IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 21 MEI 2008)

BILANGAN IKLAN: 18/04/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

ARKITEK KEINDAHAN ALAM

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PENGENDALI SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5 ($900-$1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEMBANTU PERHUTANAN RENDAH

JABATAN PERHUTANAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PENJILID TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

TRADESMAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH7.

PENERBIT KANAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

ARKITEK KEINDAHAN ALAM

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM;

 

a)    i)   Ijazah Sarjana Muda dalam Arkitek Keindahan Alam / Rekabentuk Alam Sekitar / Jurukultura

           Kebunan (Horticulture) / Botany atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-

           bidang yang sama.

 

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Membantu dalam menyelaras dan mengurus perlaksaan tugas-tugas yang berkaitan dalam

       perancangan dan perkembangan dan/atau pemeliharaan dan pengurusan kawasan langskap, taman

       dan rekreasi.

 

2.  Menjalankan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan langskap serta memberikan khidmat nasihat

     kepada Kementerian dan Jabatan tertentu dalam kerja-kerja perlaksanaan.

 

3.  Menyelaras dan memantau kemajuan projek-projek langskap.

 

4.  Menyelia kerja-kerja rekabentuk atau design.

 

5.  Memeriksa dan menyelaras kerja-kerja di tapak binaan.

 

6.  Menyediakan dokumen yang perlu disepanjang tempoh projek dikendalikan sehingga selesai dengan sempurna.

 

7. Memberikan khidmat nasihat kepada Kementerian dan Jabatan tertentu dalam kerja-kerja pemeliharaan langskap.

 

8. Menyelaras dan memantau kemajuan projek-projek langskap.

 

9. Menyediakan dokumen tertentu terutama sekali tatacara atau manual bagi kerja-kerja pemeliharaan langskap,

    taman-taman dan tempat-tempat rekreasi.

 

10. Memastikan pemeliharaan langskap, taman-taman dan tempat rekreasi adalah mengikut seperti dalam perancangan.

 

11. Mengendalikan dan melaksanakan arahan dan tugas-tugas yan diberikan oleh Pegawai atasan.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

          dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat II atau

       jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/

     kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran

     Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau Kelulusan sebanding.

 

c)   Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

d)   Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

e)   Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

f)   Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1   Menyalur maklumat kepada pihak awam.

 

2.  Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.

 

3.  Menangani masalah dan konflik.

 

4.  Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.

 

5.  Mewujudkan system maklum balas yang berkesan.

 

6.  Menjadi sumber maklumat dan rujukan.

 

7. Menyelaras dan menyebarkan program-program Kerajaan dan menggalakkan penglibatan orang ramai dalam

    program tertentu.

 

8. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PENGENDALI SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5 ($900-$1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Pengajian Komputer / Kejuruteraan Elektronik

     atau bidang berkaitan dengan komputer, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Memproses data-data bagi sistem di bawah Pusat Data.

 

2.    Bertanggungjawab dalam pengendalian sistem backup, restore dan backup tapes.

 

3.    Memantau Network Management System di bawah Pusat Data.

 

4.    Bertanggungjawab ke atas System Startup & Shutdown.

 

5.    Bertanggungjawab bagi Real Time Monitoring bagi sistem-sistem yang terdapat di Pusat Data.

 

6.    Bertanggungjawab bagi mengendalikan dan memantau meja bantu bagi Pusat Data.

 

7.    Memastikan dan bertanggungjawab pada pencetakan laporan-laporan sistem-sistem komputer mengikut yang

       telah dijadualkan dan diperlukan.

 

8.   Membantu Pengendali Sistem Kanan, Penyelia Sistem dan Jurutera Sistem dalam pengurusan seharian Pusat Data.

 

9.   Memantau hardware dan software installation.

 

10.  Membuat pemeliharaan sistem software.

 

11.   Mencatit laporan masalah ke dalam log book dan membuat aduan.

 

12.   Memantau dan memastikan tugas-tugas pemeliharaan peralatan di Pusat Data dijalankan dengan sempurna.

 

13.  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atas bila diperlukan selain daripada tugas-tugas

       utama di atas.

  

  

<< Atas

 

 

 

4.

