IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 19 MAC 2008)

BILANGAN IKLAN: 09/02/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PENTADBIR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

JURUTEKNIK MEDIA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

C.2 EB.3 ($1,450 -$2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900 -$1625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENYELENGGARA STOR TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

MERINYU PERANCANG

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530-$1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

JURUTEKNIK FOTO TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI UB.2:

 

a)       i)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

DAN

 

ii)        Berkhidmat di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji UB.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam Bahagian II tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                     Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

 

i)                Peperiksaan jabatan (jika ada).

ii)               Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.

iii)              Peraturan-Peraturan Kewangan.

 

c)       Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang sukan, kebudayaan, kesenian

        dan kemasyarakatan serta pernah melibatkan diri dalam segala bidang kegiatan kokurikular (ECA)

        adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 :

 

a)               i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau

          kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji

          C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

           7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)       Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang sukan, kebudayaan, kesenian dan kemasyarakatan serta pernah melibatkan diri dalam segala bidang kegiatan kokurikular (ECA) adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam perkara-perkara berikut:

 

1.          Menyusun dan menyelaras kegiatan-kegiatan kebudayaan, kesenian dan kemasyarakatan pelajar.

 

2.          Membantu menyusun dan menyelaras kegiatan kelab-kelab pelajar.

 

3.          Mengawasi alatan dan kemudahan Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

 

4.          Merancang dan melaksanakan kursus, seminar, ceramah dan bengkel kebudayaan dan kesenian untuk pelajar.

 

5.          Menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh Dekan Pelajar.

 

6.         Lain-lain yang diarahkan oleh Dekan Pelajar dan Pegawai-Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan / Elektrikal / ElektronikKejuruteraan Telekom atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam

          tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang Kejuruteraan / Elektrikal / Elektronik

          / Kejuruteraan Telekom atau dalam bidang yang bersesuaian.

 

b)            Mempunyai pengalaman dalam salah satu bidang berikut adalah kelebihan:-

 

                         i.      Pemeliharaan Radio perhubungan seperti: HF/VHF/UHF Base Stations, Repeater Stations, control consoles, mobile radios, Handheld Radios dan Pagers.

 

                         ii.      Peralatan keselamatan elektronik seperti: Closed Circuit Television, Luggage X Rays, Fibre Optic Transmission Cables Digital Electronic and Controls.

 

                         iii.     Pengalaman praktikal dalam gelombang radio dan juga litaran elektrik (electrical circuits) bagi bangunan-bangunan dan rumah-rumah.

 

                         iv.      Membaiki Radio / peralatan-peralatan elektrik.

 

                          v.      Berpengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BAHAGIAN SEMBOYAN:

 

1.              Memelihara peralatan perhubungan Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

2.              Membuat tugas-tugas pemeliharaan di luar waktu bertugas jika dikehendaki.

 

3.              Merangka, mengatur dan menyusun kerja-kerja mengikut jadual kerja pemeliharaan yang dirancangkan.

 

4.              Menyelia dan mengawas kakitangan bawahan dan mengawas perlaksaan kerja-kerja.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BAHAGIAN ELEKTRIK:

 

1.              Memelihara dan membaiki segala peralatan elektrik yang terdapat di Bangunan Pasukan Polis  Diraja

                 Brunei dan segala peralatan kepunyaan Jabatan.

 

2.              Merangka, mengatur dan menyusun kerja-kerja mengikut jadual kerja pemeliharaan yang dirancangkan.

 

3.              Menyelia dan mengawas kakitangan bawahan dan mengawas perlaksanaan kerja-kerja.


 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PENTADBIR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan /

                    Pengurusan atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Pejabat dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun   dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Bagi calon di para a(ii) sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus induksi dan Professional

                    bagi Penyelia Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Membantu dalam pengawasan keseluruhan pentadbiran kakitangan perkeranian termasuk kakitangan Bahagian III dan ke bawah dalam Kementerian/Jabatannya.

 

2.          Sebagai penyelaras kepada aduan/kilanan dan masalah Kementerian/Jabatan bawahannya.

 

3.         Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).

 

4.         Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

   Lulusan

<< Atas

 

 

4.

JURUTEKNIK MEDIA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

C.2 EB.3 ($1,450 -$2,270 SEBULAN)

 

 


 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang kejuruteraan Elektrikal dan

                    Elektronik; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmatan dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.3 / D.4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Berpengalaman dalam pemasangan, membaiki dan menjaga alat-alatan audio, pandang-dengar,

                    video dan televisyen.

 

c)                  Fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.          Memasang dan menjaga berbagai jenis alat-alatan pandang dengar seperti system P.A, projector-

             projector, video dan televisyen.

 

2.          Reprografi.

 

3.          Fotografi – Kerja Bilik Gelap / Gambar / Foto Slaid.

 

<< Atas

 

 

5.

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900 -$1,625 SEBULAN)

 

 

 


 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani / Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Mempunyai Sijil Komputer serta pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menjalankan kerja-kerja perkeranian pos di bahagian-bahagian kaunter, bungkusan, mel kewangan, perkhidmatan khas filatelik, Pejabat-Pejabat Pos cawangan dan lain-lain.


<< Atas

 

 

6.

PENYELENGGARA STOR TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        1 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Lanjutan; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat III tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Anggota Polis

           Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Staff Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/

                    atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.

 

c)                  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                  Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang

                     dengan sempurna.

 

2.                 Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur

                    mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

3.                 Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

4.                 Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

5.                 Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

6.                 Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira

                    terhadap barang-barang stor.


<< Atas
 

 

7.

MERINYU PERANCANG

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530-$1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa;  atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Geography / Matematik / Lukisan.

 

b)                 Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah dan bersih dari tindakan tatatertib.

 

c)                  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeriksaan tapak, boleh membaca

                    dan memahami pelan-pelan bangunan, pelan-pelan perancangan, peta-peta rupabumi (kontor)

                    dan pengetahuan terhadap penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Membantu Merinyu Perancang Kanan dalam mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan dan membuat laporan terhadap projek-projek perancangan pembangunan.

 

2.         Memeriksa dan membuat laporan-laporan terhadap permohonan-permohonan kemajuan tanah dan bangunan di dalam kawasan Kawalan Kemajuan dan permohonan-permohonan lain yang di rujuk ke Jabatan ini.

 

3.         Mengenalpasti, memeriksa dan membuat laporan terhadap kegiatan-kegiatan kemajuan yang dilakukan tanpa kebenaran di dalam kawasan Kawalan Kemajuan.

 

4.          Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

8.

JURUTEKNIK FOTO TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)         Berkebolehan memproses filem-filem gambar serta membuat caption adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.          Bertanggungjawab untuk kerja-kerja mencuci dan memproses filem serta pengurusan bilik gelap

             termasuk pemeliharaan alat-alat kelengkapan bilik gelap.

 

2.          Membantu Juruteknik Foto Tingkat I dalam kerja-kerja pemeliharaan alat-alat pengambar dan kamera-

             kamera yang digunakan.

 

3.          Bertanggungjawab terhadap urusan mengawal, menyusun dan memelihara semua gambar-gambar, slide-

             slide dan negatif-negatif supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.

 

4.          Membuat catatan mengenai penggunaan negatif-negatif dalam pejabat dan yang dibenarkan untuk dipinjamkan kepada pihak tertentu.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)