IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 19 NOVEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 44/10/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

SPEECH PATHOLOGIST / THERAPIST

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

1 HINGGA 14

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KEGIATAN TAMBAHAN

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PEGAWAI KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PENOLONG PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

7.

PEGAWAI MUZIUM KANAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

8.

PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

9.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

10.

KERANI PERKAPALAN

JABATAN LAUT

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

11.

WARDEN

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

12.

GURU UGAMA

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

G.1 ($605 - $1,770 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

13.

PEMBANTU MAKMAL/BILIK KULIAH DEMONSTRASI

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

D.1-2-3 EB.4-5 (530 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

14.

PEMERIKSA TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH15.

JURUAUDIT (TEKNIKAL)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH15

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

                                             
  

 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                      

 

 

 

 

1.

SPEECH PATHOLOGIST / THERAPIST

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Speech Pathology atau Speech Therapy atau bidang bersesuaian atau

      kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                                        ATAU

 

b)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian dan Diploma Lepasan Ijazah dalam Speech Pathology atau

     Speech Therapy.

         

                                        ATAU

 

c)   i)   Sijil Perguruan / Sijil Pendidikan Khas / Diploma dalam jurupulih percakapan dan pertuturan.

     ii)  Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 10 tahun (termasuk sebagai Guru Pendidikan Khas

          tidak kurang dari 3 tahun).

 

d)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

e)  Mempunyai pengalaman dalam membantu kanan-kanak atau pelajar yang mempunyai masalah dalam

     bidang pertuturan dan percakapan adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1 Menyelaras serta membuat perancangan mengenai program khidmat Bantu kepada pelajar-pelajar yang

     masalah pertuturan dan percakapan.

 

2.  Memberi latihan kepada guru-guru Pendidikan Khas dan ahli-ahli Komiti Peringkat sekolah untuk

     mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pertuturan dan percakapan.

 

3. Meningkatkan pengetahuan serta bimbingan kepada guru-guru yang terlibat mengajar pelajar-pelajar

    yang mempunyai masalah percakapan dan pertuturan di sekolah.

 

4.  Memberi latihan serta bantuan kepada pelajar-pelajar atau ibubapa dalam pemulihan pertuturan dan percakapan.

 

5. Membantu dalam penyelidikan dalam bidang-bidang masalah pertuturan dan percakapan dari semasa ke semasa.

 

6.  Mengadakan bengkel / kursus kepada guru-guru mengenai masalah pertuturan dan percakapan.

 

7.  Menyediakan bilik sumber untuk latihan dan bantuan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah

     pertuturan dan percakapan.

 

8.  Bekerjasama dengan perkhidmatan-perkhidmatan Unit Pendidikan Khas yang lain yang berkaitan

     dengan program pembelajaran bagi pelajar yang mempunyai masalah pertuturan dan percakapan.

 

9.  Bekerjsama dengan agensi-agensi yang berkaitan dan sebagai ahli dalam ‘Multi Disipilary Committee’.

 

10. Menyediakan laporan serta penilaian mengenai perkhidmatan bantuan pelajar masalah pertuturan

     dan percakapan.

 

 

<< Atas    

 

 

2.

PEGAWAI KEGIATAN TAMBAHAN

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam

      bidang yang sama.

   

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding

     dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam

     tanggagaji C.3 / G.10 / G.9 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

c)   i)   Diploma / Sijil Pendidikan.

    ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 / G.10 / G.9 tidak kurang

          dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

d)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 / G.10 / G.9 tidak kurang

     dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam menjalankan dan mentadbir bidang kegiatan luar penuntut

   di Institut Pendidikan adalah keutamaan.

 

e)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

f)  Mempunyai inisiatif dan kreatibiti dalam mengelolakan bidang kegiatan tambahan penuntut.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Mengawasi Hal Ehwal Pelajar seperti:-

 

i)    Pembayaran Elaun.

ii)    Pembelian buku-buku teks.

iii)    Penasihat kepada Badan Pelajar.

iv)    Menasihati pelajar-pelajar bermasalah.

