IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 12 NOVEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 43/10/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGURUS ASRAMA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA TUKANG PELAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

ATAU

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

ATAU

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

ATAU

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

MANDUR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

ATAU

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENGURUS ASRAMA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI  B.2 EB.3:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

         

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI  B.2:

 

a)       i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

          ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Asrama Tingkat I / Penolong Pengurus Asrama atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS ASRAMA:

1.        Mengendalikan pentadbiran Asrama, termasuk permakanan dan minuman pelajar.

 

2.        Bertanggungjawab atas semua kakitangan Asrama.

 

3.        Memproses  permohonan pelajar yang ingin tinggal di Asrama.

 

4.       Membantu menyelaras dan memberi kerjasama kepada pelajar Asrama dan segala kegiatan yang dijalankan oleh Universiti / Institut  / Maktab / Sekolah, Jawatankuasa Asrama, badan-badan dan kelab-kelab pelajar di Asrama.

 

5.        Mengawasi dan memastikan keselamatan kemudahan-kemudahan yang perlu bagi pelajar di Asrama.

 

6.        Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA TUKANG PELAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2  tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TUKANG PELAN:

 

1.    Menerima arahan kerja dari Ketua Bahagian dan tugas-tugas sebagai Tukang Pelan Kanan.

 

2.    Menyediakan draft lukisan kerja dan ‘detail’ serta spesifikasi dan juga dokumen-dokumen tawaran / kontrak

       / pembinaan.

 

3.    Mengawas dan memeriksa di tapak-tapak pembinaan akan kerja-kerja kawalan peraturan pembinaan

       rumah baru dan tambahan / ubahsuai rumah.

 

<< Atas

 

 

3.

TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

ATAU

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

ATAU

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4:

 

a)         i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji

       F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.3-4 EB.5:

 

a)         i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food

               and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1

      tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)    Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 


KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.1-2-.3 EB.4:

 

a)        i)  BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food

               and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak

       tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)    Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK:

 

Secara Amnya:

 

1.      Menyediakan sukatan makanan mengikut resepi-resepi tertentu.

 

2.      Menentukan sukatan makanan dan catatan yang betul sebelum memasak.

 

3.      Menjaga kebersihan makanan semasa penyediaan.

 

4.      Mengawasi kebersihan dapur supaya sentiasa dalam keadaan sempurna dan teratur.

 

5.      Menjaga kebersihan dapur selepas menggunakan perkakas-perkakas dan alat-alat dapur.

 

Di Kementerian Hal Ehwal Ugama:

 

1.   Menyediakan sukatan makanan mengikut resepi-resepi tertentu bagi penyediaan berbagai jenis masakan

      untuk penuntut yang tinggal di asrama-asrama Sekolah-Sekolah Arab.

 

2.   Menentukan sukatan masakan dan catatan yang betul sebelum masak.

 

3.   Menjaga kebersihan makanan semasa penyediaan.

 

4.   Mengawasi kebersihan dapur dan dewan makan supaya sentiasa dalam keadaan sempurna dan teratur.

 

5.   Menjaga kebersihan dapur selepas menggunakan perkakas-perkakas dapur dan peralatan memasak.

 

Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Tukang Masak.

<< Atas

 

 

4.

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

ATAU

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4: 

 

a)     i)          BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Tukang Masak dalam tanggagaji F.4 tidak kurang dari 2 tahun atau sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)       Kelayakan tambahan dalam bidang masak-memasak dan kebolehan memasak pelbagai jenis hidangan adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.4-5 EB.6 :   

 

a)       i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 2 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)       Kelayakan tambahan dalam bidang masak-memasak dan kebolehan memasak pelbagai jenis hidangan adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TUKANG MASAK:

 

1.   Tugas-tugas Ketua Tukang Masak ialah mengetuai Tukang-Tukang Masak di bawah jagaannya.

 

2.   Mengawasi tatatertib dan kedatangan Tukang Masak.

 

3.   Mempastikan Tukang-Tukang Masak mematuhi peraturan bekerja apabila berada di dapur dan di

      dewan makan.

 

4.   Mempastikan waktu makan dan minum adalah seperti yang dijadualkan.

 

5.   Membuat tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua.

 

<< Atas

 

 

5.

TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        i)  BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery / Basic Food

               and Beverage Services ; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F1

      tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)       Kelayakan tambahan dalam bidang masakan dan boleh memasak berbagai hidangan adalah kelebihan.

 

c)       Mempunyai pengetahuan agama Islam dan boleh membaca Al-Quran dengan baik adalah kelebihan.

 

d)      Berkebolehan membaca dan menulis jawi serta boleh bertutur dan faham Bahasa Inggeris adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK ASRAMA:

 

1.       Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Tukang Masak.

 

2.      Menyediakan makanan/minuman untuk penuntut-penuntut sekolah / asrama yang menerima

         kemudahan rancangan permakanan pada waktu yang telah ditetapkan.

 

3.     Bertanggungjawab untuk mempastikan hidangan yang diberikan kepada penuntut itu memusakan dan

        selamat serta berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan resepi makanan

      yang dihidangkan.

 

4.    Bertanggungjawab keatas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, alat perkakas dapur dan pinggan

       mangkok serta menyusunnya ditempat yang disediakan dengan sempurna setiap kali selesai digunakan.

 

5.   Melaporkan segala kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dapur kepada Ketua Tukang Masak

      atau kakitangan kanan sekolah.

