IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 1 APRIL 2009)

BILANGAN IKLAN: 10/03/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)
ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

Pegawai Perangkaan

Kementerian Kesihatan

B.2 EB.3($2,270 - $4,240 SEBULAN )

tugas dan tanggungjawab

 

3.

Pegawai Saintifik

Kementerian Kesihatan

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

tugas dan tanggungjawab

 

4.

Juruekopertanian

Jabatan Pertanian,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

tugas dan tanggungjawab

 

5.

Pemeriksa Petroleum Kanan

Jabatan Unit Petroleum,

Jabatan Perdana Menteri

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )

tugas dan tanggungjawab

 

6.

Pentadbir Hospital

Jabatan Perkhidmatan Perubatan,

Kementerian Kesihatan

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )

tugas dan tanggungjawab

 

7.

Imam Tingkat V

Kementerian Pertahanan

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

tugas dan tanggungjawab

 

8.

Juruteknik Bilik Gelap

Jabatan Perkhidmatan Perubatan,

Kementerian Kesihatan

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

tugas dan tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

  

 

1.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian,

     atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam

        atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

        serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3

        tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

                

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

     dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membantu dan memastikan fungsi Bahagian Pengawalan Hiburan Awam, Penerbitan dan Perhubungan

     Awam dilaksanakan dengan berkualiti dan sempurna.

 

2. Membantu Ketua Bahagian dalam perlaksanakan, penyelarasan peranan serta hal ehwal pentadbiran

    di  Bahagian Pengawalan Hiburan Awam, Penerbitan dan Perhubungan Awam.

 

3. Membantu memproses pengeluaran permit seperti pengedar-pengedar buku, video, VCD, VD,

    suratkhabar dan majalah, logo, kutipan derma, tajaan dan iklan, hiburan awam, filem, pertunjukan-

    pertunjukan, dan penerbitan, percetakan majalah dan surat khabar.

 

4. Merangka, merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di peringkat

    kementerian dan kebangsaan.

 

5. Meneliti bahan kandungan dalam media-media cetak serta laporan media-media elektronik yang ada

    kaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta membuat

    tindakan mengenainya.

 

6. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pejabat, Ketua Unit dan

    pegawai-pegawai atasan yang lain dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

Pegawai Perangkaan

Kementerian Kesihatan

B.2 EB.3($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Pengurusan Kesihatan atau bidang

         bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perangkaan / Matematik /

    Pengurusan Kesihatan atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan kerajaan

    dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan dalam tanggagagji C.3 \

     tidak kurang dari 7 tahun.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Bertanggungjawab bagi perkembangan, perlaksanaan dan penilaian sistem maklumat kebangsaan.

 

2.  Menyelia data-data yang dikumpul, disusun dan dianalisa bagi seluruh Negara.

 

3.  Melatih pegawai dan kakitangan mengenai perangkaan Perubatan dan Kesihatan asas.

 

4.  Mengkukuhkan sistem maklumat kesihatan bagi menyokong perancangan dan pengurusan dan

     memantau strategi-strategi kesihatan kebangsaan.

 

5.  Membantu dalam perancangan pengajian dan kaji selidik dan memproses data.

 

6. Bertanggungjawab bagi memajukan data-data yang berhubungkait dengan kesihatan dari semasa

    ke semasa.

 

7.  Memberi maklumat kepada pertubuhan-pertubuhan tempatan dan juga antarabangsa.

 

8.  Untuk membantu Pegawai Perangkaan Kanan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seharian.

 

<< Atas

 

 

3.

Pegawai Saintifik

Kementerian Kesihatan

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains / Forensic Science / Molecular Biology / Genetics / Biotechnology /

   Life Sciences / Biochemistry / Microbiology / Analytical Chemistry / Applied Chemistry / Applied Science and

  Technology / Medical Physics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

  yang sama.

 

   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab dalam ujian-ujian makmal (Routine Work).

 

2.   Bertanggungjawab ke atas kajian makmal yang melibatkan kes-kes mahkamah.

 

3.  Bertugas ‘On-Call’ atau panggilan kecemasan di luar waktu-waktu pejabat dan pada Hari Kelepasan

     Awam, jika diperlukan.

 

4.  Berjaya memperkenalkan atau memperbaiki teknik-teknik makmal.

 

5.  Membimbing serta menunjuk ajar kakitangan-kakitangan teknikal makmal.

 

6.  Bertanggungjawab ke atas ‘Routine Maintenance’ alat perkakas makmal.

 

7.  Memulakan projek kajian yang melibatkan makmal atau mana-mana Jabatan Kerajaan.

 

8.  Menyediakan dan menghadapkan Laporan Penilaian Prestasi Kerja Pegawai-Pegawai dibawah

     jagaannya.

 

9.  Bersedia untuk menjalankan apa jua tugas-tugas wajar yang diarahkan oleh Ketua Makmal dan

     Pengarah Jabatan.

<< Atas

 

 

4.

Juruekopertanian

Jabatan Pertanian,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agronomi/ Sains Tumbuhan/ Teknologi Tanaman atau bidang

     bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti pengendalian data dan statistik adalah

     keutamaan.

 

c)  Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Menjalankan kaji selidik menjurus ke arah ciri-ciri agronomik terutamanya dalam pemilihan varieti yang

      sesuai dengan keadaan iklim di Negara Brunei Darussalam.

 

2.   Mengeluarkan benih asas daripada varieti yang terpilih dengan tumpuan dan perhatian terhadap hasil

      yang tinggi serta berkualiti.

 

3.  Menyediakan program pelaksanaan projek dan seterusnya membuat laporan teknikal daripada hasil kaji

     selidik dan sebagainya.