 

2.  Selaku pegawai perhubungan mengenai dengan:-

 

i)   Kerjaya.

ii)  Penempatan latihan kerja.

iii)  Hal Ehwal pelajar dengan ibu / bapa / penjaga.

 

3.  Mana-mana tugas yang diarahkan oleh Pengarah ITB.

 

<< Atas     

 

 

3.

PEGAWAI KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan

     sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

  

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

a)  i)  BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan

         sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji

         C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dalam tanggagaji

     C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas-kertas kerja

     adalah keutamaan.

 

c)   Kebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membuat penyelidikan.

 

2. Menyediakan dan menyempurnakan tugas / kertas kerja / laporan / persuratan menurut yang

    ditetapkan / diarahkan.

 

3.  Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas     

 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Kewangan / Akaun / Ekonomi /

    Pelaburan / Pemasaran atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam /

        Kewangan / Akaun / Ekonomi / Pelaburan / Pemasaran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan

        sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan

        bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

                                                            

                                                               ATAU

    ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

         7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membantu dalam penilaian permohonan-permohonan di bawah Mutual Funds Order dan Securities Order.

 

2.  Membantu dalam memastikan cadangan dan perlaksanaan produk-produk Islam berpatutan dengan

     prinsip Syariah.

 

3.  Menganalisa maklumat berkenaan kewangan dan hal ehwal pengurusan perbelanjaan bahagian.

 

4.  Menyediakan laporan akaun bulanan.

 

5.  Memantau hal ehwal peraturan dan pengawasan bagi capital markets (terutama sekuriti dan mutual funds)

 

6. Bertanggungjawab terhadap penyebaran maklumat yang bersesuaian kepada orang ramai mengenai

    perkara-perkara berkaitan dengan peraturan dan pengawasan capital markets (sekuriti dan mutual funds)

 

7.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas     

 

 

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Penternakan / Kesihatan

        Haiwan / Sains Haiwan / Pertanian atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-

        bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Ternakan Kanan / Pembantu Haiwan Kanan /

    Juruteknik Makmal Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)  Mempunyai pengalaman, kemahiran dan kebolehan tambahan dalam bidang ternakan adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertugas sebagai Penolong kepada Pegawai Pemeliharaan Ternakan.

 

2.  Mengurus perlaksanaan projek-projek, kegiatan-kegiatan dan kajian-kajian ternakan Jabatan bagi

     memajukan pertumbuhan industri ternakan.

 

3. Memantau, menilai dan membuat laporan kemajuan bagi projek-projek dan kegiatan-kegiatan dalam

    bidang ternakan.

 

4. Mengurus perbekalan input dan alat-alat keperluan ladang bagi kelancaran projek-projek dan kegiatan-

    kegiatan ternakan.

 

5.  Mengawas kerja-kerja semua kakitangan di bawah jagaannya.

 

6.  Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari masa ke semasa.

    << Atas      

 

 

6.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi (HND) dalam bidang Sains/Sains Makmal dan Pengurusan, atau

        kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                                  ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Makmal Kanan atau jawatan bersesuaian

    dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam pengurusan makmal sains / veterinary adalah kelebihan.

 

c)   Berkemahiran dalam pengendalian dan pemeliharaan peralatan-peralatan makmal serta teknik-

     teknik pemeriksaan / penganalisaan makmal adalah kelebihan.

 

d)   Berkebolehan mengendalikan peralatan / peralatan berkomputer dan mempunyai pengetahuan dalam

      bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan pengurusan perkhidmatan  makmal sains / pertanian /

    veterinary / kimia.

 

2.  Mengawas dan menyediakan perancangan organisasi kerja bagi staf makmal.

 

3.  Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran makmal termasuk kawalan stok barang makmal, permohonan,

     pembelian dan penerimaan perbekalan.

