IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 25 JUN 2008)

BILANGAN IKLAN: 23/06/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGUASA PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

KERANI / JURUBAHASA

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.2 ($550 - $930 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

TUKANG CAT

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH7.

PEGAWAI PENYELIDIK DAN PERKEMBANGAN

BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGUASA PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam salah satu bidang berikut;

 

·         Civil Engineering

·         Computing

·         Construction Engineering dan Management

·         Electrical dan Electronic Engineering

·         Information Technology

·         Mechanical Engineering

·         Automotive Engineering

·         Marine Engineering

 

Kelulusan lebih tinggi dalam salah satu bidang tersebut diatas adalah kelebihan.

 
     
ii)    Pemohon-pemohon di para a) i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

 

      i)   Umur    -        Diantara 18 tahun hingga 28 tahun

 

      ii)  Tinggi dan berat badan   -   Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

 

                                                                - Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.

 

iii)  Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang

       tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

 

iv)  Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan.

 

v)  Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.

 

vi)  Tidak buta warna.

 

vii) Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah  tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.

 

viii) Ujian
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

ATAU

 

b)   i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 5 tahun dan lulus   ujian fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa.

 

     ii)   Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG:

 

Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Bermula jam 8.30 pagi hingga  11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

                                      


CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada  tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya   Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 83 dari semasa

     ke semasa.

 

2.  Bertanggungjawab selaku ketua bahagian / unit dan bertanggungjawab ke atas segala pengurusan, pentadbiran, latihan-latihan dan keanggotaan di bawah jagaannya.

 

i)   Menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan disepanjang tahun.

 

ii)  Merangka perkembangan projek serta aktiviti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.

 

iii)  Menyediakan permohonan peruntukan bagi bahagian/unitnya.

 

3.  Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Pegawai Mengetuai Balai (Stesen Komander) di Cawangan

     Operasi yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:
 

  1. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
     

  2. Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.
     

  3. Mencadangkan dan memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.
     

  4. Mengetahui zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan pelan tindakan operasi (Standard Operating Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.
     

  5. Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang di bawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.
     

  6. Mengetuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.
     

  7. Menjaga dan memastikan kedudukan jentera-jentera dan peralatan-peralatan kebombaan sentiasa  beroperasi.
     

  8. Menjaga dan memastikan balai serta aset-aset balai di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
     

  9. Memantau dan memastikan pili-pili bomba di bawah jagaan zon operasi sentiasa dalam keadaan beroperasi dan teratur.
     

  10. Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     

  11. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas   

 

 

2.

PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang besesuaian; atau kelulusan sebanding
       dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak

       kurang dari 3 tahun.

 

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU
 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Pemeriksa Kereta dalam tanggagaji D.1 tidak kurang
     dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU
 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau  dalam  tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
 

 

b) Mempunyai lesen memandu 1, 3 dan 5. Pemohon yang hanya mempunyai lesen memandu kelas 3 boleh juga  dipertimbangkan dengan syarat mereka dikehendaki mendapatkan lesen memandu kelas 1 dan 5 semasa dalam tempoh percubaan.

 

c)  Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Memeriksa kereta untuk didaftarkan dan dilesenkan.

 

2.  Menguji pemohon ujian mendapatkan lesen memandu.

 

3. Memeriksa kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan, jalanraya dan menghadiri perbicaraan mahkamah mengenai kemalangan tersebut.

 

 

<< Atas  

 

 

3.

KERANI / JURUBAHASA

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

         dalam bidang yang bersesuaian.

 
        
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

    ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan
         telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan boleh bertutur dalam beberapa bahasa

     lain adalah kelebihan.

 

c)  Berkebolehan dalam teknologi maklumat dan komunikasi akan diberikan keutamaan.

 

d)  Mempunyai pengalaman dalam bidang penterjemahan dan/atau mengalih bahasa yang berkaitan merupakan
     kelebihan.

 

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memproses dan menyediakan waran-waran, ‘bonds’ dan ‘bail bonds’, semua surat perintah (wrist), saman, waran dan  notis.
     

  2. Ditugaskan bagi membuat penterjemaahan secara lisan dan spontan dari satu bahasa kepada satu bahasa yang lain semasa perbicaraan Mahkamah.

 

 

 

<< Atas  

 

 

 

4.

PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.2 ($550 - $930 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)   i)  Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ;  atau kelulusan sebanding.    

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 
    
ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian V tidak kurang dari 3 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

1.   Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i)    Memberi khidmat rawatan pemulihan dan pencegahan kecederaan anggota kepada pesakit dan atlet.

ii)   Meberikan bantuan medical coverage  apabila diperlukan.

iii)   Menjalankan ujian kesihatan dan ketahanan fizikal apabila diperlukan.

iv)   Mengawal dan menyusun daftar inventori semua peralatan pemulihan termasuk menyediakan laporan.

v)    Sentiasa mempastikan kebersihan dan keselamatan kawasan rawatan.

vi)   Menyusun dan mempastikan keadaan semua perkakas dan peralatan perubatan teratur.

 

2.  Terlibat sebagai jawatankuasa dalam akitiviti-aktiviti Jabatan.

 

<< Atas

 

 

 

 

5.

PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

         Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 
   ii)
 
BDTVEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding
        dalam bidang yang sama.

 

ATAU

 
   iii)
 
Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun  dan
         telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Berpengalaman dalam tugas-tugas operasi atau teknikal penyiaran adalah kelebihan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Jurukamera, Perakam Suara, Jurulampu, Penyunting Pita Video dan lain-lain di bahagian operasi kejuruteraan.
     

  2. Mempelajari dan memahami tugas-tugas yang dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman di bahagian  mereka di tempatkan dan seterusnya mengendalikan tugas-tugas tersebut.

 

    << Atas

 

 

 

6.

TUKANG CAT

JABATAN LAUT