IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 20 OGOS 2008)

BILANGAN IKLAN: 31/07/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 dan 2

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH

JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH3.

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

GH3

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH4.

PEGAWAI PROJEK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PEDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

GH4 – GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

GH5.

PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH6.

SETIAUSAHA KEDUA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

GH7.

PEGAWAI PROTOKOL/KONSULAR

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH8.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Ekonomi / Perniagaan / Pelaburan / Pemasaran atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam

                   / Ekonomi / Perniagaan / Pelaburan / Pemasaran atau bidang bersesuaian; atau kelulusan

                 sebanding dalam bidang-bidang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan

                  bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

      7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah keutamaan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II DI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA:

 

Bahagian Pengurusan dan Kewangan:

 

1.     Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan.

 

2.     Bertanggungjawab mengetuai Seksyen Kewangan, Unit Pentadbiran dan Kewangan.

 

3.        Bertanggungjawab membantu Ketua Unit dalam perancangan hal ehwal kewangan dari segi peraturan,

           sistem, prosedur dan sebagainya.

 

4.        Bertanggungjawab dalam menjalankan penguatkuasaan peraturan-peraturan kewangan, pertanyaan audit

           dan lawatan mengejut.

 

5.     Bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal kewangan yang berkaitan dengan gaji, elaun,

        hasil, pembayaran dan tunggakan-tunggakan hasil, pelayaran, pendahuluan serta tuntutan.

 

6.    Bertanggungjawab dalam penyediaan peruntukkan tahunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-

       Sumber Utama dan menyelaras peruntukan tahunan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

7.    Bertanggungjawab dalam mengurus dan memastikan pengemaskinian dokumen-dokumen kewangan

    seperti Buku Peruntukan (Vote Book), Buku Tunai, Daftar Buku Resit, Daftar Petty Cash, Daftar

     Wang Pendahuluan, Daftar Barang Stor Lejar / Inventori / Guna Habis, Daftar Peti Besi dan sebagainya.

 

8.    Bertanggungjawab mengurus penggunaan waran-waran kewangan dan peruntukan.

 

9.  Bertanggungjawab melaksanakan penilaian prestasi bagi kakitangan bawahan di Seksyen Kewangan,

     Unit Pentadbiran dan Kewangan.

 

10. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah, Ketua Unit dan

      pegawai-pegawai atasan lain apabila diperlukan dari semasa ke semasa.

 

Di Bahagian Promosi Dan Perkhidmatan Kemudahan:

 

1.       Membantu Ketua Bahagian Promosi dan Perkhidmatan Kemuadahan dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan.

 

2.       Membantu Ketua Bahagian Promosi dan Perkhidmatan Kemudahan dalam pengurusan am termasuk  pengurusan kakitangan dan yang berkaitan dengannya.

 

3.      Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanakan Projek (PIC) / Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Projek dan Teknikal (TIC) selaku Sekretariat.

 

4.      Membantu Ketua Unti Perkhidmatan Unit Perkhidmatan Kemudahan Kawalselia dalam melaksanakan permohonan Lesen Rampaian dan Galakan Pelaburan 2001.

 

5.       Memproses dan menyediakan kertas kerja bagi mempertimbangkan permohonan-permohonan Lesen Rampaian bagi syarikat-syarikat kenderaan bermotor, stesen minyak dan benda-benda mudah terbakar di seluruh Negara. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan bagi lesen Rampaian yang telah dibenarkan oleh kementerian ini.

 

6.        Memproses, menganalisis, menyediakan kertas kerja, memberi penerangan serta melawat permohonan-permohonan di bawah Perintah Galakan Pelaburan 2001.

 

7.        Memberi nasihat dan kerjasama dalam menyelaras dan memantau projek-projek Rancangan Kemajuan Negara bagi semua Unit di Bahagian Promosi dan Perkhidmatan Kemudahan.

 

8.         Membantu Unit Promosi Industri dan Perdagangan jika diperlukan dalam menyelaras pameran-pameran atau ekspo-ekspo perdagangan di dalam dan di luar negeri.

 

9.         Bertanggungjawab dan sentiasa bersedia melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ketua Unit / Bahagian dari masa ke semasa, termasuk menghadiri mesyuarat dalam / luar negeri serta menyediakan laporan-laporan / sokongan-sokongan dan sebagainya.

 


<< Atas

 

 

2.

PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH

JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)        i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

                 Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Telah berkhidmat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

       D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari

       4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH:

 

1.        Membantu Penolong Pengelola Zakat dan Fitrah Tingkat II mengenai hal ehwal kutipan dan pengumpulan

           wang zakat.

 

2.       Membantu menghantar wang kutipan zakat harta dan zakat fitrah ke bank dan membuat urusan

          selanjutnya dengan Jabatan Perbendaharaan.

 

3.       Membantu mengawal resit-resit zakat.

 

4.       Menerima zakat ( sebagai Amil ) dan merekod kutipan zakat.

 

5.       Menerima borang-borang permohonan fakir miskin dan membuat penyiasatan ke atas permohonan.

 

6.       Menjadi Urusetia Jawantankuasa Mengeluarkan Wang Zakat.

 

7.       Lain-lain tugas yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH3.

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komputer atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

          dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT (KOMPUTER):

 

1.       Merancang dan menyediakan program pengauditan.

 

2.       Menjalankan pengauditan komputer ke atas sistem berkomputer di Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

 

3.       Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.

 

4.       Mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / memo-memo susulan.

 

5.        Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

<< Atas

 

 

GH4.

PEGAWAI PROJEK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PEDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan / ekonomi / statistik / pentadbiran perniagaan / penyelidikan / perancangan / kewangan / perhubungan perniagaan / politik / perhubungan antarabangsa; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PROJEK:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Perkembangan Perdagangan

         dalam membantu perancangan, perlaksanaan dan pemantauan projek.

 

2.      Mengawasi dan mengurus perlaksanaan rancangan-rancangan dan kegiatan-kegiatan projek Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perkembangan Perdagangan.

 

3.       Menyediakan laporan-laporan yang berhubungkait dengan aktiviti / projek di Bahagian Hubungan

          Antarabangsa dan Perkembangan Perdagangan.

 

4.      Merancangan dan menyelaras kegiatan-kegiatan yang berkaitan di Bahagian Hubungan Antarabangsa

         dan Perkembangan Perdagangan.

 

5.