IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 30 APRIL 2008)

BILANGAN IKLAN: 15/04/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENDAFTAR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENGAWAS KENDERAAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

PEMERIKSA TANAH KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

GURU UGAMA

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

G.1 ($605 -$1,770 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

KERANI

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)       Boleh bertutur dan menulis Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Melaksanakan kerja-kerja Kaunseling peribadi dan kekeluargaan untuk anggota Pasukan Polis dan kakitangan awam.
     

  2. Membantu dan membimbing anggota Pasukan Polis dan kakitangan awam yang bermasalah sama ada yang berkaitan dengan peribadi, pekerjaan atau keluarga.
     

  3. Merancang dan melaksanakan program-program seperti Ceramah, Seminar, Bengkel, Kursus Kaunseling, Kerjaya dan sebagainya untuk anggota Pasukan Polis dan kakitangan awam.
     

  4. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa. 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENDAFTAR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)         BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Tanah / Pengurusan Estet atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)          Berkhidmat di Jabatan Tanah dalam jawatan berkaitan dengan Pendaftaran atau jawatan  bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam sistem Pendaftaran Tanah Torrens dan dalam kerja-kerja menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

c)       Bersedia untuk menjalani latihan lanjut pengendalian komputer agar dapat mengeluarkan   arahan-arahan pengguna kepada kakitangan di Jabatan Tanah bagi memproses permohonan-permohonan melalui Daftar Tanah secara komputer serta berpengetahuan luas mengenai pentadbiran.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab keatas semua kerja-kerja pendaftaran hakmilik tanah dan hal-hal lain yang diperlukan ke atasnya.
     

  2. Bertanggungjawab dalam membuat penyemakan maklumat yang didaftar bagi pengeluaran geran-geran tanah baru.
     

  3. Menyelaras dan mengawas pengeluaran dan pendaftaran geran-geran tanah baru.
     

  4. Bertanggungjawab keatas pemeliharaan dan pengawasan maklumat hakmilik tanah serta keselamatan Buku-Buku Daftar Tanah.

 

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Penolong Penaksir dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)          Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mahir dan berkebolehan dalam perkara-perkara berikut:-

 

i)         Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan.

ii)         Menyukat dan menilai bangunan-bangunan dan tanah.

iii)        Mengira keluasan-keluasan dan memahami peta / pelan.

iv)        Menyediakan taksiran dan menulis laporan-laporan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Penolong Penaksiran Tanah dan Ketua Penolong Penaksir dalam kerja-kerja pemeriksaan dan membuat penilaian bagi permohonan-permohonan pengambilan balik tanah, harga khas tanah (premium), menyediakan taksiran bagi kemudahan pinjaman Kerajaan untuk membina rumah,  wayleave agreement’ dan membuat taksiran bagi cukai setem dan cukai pesaka.
     

  2. Membantu Ketua Penolong Penaksir dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kakitangan Unit Penaksiran Jabatan Tanah.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 

4.

PENGAWAS KENDERAAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kejuruteraan Kenderaan; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Pengawas Kenderaan Tingkat I dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang pengurusan kenderaan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Ditugaskan bagi membantu Jurutera dalam pengurusan Bahagian Kenderaan dan kakitangan termasuk mekanik, pemandu dan juga peralatan / kenderaan yang ada.

 

 

<< Atas

 

 

5.

PEMERIKSA TANAH KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang
              bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam
              bidang berkaitan dengan Pengurusan Tanah atau dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

                

                  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

          ii) Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Pemeriksa Tanah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan
              telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

         iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau
             dalam tanggagaji D.1 selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai kerja-kerja pemeriksaan tanah dan berkebolehan dalam kerja-kerja sukat menyukat dan pemetaan serta dalam membaca pelan-pelan bangunan dan mengira keluasan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua Pemeriksa Tanah membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan kemajuan dan perkembangan tanah.
     

  2. Membantu membuat penyemakan dan penelitian ke atas peta-peta tanah yang disediakan.
     

  3. Bertanggungjawab kepada pembahagian kerja-kerja pemeriksaan dan penyusunan tenaga manusia bagi Unit pemeriksaan Jabatan Tanah. 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

6.

GURU UGAMA

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

G.1 ($605 -$1,770 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)    i)    Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB);

       ii)   Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI);
       iii)  Sijil Perguruan Ugama.

 

b)  Mempunyai Pengalaman mengajar selama 3 tahun.

 

c)  Mempunyai pengalaman dalam mengajar Al-Quran serta boleh membaca berzanji marhaban serta bertahlil dengan
     baik adalah diutamakan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menanamkan rasa keimanan dan keugamaan ke dalam jiwa Rekrut-Rekrut dan Pegawai-Pegawai yang beragama Islam.
     

  2. Pembimbing kepada orang awam yang mahu dibimbing (termasuklah rekrut-rekrut, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan).
     

  3. Menerajui, mengapalai majlis-majlis sambutan keugamaan yang diadakan di tempat berkenaan.
     

  4. Ikut serta aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang diadakan di tempat tersebut.
     

  5. Sentiasa tolong menolong di antara satu sama lain dengan rasa kasih sayang tanpa meminta imbalan berupa material dan sebagainya.

 

 

<< Atas

 

 

 

7.

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

 

ATAU

 

b)         i)          4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah keutamaan;

 

DAN

 

ii)         Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m  atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

ATAU

 

c)         i)          1 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran  Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding;

 

DAN

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun.

 

DAN

 

iii)         Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

d)                 Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).
     

  2. Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.
     

  3. Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 
<< Atas

 

 

8.

KERANI

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Bagi calon di para a) ii):-

 

i)          Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi penetapan jawatan.

ii)        Sekurang-kurangnya telah mengikut kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

 

c)       Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menaip persuratan termasuk penyemakan (proof reading), sistem failing dan susulan.
     

  2. Tertakluk kepada fungsi Jabatan/Bahagian/Unit tanggungjawab juga termasuk pengurusan kewangan, memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 8:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)