IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 15 OKTOBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 39/09/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEMBANTU OPERESEN

(AERODROME STANDARD)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

 KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 HINGGA 3

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEMBANTU OPERESEN

(FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

KAKITANGAN KECEMASAN AMBULAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

GH4.

PEGAWAI PETROFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
Tugas dan Tanggungjawab

 

GH4 HINGGA GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH5.

JURUTERA

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
Tugas dan Tanggungjawab

GH6.

PEGAWAI GEOFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
Tugas dan Tanggungjawab

GH7.

PEGAWAI KAJI BUMI

BAHAGIAN EKSPLORASI

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                              

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

1.

PEMBANTU OPERESEN (AERODROME STANDARD)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

 KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbangan / Aeronutical /

       Civil Engineering / atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-

       bidang yang sama.

 

ATAU

 

b)      i)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbangan atau

              bidang bersesuaian yang berkaitan dengan penerbangan, seperti kursus pengauditan,

              atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

              Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

DAN

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

     kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau

     dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

 

       TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU OPERESEN (AERODROME STANDARD):

 

1.   Melapor diri kepada Ketua Divisi Regulatory.

 

2.  Meminda dan menyemak, buku-buku pandu teknik, dokumen-dokumen ICAO, perintah dan

     arahan kebangsaan dan antarabangsa seperti diperlukan.

 

3.  Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam dan juga

     Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain bagi menyelaras projek-projek yang berkaitan.

 

4.  Membantu memeriksa, mengawas dan melaporkan ciri am lapangan terbang, ciri-ciri

     pavement, pemberesan halangan dan alat-alat panduan visual.

 

5.  Membantu kerja-kerja Inspector (Aerodrome Standard) seperti berikut:-

 

i)  Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam,

    Syarikat-Syarikat Penerbangan dan Operator-Operator Pesawat dalam perkara

    yang berhubungkait dengan perundangan perkhidmatan udara.

 

ii)   Memastikan perundangan keamanan dan keselamatan Aerodrome.

 

iii)  Memastikan kesesuaian corak Physical Aerodrome.

 

iv)  Berhubung rapat dengan Jabatan Kerajaan dan pihak Swasta mengenai dengan

      pemberesan halangan bagi bangunan-bangunan dan menara-menara.

 

v)   Merancang kemajuan Aerodrome.

 

vi)  Menyelaras kerja-kerja pembinaan di kawasan Airside dengan bahagian-bahagian

      tertentu Jabatan Penerbangan.

 

vii)  Menyelaras kerja-kerja Dangerous Good.

 

 

<< Atas     

 

 

2.

PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  Mempunyai kelulusan Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence) dan

     Civil Aviation Authority (United Kingdom) atau dari Penguasa-Penguasa Penerbangan Awam

     yang diiktiraf.

 

ATAU

 

a)  i)      BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbangan

             atau bidang bersesuaian yang berkaitan dengan penerbangan, seperti kursus

             pengauditan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

DAN

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

      kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau

      dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS):

 

     FLIGHT OPERATION:

 

1.  Melapor diri kepada Ketua Divisi Regulatory.

 

2.  Meminda dan menyemak, buku-buku pandu teknik, dokumen-dokumen ICAO, perintah dan

     arahan kebangsaan dan antarabangsa seperti diperlukan.

 

3.  Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam dan juga

     Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain bagi menyelaras projek-projek yang berkaitan.

 

4.  Membantu memeriksa, mengawas dan melaporkan berhubungkait dan keselamatan

     Penerbangan Awam.

 

5.  Membantu kerja-kerja Inspector (Flight Operations) seperti berikut:-

 

i)    Berhubung dengan bahagian-bahagian tertentu di Jabatan Penerbangan Awam,

      Syarikat-Syarikat Penerbangan dan Operator-Operator Pesawat dalam perkara

      yang berhubungkait dengan perundangan perkhidmatan udara.

 

ii)   Memastikan perundangan keamanan dan keselamatan Aerodrome.

 

iii)  Pengauditan ke atas Service Provider dalam hal penerbangan (Flight Operations).

 

iv)  Membantu dan meneliti permohonan ‘Air Operations Certificate’.

 

v)   Membantu dan meneliti permohonan Pendaftaran Pesawat Terbang.

 

vi)  Membantu dan meneliti bagi permohonan Temporary Operating Permit.

 

vii)  Menyelaras kerja-kerja pembinaan di kawasan Airside dengan bahagian-bahagian

      tertentu Jabatan Penerbangan.

 

viii)  Menyelaras kerja-kerja Dangerous Good.

 

 

<< Atas     

 

 

3.

KAKITANGAN KECEMASAN AMBULAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains; atau kelulusan yang sebanding

        dalam bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Jururawat dalam tanggagaji M4 EB5 tidak kurang

    dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai lesen memandu Kelas 3 dan tidak pernah didakwa oleh Mahkamah dan boleh membaiki

     kerosakkan kecil.

 

c)  Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas adalah kelebihan.

 

d)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN KECEMASAN AMBULAN:

 

1.  Memberikan perkhidmatan cemas dan rawatan pesakit-pesakit sebelum dan semasa perjalanan ke rumah sakit.

 

2.  Memberikan perkhidmatan yang perlu kepada pesakit.

 

3.  Bertanggungjawab keatas keselamatan kenderaan dan pesakit yang akan dihantar ke rumah sakit.

 

4.  Membuat perhubungan dengan VHF radio dengan Casualty mengenai dengan keadaan pesakit.

 

5. Memberi maklumat tentang pesakit diserahkan untuk rawatan lanjut kepada Pegawai yang bertugas

    di bilik kecemasan.

