IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 20 FEBRUARI 2008)

BILANGAN IKLAN: 05/01/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 3

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

3.

PEGAWAI KEMAJUAN PERUMAHAN KANAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PENGUASA PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.8 ($2,075 - $2,845 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

4 - 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

5.

PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH6.

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH6

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran

                    Awam atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

                    serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 selama

                    tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3  selama tidak

      kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.          Bertanggungjawab kepada urusetia Jawatankuasa Teknikal Piawai mengenai Konkret,

             Kementerian Pembangunan.

 

2.         Menyelaras dan memantau kerja-kerja pembinaan terhadap keselamatan pekerja ditapak binaan.

 

3.          Penyelaras dan sebagai Ko-ordinator Kebangsaan mengenai “Total Quality Management (TQM) program”

             di peringkat kebangsaan.

 

4.          Menjalankan dan menyelaras kegiatan dan tugas sebagai urusetia terhadap Peraturan “Occupational

             Safety and Health”, Kementerian Pembangunan.

 

5.         Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan sebagai “Taskforce for Fire Code” Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

 

6.         Menyelaras bagi kerja-kerja pendaftaran bagi permohonan Jentera Pengangkat dibawah skim

            pendaftaran Kementerian Pembangunan.

 

7.          Menyelaras permohonan pendaftaran produk-produk yang berkaitan dengan “Fire related products”.

 

8.          Menyelaras kerja-kerja pendaftaran syarikat dan konsultan “Safety training” di Kementerian Pembangunan.

 

9.       Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan sebagai “Taskforce dan Jawatankuasa Teknikal “Establishment of Standards and Accreditation Council”, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

10.        Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menjadi ahli Jawatankuasa Teknikal “Establishment

            of National Standards and Guidelines for Halal Food” di Kementerian Perindustrian dan Sumber-

            Sumber Utama dan Majlis Agama Islam Brunei Darussalam.

 

11.       Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menjadi ahli “Joint Sectoral Committee (JSC) for ASEAN Harmonized EEE Products” di peringkat ASEAN.

 

12.       Menyelaras dan menghadiri mesyuarat Asia Pacific Occupational Safety and Health sebagai wakil Kementerian Pembangunan.

 

13.      Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menghadiri mesyuarat “TQM Expert Meeting” di

           Peringkat serantau.

 

  

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian;

            atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)       i)          BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

iii)          Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3  selama

              tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Membantu pegawai atasan dalam tugas yang telah ditetapkan.

 

2.         Membuat penyelidikan industri pertahanan sepertimana yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

3.       Mengadakan seminar / bengkel / worksyop bagi syarikat-syarikat industri pertahanan Negara Brunei Darussalam.

 

4.         Memproses permohonan-permohonan bagi menubuhkan industri pertahanan di Negara Brunei Darussalam.

 

5.         Membantu penilaian dan mengenalpasti jenis-jenis industri pertahanan yang bersesuaian bagi Negara Brunei Darussalam.

 

6.         Membuat penilaian dan mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dapat diswastakan atau ‘corporatization’.

 

7.         Menyediakan laporan yang berkenaan seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

8.         Membuat Kertas Kerja Cadangan bagi industri pertahanan yang bersesuaian bagi Negara Brunei Darussalam.

 

9.          Menghadiri seminar / bengkel / worksyop industri pertahanan di dalam atau luar negeri.

 

10.       Menandatangani segala persuratan yang berhubungkait dengan tugas-tugas yang diarahkan bagi

            pihak Setiausaha Tetap / Pengarah.

 

11.        Mengadakan lawatan kerja ke industri-industri pertahanan luar negeri.

 

12.         Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI KEMAJUAN PERUMAHAN KANAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Kerja Kemajuan dalam tanggagaji C.3

             tidak dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam jawatan bersesuaian dalam

          tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                 Meneliti kelayakan permohonan Skim Perumahan Negara.

 

2.                 Memproses permohonan yang telah diperkenankan.

 

3.                 Memperuntukkan rumah.

 

4.                 Mempastikan peraturan syarat Perumahan dipatuhi.

 

 

<< Atas

 

 

4.

PENGUASA PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.8 ($2,075 - $2,845 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam salah satu dari bidang-bidang berikut; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

·        Civil Engineering

·        Communications and Computer Systems Engineering

·        Computing

·        Construction Engineering and Management

·        Electrical and Electronic Engineering

·        Forensic Science

·        Information Technology

·        Mechanical Engineering

·        Automative Engineering

·        Refrigeration and Air-Conditioning Engineering

·        Computer Studies

·        Marine Engineering

·        Geomatics

·        Interior Design

·        Electronic & Communication Engineering

·        Marine Engineering

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat dalam

             tanggagaji P.7 tidak kurang dari 3 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang

             telah ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

 

iii)         Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of

             Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

 

b)       Pemohon-pemohon di para a) i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

          i)        Umur                                -       Diantara 20 tahun hingga 30 tahun

 

ii)       Tinggi dan berat badan     -       Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

                                                            -       Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.

 

iii)      Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

 

iv)      Tidak buta warna.

 

v)        Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai perubatan yang dibenarkan.

 

vi)      Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi

        / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit

         yang membahayakan.

