IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 27 OGOS 2008)

BILANGAN IKLAN: 32/07/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENYELIA RANCANGAN PERMAKANAN DAERAH

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.12 ($2,300 - $2,660 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 – $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PENOLONG PEGAWAI FOTO TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEGAWAI PERANGKAAN RENDAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

JURUGAMBAR TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

7.

KERANI KEWANGAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENYELIA RANCANGAN PERMAKANAN DAERAH

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.12 ($2,300 - $2,660 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penyajian Makanan (Food Catering) / Sains Makanan (Food Science) /

     Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

     yang sama.

         

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penyajian Makanan (Food Catering) /

      Sains Makanan (Food Science) / Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang berkaitan, atau

      kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan

     sebagai Penolong Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah dalam tanggagaji G.5 atau Penyelia Asrama

     dalam tanggagaji G.6 atau jawatan sebanding dalam Bahagian III tidak kurang dari 5 tahun dan telah

     ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

c)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah dalam tanggagaji

     G.5 atau Penyelia Asrama dalam tanggagaji G.6 atau jawatan sebanding tidak kurang dari 8 tahun  dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 


   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA RANCANGAN PERMAKANAN DAERAH:

 

1.  Bertanggungjawab dan melapor kepada Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah.

 

2.  Mengadakan lawatan dan pemeriksaan mengenai dengan perjalanan dan perlaksanaan rancangan

     permakanan sekolah dan asrama.

 

3.  Menyemak buku-buku penerimaan barang-barang permakanan dan stok.

 

4.  Bertanggungjawab sepenuhnya kepada hal ehwal kesejahteraan dan kualiti kebersihan tempat dan

     kakitangan rancangan permakanan di sekolah dan asrama iaitu tukang-tukang masak, dapur, dewan makan,

     alat-alat perkakas dan sebagainya.

 

5.  Mengadakan perundingan dan perjumpaan yang kerap dengan pihak sekolah dan asrama untuk meninggikan

     mutu perkhidmatan rancangan permakanan sekolah dan asrama.

 

6.  Menghadapkan laporan kerja bulanan kepada Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah atau Ketua

     Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah.

 

7.  Mempastikan dan menyemak tuntutan yang dihadapkan oleh pihak sekolah dan asrama serta

     pemborong-pemborong adalah betul sebelum dihadapkan kepada Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah

     untuk tindakan pembayaran atau sebaliknya.

 

8.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai kanan atasannya dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas  

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 – $2,970 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan/

         Pengajian Perniagaan/ Pentadbiran/ Pengurusan Perakaunan/Perakaunan atau bidang bersesuaian, atau

         kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat Khas dalam tanggagaji

      C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN:

 

1.  Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.

 

2.  Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur

     mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

3.  Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

4.  Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

5.  Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

6. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap

    barang-barang stor.

 

<< Atas   

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI FOTO TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Fotografi; atau kelulusan sebanding dalam

         bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Bekhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Foto Tingkat I atau Jurugambar Tingkat I

    dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Berkebolehan mencuci gambar hitam-putih dan berwarna adalah diberi keutamaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FOTO TINGKAT II:

 

1.  Membantu Penolong Pegawai Foto Tingkat I dalam mengendalikan semua kerja-kerja penggambaran dan

     pekakas penggambaran.

 

2. Menjaga dan memelihara alat-alat dan harta benda pengambaran supaya dapat berfungsi dengan baik bila-

    bila masa digunakan.

 

3. Membantu Penolong Pegawai Foto Tingkat I menyelaras dan menyelia kerja-kerja penggambaran.

 

4.  Bertanggungjawab atas penyusunan dan pemeliharaan semua gambar-gambar serta slide yang sudah diproses

    dan memastikan semuanya dalam keadaan baik dan teratur.

 

<< Atas    

 

 

4.

PEGAWAI PERANGKAAN RENDAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding

         dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari

     3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

          

            Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja 
            perangkaan.

 

 

   TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERANGKAAN RENDAH:

 

   Secara amnya tugas-tugas jawatan ini termasuk seperti berikut:

 

1.  Membantu dalam urusan mengumpul, memungut, menyusun, menyediakan, meneliti rumusan dan menganalisa

     perangkaan Jabatan.

 

2.  Membantu memasukkan dan mengeluarkan maklumat perangkaan.

 

3.  Bersedia menjalankan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa

     ke semasa.

 

   TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN KESIHATAN:

 

1.   Membantu Mengumpul, menyusun dan menganalisa perangkaan mengenai perubatan, kesihatan awam

      yang berhubungkait dengan kesihatan.

 

2.    Membantu memajukan dan membekalkan maklumat perangkaan.

 

3.   Membantu Penolong Pegawai Perangkaan menjalankan tugas dan tanggungjawab dan membuat kerja-kerja

      am yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

 

<< Atas     

 

 

 

 

5.

JURUGAMBAR TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Fotografi atau

         bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurugambar Tingkat II atau Juruteknik Foto Tingkat II

    dalam tanggagaji D1 tidak kurang 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pemahaman yang luas kepada prinsip-prinsip berkaitan dengan 35mm dan 2¾ gambar pegun

     (still photography) merupakan kelebihan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUGAMBAR TINGKAT I:

 

1.  Menjalankan kerja-kerja penggambaran yang diarahkan oleh Pegawai Kanan.

 

2. Bertanggungjawab bagi menentukan bahawa semua bahan keperluan untuk usaha penggambaran, mencuci

    dan memproses filem tidak berkurangan.

 

3. Bertanggungjawab atas penyusunan dan pemeliharaan semua gambar-gambar serta slide yang sudah diproses

    dan memastikan semuanya dalam keadaan baik dan teratur.

 

4.  Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja menyalin dan membantu dalam kerja pengambilan gambar.

 

    << Atas    

 

 

6.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding

          dalam bidang yang bersesuaian.

         

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang pengawasan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Kecil atau jawatan bersesuaian dalam bidang

      pengawasan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 


    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS TINGKAT II:

 

  SECARA AMNYA:

 

1.   Mengawas / memata-matai tugasan kerja.