IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 09 JULAI 2008)

BILANGAN IKLAN: 25/06/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEGAWAI IMIGRESEN KANAN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

MERINYU KANAN SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 – 2,970 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

MERINYU METER KANAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 – 2,270 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT I

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH7.

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pertanian / Sains Pertanian / Perdagangan / Pemasaran / Perekonomian / Applied Science / Botani / Sains Biologi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan perlaksanaan pemasaran/perniagaan tani adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERTANIAN:

 

  1. Bertanggungjawab dalam merancang, melaksanakan dan memantau salah satu projek pertanian secara sektoral sama ada dalam Rancangan Kemajuan Negara mahupun projek semasa Jabatan selaku Projek Ko-ordinator.
     

  2. Mengawasi dan mengurus perlaksanaan rancangan-rancangan dan kegiatan-kegiatan bahagian selaku Projek Ko-ordinator dan membuat catitan-catitan kemajuan rancangan dan menyediakan pembekalan dan keperluan tahunan.
     

  3. Menyediakan laporan dan syor bagi kemajuan pertanian, menyediakan/mengawal peruntukan tahunan, mengawasi kakitangan unit dan merancang kegiatan serta latihan kakitangan.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari semasa kesemasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA PEGAWAI IMIGRESEN KANAN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)               i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

   ii)  Berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebagai Ketua Pegawai Imigresen atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI IMIGRESEN KANAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Immigresen terhadap perkara yang berhubungkait dengan tugas-tugas yang diamanahkan termasuklah arahan-arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap bahagian-bahagian yang berada dibawah jagaan masing-masing, termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran, peruntukan dan pengawalan kakitangan serta hal ehwal harta benda.
     

  3. Bertanggungjawab dalam merangka atau membuat perancangan bagi perkembangan dan kemajuan bahagian yang berkaitan.
     

  4. Membuat garispandu bagi tatacara perlaksanaan tugas-tugas yang terdapat di bahagian-bahagian yang berada di bawah jagaan masing-masing.
     

  5. Bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan atau perkara yang terdapat di bahagian masing-masing.
     

  6. Mempastikan setiap kerja-kerja yang diamanahkan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dibawah jagaan masing-masing disamping ianya dapat menepati masa yang ditetapkan.
     

  7. Mempastikan kakitangan dan peralatan yang terdapat di bahagian yang berada dibawah jagaan adalah dalam keadaan yang mencukupi dan baik.


 

<< Atas

 

 

3.

MERINYU KANAN SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 – 2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)           BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi sebagai Merinyu Sukatan dan Timbangan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU KANAN SUKATAN DAN TIMBANGAN: 

  1. Bertanggungjawab bagi semua kerja-kerja pengesahan, pemeriksaan, pendaftaran alat-alat sukatan dan timbangan serta hal-hal penguatkuasaan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 seperti penyiasatan dan pendakwaan.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian sebagaimana yang diarahkan dan sebagai Pendakwa dan penyiasat dalam kes-kes Mahkamah.

 

<< Atas

 

 

 

4.

MERINYU METER KANAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 – 2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Meter dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun.

 

b)       Berpengalaman dalam tugas-tugas di Bahagian Meter Air adalah kelebihan.

 

c)       Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU METER KANAN: 

  1. Bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan tugas-tugas yang dijalankan oleh Merinyu, Pembaca Meter Tingkat II dan Pembaca Meter.
     

  2. Memeriksa pemakaian pengguna yang tidak seimbang.
     

  3. Memeriksa penyambungan haram.
     

  4. Menjawab aduan-aduan orang ramai bersabit dengan kesalahan bacaan-bacaan meter.
     

  5. Memastikan orang ramai yang mengadu tidak menerima bil mereka setiap bulan.
     

  6. Mengawasi penyambungan baru.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

a)         i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)        Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat II atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta telahpun lulus peperiksaan Jabatan.

 

ATAU

 

iii)        Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan sebagainya tidak kurang dari 8 tahun.

 

           Kelulusan lebih tinggi yang bersesuaian DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan merupakan keutamaan.

 

b)         Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN: 

  1. Bertugas mengawasi keselamatan Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Kebangsaan.
     

  2. Bertanggungjawab mengawasi Pegawai dan Kakitangan yang bertugas serta tetamu dan pelawat-pelawat ke Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Kebangsaan.
     

  3. Bertanggungjawab mengenai keselamatan bagi penghantaran dan pengendalian beg-beg serta kargo Diplomatik.

 

 

    << Atas

 

 

 

6.

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT I

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

         E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

a)         i)         Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

                        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Jentera Tapisan Air Tingkat II dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT I: 

  1. Melapor kepada Atendan Jentera Tingkat Khas.
     

  2. Membantu dalam mengawas dan membuat arahan kepada kakitangan loji.
     

  3. Membantu dalam membuat pengawasan ke atas kerja-kerja operasi dan pemeliharaan loji.
     

  4. Membantu dalam menyediakan laporan harian ke atas kerja-kerja operasi dan pemeliharaan loji.
     

  5. Membantu dalam menyediakan pesanan kerja (work order) ke atas kerja-kerja operasi dan pemeliharaan loji.
     

  6. Berhubung terus dengan kakitangan bawahan.
     

  7. Menerima dan melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

 

<< Atas

 

 

GH7.

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam salah satu dari bidang-bidang berikut:

 

·        Forensik (Forensics)

·        Undang-Undang (Law)

·        Psikologi (Psychology)

·        Hubungan Antarabangsa (International Relations)

·        Politik (Politics)

·        Kaunseling (Counseling)

·        Kriminology (Criminology)

·        Teknologi Maklumat (Information Technology)

·        Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)

·        Pengurusan (Management)

·        Pentadbiran (Administration)

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         Pemohon adalah terdiri dari LELAKI sahaja.

 

c)         Berumur tidak lebih daripada 30 TAHUN.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI STAF: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi keseluruhan pengurusan yang efisien dan prestasi Jabatan mengikut objektif yang sedia ada.
     

  2. Menjalankan tugas mengenai hal ehwal dan isu-isu yang berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan.
     

  3. Bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.
     

  4. Menyediakan laporan dan analisis yang berkaitan dengan bidang tugas.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diaturkan dan diarahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dari semasa ke semasa.

 

  

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 6:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
GH7:

 

YANG MULIA,
PENGARAH
JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

BANGUNAN TUMASEK PLAZA

JALAN TUTONG, BA1910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN 

BAGI BILANGAN GH7

ADALAH PADA 30 JUN 2008.