IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 06 FEBRUARI 2008)

BILANGAN IKLAN: 03/01/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURUTERA PEMELIHARAAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PEGUAM NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

 

6.

PENGATUR HURUF TINGKAT III

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

 

7.

ATENDAN PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Biologikal / Biologi atau Sains; atau kelulusan sebanding

          dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)        Mempunyai pengalaman bekerja di makmal veterinar / sains adalah kelebihan.

 

c)        Boleh mengendalikan peralatan makmal adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1    Bertanggungjawab sepenuhnya di dalam makmal serologi dan mikrobiologi dan keatas semua kerja-

      kerja pengendalian dalam makmal yang berkenaan.

 

2.  Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti projek tahunan makmal dan

      Rancangan Kemajuan Negara bagi kemajuan industri ternakan.

 

3.  Menyediakan laporan keputusan hasil pemeriksaan / penganalisaan makmal.

 

4. Bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksana kajian dan penyelidikan yang berkaitan bagi men-

   dokong program kesihatan haiwan & keselamatan makanan hasil ternakan melalui pemeriksaan / pen-

   ganalisaan makmal dan pembangunan metodologi.

 

5. Merancang dan melaksana program latihan bagi tenaga teknikal makmal mengenai pengendalian

    peralatan makmal dan teknik-teknik penganalisaan.

 

6. Menyelaras dan menjalankan rancangan projek-projek kerjasama dibidang makmal dengan agensi-agensi

    dalam dan luar negeri.

 

7. Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas           

 

 

2.

JURUTERA PEMELIHARAAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bangunan / Civil Engineering atau bidang kejuruteraan yang ber-

      sesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pemeliharaan  bangunan adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Mengetuai Bahagian Pemeliharaan dan Operesen termasuk pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

 

2.   Menyediakan dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

 

3.   Menyediakan laporan bulanan dan tahunan dalam hal ehwal kejuruteraan dan pemeliharaan.

 

4.   Menyediakan rancangan mempelbagaikan sumber kutipan hasil Jabatan.

 

5.   Memata-matai pengendalian stor pemeliharaan.

 

6.  Menyediakan, menyelaras dan menyelia rancangan serta jadual keselamatan dan pemeliharaan

     bangunan, kompleks-kompleks, kemudahan-kemudahan sukan, kenderaan-kenderaan dan harta benda

     Jabatan dengan komprehensif.

 

7.   Memelihara dan mengendali pemasangan dan penggunaan sistem elektronik termasuk sistem pandang

     dengar, sistem papan tayang elektronik, alat perkakas sukan dan sebagainya.

 

8.   Menyediakan spesifikasi sebut harga, tawaran dan dokumen kontrak yang berkaitan dengan dengan

      pemeliharaan dan kejuruteraan.

 

9.  Bertanggungjawab terus terhadap “first line maintenance” termasuk mekanisme pencegahan dan mencari

    serta membaiki kerosakan-kerosakan termasuk mengawasi pemborong yang telah terpilih bagi tugas-

    tugas pemeliharaan.

 

10.  Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

11.  Menerima arahan tugas dari Pegawai atasan.

 

12.  Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jamaat dan Ahad.

 

<< Atas           

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Sumber Tenaga Manusia / Per-

      hubungan Antarabangsa / Teknologi Maklumat / Kewangan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan

      sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Pentadbiran /

         Teknologi Maklumat / Kewangan / Ekonomi; atau kelulusan sebanding dalan bidang-bidang yang

         sama serta telah berkhidmat dengan kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3

         tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

        

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  

     ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

          7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Jabatan Pentadbiran & Kewangan (Bahagian Tawaran)

 

1.   Selaku Urusetia kepada Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Kesihatan.

 

2.   Sebagai ‘Resource Person’ dalam mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil.

 

3.  Mengendalikan segala pertanyaan (queri) yang berbangkit dari Lembaga Tawaran Kecil dan Lembaga

     Tawaran Negara.

 

4.  Menyediakan spesifikasi tawaran / sebutharga dalam perbelanjaan Khas (SE) untuk ‘Medical Equipment’.

 

5. Mengumpul segala maklumat dari Lembaga Tawaran Kecil untuk dijadikan rujukan.

 

6. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan bagi Lembaga Tawaran Kecil.

 

7. Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penolong

    Pengarah Pembelian dan Perbekalan dari semasa ke semasa.

 

    Jabatan Dasar dan Perancangan (Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa)

 

1.  Merancang projek-projek bahagian Jabatan Dasar dan Perancangan dan seterusnya menyediakan kertas

     kerja projek.

 

2.  Membantu menyelaras kepada Jawatankuasa dan Perancangan didalam mengendali hal ehwal perancangan.

 

3. Menyelaraskan dan memantau kegiatan program bersama Badan-Badan Antarabangsa seperti APEC dan

    WHO, GATS dan TRIPS.

 

4.  Mengumpulkan dan menyelaras maklumat mengenai program-program bersama ASEAN dan Komanwel.

 

5.  Bertanggungjawab didalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menjalin hubungan

     kerjasama beberapa Institusi Perubatan.

 

6.  Meneliti isi kandungan Memorandum of Understanding dan memantau perlaksanaan aktiviti dan faedah-faedah

     yang diperolehi kepada pihak-pihak atasan.

 

7.  Bertanggungjawab bagi mengendalikan aktiviti / program mesyuarat didalam dan luar negeri.

 

   Jabatan Perkhidmatan Kesihatan

 

1.  Mengendalikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan bagi pegawai kakitangan seperti tatatertib, gaji,

     elaun-elaun dan faedah-faedah lain.

 

2.  Merancang keperluan jangka pendek dan jangka panjang keperluan pegawai dan kakitangan.

 

3. Membuat penganalisaan pasaran pekerja (Market Labour) dan bekerjasama dengan pembekal pekerja

  (workforce supplier) seperti institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan sekolah-sekolah

   dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang diperlukan dan berkualiti.

 

4. Membuat rancangan penggantian (succession planning) yang berhubungkait dengan kemajuan kerjaya

    (career development) dan perancangan penempatan. (redeployment)

 

5. Membantu ketua Unit dalam membuat penelitian dan penyelarasan skim perkhidmatan jawatan-jawatan

    yang ada untuk dibuat penambahbaikan sesuai dengan kelayakan pengetahuan dan kemahiran masakini.

 

    Jabatan Pengurusan Estet (Bahagian Projek)

 

1. Menyelaraskan dan mendokumenkan rancangan infrastruktur selaras dengan Rancangan Kemajuan

    Negara (National Development Plan-RKN)

 

2. Membuat perjumpaan, perbincangan dan susulan dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain, yang

     berkaitan dengan kehendak dan keperluan berkenaan dengan Projek Kesihatan.

 

3. Urusetia task force untuk menyediakan dan menyatukan sistem Maklumat Hospital (Hospital Information

     System) dan Spesifikasi e-Kesihatan (e-Health Specification)

 

4.  Urusetia Task Force untuk kajian semula bagi Skim bayaran (Review of Scheme of Charges)

 

5.  Urusetia Task Force untuk Radiation Act, Code of Practice dan Penilaian bagi Radiologi Activities.

 

6.  Menyediakan plan dan perancangan strategic untuk Penjagaan Utama Kesihatan (Primary Health Care)

    dan Penjagaan Kesihatan (Health Care Financing)

 

7. Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam forum dan persidangan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan,

    Brunei Darussalam.

 

<< Atas          

 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi / Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian;

     atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

  

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)   i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Komunikasi / Pengurusan /

           Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang

           sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

           C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

     7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Berpengalaman mengendalikan / menyelaras hal ehwal bekas orang-orang tahanan adalah kelebihan.

 


   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menyampaikan maklumat dan maklumat serta dasar Kerajaan kepada orang ramai khususnya kepada

     golongan-golongan tertentu yang diarahkan oleh Pengarah Penerangan dari semasa ke semasa

     mengikut keperluan.

 

2.  Sebagai jurucakap dan ‘balancer’ di antara pihak Kerajaan dengan orang ramai khususnya golongan-

     golongan tertentu yang diarahkan oleh Pengarah Penerangan dari semasa ke semasa.

 

3.  Menjadi penyelaras kepada bekas orang-orang tahanan.

 

4. Menjalankan tugas bidang kerja penerangan yang meliputi komunikasi bersemuka, kenegaraan dan

     identiti nasional.

 

 

<< Atas       

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PEGUAM NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian;

     atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

      KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi  Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam /

            atau bidang bersesuaian; atau kelulusan yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta

           telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

            dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak

     kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Sebagai pegawai perhubungan dalam menghadiri mesyuarat-mesyuarat / perjumpaan-perjumpaan

      mengenai keugamaan, kebajikan, aktiviti dan sukan yang diungkayakan oleh Kementerian-

      Kementerian / Jabatan-Jabatan lain, sekaligus menyediakan laporan mesyuarat / perjumpaan tersebut.

 

2.   Menyelaras penyediaan laporan setelah menghadiri mesyuarat / seminar / symposium / bengkel / kursus

     jangka pendek / jangka luar negeri mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 7/1997, 6/1997

     dan 18/1995.

 

3.  Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa sebutharga jabatan.

 

4.  Membantu dalam mengungkayahkan perlaksanaan “extra curricular activities” seperti aktiviti kebajikan,

     keugamaan dan sukan tahunan yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau Peguam Negara.

 

5. Menguruskan pengankutan, tempat penginapan dan tempahan tiket penerbangan bagi mendatangkan

    pakar guaman dan saksi luar negeri.

 

6. Membantu merancang dan memantau projek Rancangan Kemajuan Negara di bawah kawalan Jabatan

    Peguam Negara.

 

7.  Membantu pegawai pentadbir dalam menyelaras perancangan tenaga manusia serta pengurusan hal ehwal

    latihan dalam perkhidmatan di dalam negeri yang berbentuk seminar / symposium / bengkel / kursus

    jangka pendek.

 

8.  Memabantu pegawai pentadbir dalam membuat penyelidikan dan pembaharuan secara berterusan

    terhadap perkhidmatan pelanggan (customer service) sama ada secara adhoc ataupun menggunakan

    kaedah-kaedah pengurusan (management tools).

 

9.  Membantu pegawai pentadbir mengurus hal ehwal yang berkaitan dengan pemeliharaan Bangunan Undang-

    Undang dan Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah (luar dan dalam bangunan) serat

    perabot-perabot mengikut keperluan.

 

10.  Membantu pegawai pentadbir dalam Laporan Tahunan serta Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) dan mana-

      mana kaedah-kaedah pengurusan yang lain.

 

11.  Membantu pegawai pentadbir dalam pengendalian mesyuarat ASEAN dan serantau yang diadakan

      di Negara Brunei Darussalam.dan;

 

12. Lain-lain arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas    

 

6.

PENGATUR HURUF TINGKAT III

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau

         kelulusan sebanding.

 

         Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang 5 tahun.

 

b)   Mempunyai Sijil Menaip Peringkat Permulaan dan boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik adalah

      kelebihan.

 

c)  Pernah menjalani Latihan Perantis sebagai Pengatur Huruf dengan sebuah badan latihan yang iktiraf

    adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1. Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan, sebagai tenaga pelatih (trainee) dalam mengendalikan mesin

    atur huruf.

 

2. Membuat kerja-kerja atur huruf dari peringkat awal hingga akhir menurut semakan yang dibuat, sebelum

    di hantar untuk dicetak.

 

3.  Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.

 

4.  Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

7.

ATENDAN PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Boleh bertutur dan menulis dalam dua bahasa, satu daripadanya Bahasa Melayu.

 

c)   Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Memproses buku-buku baru sampai: Melekatkan poket, label tarikh pemulangan, cap pemilikan, membubuh

      cap nombor siri dan membaiki buku.

 

2.   Bertugas di Kaunter: penerimaan ahli, meminjamkan buku, membatalkan peminjaman, membuat

      dan mengeluarkan peringatan.

 

3.   Menyemak dan menyediakan buku-buku yang rosak untuk dibaiki dan dijilid semula.

 

4.   Bertugas dalam aktiviti/pameran Bahagian Perpustakaan.

 

5.   Bertugas di Perpustakaan Bergerak atau Perpustakaan Cawangan.

 

6.   Membersihkan rak buku.

 

7.   Menyusun semula buku-buku yang dikembalikan ke dalam rak.

 

<< Atas        

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 7:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)