IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 14 MEI 2008)

BILANGAN IKLAN: 17/04/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PEMBANTU KANAN PERKEMBANGAN UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PEMBANTU PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

TUKANG ELEKTRIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENJAGA KESELAMATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PEJABAT PENERBANGAN

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.1-2 EB.3 ($515 - $760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

TRADESMAN KUMPULAN I TINGKAT I

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

F.3-4-5 EB.6 ($550- $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                          

 

 

            
 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran

                    Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta

                    telah berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan

                    telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

        dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Mengetuai Unit Penguatkuasaan Lesen Rampaian.
     

  2. Memberi khidmat nasihat dan maklumat kepada orang ramai mengenai tatacara permohonan Lesen Rampaian sebelum memulakan sebarang perniagaan, iaitu melalui jerayawara, media massa dan seumpamanya.
     

  3. Memantau dan membuat tindakan terhadap terhadap premis-premis perniagaan yang tidak mengikut garis panduan seperti terkandung dalam Lesen Rampaian yang dikeluarkan.
     

  4. Meneliti peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengeluaran Lesen Rampaian.
     

  5. Membuat tindakan terhadap premis-premis perniagaan yang tidak mempunyai Lesen Rampaian.
     

  6. Memantau dan membuat tindakan terhadap terhadap premis-premis perniagaan yang tidak mengikut garis panduan seperti terkandung dalam Lesen Rampaian yang dikeluarkan.
     

  7. Meneliti tatacara dan kandungan surat-surat peringatan dan tindakan-tindakan susulan yang akan diambil bagi premis-premis perniagaan yang menjalankan perniagaan tanpa Lesen Rampaian.
     

  8. Lain-lain tugas yang memerlukan tindakan segera jabatan seperti menyelaras dan seterusnya menangani isu yang ditimbulkan oleh penduduk kampong seperti masalah pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal daripada aktiviti perniagaan dan perusahaan yang mana menganggu / keamanan persekitaran dan lain-lain tugas yang berkaitan.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mestilah fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)         Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian alat komputer dengan baik adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengambil dan menerima akuan dibawah Akta Berkanun Bab 12.
     

  2. Menghadapkan kes-kes dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi/Mahkamah Perantaraan.
     

  3. Mengatur dan menandatangani saman-saman, surat notis dan lain-lain dokumen berhubung dengannya.
     

  4. Membantu membuat surat menyurat kepada Peguam-Peguam swasta.
     

  5. Menemuduga dan menapis dan menyediakan keterangan seperti aduan-aduan, nafkah (JDS) Kadi dan Lunacy.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEMBANTU KANAN PERKEMBANGAN UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengajian Islam, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perkembangan Ugama atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai pengalaman memberi dakwah kepada orang-orang yang tidak berugama Islam dan menyediakan bahan-bahan siaran ugama melalui radio televisyen adalah kelebihan.

 

c)          Mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Puak Asli di Brunei selain dari Bahasa Melayu adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan arahan yang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran.
     

  2. Sebagai tenaga kerja bagi kegiatan-kegiatan pendakwahan, keagamaan dan keraian.
     

  3. Melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan pencegahan kepada yang berkenaan mengikut arahan.
     

  4. Membantu melaksanakan kerja-kerja mengaksis maklumat ke dalam laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

4.

PEMBANTU PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)          Mempunyai bakat dan kecenderungan dalam kerja-kerja Penyelidikan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Membantu Pegawai Diplomatik dalam Menyemak Maklumat-maklumat penting dari sumber-sumber pembacaan seperti surat Akhbar, Majalah-Majalah dan lain-lain.

 

 

<< Atas

 

 

5.

TUKANG ELEKTRIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Electrical; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

                  

ATAU

 

ii)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) serta berpengalaman dalam pemasangan elektrik dan kerja-kerja membaiki peralatan elektrik.

 

ATAU

 

iii)        Mempunyai pengalaman dalam pemasangan elektrik dan kerja-kerja membaiki peralatan elektrik tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menjalankan kerja-kerja rawatan am di bangunan-bangunan Radio Televisyen Brunei atau menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kegiatan operesen RTB dan bekerja di luar pejabat menurut keperluan perkhidmatannya.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

6.

PENJAGA KESELAMATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.1-2 EB.3 ($515 - $760 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Tamat Tingkatan 4 serta pernah menyertai Pasukan Kadet ABDB atau Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

                    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

ATAU