operating Permit.
     

  7. Menyelaras kerja-kerja pembinaan di kawasan Airside dengan bahagian-bahagian tertentu Jabatan Penerbangan.
     

  8. Menyelaras kerja-kerja Dangerous Good.

<< Atas

 

 

 

 

5.

PENYAMBUT TETAMU

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Penyambut Tetamu / Operator Telefon / Penjaga Telefon dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYAMBUT TETAMU:

 

Tugas secara am: 

  1. Sebagai Frontliner (kakitangan dibarisan hadapan”) di Kementerian/Jabatan dalam hal menerima panggilan telefon atau resepsi.
     

  2. Menyambut / melayan tetamu yang berurusan dengan Jabatan.
     

  3. Penghubung panggilan telefon dari luar dan dalam Kementerian/Jabatan.
     

  4. Menerima panggilan telefon / membuat panggilan bagi urusan pejabat dan menyampaikan pesanan.
     

  5. Mencatat setiap panggilan yang diterima dan setiap panggilan yang keluar, jika diperlukan.
     

  6. Memberi perkhidmatan awal dalam menerima surat menyurat.
     

  7. Memberi perhatian kepada suasana di kaunter.
     

  8. Selain daripada menjadi operator telefon, dikehendaki membantu kerja-kerja di Pejabat, jika diperlukan.
     

  9. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
     

  10. Bertugas secara bergilir-gilir dan hendaklah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana Cawangan yang ditetapkan.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)