IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 16 JULAI 2008)

BILANGAN IKLAN: 26/06/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGUASA BOMBA LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.8 ($2,075 - $2,845 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

ATAU

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

JURUTEKNIK BILIK PEMBEDAHAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

PENGAWAS BENGKEL

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT II

PUSAT PEMBANGUNAN BELIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH7.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                       

 

 

 

 

1.

PENGUASA BOMBA LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.8 ($2,075 - $2,845 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)    i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau  kelulusan                sebanding dalam bidang bersesuaian.
 

               Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 
      
ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Bomba Lapangan Terbang tidak kurang dari 3                 tahun dan mempunyai Sijil Pegawai Kanan Bomba (Senior Fire Officer).

 

ATAU

 

      iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Bomba Lapangan Terbang tidak kurang dari 4
              tahun
 dan mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

 

 
b)  Mempunyai Diploma “IFE Graduateshipmerupakan kelebihan.

 


    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA BOMBA LAPANGAN TERBANG: 

  1. Melapor diri kepada Timbalan Ketua Pegawai Bomba.
     

  2. Bertanggungjawab bagi memastikan kesempurnaan dan keberkesanan pengurusan unit-unit di bawah jagaannya.
     

  3. Mempastikan keperluan, standard dan kecekapan perkhidmatan perlindungan dan keselamatan  kebakaran bagi penerbangan dan bangunan-bangunan di bawah kawalan Jabatan Penerbangan Awam sentiasa mencukupi, terjamin dan terpelihara pada tahap yang dikehendaki.
     

  4. Menyediakan perangkaan peruntukan tahunan.
     

  5. Menyediakan statistik dan laporan kecemasan / kemalangan sepanjang tahun.
     

  6. Membuat penilaian prestasi bagi Anggota Bomba bawahnya.
     

  7. Menyediakan sebarang perancangan dan penyelidikan dan perkembangan organisasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan sumber tenaga manusia dari semasa ke semasa.
     

  8. Menjalankan penyiasatan dan menyediakan laporan bagi sebarang kecemasan / kemalangan kapal terbang dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport.
     

  9. Mengambil alih tugas-tugas Pegawai kanan semasa ketiadaannya.
     

  10. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Bomba dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

2.

PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Elektronik Komputer /
                 Elektronik
dan Elektrical / Information Communication Technology (ICT); atau kelulusan
             
   sebanding dalam bidang-
bidang yang sama.

 

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU
 

            ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang
         
       dari
 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 
            iii)
 
  Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai Penolong
                  Pegawai Keselamatan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan

                  dalam jawatan serta berpengalaman dalam kerja-kerja keselamatan.

 

ATAU

 

iv)  Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

     (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan sebagainya dalam tanggagaji C.1 atau yang sebanding

      tidak kurang dari 5 tahun.

 

Kelulusan lebih tinggi yang bersesuaian DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan merupakan keutamaan.

 

  1. Mempunyai pengalaman pratikal dalam bidang komputer (PC) / elekronik / elektrik atau yang berkaitan dengan peralatan perhubungan radio H.F/Walkie-talkie/Fax, sekurang-kurangnya 3 tahun adalah kelebihan.
     

  2. Berumur tidak melebihi 50 tahun.
     

  3. Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.


 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN: 

  1. Bertanggungjawab dalam urusan keselamatan personal, dokumen, teknikal dan fizikal seperti sistem peralatan perhubungan, komputer dan yang berkaitan dengannya.
     

  2. Mengawal dan memastikan alat-alat teknikal dalam keadaan baik dan selamat.
     

  3. Bersedia bertugas bila-bila masa diperlukan termasuk hari kelepasan awam serta bersedia menerima tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan dari semasa ke semasa.
     

  4. Membuat penyiasatan dan laporan kepada Pengarah Keselamatan mengenai dengan apa jua kejadian yang berlaku yang berhubungkait dengan keselamatan.
     

  5. Mengatur tugas harian kepada pegawai-pegawai dibawah kawalannya.
     

  6. Menyediakan laporan yang dikehendaki seperti menyediakan sebutharga atau tawaran yang diperlukan.


  

<< Atas     

 

 

3.

MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

ATAU

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4:

 

  a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains atau bidang bersesuaian;

           atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

DAN

 

ii) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau

    kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Matematik.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   LAIN-LAIN SYARAT: 

  1. Calon-calon yang berjaya akan dilatih dalam negeri selama 18 bulan sebelum dihantar ke luar negeri selama 2 tahun untuk mendapat latihan professional untuk mendapat Diploma in Health Surveying, Royal Society Health Inspectors (LON).
     

  2. Setelah menamatkan kursus dalam Diploma tersebut, calon-calon akan dinaikkan pangkat untuk  ditetapkan dalam jawatan Merinyu Kesihatan dalam tanggagaji C.1 EB.2.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN: 

  1. Di bawah arahan Pegawai Perubatan Kesihatan atau Ketua Merinyu Kesihatan. Merinyu Kesihatan akan terlibat dalam kerja-kerja kesihatan awam yang termasuk perkara-perkara berikut:

 

o   Kebersihan Alam Sekitar

o   Kebersihan Makanan

o   Kawalan penyakit yang berjangkit

o   Kebersihan pelabuhan

 

  1. Kadangkala diperlukan bekerja di kem dan bermula di Kampong pendalaman bila terlibat dalam kebersihan luar Bandar, Kawalan Serangga (Vektor) dan Malaria.

 

<< Atas     

  

 

4.

JURUTEKNIK BILIK PEMBEDAHAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Elektrikal / Elektronik / Sains atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK BILIK PEMBEDAHAN: 

  1. Pemeliharaan perkakas bius seperti mesin Ventilator dan lain-lain
     

  2. Menyediakan perkakas harian pembiusan seperti tiub-tiub  penafasan, Laryngoscopes dan lain-lain.
     

  3. Membersih dan menyediakan untuk disteril perkakas pembiusan seperti Endo trchel tubes.
     

  4. Membantu Pakar Bius di dalam bilik Bedah iaitu hendaklah mampu bertindak di bawah pengawasan Pakar Bius dalam menyediakan ‘drips’, menyambung perkakas Monitering.


 

<< Atas      

 

 

 

 

5.

PENGAWAS BENGKEL

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Automobile; atau
         
 kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 
          
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 
      ii)
 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang 3
           tahun
  dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 b)  Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam memperbaiki kerosakan jentera berat dan ringan

      adalah kelebihan.

 

  c) Pengalaman yang luas menjaga pekerja-pekerja mengatur sesebuah bengkel serta berkemahiran

      dalam mencari alat-alat ganti akan diutamakan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS BENGKEL:

 

Memelihara jentera-jentera dan harta benda kepunyaan Kerajaan agar sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan serta sempurna dan berhati-hati dan juga dikehendaki mengawasi pekerja-pekerja di bawah jagaannya.

  

    << Atas   

  

 

6.