IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 09 APRIL 2008)

BILANGAN IKLAN: 12/03/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

AHLI KAJI SERANGGA TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI ARKEOLOGI

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PEMERIKSA PETROLEUM

JABATAN UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

PENOLONG PENYUNTING TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

PEMBANTU TEKNIK PELATIH

JABATAN KERJA RAYA

D.1-2 ($530 - $820 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

AHLI KAJI SERANGGA TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaji Serangga Tumbuhan (Applied Biology) / Pengurusan Musuh Tumbuh-Tumbuhan / Pengawalan Tanaman / Sains Biologi (Biological Science) atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         Mempunyai pengalaman dalam bidang kaji serangga tumbuhan, khidmat nasihat dan pengawalan musuh adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.        Mengendalikan kerja-kerja diagnostik, penceman dan memberi khidmat nasihat mengenai kawalan musuh tanaman yang disebabkan oleh serangga dan perosak vertebrata.

 

2.         Merancang dan mengendalikan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan syor kawalan mengenai

            musuh perosak tanaman yang disebabkan oleh serangga dan perosak vertebrata.

 

3.          Menyediakan kertas kerja cadangan projek mengenai kawalan musuh perosak tanaman

            dan bertanggungjawab dalam mengendalikan projek yang dicadangkan.

 

4.          Merancang dan meningkatkan kerja-kerja penceman dan koleksi serangga perosak tanaman.

 

5.          Menyediakan laporan dan risalah-risalah berhubung dengan musuh perosak tanaman.

 

6.         Memberi latihan atau kursus-kursus kepada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan serta peladang mengenai kawalan musuh perosak tanaman.

 

7.         Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Musuh Tumbuhan dan membantu dalam menjalankan pentadbiran, kerja-kerja dan pengurusan hal ehwal Unit semasa ketiadaan Ketua Unit ini.

 

8.         Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dan Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 


 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI ARKEOLOGI

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkeologi atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

a)                 i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Arkeologi atau bidang

                       bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah berkhidmat

                       dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan

                       telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang Arkeologi atau jawatan

        bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)       Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.  Boleh membaca tulisan jawi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.         Mengendalikan dan mengawas segala kerja-kerja lapangan Arkeologi, terutama sekali penggalian dan

            kerja-kerja penyelamatan tinggalan-tinggalan purbakala.

 

2.         Bertanggungjawab dalam memproses data-data yang diperolehi hasil dari kerja luar, kerja-kerja

            dalam bengkel atau makmal.

 

3.          Bertanggungjawab dalam menyediakan catatan-catatan dan laporan-laporan kerja luar bagi tujuan

             penerbitan dan ceramah.

 

4.          Bertugas di lapangan untuk penyelidikan dan penelitian adalah kelebihan.

 

5.          Bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan

 

6.          Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan apabila diperlukan

 


  

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Ekonomi / Perakaunan /

                    Perdagangan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)          Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari

             5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Di Unit Tawaran:

 

Bertanggungjawab kepada Pegawai Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal seperti berikut:

 

1.      Membantu Setiausaha kepada Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pertahanan khususnya

        dalam mengkordinasikan mesyuarat, menyediakan kertas kerja, penyediaan minit dan tindakan-tindakan ke

        atas keputusan Lembaga.

 

2.          Membantu dalam menguruskan pengeluaran tawaran secara iklan dan jemputan kepada pembekal-pembekal.

 

3.         Membantu dalam menguruskan kontrak-kontrak berterusan termasuk menyediakan spesifikasi

            tawaran, mengeluarkan tawaran, mengeluarkan tawaran dan menyediakan kontrak untuk ditandatangani.

 

Di Unit-Unit Perolehan:

 

Bertanggungjawab kepada Pegawai Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal perolehan seperti berikut:

 

1.           Membantu menguruskan perbekalan (pembelian/perkhidmatan) yang diperlukan oleh semua Jabatanarah

             di Kementerian Pertahanan, ABDB dan Pasukan Simpanan Gurkha mengikut Peraturan Kewangan Kerajaan.

 

2.          Membantu dalam menyemak dan mengesahkan tuntutan-tuntutan yang diterima dari pembekal / pemborong / keatas perkhidmatan pembekalan/pembaikan/pemeliharaan yang telah dilaksanakan dan menghadapkannya ke Bahagian Kewangan untuk urusan pembayaran.

 

Di Unit Dokumentasi dan Penyelidikan Pasaran (UDPP):

 

Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Perolehan dan membantunya dalam hal-hal berikut:

 

1.         Membantu kajian sumber perbekalan dari dalam dan luar negeri dan mengedarkan maklumat

            mengenainya kepada Pegawai-Pegawai Perolehan.

 

2.         Mengurus pendaftaran pembekal-pembekal yang ingin membekalkan barangan atau memberikan perkhidmatan kepada Kementerian Pertahanan dan seterusnya memberikan penerangan dan khidmat nasihat mengenai peraturan pendaftaran dan tatacara memberikan tawaran atau sebutharga.

 

3.          Menyediakan laporan-laporan perbekalan dan juga prestasi pembekal.

 

4.          Menyelaras format-format dokumen yang digunakan oleh Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.

 

5.           Sebagai kordinator yang menyelaras keperluan Jabatanarah bagi penggunaan sistem berkomputer (DEFLIS).

 

Di Unit Kawalan Mutu dan Pengangkutan (KM & PGKTN):

 

Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Perolehan dan membantunya dalam hal-hal berikut:

 

1.         Mengurus penerimaan barang dan memastikan kualiti serta kuantitinya menepati pesanan.

 

2.         Menguruskan penghantaran barang-barang yang dihantar ke luar negeri untuk diperbaiki dan dan juga

           barang persendirian Anggota Tentera yang dihantar berkursus atau bertugas di luar negeri dan juga Askar-Askar Pinjaman British.

 

3.         Menguruskan pengambilan barang-barang dari Pelabuhan Muara, Lapangan Terbang Antarabangsa dan Pejabat Pos bagi barang-barang yang dipesan terus dari firma-firma luar negeri.


 << Atas

  

 

4.

PENOLONG PEMERIKSA PETROLEUM

JABATAN UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Umur 30 tahun ke bawah.

 

b)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

              Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam kerja-kerja penyukatan

         dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun

         dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)       Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Penolong Pemeriksa Petroleum bertanggungjawab membantu Pemeriksa Petroleum menjalankan tugas seperti:-

 

i)           Mengambil ukuran/sukatan kuantiti dan kualiti minyak mentah dan LNG yang diekspot dari negara ini.

 

ii)          Membuat tentu ukuran alat pengukur yang digunakan untuk mengukur minyak mentah dan LNG yang

             diekspot dari negara ini.

 

iii)         Memproses butir-butir data ukuran/sukatan dan mencatat serta menyediakan laporan kepada

             Pemeriksa Petroleum Kanan.

 

 

<< Atas

 

 

5.

PENOLONG PENYUNTING TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Pemohon yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berkebolehan membaca

            dan menulis Jawi adalah keutamaan.

 

c)          Berpengalaman dalam kerja-kerja penyuntingan buku, majalah, atau akhbar harian serta berbakat

            dalam penulisan adalah kelebihan.

 

d)          Berkebolehan dalam menggunakan komputer.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.            Menulis dan menyunting bahan-bahan untuk penerbit Jabatan.

 

2.            Mengumpul manuskrip-manuskrip untuk dijadikan bahan penerbitan.

 

3.             Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA:

 

1.          Membantu mencari dan mengumpul bahan/manuskrip untuk buku/majalah terbitan jabatan.

 

2.          Menyediakan dan menyusun bahan-bahan yang diperolehi dan diperlukan (seperti gambar, illustrasi

             atau manuskrip) untuk keperluan penerbitan buku/majalah.

 

3.           Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.

 

4.           Kerja-kerja lain yang diaturkan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas