IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 23 JULAI 2008)

BILANGAN IKLAN: 27/07/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

UNIT PENDIDIKAN KHAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

PENOLONG PENGURUS LADANG

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

PENJUAL BUKU

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

 PEGAWAI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

UNIT PENDIDIKAN KHAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

                    Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

DAN

 

ii)     Diploma Lepasan Ijazah Psikologi Pendidikan / Diploma / Sijil Pendidikan atau Diploma /

        Sijil Pendidikan Khas; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

b)                 Mempunyai perkara-perkara berikut adalah kelebihan:-

 

i)      Menjadi ahli kepada badan Psikologi Pendidikan tidak kurang dari 2 tahun.

 

ATAU

 

ii)       Pengalaman dalam bidang Psikologi Pendidikan tidak kurang dari 2 tahun.

 

ATAU

 

iii)       Pengalaman mengajar di peringkat rendah atau menengah tidak kurang dari 2 tahun.

 

c)        Kebolehan / Kecekapan dalam komunikasi lisan dan tulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PSIKOLOGI PENDIDIKAN: 

  1. Melaksanakan kerja-kerja dan Perkhidmatan Psikologi Pendidikan di sekolah-sekolah.
     

  2. Membuat penilaian, memberi nasihat dan merancang program pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas.
     

  3. Mengendalikan ujian-ujian saringan dan diagnostik seperti yang diarahkan oleh Pegawai Psikologi Pendidikan Kanan.
     

  4. Membantu dalam pengendalian program latihan berterusan bagi pegawai-pegawai, guru-guru dan ibu/bapa/penjaga yang ada kaitan dengan pendidikan khas.
     

  5. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua.

<<< Atas

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik /

                    Elektronik, Mekanikal dan Bangunan / Pembinaan; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Elektronik atau Mekanikal atau Bangunan /

           Pembinaan merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

 

1.        Calon yang berjaya akan ditempatkan di bahagian Kejuruteraan Hospital dan Pemeliharaan Bangunan.

 

2.        Menyelenggarakan kerja-kerja pemeliharaan, rawatan dan lain-lain kerja rawatan mengikut arahan Jurutera.

 

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Statistics atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perangkaan Rendah / Pegawai Penelitian atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN:

 

1.        Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengumpulan data-data tertentu yang diperlukan bagi perangkaan sosial atau ekonomi.

 

2.         Meneliti dan menyunting data-data yang dikumpulkan dan menyusun data-data mengikut format perangkaan yang disediakan.

 

3.          Membantu Pegawai Perangkaan dalam menyediakan maklumat bagi laporan-laporan sosial atau ekonomi.

 

4.        Menjalankan kerja luar berkaitan dengan pengumpulan maklumat perangkaan, seperti dalam banci atau kajian, apabila diperlukan.

 

5.          Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.


<< Atas

 

 

 

4.

PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik dan Sains.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)       i)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Pelatih atau Penolong Kerja Luar  dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii)        Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang telah tamat mengikut Program Perkembangan Teknikal Peringkat I anjuran Jabatan Kerja Raya.

 

ATAU

 

c)         i)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Kerja atau Pengawas Kecil dalam tanggagaji E.1

                 tidak kurang dari 7 tahun.

 

ii) Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang telah tamat mengikut Program

    Perkembangan Teknikal Peringkat I anjuran Jabatan Kerja Raya.

 

d)       Mempunyai lesen memandu Kelas 3 adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN:

 

1.       Memeriksa / menilai / membuat laporan kerja-kerja pemeriksaan bagi rumah-rumah persendirian yang hendak disewa oleh Kerajaan.

 

2.         Memeriksa / menilai / membuat laporan kerja-kerja pemeriksaan rumah / bangunan yang dibina di atas Skim Pinjaman Kerajaan.

 

3.        Memeriksa / menilai / membuat laporan kerja-kerja penilaian bagi rumah / bangunan kepunyaan Orang-Orang Kenamaan.

 

4.         Membuat laporan teknikal bagi rumah yang hendak disewakan.

 

5.         Memeriksa rumah terbangkalai [Problem House].


 

<< Atas

 

 

 

 

5.