 

6.    Membantu untuk menyediakan dan menyemak tuntutan rancangan permakanan sekolah dan ‘delivery order’.

 

7.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai kanan atasan dari masa ke semasa.

    << Atas

 

 

6.

MANDUR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

ATAU

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        Tamat Tingkatan III.

                                                                                         

                   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Buruh atau jawatan bersesuaian dan mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang luas dalam kerja-kerja mandur dan pengawasan buruh tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MANDUR:

 

Secara amnya tugas-tugas Mandur adalah seperti berikut:-

 

1.   Mengatur penempatan bertugas dan mengawasi buruh-buruh.

 

2.   Memastikan kerja-kerja pemerliharaan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan segera.

 

3.   Melawat ke tapak kerja serta memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna.

 

4.   Memberi laporan kepada pegawai atasan.

 

DI JABATAN PERTANIAN:

 

1.   Mengawas catatan kedatangan dan balik buruh-buruh.

 

2.   Memastikan buruh-buruh yang pandai menulis, menulis sendiri kehadiran mereka.

 

3.   Memastikan buruh-buruh datang bekerja di tempat kerja masing-masing dalam waktu-waktu bekerja.

 

4.   Membuat laporan jika terdapat buruh-buruh yang tidak berada di tempat kerja atau meninggalkan

      tempat kerja.

 

5.   Membuat laporan jika terdapat pekerja-pekerja yang keluar tanpa kebenaran bertulis.

 

6.   Menyediakan ‘check-roll’ dan menghadapkan kepada Ketua Kerani pada tiap-tiap 22 haribulan.

 

7.   Menentukan jadual buruh-buruh yang bekerja lebih masa dan jaga malam.

 

8.   Membuat kerja-kerja tertentu yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.

 

DI KEMENTERIAN PERTAHANAN:

 

1.   Menentukan kedatangan pekerja-pekerja buruh di bawah jagaannya.

 

2.   Menentukan dan memberkan arahan-arahan kepada pekerja-pekerja buruh di tempat masing-masing.

 

3.   Mengawasi dan menentukan kebersihan dan kawasan dalam dan luar perkhemahan.

 

4.   Mestilah sentiasa berada di tempat pekerja-pekerjanya.

 

5.   Membuat Time Sheet pekerja-pekerja buruh yang bergaji hari.

 

6.   Membuat laporan dan lain-lain.

 

7.   Menerima arahan daripada pegawai dan kakitangan.

 

DI JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI:

 

1.    Membantu mengawasi kerja-kerja pemeliharaan lanskap yang diperlukan di kawasan-kawasan

       dibawah kawalan Jabatan supaya lebih terkawal, teratur dan berkesan.

 

2.    Menjaga dan mencatat kedatangan dan disiplin kakitangan bawahan.

 

3.    Memberi laporan atau maklumat mengenai perkembangan kerja atau masalah semasa menjalankan tugas.

 

4.    Menerima lain-lain arahan yang diperlukan dari semasa ke semasa.


DI JABATAN KERJA RAYA:

 

Jabatan Jalan Raya:

 

a)       i)        Mengawasi buruh-buruh bekerja seperti:

 

-   Memberikan bantuan batu

-   Memberikan bantuan bekas kikisan batu asphalt

-    Pemasangan Gabian

 

b)       i)        Mengawasi kontrek seperti:

 

-    Pemotongan rumput

-    Pengorekan lungkang

-    Pemotongan kayu

-    Menambal jalan

 

c)       i)        Membuat Pemeriksaan aduan orang ramai seperti:

 

-     Tanah runtuh

-     Jalan berlubang

-     Jalan bertakong

-     Kebanjiran

 

Jabatan Perkhidmatan Air:

 

a)   Mengatur penempatan bertugas dan mengawasi buruh-buruh.

 

b)   Memberi laporan kepada Pegawai Atasan.

 

DI KEMENTERIAN KESIHATAN:

a)    Mengawasi kakitangan di bawah jagaanya dan mengendalikan kerja-kerja harian mereka.

 

b)    Membuat kerja yang telah diarahkan dengan sempurna dan berkesan.

 

<< Atas

 

 

7.

TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        i)  BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery & Basic Food

               and Beverage Services.; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak

      tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)    Mempunyai Sijil Kelas Dewasa Masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH:

 

1.  Menyediakan makanan/minuman penuntut/murid pada waktu-waktu yang ditentukan mengikut jadual.

 

2.   Berusaha supaya makanan yang dihidangkan hendaklah memuaskan.

 

3.   Bertanggunjawab atas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, makanan, alat perkakas dapur dan

      pingan mangkuk.

 

4.   Melapurkan kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dan dapur kepada Penjaga Dapur.

 

5.  Sebelum meninggalkan tempat bekerja segala perkakas hendaklah dibersihkan, dikemaskan dan disusun di tempat yang dikhaskan dengan sempurna.

 

6.   Pakaian seragam yang diberi hendaklah dipakai pada masa bertugas.

 

7.   Masa datang bekerja dan balik hendaklah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Guru Besar.

 

8.   Mematuhi peraturan berikut:-

 

a.   Dilarang merokok di dapur dan dewan makanan;

b.   Badan dan pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas;

c.   Jangan berludah di tempat-tempat memasak dan bilik-bilik makan.

 

9.  Pekerja-pekerja mestilah melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Guru Besar walaupun diluar tugas-tugas mereka.

 

10.  Membantu menyediakan dan menyemak Tuntutan Rancangan Permakanan Sekolah dan Delivery Order.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 7:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)