IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 18 SEPTEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 35/09/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PESURUHAJAYA BURUH

JABATAN BURUH

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT II

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PENGAWAS PENGEMAS BANGUNAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENETRIAN KESIHATAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

PEMBANTU PERGIGIAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PEMBANTU KAJI MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

STORMAN TINGKAT I

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                           

 

 

 

 

1.

PENOLONG PESURUHAJAYA BURUH

JABATAN BURUH

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pembangunan Tenaga Manusia (HRD) /  Pengurusan / Ekonomi / Pentadbiran / Undang-Undang / Teknologi Maklumat atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2

 

b)        i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemeriksa Buruh Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

c)          Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

d)          Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam Undang-Undang Buruh adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PESURUHJAYA BURUH:

 

1.          Berperanan selaku Ketua Bahagian atau Cawangan di daerah-daerah.

 

2.          Mempastikan visi, misi dan objektif Jabatan sentiasa di penuhi.

 

3.       Melaksanakan Perancangan Strategik Jabatan supaya di capai mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan.

 

4.         Mengendalikan urusan-urusan perburuhan mengikut peraturan dan undang-undang di bawah jabatan ini:

 

i)    Akta Buruh, 1954 (Pindaan 1984)

ii)    Akta Pampasan Pekerja, 1957 (Pindaan 1984)

iii)   Akta Kesatuan Pekerja, 1961 (Pindaan 1972)

iv)   Akta Pertikaian Kerja, 1961

v)    Akta Maklumat Pekerjaan, 1974 (Pindaan 1978)

vi)    Perintah Agensi Pekerjaan, 2004

 

5.        Membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam mengendalikan Pentadbiran dan apa-apa jua tanggungjawab jabatan.

 

6.        Mewakili Pesuruhjaya Buruh dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan sama ada didalam atau diluar negeri mengikut bidang tugas yang diamanahkan.

 

7.        Bersedia untuk bertugas dan bekerja pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat termasuk di Cawangan-Cawangan Jabatan ini bila mana dikehendaki.

 

8.         Apa-apa jua tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Pesuruhjaya Buruh atau Timbalan Pesuruhjaya Buruh dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Building Studies / Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik / Ukurbahan / Arkitek atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT:

 

1.       Membantu kerja-kerja pengurusan asset, pengawalan dan kemajuan bangunan dibawah Cawangan Teknikal.

 

2.        Menyediakan kertas dan data-data maklumat (data base) bagi pemeliharaan bangunan, kerosakan kepada struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan yang lain.

 

3.       Menyediakan garis panduan perancangan dalam kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan, kerosakan kepada struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan yang lain.

 

4.         Menyediakan Scope of Work bagi tender kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan.

 

5.         Menyediakan Kontrak Dokumen bagi tender kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan.

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT II

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)        i)      BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat di Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebagai Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

NOTA BAGI BILANGAN 3:

PENEMPATAN BERTUGAS ADALAH DI DAERAH  TEMBURONG.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT II:

 

1.         Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan terhadap tapak-tapak perancangan, permohonan-permohonan kemajuan tanah dan bangunan dengan memberikan laporan-laporan yang terperinci mengenainya.

 

2.        Mengendalikan pemeriksaan bersama terhadap permohonan-permohonan kemajuan sebelum sokongan bekalan perkhidmatan dibuat.

 

3.         Menerangkan, mengatur dan mengawasi dari masa ke semasa tugas-tugas Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat II.

 

4.         Menyemak dan meneliti serta mengulas laporan-laporan Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat II sebelum dihadapkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan.

 

5.         Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.

 

6.         Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

4.

PENOLONG PENGAWAS PENGEMAS BANGUNAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENETRIAN KESIHATAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

        ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Atendan Hospital dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGAWAS PENGEMAS BANGUNAN;

 

1.        Bertanggungjawab kepada Penyelia Perkhidmatan Pengemasan Bangunan.

 

2.        Membantu kerja-kerja Penyelia Pengemasan Bangunan.

 

3.      Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa bila saja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

5.

PEMBANTU PERGIGIAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)         i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan / Amah di Klinik pergigian atau jawatan sebanding dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 8 tahun.

 

b)       Mempunyai kelulusan tambahan seperti kursus-kursus dan lain-lain adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERGIGIAN:

 

1.         Membantu doktor dalam tugas-tugas hariannya.

 

2.         Menyediakan alat-alat di bilik rawatan pergigian pada tiap-tiap hari.

 

3.         Memberi perjanjian kepada pesakit-pesakit untuk rawatan oleh doktor gigi.

 

4.         Menyimpan rekod-rekod pesakit pada tiap-tiap hari.

 

5.          Membuat rutin hasil kerja pada akhir bulan.

 

6.          Membantu doktor di dewan pembedahan jika perlu.

 

7.          Bertugas di Klinik Pergigian bergerak.

 

8.          Bersedia menerima arahan dari pegawai-pegawai pergigian dan pegawai atasan.

 

    << Atas

 

 

6.

PEMBANTU KAJI MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambidge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berpengalaman dalam pengendalian kerja-kerja klinik mata dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU KAJI MATA:

 

1.     Membantu kerja-kerja Pegawai Mata dalam pemeriksaan awal di Bahagian Pesakit Luar Klinik Mata.

 

2.     Membantu Pakar Bedah Mata dibilik bedah waktu  pembedahan dan membuat rawatan-rawatan pesakit Laur Klinik Mata.

 

3.      Bertugas secara bergilir-gilir di keempat-empat daerah.

 

4.     Bersedia untuk di luar mas kerja dan yang lain-lainnya seperti arahan-arahan dari Pakar-Pakar Mata dan PegawaiPegawai atasannya.

 

 

<< Atas

 

 

7.

STORMAN TINGKAT I

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

                    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

     ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja-kerja pengendalian stor adalah keutamaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB STORMAN TINGKAT I:

 

1.        Membantu kerja-kerja Penyelenggara Stor.

 

2.        Mempastikan membuka dan menutup pintu No. 27 hingga 33 serta lampu.

 

3.        Menjaga kebersihan sekitar luar dan dalam kawasan gudang.

 

4.        Meranjis racun serangga di gudang simpanan beras mengikut jadual tertentu.

 

5.        Melakukan kerja-kerja fumigation dan fogging di gudang simpanan beras.

 

6.       Melakukan kerjasama dengan rakan sekerja apabila kerja itu memerlukan tenaga banyak seperti fumigation, menyusun kilang dan lain-lainnya.

 

7.         Menerima beras di gudang dari Pelabuhan Muara serta memastikan kedudukan beras/gula dengan betul dan banyaknya.

 

8.          Melakukan kerja lebih masa yang dibenarkan.

 

9.           Melakukan kerja yang diarahkan oleh Bahagian Pemeliharaan dan Ketua Bahagian.

 

10.         Melaporkan kerosakan-kerosakan kepada Bahagian Pemeliharaan.

 

<<Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

<< Atas