 

6. Bertugas bila-bila masa dikehendaki di luar bekerja secara bergilir-gilir (Shift).

 

<< Atas    

 

 

GH4.

PEGAWAI PETROFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Petroleum / Geoscience atau

    bidang berkaitan dan bersesuaian, atau kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan

    adalah diberi keutamaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PETROFIZIK:

 

    DI BAHAGIAN PEMAJUAN:-

 

1  Membuat kajian dan menilai data-data petrofizik (logging) untuk mendapatkan peratusan kandungan

    hidrokarbon pada lapisan batu yang berpotensi dan untuk mengetahui aspek-aspek petrofizik pada semua

    lapisan tanah di bawah permukaan bumi secara menyeluruh.

 

2. Mengunakan komputer serta software yang bersesuaian untuk membuat penilaian dan seterusnya

    memastikan maklumat / data-data dengan cara teratur dan sempurna.

 

3. Memastikan semua ‘logging program’ yang dibuat oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak di Negara

    Brunei Darussalam ini adalah bersesuaian dan menjimatkan perbelanjaan.

 

4. Membuat kajian petrofizik secara menyeluruh bagi satu-satu kawasan yang mempunyai data-data telaga

    untuk keperluan projek-projek bahagian eksplorasi atau bahagian pemajuan padang minyak dan gas atau

    kedua-duanya sekali.

 

5. Mengikut dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi baru khasnya di bahagian petrofizik.

 

6. Sebagai focal point bagi tugas-tugas petrofizik di Unit Development Subsurface (DSS) Menyelaras serta

    menguruskan semua aspek kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian Pemajuan.

 

7.  Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas     

 

 

GH5.

JURUTERA

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau bidang berkaitan dan bersesuaian; atau

     kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan

    adalah diberi keutamaan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

1.  Memantau / mengawasi semua aspek kejuruteraan dalam hal penggerudian, penghasilan dan pengurusan projek.

 

2.  Mengawasi kadar pengeluaran harian minyak dan gas bagi Syarikat-Syarikat minyak dan gas di Brunei.

 

3. Memantau / mengawasi semua aspek kejuruteraan dan aspek ‘feasibility study’, rekabentuk, kos, operasi

    dan keselamatan dan pengurusan / perkembangan projek-projek dilaksanakan dengan teratur dan bijaksana.

 

4. Mengawasi aktiviti pemprosesan dan ekspot minyak mentah di Pangkalan Minyak Mentah Seria.

 

5. Mempastikan semua cadangan dan perlaksanaan kejuruteraan / pemprosesan di logi BLNG dan kilang

    penapisan minyak mentah melalui pemajuan projek dan pelan perlaksanaan projek.

 

6. Menyediakan data dan mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan jangkaan masa panjang

    mengenai dengan kadar pengeluaran gas dan minyak yang diperlukan bagi satu satu projek berkenaan

 

7. Memantau perkhidmatan operasi bagi kempen penggerudian dan aktiviti operasi pengeluaran dan pemeliharaan.

 

8. Mempastikan perlaksanaan pengurusan aset integriti berjalan dengan teratur.

 

9. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

    << Atas            

 

 

GH6.

PEGAWAI GEOFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geofizik atau bidang berkaitan dan bersesuaian, atau kelulusan

     sebanding dalam bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan

    adalah diberi keutamaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI GEOFIZIK:

 

1.  Membuat analisa data-data seismic (reflection, refraction, flat spot, fautly, stratigraphy, dan lain-lain

    berkenaan) untuk mengenalpasti kawasan mempunyai prospek tekongan minyak dan gas. Kajian seismik

    yang membolehkan telaga-telaga baru dapat dicadangkan dan menetapi sasaran.

 

2. Menyediakan kajian maklumat seismik sehingga membolehkan anggaran tekongan dalam satu-satu

    prospek dapat ditaksirkan.

 

3.  Mengikuti dan memantau kajian perkembangan aktiviti pengambilan data seismic oleh Syarikat Minyak.

 

4.  Mengikuti dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi baru khasnya di bahagian geofizik.

 

5.  Membantu mengemaskinikan database geofizikal dalam bahagian.

 

6.  Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas    

 

 

GH7.

PEGAWAI KAJI BUMI

BAHAGIAN EKSPLORASI

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ‘Geology’ atau bidang berkaitan dan bersesuaian; atau kelulusan

     sebanding dalam bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah

    diberi keutamaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAJI BUMI:

 

1.  Membuat kajian / rumusan rencana telaga eksplorasi.

 

2.  Mengikuti perkembangan penggerudian telaga eksplorasi dan appraisal oleh syarikat-syarikat minyak.

 

3.  Mengkaji laporan penggerudian telaga dan kajian geologikal termasuk interpretasi geological dan petrofizikal.

 

4. Menyediakan kajian maklumat geologikal untuk membolehkan anggaran tekongan dalam satu-satu

    prospek dapat ditaksirkan.

 

5. Mengikuti dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi baru khasnya di bahagian

    kajibumi / geologi.

 

6.  Membantu mengemaskinikan database geologikal dalam bahagian.

 

7.  Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

 

    NOTA:   TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH4 HINGGA GH7

                   ADALAH PADA 11 OKTOBER 2008, HARI SABTU, JAM 4.30 PETANG.

 

 

<< Atas     

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 3

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
GH4 HINGGA GH7

 

PENYAMBUT TETAMU, TINGKAT BAWAH,

UNIT PETROLEUM, BAHAGIAN PENTADBIRAN,

BANGUNAN BAHIRAH, JALAN MENTERI BESAR,

BANDAR SERI BEGAWAN, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

  << Atas