IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 13 OGOS 2008)

BILANGAN IKLAN: 30/07/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI HAL EHWAL BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 5,7

6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PEMERIKSA BURUH KANAN

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3 EB.4 ($1,990 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

TEKNISYEN KAPAL TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

JURUTEKNIK LAMPU

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

   << Kembali Ke Maklumat Semasa                        

 

 

 

 

1.

PEGAWAI HAL EHWAL BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)        i)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Social Studies / Social Science / Communication Studies atau Public Policy, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 ATAU

 

ii)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Social Studies / Social Science / Communication Studies atau Public Policy atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Hal Ehwal Belia dan Sukan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Mereka yang terlibat dalam persatuan atau bergiat aktif dalam menjalankan persatuan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI HAL EHWAL BELIA DAN SUKAN:

 

1.    Membantu dalam urusan pentadbiran Bahagian Belia dan Sukan.

 

2.    Mengumpul data-data dan maklumat-maklumat mengenai belia termasuk belia yang bermasalah dan belia

       yang belum mendapat pekerjaan.

 

3.   Membuat penyelidikan dan menyelaras dengan Pusat Pembangunan Belia (PPB) DAN Outward Bound

      Brunei Darussalam (OBBD).

 

4.   Membantu dalam penyediaan kertas kerja hasil daripada data/maklumat yang telah dikumpulkan.

 

5.   Membantu dalam penyediaan laporan tahunan.

 

6.   Mengurus persediaan mesyuarat-mesyuarat di peringkat nasional.

 

7.   Membantu memantau perlaksanaan Dasar Belia Negara.

 

8.   Menyelaras aktiviti / program yang berkaitan dengan belia.

 

9.   Sebagai ‘Liaison’ dengan Jabatan Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkaitan.

 

10.  Lain-lain tugas yang diaturkan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)         i)      Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

ATAU

 

ii)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)          i)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN:

 

1.      Membantu dalam urusan Pentadbiran dan Kewangan Jabatan yang berkaitan dengan persuratan, book-

        keeping, pertanyaan audit, pendaftaran dan mempastikan supaya kerja-kerja yang terlibat dapat

        dilaksanakan dengan baik dan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.

 

2.      Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan Kanan.

 

3.   Membantu dan bertanggungjawab kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di dalam pengendalian

      dan penyelarasan kerja projek TAFIS.

 

4.       Bersedia menjalani kursus di dalam dan di luar negeri, jika dikehendaki.

 

5.     Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Jurukira Agung dari

        masa kesemasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PEMERIKSA BURUH KANAN

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3 EB.4 ($1,990 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)         i)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Labour  Studies / Business Studies / Public Administration / Managements Studies / Commerce / Social Studies atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Pemeriksa Buruh dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Pemohon-pemohon yang mempunyai kefahaman yang baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta dan Peraturan Buruh, Kanun Jenayah (Penal Code), Kanun Peraturan Jenayah (C.P.C) dan lain-lain peraturan yang ada kaitannya dengan tugas-tugas Jabatan Buruh adalah kelebihan.

 

c)         Hendaklah boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA BURUH KANAN:

 

1.        Membantu melaksanakan tugas-tugas Penolong Pesuruhjaya Buruh yang berkaitan dengan Lesen

         Pengambilan Pekerja Asing, Penguatkuasaan Undang-Undang, Perkhidmatan Pekerja Tempatan

         disamping membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya dalam urusan Pentadbiran dan apa-apa

         jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan Buruh.

 

2.     Membantu Penolong Pesuruhjaya Buruh menyelia dan melicinkan perjalanan bahagian dimana

        ianya ditempatkan atau di mana-mana cawangan Jabatan ini.

 

3.    Boleh menyelesaikan masalah dengan baik dengan menggunakan pertimbangan yang wajar

      berpandukan Peraturan dan Undangan-Undangan yang dikawal oleh jabatan bagi perkara-perkara dasar

     dan perhubungan dan pengambilan pekerja asing, Penguatkuasaan Undang-Undang serta lain-lain perkara

      yang berkaitan dengan tugasnya di Jabatan ini.

 

4.     Pemeriksa Buruh Kanan mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana cawangan di negara ini bila diperlukan.

 

<< Atas

 

 

4.

PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Penolong Penguasa Pos atau berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian yang mempunyai bidang tugas pengurusan bahagian atau penyeliaan kakitangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA POS:

 

1.         Menjadi Ketua Pos di Pejabat-Pejabat Pos Cawangan seperti Pejabat Pos Bandar Seri Begawan, Pejabat Pos Seri Kompleks, Pejabat Pos Gadong, Pejabat Pos Kuala Belait, Pejabat Pos Seria dan lain-lain.

