IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
DI NEGARA
(TARIKH TUTUP: 22 OKTOBER 2008)
BILANGAN IKLAN: 41/10/08 (SPA/BMI)
|
|
NO |
NAMA JAWATAN |
TEMPAT MENGHANTAR BORANG
PERMOHONAN |
|
|
1. |
PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN
KANAN
JABATAN PELABUHAN B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) |
&
|
|
|
2. |
PEGAWAI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240
SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) |
|
|
|
3. |
PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) |
|
|
|
4. |
PENYELIA SISTEM
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.3-4 EB.5 (1,990 - $2,970 SEBULAN)
|
|
|
|
5. |
PENYELIA ASRAMA TINGKAT I
UNIVERSITI
|
|
|
|
6. |
PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) |
|
|
|
7. |
PENYELENGGARA STOR TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) |
|
|
|
8. |
PENOLONG PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK TINGKAT II
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN) |
<< Kembali Ke Maklumat Semasa
|
|
1. |
PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN
KANAN
JABATAN PELABUHAN B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) |
|
|
|
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian,
atau
kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ii) Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Pegawai Keselamatan Kemudahan Pelabuhan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan
dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan
dalam jawatan.
iv) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 tidak
kurang dari 8 tahun dan telah
ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
v) Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Pasukan Polis Diraja Brunei dalam jawatan Mejar atau Timbalan Penguasa
Polis (DSP) tidak
kurang dari 5 tahun.
Kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman
tentang
pengurusan dan penyeliaan satu pasukan Anggota Keselamatan adalah kelebihan.
b)
Bagi calon yang baru dilantik
mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.
c) Calon-calon yang terdiri daripada anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod per- khidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan displin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan nama 2 orang referees yang dikenali lebih dari 5 tahun (Melengkapkan
Borang Pengakuan Biodata).
d) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan
Awam:
i.
Peperiksaan Jabatan (jika ada).
ii.
Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan.
iii
Peraturan-Peraturan Kewangan.
1. Mengetuai Bahagian Keselamatan Pelabuhan bagi memastikan Bahagian Keselamatan
berfungsi
dengan baik dan mengawasi semua pegawai dan kakitangan di Bahagian
Keselamatan.
2. Mempunyai
‘survey’ keselamatan permulaan yang komprehensif ke atas kemudahan pelabuhan.
3. Memastikan
perkembangan dan pemeliharaan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.
4. Melaksanakan
dan menjalankan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.
5. Membuat pemeriksaan keselamatan ke atas kemudahan pelabuhan dan memastikan semua
langkah keselamatan berjalan lancar.
6. Membuat cadangan-cadangan bagi pembaikan, peningkatan dan mengemaskinikan
pelan
keselamatan kemudahan pelabuhan dari semasa ke semasa.
<<
Atas
|
|
|
2. |
PEGAWAI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240
SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) |
|
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal
kemasyarakatan
atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang
sama.
Kelulusan lebih
tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
KELAYAKAN
MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:
b) i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang
dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan
telah ditetapkan dalam
jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan
dalam tanggagaji C.3 tidak kurang
dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
PENTADBIRAN/HAL EHWAL ANTARABANGSA DAN PENYELIDIKAN
1.
Mengendalikan penyelidikan
yang berhubung dengan hal ehwal kemasyarakatan di negara ini.
2.
Pegawai
Penghubung (coordinator) Jabatan dengan agensi-agensi tertentu sama ada dari
dalam atau luar negeri.
3. Menyediakan dan mengaturkan sebarang program, latihan atau kursus yang diperlukan oleh pegawai
dan kakitangan Jabatan mengikuti keperluan semasa.
4.
Membuat penyelidikan
berhubung dengan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan Jabatan.
5. Membantu Pengarah/Timbalan Pengarah dalam hal ehwal penyelidikan, penyediaan kertas kerja, penyemak terhadap sebarang persuratan/kertas kerja dari luar negeri.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN
KELUARGA
Perkhidmatan
Hal Ehwal Wanita
1. Bertanggungjawab
sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita.
2. Bertanggungjawab dalam bidang penyelidikan, perkembangan dan penerbitan perkara-perkara yang
berkaitan dengan wanita dan pembangunan keluarga serta klien kebajikan yang
lain.