 

vii)     Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 82 dari masa ke semasa.

 

  1. Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Timbalan Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:

 

i) Membantu Pegawai Pemerintah ke atas Pentadbiran Operasi memadam kebakaran dan menyelamat

   di kawasan masing-masing, pengurusan keanggotaan, latihan-latihan, perhubungan awam dan

   asset Kerajaan.

 

ii) Bertanggungjawab ke atas kecemasan dan kesejahteraan awam mengikut kawasan

 bawah jagaannya.

 

iii)        Membantu Pegawai Pemerintah mentadbir balai-balai di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang lebih bersangkutan dengan kecemasan.

 

iv)      Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta kecekapan dalam bidang operasi dan menyelamat yang lebih berkesan.

 

v)       Membantu dalam menyediakan Standard Operational Precedure (S.O.P) bagi operasi

           kecemasandi dalam kawasan jagaan masng-masing.

 

vi)       Mengetuai sebarang operasi kecemasan dan menyelamat sebelum kehadiran

           Pegawai Pemerintah.

 

vii)       Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap tinggi.

 

viii)       Mencadangkan dan memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai

            dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.

 

ix)     Mengetuai zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan plean tindakan operasi (Standard Operating Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.

 

x)       Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang di bawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.

 

xi)       Mengetuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.

 

  1. Jika ditugaskan di bahagian pentadbiran berperanan selaku Ketua Bahagian yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:

 

i) Mentadbir perjalanan tugas yang telah dimandatkan ke arah yang lebih efisien dan produktif.

 

ii) Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta

    kecekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

 

iii)  Menentukan jenis latihan dan memastikan anggota di bawah jagaannya menjalani latihan-latihan

      yang dikehendaki.

 

  1. Bertanggungjawab di dalam menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di sepanjang tahun.

 

  1. Merangka perkembangan projek serta aktiviti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.

 

  1. Menyediakan perangkaan peruntukan di bawah Cawangan / Bahagian masing-masing.

 

  1. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari masa ke semasa.

 

  1. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

5.

PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)           i)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam salah satu dari bidang berikut; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

·        Civil Engineering

·        Construction Engineering and Management

·        Electrical and Electronic Engineering

·        Information Technology

·        Mechanical Engineering

·        Automotive Engineering

·        Refrigeration and Air-Conditioning Engineering

·        Computer Studies

·        Marine Engineering

·        Construction

·        Geomatics

·        Interior Design

·        Electronic & Communication Engineering

·        Marine Engineering

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P.5 tidak kurang dari 3 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

 

b)           Pemohon-pemohon di para a (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

i)        Umur                         -      Diantara 18 tahun hingga 26 tahun

 

ii)       Tinggi dan berat badan -      Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

 

-               Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.

 

iii)      Dada                          -      Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).  

 

iv)      Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

 

v)         Tidak buta warna.

 

vi)       Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai

           perubatan yang dibenarkan.

 

vii)       Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.

 

viii)           Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

TARIKH PENGAMBILAN DAN TEMPAT MENGHANTAR BORANG BAGI BILANGAN 4 DAN 5:

 

Tarikh  pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 11 / 12 / 13 dan 14  Februari 2008 (selama 4 hari) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa Pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

                              

CARA-CARA MEMOHON BAGI BILANGAN 4 DAN 5:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.        Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 83 dari masa ke semasa.

 

2.          Selaku Pegawai Mengetuai Balai / Pasukan di Cawangan Operasi.

 

3.        Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

 

4.          Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.

 

5.           Mencadangkan serta memastikan latihan-latihan operasi sentiasa di tahap yang tinggi.

 

6.           Mengetahui zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan

              pelan tindakan operasi (Standard Operaing Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.

 

7.          Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan pemeriksaan bangunan yang dibawah jagaan

             khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.

 

8.         Mengetahuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan

            sebelum kehadiran pegawai atasan.

 

9.         Menjaga dan memastikan kedudukan jentera-jentera dan peralatan-peralatan kebombaan

            sentiasa beroperasi.

 

10.       Menjaga dan memastikan balai serta asset-asset balai dibawah jagaan sentiasa dalam keadaan beroperasi dan teratur.

 

11.       Memantau dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa

            yang ditetapkan.

 

12.        Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

13.         Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH6.

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komputer atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.     Merancang dan menyediakan program pengauditan.

 

2.      Menjalankan pengauditan komputer ke atas sistem berkomputer di Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

 

3.      Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.

 

4.      Mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / memo-memo susulan.

 

5.      Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan satu keping gambar berukuran paspot, salinan-salinan sijil serta dokumen-dokumen yang lain.

 

TARIKH TUTUP BAGI BILANGAN GH6: 27 FEBRUARI 2008

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 3:

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGI BILANGAN

4 DAN 5:

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

   TARIKH PENGAMBILAN DAN TEMPAT MENGHANTAR BORANG:

 

Tarikh  pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 11 / 12 / 13 dan 14  Februari 2008 (selama 4 hari) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa Pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

                            

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGI BILANGAN

GH6:

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG :

JURUAUDIT AGUNG,

JABATAN AUDIT,

TINGKAT 6, BANGUNAN BAHIRAH,

JALAN MENTERI BESAR, BERAKAS ‘A’ BB3910