PENOLONG PENGURUS LADANG

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa termasuk mata pelajaran Matematik / Perdagangan / Sains; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)          Berkebolehan dan berpengalaman dalam mengurus dan mengawas pekerja-pekerja adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGURUS LADANG:

 

1.        Membantu Penolong Pegawai Projek dalam hal ehwal pengurusan dan pengendalian projek/program Pusat Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

2.         Membantu menyelaras program penempatan dan lawatan bagi peserta-peserta kursus yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Keusahawan di masa ke semasa.

 

3.         Membantu dalam menyediakan dan melaksanakan spesifikasi kerja bagi sebarang sebut harga/tawaran kecil bagi projek-projek yang akan dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan.

 

4.        Membantu dalam menyediakan jadual-jadual harian kerja dan pengawasan buruh serta menyediakan laporan bulanan tentang pencapaian kerja yang diawasi untuk dihadapkan kepada Pegawai Penyelaras Projek.

 

5.        Menyediakan inventori harta benda Kerajaan dan kemudahan-kemudahan Pusat Pembangunan

           Keusahawanan dengan memastikan ianya sentiasa dalam keadaan selamat dan teratur.

 

6.      Membantu dalam melaksanakan aktibiti-aktibiti pameran yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dari semasa ke semasa.

 

7.         Sentiasa bersedia melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pusat dan pegawai-

            pegawai atasan yang lain.

 

    << Atas

 

 

 

6.

PEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

           D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)      Berkebolehan membaca dan menulis Jawi dengan baik dan mempunyai minat dalam tugas-tugas Perkembangan Bahasa Melayu adalah kelebihan.

 

c)          Mempunyai pengetahuan yang baik dalam hal ehwal khat tulisan Jawi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA:

 

1.         Membantu Pengelola Perkembangan Bahasa Melayu menyediakan maklumat berhubung dengan penggunaan Bahasa Melayu semasa untuk digunakan dalam menyediakan laporan kepada Ketua Bahagian.

 

2.      Menaip/menyediakan kertas mesyuarat dan bahan-bahan untuk dibawa ke dalam mesyuarat bagi membincangkan papan-papan tanda, papan-papan nama kedai, syarikat, pertubuhan dan kenderaan serta jabatan-jabatan kerajaan.

 

3.        Menyusun dan mengemaskinikan kad indeks bagi syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan lain yang memohon tulisan Jawi atau terjemahan.

 

4.          Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.

 

5.          Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian/Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

7.

PENJUAL BUKU

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan kewangan dan stor dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Berkebolehan dalam pengendalian komputer, mesin ‘cash register’ dan ada pengetahuan tentang simpan

           kira-kira (book-keeping). Mempunyai pengalaman sebagai Jurujual merupakan kelebihan.

 

c)        Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

d)        Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJUAL BUKU:

 

1.     Mengendalikan pengurusan Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei.

 

2.     Mengendalikan penjualan bahan-bahan terbitan Jabatan, sama ada secara tunai atau kiriman.

 

3.      Mengemaskinikan untuk keberkesanan sistem penjualan bahan-bahan terbitan.

 

4.      Mengawal stok dan harga bahan-bahan jualan.

 

5.      Bertanggungjawab ke atas semua bahan-bahan terbitan yang dijual dan hasil kutipan jualan.

 

6.      Bertugas untuk menjaga dan menjual bahan-bahan terbitan Jabatan di dalam atau luar negeri.


 

 

<< Atas

 

8.

PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Matematik.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)        Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II:

 

1.      Melapor diri kepada Ketua Unit atau stesen tempat bertugas.

 

2.      Membuat pencerapan permukaan dan udara atas.

 

3.      Mengekod dan mengdekod maklumat cuaca.

 

4.       Memplot maklumat di carta-carta yang disediakan.

 

5.       Menghantar maklumat cuaca kepada pusat mengumpul data di luar negeri.

 

6.       Membantu menyediakan maklumat cuaca untuk kegunaan Pegawai Kajicuaca Juruterbang, orang ramai

          dan pihak yang memerlukan.

 

7.       Menyampaikan ramalan cuaca dan datacuaca kepada pihak penggunaan secara lisan.

 

8.       Memasukkan data-data kajicuaca/turunan hujan/kajicuaca pertanian ke komputer bagi tujuan pengarkiban.

 

9.        Membantu Pemerhati Kajicuaca Tingkat I mengutip data-data turunan hujan/kajicuaca pertanian di seluruh Negara.

 

                                                                                                                                                                                                                                                                   << Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 8:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

 << Atas