3. Mengumpulkan dan
menyibarkan maklumat mengenai wanita dan pembangunan serta klien kebajikan
yang lain.
4. Menyediakan / mengendalikan kursus-kursus, program latihan, kempen, seminar dan simposium mengenai
wanita
dan pembangunan keluarga seta klien kebajikan yang lain.
5. Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan keganasan dalam rumah, terutamanya keatas
wanita, termasuklah memberi khidmat:
i.
Kaunseling
ii. Bantuan Guaman
iii.
Salah seorang ahli
Urusetia “Task Force on Child Abuse dan Domestic Violence”.
6. Bertanggungjawab dalam kes-kes berkaitan dengan Undang-Undang Perlindungan Perempuan-Perempuan
dan
Gadis-Gadis 1972.
7.
Salah seorang pegawai
yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
8.
Bertugas
di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
9. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di dalam Jabatan
Pembangunan Masyarakat.
10. Menerima
arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke
semasa.
Perkhidmatan
Keluarga dan Kanak-Kanak
1.
Bertanggungjawab
sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.
2. Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan permohonan anak angkat dari dalam dan luar
negeri, kanak-kanak dibuang (“abandoned babies”) dan kanak-kanak yang diseksa.
3.
Mengumpulkan maklumat
mengenai kes-kes yang disebutkan dalam para (b) bagi tujuan kajian/penyelidikan.
4.
Menjadi salah sorang
ahli Urusetia dalam “Task Force on Chil Abuse and Domestic Violence”.
5.
Bertugas
di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
6.
Salah seorang pegawai
yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
7. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di Jabatan
Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.
8.
Menerima
arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke
semasa.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ORANG-ORANG CACAT, PEMULIHAN AKHLAK DAN PENEMPATAN
KERJA
Perkhidmatan Orang-Orang Cacat
1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, yang meliputi seluruh
negara, iaitu:-
i.
Pusat-Pusat
Bahagian di semua daerah iaitu Kelas Bimbingan bagi Kanak-Kanak Cacat.
ii.
Pusat Pekerjaan
Orang-Orang Cacat.
iii.
Skim Berdikari
Orang-Orang Cacat.
iv.
Pemulihan dalam
komuniti bagi Oang-Orang Cacat.
v.
Mengawasi
semua guru-guru dan pengajar-pengajar yang bertugas di (i) dan (ii).
2. Bertugas
di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
3.
Salah seorang Pengawai
yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian /unit-unit di dalam
Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap
dua tahun.
5.
Menerima
arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
1. Bertanggungjawab dalam
Bahagian Perkhidmatan Pemulihan Akhlak, yang meliputi seluruh negara, iaitu:-
i. Rumah Pemulihan Akhlak
Kanak-Kanak Nakal.
ii. Rumah Perlindungan
Wanita
iii.
Perkhidmatan Asuhan dan
Bimbingan (Probation and Aftercare).
iv.
Mengawasi semua
kakitangan, guru-guru dan pengajar di Rumah-Rumah (i) dan (ii).
2. Bertugas
di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
3.
Salah seorang Pegawai
yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.
4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit di dalam
Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap
dua tahun.
5. Menerima arahan
Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN
PENCEN-PENCEN
Perkhidmatan
Kebajikan Am
Bertanggungjawab
sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Am iaitu:-
i. Bantuan Bulanan.
ii.
Bantuan Perumahan
iii.
Bantuan Bencana Alam
iv.
Bantuan Sekaligus
v.
Bantuan Orang-Orang
Terdampar
vi.
Pengurusan
Tabung-Tabung Amal
vii.
Skim
Berdikari bagi Janda, Balu dan Orang-Orang Susah.
2. Bertugas
di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
3. Salah seorang Pegawai
yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.
4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit di dalam
Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap
dua tahun.
5.
Menerima arahan
Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari semasa ke semasa.