 

4. Mekalsanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penganalisaan serta menentukan teknik-teknik pemeriksaan

    dan penganalisaan yang bersesuaian.

 

5. Menyediakan laporan hasil keputusan pemeriksaan / penganalisaan makmal termasuk laporan bulanan, suku

    dan tahunan.

 

6.  Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal dan mempastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi.

 

7.  Melatih staf makmal dalam bidang teknologi makmal yang bersesuaian.

 

8.   Melaksanakan kerja-kerja dalam memajukan sesuatu metod atau teknik penganalisaan.

 

9.   Menerima dan melaksanakan tugas atau lain-lain arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas     

 

 

7.

PEGAWAI MUZIUM KANAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Arkeologi Maritim / Arkeologi atau

        bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang Arkeologi atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji

    C.1 / C.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)  Telah menghasilkan beberapa buah rencana yang berkaitan dengan bidang Arkeologi Maritim atau

     Arkeologi secara umum adalah kelebihan.

 


   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Bertanggungjawab kepada Ketua / Pegawai atasan di tempat ditugaskan.

 

2.  Melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan Arkeologi atau Arkeologi Maritim.

 

3.  Bersedia menerima tugasan yang melibatkan kerja-kerja menyelam di dasar laut. Bagi yang tidak

     mempunyai asas atau kelayakan menyelam Scuba, mestilah bersedia untuk mengikuti latihan

     menyelam bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan di dasar laut.

 

4.  Membuat laporan, rencana yang berkaitan dengan Arkeologi atau Arkeologi Maritim.

 

5.  Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.

 

6. Bersedia membuat kertas kerja dan menyampaikannya di seminar-seminar yang dianjurkan samaada

   di dalam atau di luar Jabatan.

 

7. Bersedia membawa pelawat VIP ke galeri-galeri Muzium Maritim Arkeologi.

 

8.  Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Ketua / Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas    

 

 

8.

PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

       dalam bidang bersesuaian.

 

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kerja Tingkat II dalam tanggagaji

     C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

 

c)   Boleh menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membuat penyelidikan.

 

2. Menyediakan dan menyempurnakan tugas / kertas kerja / laporan / persuratan menurut yang

    ditetapkan / diarahkan.

 

3.  Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas     

 

 

9.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding

        dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat I

    dalam tanggagaji D.3 atau sebanding tidak kurang dari 3 tahun dan telah lulus peperiksaan Jabatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti ABDB, Polis Diraja Brunei dan sebagainya tidak

      kurang dari 3 tahun dalam tanggagaji D.3 / PD.5 (berpangkat Sarjan) atau sebanding serta lulus

      ujian bertulis.

 

     Kelulusan lebih tinggi yang bersesuaian DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan

     dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.

 

b)  Berumur diantara 20 hingga 40 tahun.

 

c)  Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata / kanta lekap lebih 100 degree.

 

d)  Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan

     yang baik dan bersih daripada kesalahan displin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan

     nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menyelia, mengurus dan mengawal hal ehwal tugas-tugas kawalan keselamatan (security) yang diarahkan

     kepada anggota keselamatan.

 

2.  Memastikan tugas-tugas keselamatan:

 

i)    Memeriksa dan Pengawasan.

ii)   Mengiringi (Escort).

iii)  Kawalan Masuk (Security Pass).

iv)  Kawalan Trafik.

v)   Kecemasan.

 

3.  Menahan mana-mana orang atau benda yang melanggar peraturan keselamatan.

 

4.  Menyelia pengendalian sistem keselamatan didalam Pusat Kawalan apabila diarahkan.

 

5.  Menyelamatkan orang atau benda dalam kawasan kawalannya sewaktu kejadian kecemasan (Emergency).

 

6. Membantu Pegawai-Pegawai Keselamatan menjalankan tugas-tugas siasatan ke atas sebarang kejadian

    yang dilaporkan.

