IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 11 JUN 2008)

BILANGAN IKLAN: 21/05/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENDAFTAR

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI PENERBITAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

JURUTEKNIK PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENYELIA ASRAMA TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

ATENDAN KANAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.3 EB.4 ($660- $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

ATENDAN MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Promosi / Pendidikan Kesihatan / Sains Kesihatan / Sains;  atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Promosi / Pendidikan Kesihatan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Bertanggungjawab kepada Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan Ketua Bahagian.

 

2.        Menyediakan pelan tindakan tahunan termasuk cadangan aktiviti-aktiviti dan latihan yang dikendalikan oleh Bahagian.

 

3.      Bertanggungjawab terhadap perancangan, perlaksanaan dan perkembangan program-program promosi kesihatan mengikut prioriti atau seperti yang diarahkan oleh Pengarah/Ketua Bahagian.

 

4.         Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan seperti menyelaras kempen-kempen kesihatan, memberi ceramah-ceramah dan penerangan kesihatan dan mengendalikan pameran-pameran kesihatan.

 

5.         Memantau dan menilai program dan aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan yang telah dilaksanakan seperti menjalankan kajiselidik dan audit.

 

6.       Menyediakan laporan kegiatan bulanan dan juga laporan terperinci mengenai aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan yang telah dikendalikan.

 

7.        Membantu Ketua Bahagian dalam pengurusan kerja-kerja harian Bahagian, mendapatkan dan mengumpul bahan-bahan yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan, kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan Bahagian dan seumpamanya.

 

8.         Memastikan bahan-bahan pendidikan kesihatan mempunyai maklumat yang terkini dan bersesuaian.

 

9.        Menyelaras dan menjalankan program-program latihan seperti ‘training for trainers’, latihan yang berkaitan dengan promosi/pendidikan kesihatan dan seumpamanya.

 

10.       Tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah/Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 

11.       Calon-calon yang berjaya hendaklah bersedia untuk bertugas dimana-mana tempat di negara ini. Mereka juga hendaklah bersedia bekerja pada bila-bila waktu diperlukan, termasuk diluar waktu pejabat, hari-hari kelepasan awam atau bekerja secara bergilir-gilir (Shift)

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENDAFTAR

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidangyang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.        Menyediakan bahan rujukan berhubungaA dengan peraturan akademik yang dikeluarkan oleh Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC).

 

2.       Menguruskan dan mengendalikan temuduga permohonan pelajar-pelajar untuk mengikut program-program yang ditawarkan di institusi.

 

3.        Menguruskan dan mengendalikan temuduga bagi pemohon yang ingin masuk ke institusi.

 

4.         Menguruskan proses pengiklanan temuduga program-program yang ditawarkan.

 

5.        Memproses, mengeluarkan dan menyimpan surat akuan (testimonials), sijil berhenti dan sijil-sijil yang lain bagi pelajar-pelajar.

 

6.         Menyediakan dan mengemaskinikan rekod pelajar, kemajuan pelajar dan statistik pelajar.

 

7.         Memproses permohonan cuti pelajar dan memaklumkan kepada Pegawai Kesejahteraan Pelajar.

 

8.         Mengendalikan lawatan moderator.

 

9.         Menjadi Setiausaha kepada Badan Akademik institusi

 

10.        Mengendalikan proses permohonan menawarkan program baru ke majlis BDTVEC.

 

11.       Menyediakan program mempromosi sekolah khususnya program-program yang ditawarkan kepada sekolah-sekolah menengah dan orang awam.

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Projek Tingkat II dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SECARA AMNYA:

 

1.       Mengumpulkan data / maklumat dan menyediakan perangkaan (statistik) berkaitan dengan projek.

 

2.       Menyediakan laporan / kertas kerja yang berkaitan dengan projek.

 

3.       Menyelaras dan menyebabkan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.

 

4.       Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.

 

5.       Menilai kedudukan-kedudukan projek dan membuat laporan.

 

        DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN:

 

1.         Memproses permohonan Jabatan-Jabatan bagi kenderaan-kenderaan, barang-barang perabot, alat-alat pejabat dan bangunan-bangunan yang hendak diroboh untuk dihapuskan dari kira-kira Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan serta mempastikan tatacara penghapusan mengikut Peraturan Kewangan.

 

2.         Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan, barang-barang perabot, alat-alat perkakas elektrik dan alat-alat pejabat yang hendak dihapuskan daripada kira-kira Kerajaan.

 

3.          Membuat laporan pemeriksaan.

 

4.         Menyediakan agenda dan minit mesyuarat Jawatankuasa Penghapus Harta Benda Kementerian Pembangunan serta menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penghapusan Harta Penda Kementerian Pembangunan.

 

5.         Memproses permohonan atas sokongan Jawatankuasa Penghapusan Harta Benda Kementerian Pembangunan ke Lembaga Pemeriksaan Tetap Kementerian Kewangan dan memaklumkan keputusan kepada Jabatan-Jabatan yang memohon.

 

6.        Menghadiri dan menyaksikan jualan-jualan lelong yang sudah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Harta Benda Kementerian Kewangan dan menyaksikan pembuangan / pemusnahan hartabenda yang tidak laku.

 

7.       Menyaksikan perobohan bangunan-bangunan yang telah dibenarkan untuk dihapuskan daripada kira-kira Kerajaan.

 

8.          Kerja-kerja lain mengikut arahan pegawai atasan.

 

DI PEJPEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA:

 

1.          Mengenalpasti, merancang serta menyelaras pembinaan projek-projek.

 

2.        Mengendalikan kerja-kerja pemeliharaan keatas kerosakan-kerosakan besar pada kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh Jabatan Daerah.

 

3.        Memeriksa dan seterusnya mempastikan projek-projek yang dibina oleh pemborong-pemborong mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

 

4.           Menyediakan laporan kemajuan kerja bagi projek-projek yang sedang dilaksanakan.

 

          DI KEMENTERIAN PERTAHANAN:

 

1.        Bertanggungjawab kepada Pegawai Turus Perhubungan Sistem Maklumat (PSM) bagi pengawalan

        dan penyeliaan am bagi semua jenis perkhidmatan Telekomunikasi Kementerian Pertahanan /

        Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

2.     Bertanggungjawab bagi pengawalan dan pembayaran kesemua tuntutan-tuntutan dalam peruntukkan perhubungan Telefon Kementerian Pertahanan / Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

3.       Bertanggungjawab bagi membuat perhubungan langsung kepada mana-mana agensi-agensi Kerajaan dan swasta dalam memberikan perkhidmatan dan nasihat dalam perkara-perkara pemantauan dan perlaksanaan bagi semua projek-projek baru dan yang ada masa kini tentang perkhidmatan Telekomunikasi di Kementerian Pertahanan / Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

4.         Bertanggungjawab kepada keseluruhan kakitangan awam dibahagian perhubungan seperti berikut:

 

i)     Penyelaras Telekom Pasukan

ii)     Penyelia-Penyelia Telefon

iii)    Operator-Operator Telex

iv)    Operator-Operator Telefon.

 

        DI JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK:

 

1.         Menyediakan bahan-bahan Statistik untuk penganalisaan projek.

 

2.          Membuat penafsiran Bangunan.

 

3.          Mengendalikan pentadbiran projek.

 

4.          Mengumpul data-data projek yang diarahkan.

 

5.          Bersedia menerima sebarang tugas pada bila-bila masa termasuk pada hari-hari Kelepasan Awam.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

4.

PEGAWAI PENERBITAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

                   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)