 

4.   Membuat lawatan dan kursus mengenai hal ehwal pembangunan tanaman padi dan lain-lain.

 

5.   Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua jabatan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

5.

Pemeriksa Petroleum Kanan

Jabatan Unit Petroleum,

Jabatan Perdana Menteri

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a) i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan

         Petroleum / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan

         sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemeriksa Petroleum atau jawatan bersesuaian dalam

    bidang berkaitan dalam tanggagagji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)  Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Pemeriksa Petroleum.

 

2.   Bertanggungjawab pada melaksanakan dasar-dasar Pemeriksa Petroleum yang berikut:-

 

i.   Menyaksikan dan mengesahkan tentukuran alat pengukur yang digunakan untuk mengukur

     minyak mentah dan LNG yang diekspot.

ii.  Memeriksa, mengkaji betul tidaknya sistem aturan penyukatan dan prosedur digunakan untuk

     fiskalisasi.

iii.  Mengesahkan pemuatan minyak mentah dan LNG ke kapal-kapal tangki dan menyimpan butir

     data, laporan-laporan penyukatan yang telah dibuat di darat dan di atas kapal tangki.

iv.  Memeriksa, meneliti perbezaan-perbezaan sukatan dan mendapatkan penjelasan ke atasnya.

 

3.  Mengarah serta mengawasi:-

 

i.  kerja-kerja Pemeriksa Petroleum.

ii. rancangan latihan bagi yang sedang menjalani  latihan Pemeriksa Petroleum dan Penolong

    Pemeriksa Petroleum.

<< Atas

 

 

6.

Pentadbir Hospital

Jabatan Perkhidmatan Perubatan,

Kementerian Kesihatan

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN )

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Kesihatan /

         Pentadbiran Awam, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 atau tanggagaji

    sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 atau tanggagaji sebanding tidak

    kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membantu dalam pentadbiran harian hospital.

 

2.   Memastikan perkhidmatan bantuan yang telah dipertanggungjawab berjalan dengan teratur.

 

3.   Menyelaras keperluan-keperluan hospital seperti pembaikan bangunan dan lain-lain supaya

      pengendaliannya dapat dipercepatkan.

 

4.   Menyelia dan mengawas kakitangan bawahan.

 

5.  Mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam mengenai dengan perkhidmatannya yang diberikan dan

     menyelesaikan serta menyelaras aduan orang ramai.

 

<< Atas

 

 

7.

Imam Tingkat V

Kementerian Pertahanan

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Lulus Sijil Pelajaran Ugama (SPU).

 

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b) i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan

         sebanding.

 

ii)   Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).

 

ATAU

 

c)  i) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3

        tahun atau dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii)  Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).

 

d)  Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam perkara berikut adalah keutamaan:-

 

      i)   Membaca dan menulis Jawi

     ii)   Membaca Al-Quran

    iii)   Menyempurnakan jenazah

   iv)    Membaca tahlil dan membaca doa-doa tertentu

    v)    Menyampaikan azan dan iqamat dengan baik

   vi)    Mengetahui hukum-hukum khasnya dalam perkara-perkara bersuci, sembahyang, zakat dan puasa

  vii)    Berzikir dan berzanji

  viii)   Menyampaikan Khutbah

   ix)   Mengetahui hukum-hukum mengenai dengan nikah kahwin

 

e)  Pernah mengikuti Kursus Bilal atau Imam yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan

     diakui kebolehannya.

 

f)   Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menjadi Imam sembahyang lima waktu, sembahyang Hari Raya, sembahyang Tarawikh dan Witir dan

     sembahyang-sembahyang lain yang diadakan di masjid.

 

2.  Mengawal dan menjalankan segala perkara yang berkenaan dengan masjid, termasuklah menjaga dan

     memelihara perkara-perkara berikut:-

 

i)   Keselamatan dan kebersihan bangunan masjid.

ii)  Keselamatan harta-benda masjid, termasuk menyimpan segala kenyataan yang lengkap

     mengenai harta-benda, wang tunai dengan kunci kira-kira yang lengkap.

iii)  Kebersihan dan kebisaian kawasan masjid.

iv)  Menyempurnakan jenazah yang dituntut oleh syarak mengenai dengan hal ehwal kematian

     dalam Kementerian Pertahanan seperti memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan

     jenazah, membaca talkim dan bertahlil.

v)  Memberi laporan kepada Pegawai Ugama Kanan, Kementerian Pertahanan segala perkara yang

     berlaku dalam perkhemahan berhubung dengan ugama.

vi)  Membaca Khutbah dan Hari Raya.

vii) Menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya menurut yang ditentukan Bab(65) dari

     Undang-Undang Masjid Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955.

viii) Pada Umumnya Imam hendaklah sentiasa menjaga maruah dan kehormatan ugama, dan Imam

      hendaklah menaruh ingatan dan perhatian yang berat bahawa jawatannya adalah pekerjaan

      dan perkhidmatan bagi menjalankan suruhan ugama.

   

<< Atas
 

 

8.

Juruteknik Bilik Gelap

Jabatan Perkhidmatan Perubatan,

Kementerian Kesihatan

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan

     sebanding.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Memproses filem-filem X-Ray, MMR, Ultrasound, CT Scan dan lain-lain.

 

2.   Menyediakan ubat kimia untuk memproses filem.

 

3.   Membersihkan dan memelihara kast X-Ray supaya sentiasa berkeadaan baik dan bersih.

 

4.  Bertanggungjawab ke atas kebersihan mesin-mesin pencuci gambar serta peralatan yang berkaitan

     dengannya.

 

5.  Mencatat jumlah filem-filem dan ubat kimia yang digunakan.

 

6.  Mengendalikan mesin photocopying.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

<< Atas