 

7.  Melatih dan mendidik anggota-anggota keselamatan dari semasa ke semasa.

 

8.  Membantu tugas-tugas menyelaras dan operasi kontinjensi.

 

9. Mengatur anggota keselamatan apabila keperluan mengganti (relief) dikehendaki.

 

10. Menjalankan sebarang tugas keselamatan dan safety yang lain yang diaturkan kepadanya dari

     semasa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

10.

KERANI PERKAPALAN

JABATAN LAUT

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding

        dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani serta lulus Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah atau

     jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)  Berumur diantara 20 tahun hingga 40 tahun.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Melayan dan memproses permohonan-permohonan bagi melesen kapal dan bagi mendapat

     pelepasan pelabuhan.

 

2.  Menerima dan memproses laporan-laporan ketibaan kapal-kapal.

 

3.   Menyediakan tuntutan-tuntutan yuran-yuran dan cukai-cukai.

 

<< Atas    

 

 

11.

WARDEN

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal penyeliaan

         atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Warden dalam tanggagaji

     D.2 tidak kurang 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                                                          ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau

     yang bersesuaian dalam Bahagian IV dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengalaman bekerja dalam pengendalian dan pengurusan Rumah Kebajikan dan aktivitinya.

 

c)   Mempunyai pengetahuan Ugama Islam dan kepimpinan yang baik.

 

d)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Warden adalah bertanggungjawab:

 

1.  Terhadap penerimaan kemasukan pesalah-pesalah perempuan/lelaki di bawah umur dan kesejahteraannya.

 

2.  Terhadap pentadbiran, Bahagian Pemulihan Akhlak perempuan/lelaki.

 

3.  Dalam penjagaan kesihatan anak damit yang dibawa oleh si ibu yang dimasukkan di Pusat ini.

 

4.  Bagi mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap petugas-petugas dan disiplinnya.

 

5.  Dalam hal peralatan Rumah Kebajikan dan kesempurnaannya.

 

 

<< Atas     

 

 

12.

GURU UGAMA

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

G.1 ($605 - $1,770 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB);

 

ii)   Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI);

 

iii)  Sijil Perguruan Ugama.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam mengajar Al-Quran serta boleh membaca berzanji marhaban serta

     bertahlil dengan baik adalah diutamakan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menanamkan rasa keimanan dan keugamaan ke dalam jiwa Rekrut-Rekrut dan Pegawai-Pegawai yang

     beragama Islam.

 

2. Pembimbing kepada orang awam yang mahu dibimbing (termasuklah rekrut-rekrut, Pegawai-Pegawai

    dan Kakitangan).

 

3.  Menerajui, mengapalai majlis-majlis sambutan keugamaan yang diadakan di tempat berkenaan.

 

4.   Ikut serta aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang diadakan di tempat tersebut.

 

5. Sentiasa tolong menolong di antara satu sama lain dengan rasa kasih sayang tanpa meminta imbalan

     berupa material dan sebagainya.

 

<< Atas     

 

 

13.

PEMBANTU MAKMAL/BILIK KULIAH DEMONSTRASI

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

D.1-2-3 EB.4-5 (530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa termasuk mata

        pelajaran Kimia (Chemistry) dan Matematik; atau kelulusan sebanding.

 

        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii) BDTVEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Sains (Science) / Pengurusan Makmal Sains.

 

b)  Mempunyai kebolehan dan telah menjalani latihan asas dalam pengunaan komputer adalah kelebihan.

 

c)   Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membuat kerja-kerja penyediaan makmal untuk latihan amali penuntut.

 

2. Memastikan makmal yang di bawah jagaannya supaya sentiasa kelihatan bersih, kemas dan teratur.

 

3. Melaksanakan kerja-kerja rutin pemeliharaan makmal dan memastikan segala peralatan-peralatan

    makmal sentiasa dalam keadaan baik.

 

4. Mengendalikan kerja-kerja di stor bahan kimia, stor alat radas dan lain-lain peralatan jabatan.

 

5.  Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

14.

PEMERIKSA TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)