PEMBANTU PERHUTANAN RENDAH

JABATAN PERHUTANAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan

           sebanding termasuk mata pelajaran Matematik / Sains / Geografi.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat sebagai Buruh di Jabatan Perhutanan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Perhutanan / Pertanian / pemeliharaan

     alam sekitar atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian V tidak kurang dari 6 tahun dan telah

     ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Pernah mengikuti Kursus Kemahiran Buruh-Buruh Hutan, Jabatan Perhutanan atau ‘specialized courses’ yang

      diiktiraf adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Menjadi pegawai luar sebagai pengawas dan memantau projek-projek Jabatan Perhutanan disamping

     mengawas buruh-buruh hutan di bawah jagaannya dan harta benda Kerajaan yang terlibat serta menyediakan

     laporan bulanan perlaksanaan kerja-kerja berkenaan.

 

2.  Membantu pegawai luar dan atasan dalam menyusun rangka perlaksanaan kerja-kerja yang telah diberikan

     sesuai dengan jadual yang telah diaturkan kepadanya dan melaksanakannya mengikut susunan kerja.

 

3. Bertanggungjawab ke atas pekerja buruh hutan yang di dalam pengendaliannya dan harta benda Kerajaan

   yang terlibat. Semua barang-barang Kerajaan yang diamanahkan hendaklah dijaga dan dipelihara serta sentiasa

    dalam keadaan baik dan selamat digunakan semasa bekerja.

 

4.  Melaksanakan semua tugas yang diaturkan oleh Ketua Jabatan dari semasa   ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

PENJILID TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penjilid Tingkat III dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 5 tahun

     dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Bertanggungjawab bagi menyediakan, menerima, menjaga dan memelihara bahan-bahan peralatan yang

     diperlukan bagi kerja-kerja menjilid.

 

2. Menyemak, menyusun dan menjilid buku-buku, majalah-majalah dan surat-surat kabar serta lain-lain bahan

    cetak yang diperlukan.

 

3.  Membuat kerja pemelihara kertas, dokumen-dokumen dan sebagainya.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

6.

TRADESMAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

           dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak

      kurang dari 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI PERTANIAN:

 

1.   Membantu membuat pengawasan, memantau projek-projek infrastruktur yang sedang berjalan.

 

2.   Menyediakan lukisan teknikal bangunan dan kejuruteraan awam menggunakan perisian komputer.

 

3.   Menyediakan dan menghadapkan laporan bulanan kepada Ketua Unit.

 

4.   Menjalankan apa jua arahan yang diberikan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI PERTAHANAN:

 

1.  Melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan ke atas alat-alat perkakas elektrik, peti sejuk atau

     penyaman udara.

 

2.  Bertugas mengikut giliran sebagai “Standby Technician” atau “on-call” selepas waktu bekerja dan hari-hari

    kelepasan awam dan apa juga tugas dan arahan yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

    << Atas

 

 

 

GH7.

PENERBIT KANAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mass Communications atau Penerbitan Radio / Televisyen atau Multimedia;

     atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Bertanggungjawab kepada Ketua Seksyen dibawah Bahagian Rancangan TV bagi penerbitan rancangan-

     rancangan radio/televisyen samaada yang berbentuk konvensional mahupun berbentuk multimedia.

 

2.  Pengurusan sumber tenaga manusia.

 

3. Mengawal perbelanjaan dalam masa yang sama memastikan penerbitan mempunyai unsur-unsur yang kreatif

    dan “cost-effective” serta mampu memenuhi selera penonton.

 

4. Memberikan kerjasama penuh kepada pihak-pihak yang berkaitan langsung seperti latihan-latihan pegawai-

    pegawai penerbitan dan keperluan teknikal bagi memastikan setiap penerbitan rancangan berkualiti tinggi.

 

5. Diperlukan juga menulis skrip dan/atau menyunting skrip untuk rancangan-rancangan.

 

6. Apa jua tugas yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa. 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 6:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
GH7:

 

PENGARAH,

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI,

JABATAN PERDANA MENTERI.

BANDAR SERI BEGAWAN. BS8610

(UP: PEGAWAI PENTADBIR TINGKAT KHAS)