<<
Atas |
|
|
3. |
PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) |
|
|
|
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam
bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih
tinggi dalam bidang-bjdang sama adalah kelebihan. ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan
bersesuaian dalam
tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berhubungkait dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji
C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam
jawatan.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN
KELUARGA
Perkhidmatan Hal Ehwal
Wanita
1. Bertanggungjawab dalam Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita dan pembangunan keluarga. Untuk itu
pegawai ini
akan:
i) Membahagi-bahagikan kes-kes kepada Pekerja-Pekerja Kebajikan Masyarakat di Bahagian ini dan menyiasat sendiri kes-kes yang sukar (complicated) sama ada yang datang ke Pejabat
atau luar pejabat.
ii) Menerima laporan berhubung dengan kes-kes ini untuk disemak dan dibetulkan bagi tindakan
selanjutnya, sebelum
dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
iii) Membuat lawatan ke rumah-rumah sakit atau klien-klien apabila menerima pengaduan mengenai
kes-kes keganasan
dalam rumah seperti penganiayaan ke atas wanita atau isteri-isteri.
iv) Membuat rekod lengkap sebagai
rujukan bagi kes-kes seperti ini.
v)
Menjadi ahli Urusetia dalam Task Force on Child Abuse and Domestic
Violence.
vi)
Memberi khidmat kaunseling kepada
klien dan keluarganya.
2. Menyelidik kes-kes wanita yang akan dimasukkan ke Taman Noorhidayah, iaitu Rumah Perlindungan
Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis.
3. Menyediakan borang-borang tanya bagi tujuan penyelidikan ke atas wanita dan keluarga, yang ber-
tanggungjawab dalam mengumpul dan menganalisa
maklumat-maklumat yang diperolehi dari borang tanya.
4. Mengawasi dan bertanggungjawab dalam penerbitan risalah, majalah, buku-buku yang berkaitan dengan wanita
dan
keluarga.
5. Membantu Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam merancang dan mengendalikan kempen-kempen,
kursus-kursus,
seminar mengenai wanita dan keluarga.
6.
Menerima
arahan dari Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan Keluarga
dan Kanak-Kanak
1. Bertanggungjawab dalam Unit
Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.
2. Bertanggungjawab bagi kes anak-anak angkat sama ada luar dan dalam negeri. Bagi maksud ini
pegawai ini hendaklah:
i)
Membahagikan kes-kes kepada Pekerja
Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian ini untuk disiasat.
ii) Menerima laporan dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak, disokong atau
sebaliknya sebelum
dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
iii) Menghubungi mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan kes-kes ini seperti Pejabat Daerah
dan sebagainya.
iv) Mengawasi penyiasatan ulangan ke rumah pemohon-pemohon anak angkat yang diluluskan bermula daripada kebenaran pendaftaran sehinggalah dua tahun bagi menentukan penyesuaian
anak-anak
tersebut dengan keluarga angkat mereka.
v) Membuat rekod dan catatan mengenai dengan jumlah permohonan anak angkat, permohonan yang diluluskan / tidak diluluskan tiap-tiap tiga bulan sekali untuk dipanjangkan kepada
Pegawai
Pembangunan Masyarakat.
vi)
Memberi khidmat kaunseling kepada
pemohon-pemohon yang mempunyai masalah.
vii) Menemuduga sendiri pemohon-pemohon dari luar negeri atau pun kes-kes yang sukar (complicated).
Jika tidak dapat
diselesaikan barulah dipanjangkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
viii) Membuat penyiasatan ulangan dan catatan yang lengkap bagi pemohon-pemohon anak angkat
yang melibatkan kerakyatan.
ix)
Membuat pendaftaran bagi pasangan
yang berkehendakan anak.
3. Bertanggunjawab di atas kes kanak-kanak terbiar, kanak-kanak diseksa destitute (orang-orang papa).
Bagi maksud ini Pegawai ini hendaklah:
i)
Menyiasat sendiri kes-kes yang complicated.
ii)
Menyediakan laporan dengan lengkap
untuk dipanjangkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
iii)
Menghubungi
pihak-pihak yang tertentu, seperti Jabatan Perubatan dan Kesihatan.
iv) Memberi khidmat nasihat kepada
orang-orang yang mempunyai kaitan dengan kes ini.
v)
Mencatatkan dan menyimpan rekod
kes-kes seperti, yang dirujukkan ke Jabatan ini.
vi)
Salah seorang ahli Urusetia dalam Task Force on Child Abuse and Domestic
Violence.
4. Bertangungjawab dalam menyiasat dan melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan Juvenile delinquent
untuk dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
5.
Menerima
arahan Pegawai-Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ORANG-ORANG
CACAT, PEMULIHAN AKHLAK DAN PENEMPATAN PEKERJA
1.
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam
Perkhidmatan Penempatan Pekerjaan bagi:
i)
Orang-orang yang telah berumur
lebih 65 tahun.
ii) Penempatan dan penilaian pekerjaan orang-orang cacat, bekas pesalah belia dan banduan,
janda-janda, balu-balu
dan orang-orang susah.
2.
Bagi maksud (i) Pegawai ini
hendaklah:
i) Membahagikan kes-kes kepada Pekerja
Kanan dan Pekerja Kebajikan Masyarakat untuk siasatan.
ii) Menerima laporan dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak dan dibetulkan, disokong atau sebaliknya.
iii)
Memberi perkhidmatan nasihat kepada
pemohon-pemohon yang mempunyai masalah dalam kes ini.
iv) Merundingkan bagi menempatkan pemohon-pemohon di atas untuk mendapatkan pekerjaan sama
ada di sektor Kerajaan atau pun di sektor Swasta.
v) Mendaftarkan dan menyimpan rekod pemohon-pemohon yang diluluskan/tidak diluluskan (bagi
mereka yang berumur 65
tahun ke atas) dan mereka yang sudah bekerja atau belum.
vi) Mengawasi lawatan ulangan kepada bekas-bekas pelatih-pelatih buta Jabatan ini, yang telah tamat latihan sama ada bekerja sebagai home-worke’s, di sektor-sektor Kerajaan, dalam jangka dua bulan sekali untuk mempastikan keadaan mereka dan menyediakan laporan-laporannya untuk
tindakan selanjutnya.
3. Bertanggunjawab di atas kes-kes “Berbagai Pengaduan” yang dirujukkan ke Jabatan ini. Bagi maksud ini
Pegawai
itu hendaklah:
i)
Membahagi-bahagikan kes kepada
Pekerja Kanan dan Pekerja Kebajikan Masyarakat untuk siasatan.
ii) Menerima laporan yang lengkap untuk disemak, dibetulkan, disokong atau sebaliknya untuk
tindakan selanjutnya.
iii)
Menerima
arahan dari Pegawai-Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM
DAN PENCEN-PENCEN
Perkhidmatan Kebajikan
Am (Unit Bantuan Am)
1. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
permohonan bantuan bulanan. Bagi maksud ini pegawai itu hendaklah:
i) Membahagikan kes-kes kepada Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Am dan menyiasat sendiri kes-kes yang sukar (complicated) sama ada yang
datang ke
Pejabat atau luar pejabat.
ii) Menerima laporan berhubung dengan kes-kes ini untuk disemak dan dibetulkan serta dibuat
sokongan atau
sebaliknya sebelum dipanjangkan kepada Penolong Pengarah III.
iii) Mengawasi penyiasatan ulangan kepada penerima derma bantuan Jabatan ini tiap-tiap tiga bulan sekali bagi mengetahui keadaan mereka yang sebenar. Siasatan hendaklah dibuat ke rumah penerima-penerima bantuan ini dan mencatatkan laporan ringkas dengan menggunakan Standard Form
bagi
kegunaan rujukan berhubung dengan pemotongan / pemberhentian derma-derma
tersebut.
iv) Membuat rekod lengkap mengenai permohonan derma-derma yang diluluskan/tidak diluluskan,
derma yang dikurangkan / diberhentikan untuk dilaporkan kepada Penolong Pengarah III.
v) Memberi perkhidmatan nasihat kepada penerima-penerima bantuan bulanan dan keluarga mereka berhubung dengan masalah yang timbul dari kertas siasatan, laporan misalnya persekolahan anak-anak, pekerjaan dan sebagainya, serta menyalurkan kes-kes ini kepada yang berkenaan. Jika
tidak dapat diselesaikan, hendaklah dirujuk kepada
Penolong Pengarah III.
vi) Membuat pembayaran bantuan bulanan kepada Ketua-Ketua Kampong dan penerima-penerima
bantuan tersebut bagi
kesemua daerah.
2. Bertanggungjawab dalam kes orang-orang yang terdampar dan berperanan sebagai focal point bagi kes-kes
seperti ini. Bagi maksud ini pegawai itu
hendaklah:
i)
Menyiasat sendiri (dibantu oleh
Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat) kes-kes yang tersebut.
ii) Menghubungi pihak-pihak yang berkenaan yang mempunyai kaitan dengan kes ini seperti
Pejabat Imigresen,
Polis dan sebagainya.
iii) Menerima laporan yang lengkap dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat mengenai dengan kes ini
untuk dipanjangkan
kepada Penolong Pengarah III.
iv) Merundingkan dengan pihak-pihak yang tertentu berhubung dengan penempatan sementera
orang-orang ini.
v)
Mencatat dan membuat rekod yang
lengkap mengenai dengan kes-kes seperti ini.
3. Bertanggungjawab dalam mengawasi
Skim Berdikari bagi Janda, Balu-Balu dan Orang-Orang Susah.
4. Mengawasi kerja-kerja sukarela daripada pihak Awam, Jabatan Kerajaan, Swasta, Persatuan-
Persatuan,
Sekolah/Maktab dan lain-lain. Bagi maksud ini pegawai ini hendaklah:
i) Menyimpan, mencatat rekod pendaftaran persatuan sukarela, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta yang ada di Negara ini, supaya senang dihubungi apabila Jabatan ini memerlukan bantuan daripada
mereka.
ii) Menghubungi mana-mana Jabatan / pihak-pihak awam / persatuan-persatuan / swasta dan badan- badan sukarela bagi bantuan moral/tenaga/material dalam aktiviti-aktiviti Jabatan seperti jamuan-
jamuan untuk anak-anak cacat/yatim,
mendirikan rumah dan sebagainya.
iii) Mencatat dan menyimpan rekod Jabatan-Jabatan / pihak-pihak awam / persatuan dan badan-
badan sukarela yang
telah memberi bantuan-bantuan tersebut.
5. Menerima
arahan dari pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan Kebajikan
Am (Unit Bencana Alam)
Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
kes-kes bencana alam. Bagi maksud ini pegawai itu hendaklah:
i) Menyiasat sendiri kes-kes tersebut.
ii) Menyediakan laporan yang lengkap (dibantu oleh Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat)
untuk dihadapkan
kepada Penolong Pengarah III.
iii) Menghubungi pihak-pihak yang berkenaan yang ada kaitannya dengan kes ini seperti pihak Polis,
Jabatan
Perubatan dan Kesihatan, Pasukan Keselamatan demi kesejahteraan mangsa-mangsa
tersebut.
iv) Merundingkan dengan pihak-pihak berkenaan berhubung dengan penempatan sementara mangsa-
mangsa tersebut.
v)
Mengurus segala bantuan seperti
makanan, pakaian dan sebagainya untuk mangsa-mangsa tersebut.
vi) Membuat rekod dan catatan mengenai kes-kes bencana alam yang dirujukkan kepada Jabatan ini
seperti kes-kes
kebakaran, banjir, rumah ditiup angin dan sebagainya.
2. Bertanggungjawab ke atas permohonan membuat/membaiki rumah dan permohonan tanah dari orang-orang
susah, balu dan orang-orang cacat. Bagi maksud ini,
pegawai ini hendaklah: i) Membahagi-bahagikan kes kepada Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian
Perkhidmatan Kebajikan
Am untuk siasatan.
ii) Menerima laporan yang lengkap dari Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak,
dan dibetulkan,
disokong atau sebaliknya, sebelum dipanjangkan kepada Penolong Pengarah III.
iii) Menghubungi Ketua-Ketua Kampong dan pihak yang berkenaan (seperti Pekerja-Pekerja Sukarela / Jabatan-Jabatan / Persatuan- Persatuan) bagi sumbangan tenaga untuk mendirikan /
membaiki
rumah-rumah.
iv)
Menguruskan pembelian alat-alat
perkakas bagi mendirikan/membaiki rumah-rumah.
v)
Membuat rekod dan catatan berhubung
dengan permohonan ini.
3. Bertanggungjawab bagi kes bekas tahanan 1962 dan kes-kes yang berkaitan dengannya termasuklah
permohonan:
i)
Kacamata
ii)
Bantuan Rumah
iii)
Pekerjaan dan lain-lain
4. Bertanggungjawab bagi membuat penyiasatan dan rekod-rekod ke atas kes-kes orang tahanan dan keluarganya, yang dirujukkan ke Jabatan ini, serta memberikan perkhidmatan nasihat kepada keluarga ini,
apabila perlu.
5. Mengawasi jamuan bagi semua aktiviti-aktiviti Jabatan (Kebajikan) sama ada lawatan-lawatan, jamuan untuk
kanak-kanak cacat/yatim dan sebagainya.
6. Selaku pegawai perhubungan/publisiti bagi aktiviti atau projek-projek yang dijalankan oleh
Bahagian ini (Perkhidmatan Kebajikan Am).
7.
Menerima
arahan dari pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan
Pencen-Pencen
1. Menerima semua permohonan untuk mendapatkan pencen-pencen dan elaun-elaun seperti Akta 1954 dari
semua daerah.
2. Menyelidik, menyiasat dan melawat setiap permohonan dengan bantuan Pegawai Pencen-Pencen Tingkat II
dan menghadapkan sokongan kepada Penolong Pengarah III.
3. Membuat pembayaran pencen bagi semua daerah sama ada melalui Ketua Kampong, Ibu Pejabat Cawangan,
ke rumah-rumah, ke rumah-rumah sakit dan lain-lain.
4.
Membuat penyata pembayaran dan
menyediakan laporan.
5. Memberi kursus kraftangan kepada penerima-penerima pencen dan menggalakkan mereka untuk berdikari, dengan memperkenalkan Skim Berdikari dan membantu mereka memasarkan hasil-hasil kerajinan tangan
mereka untuk pendapatan sampingan.
<<
Atas
|
|
|
4. |
PENYELIA SISTEM
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.3-4 EB.5 (1,990 - $2,970 SEBULAN) |
|
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Komputer /
Sistem Maklumat
/ Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.
Kelulusan lebih
tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
b) Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang
berikut adalah diberikan keutamaan:-
i)
Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi
lisan dan tulisan.
ii) Mempunyai pengalaman
praktikal dalam pengendalian pelbagai:-
a. Projek dan perkhidmatan Teknologi
Maklumat
b. Platform Teknologi Maklumat terkini
iii)
Mempunyai pengetahuan dalam
pelbagai :-
a. Sistem-sistem kualiti pejabat b. Peraturan kerajaan dalam bidang
pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat
1. Membantu mengendalikan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh
Jurutera Sistem dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam projek dan
perkhidmatan berkenaan.
2. Menyelia kegiatan-kegiatan di dalam Pusat Data / Pusat Pemulihan Data / Pusat Pemantauan
Keselamatan
(Security
Monitoring Centre).
3. Memastikan semua dokumen tatacara / Standard Operating Procedure (SOP) penggunaan sistem ICT diikuti
dan dibuat sepenuhnya oleh
pengguna.
4. Melaksanakan piawaian, dasar prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik
(Best
practices).
5.
Membentuk arahan (instructions) untuk Pengendali Sistem
bagi peningkatan operasi dan prosedur komputer.
6. Melaksanakan pemeliharaan sistem komputer secara rountine untuk memastikan keberkesanan operasi
sistem-sistem yang ada termasuk
pengurusan vendor (vendor management).
7. Menyelia pemasangan peralatan ICT dan yang berkaitan dengan pengurusan facilities
(facilities management) seperti Air, Aircon,
Sprinkler Sistem, Uninterrupted Power
Supply.
8. Menyelia pemasangan peralatan rangkaian dan yang berkaitan termasuk mengendali high bandwidth,
wireless, switching dan
routing of network processors.
9. Menyelia pengoperasian dan pemeliharaan peralatan ICT dan yang berkaitan untuk memastikan ke-
sinambungan operasi termasuk pelan capacity
dan availability.
10. Menyelia pentadbiran sistem keselamatan pengoperasi dan prasarana rangkaian termasuk pengurusan
insiden (incident management).
11.
Menyediakan atau
menyelaras latihan untuk pengguna bagi sistem perisian.
12. Membantu menguruskan atau melaksanakan sebarang permohonan user change / new request bagi
sistem aplikasi.
13. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.
<< Atas |
|
|
5. |
PENYELIA ASRAMA TINGKAT I
UNIVERSITI
|
|
|
|
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang
bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam
bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Asrama Tingkat II atau jawatan bersesuaian
dalam
tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
1.
Membantu
Pengurus Asrama dalam perkara-perkara berikut:
i)
Pentadbiran
am asrama dan pengawasan kakitangan asrama.
ii) Disiplin penuntut, keselamatan dan kesejahteraan
penghuni asrama.
iii)
Mengawasi
keselamatan segala kemudahan harta benda asrama.
iv)
Memproses
permohonan pelajar
untuk tinggal di asrama.
v)
Menyelaras dan mengawasi kegiatan Luar Kurikulum,
Pelajar Asrama.
2. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai
atasan dari semasa ke semasa.
<<
Atas
|
|
|
6. |
PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) |
|
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding
dalam bidang
bersesuaian.
Kelulusan lebih
tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Dokumen Kontrak / Kerani Dokumen Kontrak atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah
ditetapkan dalam
jawatan.
b)
Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c)
Mempunyai Sijil Menaip di Peringkat Menengah
adalah kelebihan.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1. Memproses pengiklanan Tawaran seperti menyemak Notis Tawaran (memastikan kelas, kategori, jumlah yuran, tarikh terbuka, tarikh tutup, tarikh akhir mengambil dokumen tawaran, peruntukan dan tajuk yang digunakan adalah betul dan lengkap), mencatit ke Buku Pendaftaran dan mendraf Persuratan
mengenainya.
2.
Mencatit nombor kelas
bagi projek-projek yang berjaya ke dalam Buku Pendaftaran Kelas.
3. Mendraf dan menyemak Surat Penerimaan Tawaran yang disediakan dan memastikan para Kontraktor
menerima
4. Memastikan Kontraktor menghadapkan Surat Jaminan Bank dan Polisi-Polisi Insuran bagi penyediaan
Dokumen Kontrak.
5. Menyediakan Borang Perjanjian Kontrak, menggambar dan menyusun Dokumen Tawaran untuk dijilid dan
dijadikan sebagai Dokumen Kontrak dan memastikan Dokumen Kontrak tersebut
adalah lengkap dan betul.
6.
Bertanggungjawab
mengurus majlis menandatangan Dokumen Kontrak.
7.
Memastikan Dokumen
Kontrak yang telah ditandatangan dihantar ke Jabatan tertentu.
8.
Menyusun dan mencatat
sijil-sijil kontrak dalam buku Pendaftaran kontrak dan buku rekod para
pemborong.
<<
Atas
|
|
|
7. |
PENYELENGGARA STOR TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) |
|
|
|
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan; atau kelulusan sebanding
dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih
tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun dan
telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU iii) Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Pegawai Waran II atau Anggota Polis Diraja Brunei berpangkat sekurang- kurangnya Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan
mempunyai rekod
prestasi yang bersih dalam kerjayanya.
b) Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau
dalam pengurusan
stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.
1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang
dengan sempurna.
2. Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur
mengikut
dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.
3.
Menyelia/mengurus perancangan pembelian
barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.
4.
Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi
penambahan stok.
5.
Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok
mencukupi dan terkawal.
6. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap
barang-barang stor.
<< Atas |
|
|
8. |
PENOLONG PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK TINGKAT II
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN) |
|
|
|
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringat Biasa atau kelulusan
sebanding.
Kelulusan lebih
tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari
5 tahun dan telah
ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengalaman dalam menyediakan kenyataan tawaran, pembahagian dokumen tawaran,
penyediaan dokumen kontrak dan
pembahagian adalah kelebihan.
c)
Mempunyai Sijil Menaip serta pengalaman dan
pengetahuan dalam pengunaan komputer adalah kelebihan.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1. Menyediakan iklan
tawaran dan pembahagian.
2.
Mengendalikan dan
pembahagian dokumen tawaran.
3.
Mengendalikan
para pemborong.
4.
Menyusun dan
pembahagian dokumen kontrak.
5.
Menyusun dan mencatit
sijil-sijil kontrak dalam buku pendaftaran kontrak dan rekod para pemborong.
6. Lain-lain
tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
<< Atas |
|
TEMPAT
MENGHANTAR BORANG |
|
|
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 |