IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 04 JUN 2008)

BILANGAN IKLAN: 20/05/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PENOLONG PERANCANGAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450-$2,620 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PENYELIA KURSUS-KURSUS

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450-$2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PENOLONG SUSUNAN RANCANGAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH6.

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH7.

PEGAWAI KEWANGAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH7
&
CARA PERMOHONAN

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                  

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)       i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pemasaran dan International Studies atau

               bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a) i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang pengurusan atau Pentadbiran Awam

          atau bidang bersesuaian, atau kelulusan dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat

          dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah

          ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

      7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menyelaras secara pentadbiran pemerosesan permohonan lesen bagi syarikat yang beroperasi di kawasan kawalan BINA.
     

  2. Pemantauan lesen iaitu memastikan perusahaan-perusahaan yang dibawah kawalan Jabatan mempunyai lesen-  lesen yang sah serta memastikan syarikat-syarikat mematuhi peraturan-peraturan atau syarat-syarat dalam  lesen masing-masing.
     

  3. Melaksanakan, menyelaras dan memantau semua kutipan hasil bagi sewa/kompleks dan tapak perindustrian   Jabatan BINA dengan mengikut peraturan FR.
     

  4. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan keatas syarikat-syarikat yang gagal mematuhi arahan Jabatan mengenai sewa kompleks dan Tapak Perindustrian.
     

  5. Membuat pemantauan untuk syarikat menjalankan kegiatan yang dibenarkan sahaja berasaskan kepada surat tawaran kepada syarikat atau sebarang surat kebenaran bertulis dari Jabatan BINA.


 

<< Atas   

 

 

2.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 


  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

           dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang

      dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:

i)   Pentadbiran dan pengurusan Kakitangan

ii)  Penyelidikan, penerangan dan perkembangan hal ehwal belia dan sukan.

iii) Merancang, menyusun dan melaksanakan program tahunan belia dan sukan diperingkat Jabatan,

     Daerah dan Kebangsaan.

iv) Menyelaras, menyediakan dan mengumpul rekod serta maklumat tentang kegiatan-kegiatan Jabatan

     dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi laporan bulanan dan tahunan.

v)  Terlibat dalam promosi kegiatan belia dan sukan.

vi)  Terlibat dalam melaksanakan dasar dan prosedur berkaitan.

vii)  Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi-agensi yang berkenaan didalam dan diluar negeri.

viii)  Terlibat dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan dan Rancangan Kemajuan Belia dan Sukan.

 

2.  Bersedia bertugas diluar waktu Pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

3.  Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

4.  Menerima arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas      

 

 

3.

PENOLONG PERANCANGAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450-$2,620 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Perancangan / Perdagangan / Pemasaran /

      Pentadbiran / Kesetiausahaan atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Susunan Rancangan atau jawatan berkaitan dalam

     tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Boleh bertutur dengan fasih dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

c)  Berkebolehan dalam perundingan (negotiation skill) dan pengawasan kerja adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengurusan Perancangan dan Perolehan bagi membantu untuk mendapatkan rancangan-rancangan luar negeri dan penerbitan tempatan. Berhubungan dengan pembekal rancangan luar negeri dan bahagian penerbitan RTB bagi memastikan bekalan rancangan untuk siaran diperolehi dengan lancar dan teratur.
     

  2. Meneliti kontrak dan surat-surat perjanji pembelian rancangan. Memastikan semua kontrak, perjanjian, tuntutan dan pembayaran sentiasa teratur dan mengikut peraturan yang berkuatkuasa dan peraturan kewangan. Semua dokumen mengenainya disimpan dalam keadaan teratur.
     

  3. Mendapatkan, menyimpan dan menyediakan bahan-bahan publisiti siaran bagi kegunaan seperti akhbar, majalah, perdagangan dan sebagainya.
     

  4. Membantu dalam perundingan bagi mendapatkan rancangan dan mencatat minit mesyuarat dan membuat hubungan susulan.
     

  5. Menyediakan dan mengeluarkan jadual siaran mengikuti perancangan. Membantu menyediakan jadual perancangan bagi siaran.
     

  6. Menyelaras kerja-kerja kajian penonton. Menyediakan laporan, analisa maklumat dan data-data bagi kegunaan perancangan penyiaran dan perdagangan.
     

  7. Membantu dalam kerja-kerja perdagangan dan pemasangan.
     

  8. Mengawasi dan meneliti kerja-kerja Penolong-Penolong Susunan Rancangan dan lain-lain staf pembantu.
     

  9. Penempatan tugas mengikuti keadaan dan perkembangan semasa.

 

<< Atas     

 

 

 

4.

PENYELIA KURSUS-KURSUS

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450-$2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam

          bidang bersesuaian.    

