IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 16 JANUARI 2008)

BILANGAN IKLAN: 52/12/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

ATAU

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

PT1 – PT5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI SAINTIFIK (KAWALAN MUTU)

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

JURUBAHASA/KERANI

JABATAN BIRO MENCEGAH RASUAH

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

BURUH

JABATAN PERHUTANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

ATAU

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian serta telah

        berkhidmat sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba (tanggagaji P.8) tidak kurang dari

        5 tahun dan lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba (tanggagaji P.8) tidak

      kurang dari 7 tahun dan lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

b)     Mempunyai keahlian Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) atau Membership of

         Institution of Fire Engineers (MIFireE) atau yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 


  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000)

          Penggal 82 dari semasa ke semasa.

 

2.      Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggung-

         jawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

 

a.     Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran Operasi, memadam kebakaran dan menyelamat di-

       kawasan masing-masing, pengurusan kanggotaan, latihan, perhubungan awam dan aset Kerajaan.

 

b.    Selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas kecemasan dan kesejahteraan

       awam mengikut kawasan bawah jagaannya.

 

c.    Mentadbir balai-balai di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan

       teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.

 

d.     Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta

        kecekapan dalam bidang operasi dan menyelamat yang lebih berkesan.

 

e.      Menghadiri apa-apa jua kecemasan yang memerlukan keputusan yang cepat dan tepat terutama

         yang bersangkut paut dengan kejadian yang melibatkan nyawa dan harta benda awam.

 

f.      Berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan bagi  apa-apa

        jua perkara yang berkaitan dengan kawasan di bawah jagaan masing-masing.

 

g.      Mengetahui plan kontingensi bagi apa-apa jua operasi memadam kebakaran atau penyelamat.

 

h.      Menyediakan Standard Operational Procedure (S.O.P) bagi operasi kecemasan di dalam

         kawasan jagaan masing-masing.

 

3.     Jika ditugaskan di bahagian pentadbiran berperanan selaku Ketua Bahagian yang bertanggungjawab

        ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

 

3.1    Mentadbir perjalanan tugas yang telah dimandatkan ke arah yang lebih efisien dan produktif.

 

3.2   Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi seta

        kecekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

 

4.     Berkuasa di dalam mengeluarkan Perintah-Perintah Am Cawangan atau Bahagian yang berhubungkait

       dengan sistem pentadbiran keanggotaan dan pemberitahuan semasa.

 

5.     Bertanggungjawan di dalam menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktibiti yang

        telah dan akan di laksanakan di sepanjang tahun pentadbirannya.

 

6.     Merangka perkembangan projek serta aktibiti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.

 

7.     Menyediakan perangkaan peruntukan di bawah Cawangan / Bahagian masing-masing.

 

8.     Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari

       semasa ke semasa.

 

<< Atas       

 

 

2.

PEGAWAI SAINTIFIK (KAWALAN MUTU)

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

 

 

 


 
    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang ilmu kimia ubat/Sains Farmaseutikal/Farmakologi/Penganalisa

          Kimia Ubat atau Mikrobiologi Farmaseutikal; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Mempunyai Ijazah Lanjutan dalam bidang penganalisaan kimia ubat dan pengurusan mutu ubat akan

diberi keutamaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SAINTIFIK (KAWALAN  MUTU):

 

1.        Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Kawalan Mutu dalam satu unit yang di-

           senaraikan di bawah:-

 

a)    Makmal

b)    Pemeriksaan dan Dokumentasi

 

2.        Hendaklah bersedia untuk menjalankan tugas di unit masing-masing dalam memastikan per-

           khidmatan-perkhidmatan sub unitnya berjalan dengan lancar dan baik memandangkan ianya adalah

           salah satu daripada aspek-aspek penting Perkhidmatan Farmasi seperti berikut:-

 

a)     Mengawal semua kakitangan di bawah jagaan mereka.

b)     Membantu dalam perancangan bagi peningkatan subunit masing-masing.

c)     Merancang penghasilan khidmat subunit masing-masing.

 

3.       Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Saintifik Kanan atau Ahli Kimia Ubat Kanan dalam menjalankan

          tugas seharian berasaskan tanggungjawab-tanggungjawab berikut;

 

a)    Penganalisaan bahan-bahan farmaseutikal dengan menggunakan alat-alat dan tatacara

       moden serta membuat laporan-laporan yang berkenaan berpandukan Amalan Makmal Baik.

 

b)   Pemeriksaan ke atas semua bahan farmaseutikal yang beli dan disimpan di mana-mana

      saja stor penyimpanan ubat.

 

c)   Penyediaan semua laporan-laporan yang terima dari hasil khidmat kakitangan-kakitangan

     di bawahnya.

 

d)  Penyediaan dan penyusunan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aspek kawalan mutu

    seperti spesifikasi bahan farmaseutikal, garispandu yang berkenaan, methodology, prosedur,

    kertas kerja dan data-data yang berguna bagi melancarkan kegiatan unit ini dengan sempurna.

 

e)  Pengawalan secara langsung semua Juruteknik Pengawal Kualiti yang bertugas di Bahagian

     Kawalan Mutu.

 

4.       Bersedia untuk mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan

          di bidang farmasi dari semasa ke semasa.

 

<< Atas        

 

 

3.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam elektronik/kelengkapan solid-state atau rekabentuk hawa dingin/pendingin

     loji adalah kelebihan.

 

c)  Memahami dengan mudah kawalan elektronik dan sistem pembahagian/penjanaan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: