IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 31 JULAI 2008)

BILANGAN IKLAN: 28/07/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI HAIWAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PENGURUS DOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.1-2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

PENJALAN TRAILER

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENDOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

TUKANG SUNTIK

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

PEGAWAI HAIWAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penternakan / Sains Veterinar atau bidang bersesuaian;

     atau kelulusansebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pemeliharaan ternakan khususnya dalam hal-hal

     pencegahan penyakit adalah keutamaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI HAIWAN: 

  1. Bertanggungjawab dalam pengawalan, penyelidikan dan memberi khidmat nasihat berkenaan dengan penyakit haiwan dalam pengurusan, permakanan dan kesihatan haiwan di Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Membuat penerangan dan pencegahan penyakit haiwan termasuk kawalan, rawatan dan pembedahan.
     

  3. Menyediakan program kawalan penyakit haiwan kebangsaan.
     

  4. Menyediakan plan perancangan bagi kemajuan industri ternakan di Negara ini.
     

  5. Mensyorkan, mengawal dan memantau pendaftaran ubat-ubatan veterinar.
     

  6. Bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemeliharaan kuarantina dan menyediakan peraturan-peraturan import  dan eksport haiwan.
     

  7. Bertanggungjawab dalam pemantauan pengurusan pusat-pusat penyembelihan yang diiktiraf halal di Negara ini.
     

  8. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

2.

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kerja Sosial / Sosial Kemasyarakatan / Dasar Sosial atau bersesuaian;

       atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN: 

  1. Bertanggungjawab terus kepada Ketua Bahagian Kebajikan Sosial Perubatan.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian dalam membuat penyelidikan, perancangan/strategi serta memberikan pandangan bagi memastikan perkembangan dan kemajuan perkhidmatan Kebajikan Sosial Perubatan akan lebih berkesan dan efisien.
     

  3. Membuat penilaian sosio-ekonomi termasuk tempat tinggal pesakit dan seterusnya menyediakan laporan atau sokongan untuk disalurkan ke agensi-agensi berkenaan.
     

  4. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 
a)        i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Management Science /
              BusinessAdministration
/ Public Administration / Consumer Studies/Affairs / Quality Management; atau
              kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.


         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Berpengalaman dalam bidang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan atau kerja-kerja penyelidikan

           yang berkaitan dengan bidang pengurusan atau pentadbiran adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN:

 

Tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan ialah membantu pegawai-pegawai kanan dalam menyumbangkan khidmat kepakaran pengurusan kepada Perkhidmatan Awam, menyumbang serta memajukan konsep-konsep dan teknik-teknik pengurusan moden untuk pengurusan perkhidmatan awam dengan tujuan untuk membantu pengurus-pengurus di semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam apabila diperlukan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk memperbaiki serta mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam melalui pembaikan-pembaikan, perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan di dalam organisasi, sistem prosedur, operasi dan program sumber pengurusan. 


<< Atas

 

 

 

4.

PENOLONG PENGURUS DOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.1-2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang hospitality / pentadbiran / elektrikal; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berpengalaman tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang pengurusan.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Dobi atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGURUS DOBI: 

  1. Mengawal dan memastikan mesin-mesin dobi dalam keadaan baik untuk digunakan serta memastikan kebersihan dan penggunaan mesin.
     

  2. Membantu dalam mengatur dan mengawasi kakitangan Bahagian Dobi.
     

  3. Membantu membuat laporan kerosakkan mesin Dobi.
     

  4. Membantu tugas-tugas Pengurus Dobi.
     

  5. Membantu menerima pesanan barang-barang dari pembekal.
     

  6. Membuat senarai linen rosak yang hendak dilupuskan.

<< Atas

 

 

 

 

5.

PENJALAN TRAILER

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan (ND) dalam bidang teknikal yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan menjalan Trailer (lowbed dan highbed) dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Mempunyai lesen memandu kelas 2 dan 11 yang sah.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJALAN TRAILER: 

  1. Memandu trailer ‘Highbed’ dan ‘Lowbed’ dengan selamat dengan mematuhi peraturan Jalan Raya.
     

  2. Memastikan kenderaan berkenaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.
     

  3. Menjaga kebersihan trailer dan prime mover.
     

  4. Melapor kerosakan kepada pengawas-pengawas yang dipertanggungjawabkan.
     

  5. Melatih pemandu-pemandu Jabatan Kerajaan untuk mendapatkan lesen Kelas 2 dan 11.
     

  6. Membantu Pengawas untuk menyediakan tugas-tugas perjalanan harian.

 

    << Atas

 

 

 

6.

PENDOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

             E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)         Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDOBI: 

  1. Mengambil linen dari wad dan bahagian hospital dan menghantar balik linen bersih ke tempat yang sama.
     

  2. Menseterika linen menggunakan alat-alat yang disediakan seperti sterika ‘roller’ dan seterika ‘press’.
     

  3. Melipat kain, mengira, memilih, menyusun, mengangkat serta memasukkan linen bersih dalam beg yang telah disediakan.

 

 

<< Atas

 

 

7.

TUKANG SUNTIK

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG SUNTIK:

 

Memberi suntikan kolera, demam kepialu dan lain-lain terhadap orang ramai di Pusat-Pusat Suntikan Awam atau Pos-Pos Kawalan di Negara Brunei Darussalam.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 7:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)