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian serta telah

     berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari

     5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam Bahagian III dalam bidang berkaitan  tidak kurang dari

     3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelia kursus-kursus.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA KURSUS-KURSUS:

 

1.  Membuat jadual kursus-kursus Institut Perkhidmatan Awam setiap bulan.

 

2.  Menyelia dan mengurus kerja-kerja pembantu penyelaras kursus-kursus Institut Perkhidmatan Awam.

 

3.  Menyediakan persuratan rasmi Kerajaan, menyemak dan membuat laporan.

 

4.  Mengurus dan menyediakan pembayaran (TAFIS) untuk dihadapkan kepada ketua bahagian.

 

5. Mengurus jamuan kursus-kursus.

 

6. Melaksanakan tugas yang diarahkan kepada Pengarah / Penolong Pengarah dan Bahagian Institut Perkhidmatan
    Awam.

 

7. Memastikan penyediaan bilik-bilik dan dewan bagi latihan.

 

<< Atas    

 

 

5.

PENOLONG SUSUNAN RANCANGAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


 KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Perancangan / Perdagangan /

         Pemasaran / Pentadbiran / Kesetiausahaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

        dalam bidang-bidang yang sama.

 
       
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

    ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah
        ditetapkan dalam jawatan.

 

   KELAYAKAN TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT ADALAH KELEBIHAN:

 

a)   Berkeupayaan bekerja dengan cepat dan teliti dalam suasana tegang.

b)   Berminat dan mengetahui perkembangan dunia perfileman dan rancangan  televisyen antarabangsa.

c)    Berkebolehan dalam perundingan (negotiation skill) dan pengawasan kerja.

d)   Boleh bertutur dengan fasih dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

e)   Berkebolehan dalam penggunaan komputer.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG SUSUNAN RANCANGAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengurus Perancangan dan perolehan atau Pengurus Perdagangan dalam menyediakan jadual-jadual rancangan-rancangan harian atau jadual-jadual iklan.
     

  2. Berhubung dengan unit atau seksyen yang berhubungkait rapat dalam pengumpulan butiran rancangan atau bahan untuk disiar.

 

<< Atas    

 

 

 

 

 

GH6.

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  Mempunyai kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association

        of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

ATAU

 

ii)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang

     bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan

adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT:

 

1.    Merancang dan menyediakan program pengauditan.

 

2.    Mengawasi pengauditan yang dijalankan ke atas pelbagai kira-kira Kerajaan.

 

3.    Memimpin dan melatih kakitangan di bawahnya dalam hal pengauditan.

 

4.    Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.

 

5.    Meneliti dan mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / peringatan-peringatan.

 

6.    Menyusuli laporan-laporan audit yang dikeluarkan.

 

    NOTA:   Pemohon hendaklah menyertakan satu keping gambar berukuran paspot, salinan-salinan sijil

              serta dokumen-dokumen yang lain dan hendaklah dihantar tidak lewat dari 28 Mei 2008 ke alamat berikut:

 

 

    << Atas      

 

 

 

GH7.

 PEGAWAI KEWANGAN

 KEMENTERIAN KEWANGAN

                  B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered

         Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

ATAU

 

ii)  Ijazah Sarjana Muda bidang dalam Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang

     bersesuaian.

 
                
Kelulusan lebih tinggi  dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN: 

  1. Melaksanakan taksiran/pengiraan cukai pendapat korporat melalui pemeriksaan penyata cukai dan penyata kewangan syarikat dan maklumat-maklumat tambahan yang diperolehi.

  1. Menjalankan pengauditan keatas penyata kewangan, akaun-akaun dan rekod-rekod kewangan syarikat termasuk di premis-premis syarikat.
     

  2. Menjalankan penyiasatan dan pengumpulan maklumat berhubung dengan status dan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.
     

  3. Membuat pemeriksaan dan taksiran duti setem yang perlu dibayar keatas dokumen-dokumen dan instrumen-instrumen yang dihadapkan ke Bahagian Hasil.
     

  4. Membantu melaksanakan pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Cukai Pendapatan (Penggal 119), termasuk pemantauan ke atas syarikat-syarikat yang gagal mematuhi Akta-Akta berkenaan.

 

 

<< Atas    

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 5:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
GH6:

 

JURUAUDIT AGUNG,

JABATAN AUDIT,

TINGKAT 6, BANGUNAN BAHIRAH,

JABATAN MENTERI BESAR, BERAKAS ‘A’ BB3910,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
GH7:

 

 SETIAUSAHA TETAP,

KEMENTERIAN KEWANGAN,

TINGKAT 15,

BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN,

COMMONWEALTH DRIVE,

BANDAR SERI BEGAWAN BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

<< Atas