 

2.          Sebagai Penyelia di mana-mana bahagian seperti di Bahagian Mel Bungkusan, Peti Surat dan lain-lain.

 

3.          Menjadi pembantu kanan kepada Ketua Penguasa Pos / Pengawal Pos di lain-lain bahagian.

 

4.         Mempastikan Pejabat-Pejabat Pos Cawangan yang di bawah jagaannya dan lain-lain bahagian di

            Jabatan Perkhidmatan Pos berjalan dengan sempurna dan mencapai mutu perkhidmatan yang tinggi.

 

<< Atas

 

 

 

 

5.

TEKNISYEN KAPAL TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Mempunyai Sijil Kecekapan Officer In-Charge of Engineering Watch (OEW) dari man-mana

                    Pentadbiran Maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut.

 

ATAU

 

ii)        Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Jurutera Laut Kelas 5 yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut atau sebanding dan telah berkhidmat di Jabatan Laut sebagai Teknisyen Kapal Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Berpengalaman tentang kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan injin-injin diesel kapal yang mempunyai kuasa dorongan sehingga 1500 kilowatts adalah kelebihan.

 

c)         Berkualiti sebagai seorang Ketua dan boleh mengurus dan mengawas kakitangan dibawah jagaannya dalam melaksanakan tugas-tugas mereka adalah kelebihan.

 

d)        Boleh menulis laporan-laporan dengan baik seperti kerosakan, pembaikan, pesanan dan kakitangan adalah kelebihan.

 

LAIN-LAIN SYARAT:

 

Sebelum ditawarkan jawatan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat I, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TEKNISYEN KAPAL TINGKAT I:

 

Bertugas selaku Teknisyen di kapal-kapal yang kuasa dorongan tidak lebih dari 1500 kilowatts, atau selaku Teknisyen kedua di kapal-kapal yang kuasa dorongannya melebihi 1500 kilowatts. Jika mempunyai Sijil OEW, Penjawat Jawatan akan dikehendaki berkursus ke Luar Negara sehingga tamat Sijil Kecekapan Jurutera Laut Kelas I.

    << Atas

 

 

 

6.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)          i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

                   Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Timbalan Pegawai Balai (E1).

 

LAIN-LAIN SYARAT:    

 

a)                 Pemohon-pemohon di para a(i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

i)        Mestilah lulus dalam peperiksaan bertulis dan ujian praktikal.

ii)       Dikehendaki untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kadet Bomba.

 

b)                 Kelayakan Tambahan:

 

i)         Umur           -         Tidak lebih dari 28 tahun

ii)        Tinggi           -         Sekurang-kurangnya 5’4’ (1.63m) bagi

                                      lelaki  dan 5’ bagi perempuan

iii)        Bagi pemohon perempuan hendaklah belum berkahwin.

iv)        Pemohon hendaklah tidak mengalamj masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.

v)         Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 


TEMPAT MENGHANTAR BORANG:

 

Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

 

CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PEGAWAI BALAI:

 

1.         Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 83 dari masa ke semasa.

 

2.        Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-kuasa.

 

3.        Jika ditugaskan di bahagian operasi, berperanan selaku Pegawai Mengetuai Pasukan / Timbalan Pegawai Mengetuai Pasukan yang bertanggungjawab keatas penyusunan dan pentadbiran anggota dan asset di bawah jagaannya.

 

4.         Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan asset kerajaan kearah yang berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.

 

5.         Memastikan kecekapan anggota bertugas dalam bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat kearah lebih berkesan.

 

6.         Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.

 

7.         Mengetahui “station ground” mengikut tempat-tempat stragetic bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.

 

8.         Menjalankan “station routine” mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.

 

9.          Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

10.         Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.

 

11.         Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.

 

12.         Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.

 

13.         Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.

 

14.         Melaksanakan tugas-tugas yang di arahkan oleh pegawai atasan.

  

 

<< Atas

 

 

7.

JURUTEKNIK LAMPU

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

iii)       Pemohon-pemohon mestilah pernah menjalani latihan perantis letrik dan mempunyai pengalaman dalam bidang Elektrikal.

 

Mempunyai pengalaman di dalam kerja-kerja membaiki dan menyelenggara lampu-lampu pelayaran laut dan komponen elektronik adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)       i)        Berkhidmatan dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari

                    7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii)    Pernah menjalankan tugas Juruteknik Lampu dan berpengalaman dalam kerja-kerja membaiki

      dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

 

c)         Boleh menggunakan komputer dan bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

d)         Pemohon-pemohon yang dikehendaki adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK LAMPU:

 

Menyelenggara, memelihara lampu pelayaran laut yang menggunakan kuasa batri atau letrik yang di pasang di lampu-lampu pancang laut dan menara-menara serta boya-boya lampu laut. Membuat lain-lain tugas am pemasangan-pemasangan kuasa letrik di darat dan di kapal-kapal apabila dikehendaki.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1, 2, 3, 4, 5 DAN 7

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
6

 

Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat,
Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam.

[Bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(semasa waktu bekerja).]

 

<< Atas