IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
(TARIKH TUTUP: 05 NOVEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 42/10/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PENYELIDIK

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

TUKANG PELAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

ATAU

C.1-2 EB.3 ($1,280- $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

6.

PENGAJAR PERLADANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

7.

PEMBANTU BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

                                             
  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

JURUTERA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Teknikal atau kelulusan profesional dalam  bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

Berkelayakan Chartered Engineer atau Ahli Institusi Profesional yang diiktiraf serta mempunyai pengalaman di dalam bidang pengurusan Kejuruteraan Awam atau Bangunan atau Struktor atau Elektrikal adalah kelebihan.

 

b)         Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

  TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
     

  2. Membantu Jurutera Kerja Kanan dalam mengawasi, menyelaras dan menilai kerja-kerja pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan bangunan-bangunan dibawah kawalan Kementerian Pendidikan.
     

  3. Mengendalikan projek-projek tawaran dan sebutharga dari peringkat awal sehingga peringkat pembayaran.
     

  4. Mempastikan projek-projek yang dibawah jagaan berjalan dengan teratur dari segi kontrak dan pentadbiran seperti:-

 

i)    Memproses Pesanan Perubahan (Variation Order).

ii)   Lanjutan Masa (extension of time).

iii)  Menyediakan pembayaran kemajuan dan sijil pembayaran. 

  1. Mengendalikan mesyuarat di tapak bina dengan kontraktor-kontraktor.
     

  2. Memeriksa dan menyerahkan bangunan selepas jangka masa projek tamat dan tempoh kecacatan pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan berakhir.


<< Atas     

 

 

2.

PEGAWAI PENYELIDIK

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding

       dalam bidang bersesuaian.

    

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan     dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Penyelidik atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)  Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

c)  Mempunyai daya inisiatif untuk merancang kerja-kerja untuk kemajuan dan perkembangan bahasa adalah kelebihan.

 

d)  Menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga adalah kelebihan.

 

e) Pengalaman dalam penyelidikan serta pengetahuan luas dalam perbendaharaan kata Melayu Brunei dan Kesusasteraan Melayu adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:       

  1. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian dan Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.
     

  2. Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.
     

  3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  4. Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
     

  5. Membuat penyelidikan untuk tujuan diterbitkan atau bagi tujuan dokumentasi dan rujukan.
     

  6. Menyalin atau merumitkan naskhah lama.
     

  7. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah/jurnal terbitan jabatan.
     

  8. Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas     

 

 

3.

PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding

        dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Penyelidik atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan penyelidikan dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang  dari 5 tahun.

 

b) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan penyelidikan-penyelidikan yang telah dirancang dan ditetapkan.
     

  2. Mengusahakan menerbitkan hasil kajian yang telah dilaksanakan dan dipersetujui untuk diterbitkan.
     

  3. Mencari maklumat-maklumat atau data-data sebagai keratan Akhbar bagi berita-berita sensasi yang berkenaan, dari akhbar-akhbar tempatan dan luar negeri.
     

  4. Mencari atau mendapatkan data-data berkenaan dengan kebajikan dan wanita yang khusus diperolehi dari sumber-sumber tertentu seperti dari Jabatan-Jabatan, Kementerian-Kementerian atau mana-mana tempat dimana sumber yang diperlukan boleh diperolehi.
     

  5. Mengumpulkan data-data yang diperolehi dan seterusnya disemak dan ditapis mengikut tajuk masing-masing.
     

  6. Semua perolehan akan dikategorikan mengikut tajuk masing-masing untuk disimpan di Bilik Sumber R&B sebagai bahan rujukan dan bagi keratin akhbar akan di photocopy dan di scanfile.
     

  7. Mengeluarkan / mendapatkan data-data perolehan yang diperlukan dari Bilik Sumber R&B bagi tujuan rujukan, salinan, pinjaman sementar seumpamanya seperti yang dikehendaki oleh pelanggan (kegunaan sendiri, rakan pekerja, pihak atasan atau pihak luaran).
     

  8. Membantu mengumpul Titah, Sabda, Ucapan Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap bagi kegunaan Bilik Sumber.
     

  9. Meneliti Laporan Tahunan KKBS dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
     

  10. Membantu meneliti kertas kerja yang berkaitan dengan hal ehwal Antarabangsa.
     

  11. Membantu bidang tugas yang berkaitan dengan Dasar dan Akta.
     

  12. Menyediakan kertas-kertas kerja yang berkaitan dengan KKBS apabila diperlukan
     

  13. Lain-lain tugas yang diaturkan dari masa ke semasa.

<< Atas    

 

 

4.

TUKANG PELAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

ATAU

C.1-2 EB.3 ($1,280- $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.2 EB.3:      

 

a)  i.  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Draughtsmanship / Arkitek, atau

         kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja praktikal dalam menyediakan pelan-pelan dan ukiran-ukiran

    yang lengkap dari lukisan-lukisan kasar.

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.1-2 EB.3:    

 

a)  i.  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Draughtsmanship / Arkitek, atau

         kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama

         adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun  dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja praktikal dalam menyediakan pelan-pelan dan ukiran-ukiran

     yang lengkap dari lukisan-lukisan kasar.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 DI JABATAN KERJA RAYA:

 

  Utama: 

  1. Membantu Ketua Tukang Pelan dalam menyediakan pelan / lukisan seperti yang diarahkan oleh Arkitek.
     

  2. Menyediakan lukisan dalam tempoh yang ditetapkan dan membuat pemeriksaan projek di tapak bina bila / jika diarahkan oleh Arkitek.

 

    Tugas dan Tanggungjawab:

  1. Membantu Ketua Tukang Pelan dalam menyediakan pelan / lukisan.
     

  2. Membantu Ketua Tukang Pelan menyediakan lukisan cadangan rekabentuk awal dan rekabentuk lanjutan untuk pengesahan klien.
     

  3. Membantu Ketua Tukang Pelan mengawas, memantau dan menyelaras kerja-kerja penyediaan lukisan yang dibuat oleh kakitangan di bawah jagaannya dalam waktu yang ditetapkan.
     

  4. Membantu Ketua Tukang Pelan menyelaras dan memastikan semua lukisan tawaran diselaraskan dengan teratur dan dalam waktu yang ditetapkan.
     

  5. Menyemak semua lukisan yang telah siap sebelum dihantar kepada Ketua Tukang Pelan (berpandukan kepada senarai semak lukisan).
     

  6. Membantu Ketua Tukang Pelan mengemaskinikan laporan bulanan projek bila / jika diperlukan.
     

  7. Membantu Ketua Tukang Pelan memantau dan mengawas semua kerja dan kakitangan dibawah jagaannya.
     

  8. Membantu Ketua Tukang Pelan memantau, menilai dan melaporkan kemajuan perkembangan projek di tapak bina jika / bila diperlukan dan diarahkan oleh Arkitek.
     

  9. Membantu Ketua Tukang Pelan menyediakan minit mesyuarat bila / jika diarahkan oleh Arkitek.
     

  10. Membantu Arkitek mengadakan pemeriksaan siap praktikal setelah projek siap dan pemeriksaan terakhir sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan dan juga penyerahan bangunan.
     

  11. Melaksanakan apa juga tugas lain seperti yang diarahkan oleh Arkitek.

 

 

   DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN: 

  1. Menerima arahan kerja daripada Ketua Bahagian berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Tukang Pelan Kanan.
     

  2. Menyediakan pelan-pelan dan ukuran-ukuran yang lengkap.

 

 

   DI JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI: 

  1. Membantu Ketua / Pegawai dalam menyediakan pelan / lukisan lanskap seperti yang diarahkan oleh Arkitek Lanskap.
     

  2. Menyediakan lukisan lanskap dalam tempoh yang ditetapkan dalam membuat pemeriksaan projek ditapak lanskap / bina bila / jika diarahkan oleh Ketua / Arkitek Lanskap.
     

  3. Membantu Ketua / Pegawai menyediakan cadangan rekabentuk awal lanskap / bina dan rekabentuk lanjutan untuk pengesahan klien.
     

  4. Membantu Ketua / Pegawai mengawas, memantau dan menyelaras kerja-kerja penyediaan lukisan yang dibuat oleh kakitangan dibawah jagaannya dalam waktu yang ditetapkan.
     

  5. Membantu Ketua / Pegawai menyelaras dan memastikan semua lukisan tawaran diselaraskan dengan teratur dalam waktu yang ditetapkan.
     

  6. Menyemak semua lukisan yang telah siap sebelum dihantar kepada Ketua / Pegawai.
     

  7. Membantu Ketua / Pegawai memantau dan mengawas semua kerja dan kakitangan dibawah jagaannya.
     

  8. Membantu Ketua / Pegawai memantau dan melaporkan kemajuan perkembangan projek ditapak lanskap / bina jika / bila diperlukan dan diarahkan oleh Arkitek Lanskap.
     

  9. Mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja perlaksanaan projek.
     

  10. Melaksanakan apa jua tugas lain seperti yang diarahkan oleh Ketua / Arkitek Lanskap.

 

<< Atas   

 

 

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) iBDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan

       sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan

       dengan Pengurusan/Pentadbiran selama tidak kurang dari 3 tahun.

 

       Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Pembantu Bandaran Tingkat I dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.4 atau D.3  tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran, Pegawai Bandaran Kanan dan Pegawai Bandaran dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan operatif dan penyeliaan di unit yang diaturkan kepadanya.
     

  2. Menjalankan arahan dan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
     

  3. Bersama-sama dengan Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I di dalam membantu Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan bagi semua aspek teknikal.
     

  4. Membantu Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I menyelaras di dalam hal ehwal kawalan perancangan pembangunan, pelaksanaan projek-projek, perlesenan, penyelenggaraan alam sekitar dan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I.
     

  6. Menguruskan dalam hal kewangan dan pembayaran-pembayaran bagi satu-satu projek Kemajuan Bandaran dari awal sehingga tamat tempoh perlaksanaannya.
     

  7. Membuat pemantauan dan laporan kepada Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I berkenaan dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan.
     

  8. Menyelaras persediaan dan keperluan yang mencukupi bagi pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas/ganti seperti yang dikehendaki.

    << Atas    

 

 

6.

PENGAJAR PERLADANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan
         sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menyelenggara Projek perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengikut perancangan/perkembangan.
     

  2. Mengawas kegiatan pekerja-pekerja mengikut projek perusahaan dan memastikan kerja-kerja yang telah dirancang dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
     

  3. Membantu memberi latihan mengusaha kecil dan sederhana.
     

  4. Menerima sebarang arahan-arahan tugas dan tanggungjawab oleh Ketua dan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas   

 

 

7.

PEMBANTU BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringat Biasa atau kelulusan sebanding.

   

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pengurusan kutipan harian bayaran letak kereta yang diterima daripada Atendan Letak Kereta.

  1. Mempastikan tugas-tugas Atendan Letak Kereta dijalankan mengikut kehendak Peraturan Lalu Lintas (Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan) (Tempat Letak Kereta), 1972, pindaan 1979 dan 1983.
     

  2. Bersedia memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada Atendan Letak Kereta dari semasa ke semasa.

  1. Membantu Penolong Pegawai Bandaran Tingkat II dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyeliaan dan juga penguatkuasa.
     

  2. Bertanggungjawab kepada aspek penguatkuasaan yang berpandukan Undang-Undang dan Akta Lembaga Bandaran.
     

  3. Menyediakan laporan yang berkaitan dengan pelanggaran Undang-Undang dan Akta Lembaga Bandaran dan menyediakan sokongan mengenainya.
     

  4. Membantu Penolong Pegawai Bandaran Tingkat II dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyeliaan dan juga penguatkuasaan.
     

  5. Bertanggungjawab dalam membuat pemeriksaan ke atas rumah-rumah dan bangunan-bangunan di dalam kawasan Lembaga Bandaran.
     

  6. Menyediakan laporan yang berkaitan hasil pemeriksaan ke atas rumah-rumah dan bangunan-bangunan dan menyediakan sokongan mengenainya.

 

<< Atas      


 

 
 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 7:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

(BHGN. IKLAN)