IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 02 JULAI 2008)

BILANGAN IKLAN: 24/06/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUEKOPERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

 SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENYUNTING ENG KANAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

3.

PENYUNTING ENG

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

4.

PEMBANTU TEKNIK KANAN (BENGKEL)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

5.

PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

6.

PEGAWAI PENGUATKUASA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

7.

PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

JURUEKOPERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agronomi / Sains Tumbuhan / Teknologi Tanaman atau

           bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   b)    Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah keutamaan.

 

   c)    Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

 


 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menjalankan penyelidikan mengenai padi berhubung dengan penilaian varieti yang sesuai dengan keadaan iklim di Brunei Darussalam.
     

  2. Mengeluarkan benih asas bagi varieti yang terpilih.
     

  3. Menyediakan kertas kerja projek dan laporan teknikal serta memberi kursus mempunyai padi.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

<< Atas    

 

 

2.

PENYUNTING ENG KANAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Media Komunikasi / Video Editing /

            Kejuruteraan Elektronik; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 
           
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 
     
ii)  Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penyunting Eng atau jawatan bersesuaian
          dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau di dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji
          C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


ATAU

 
   
iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4
          tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  b)  Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah keutamaan.

 

  c)  Boleh menggunakan komputer dengan baik adalah keutamaan.

 d) Mempunyai minat, kebolehan dan pengalaman di dalam tugas-tugas penyuntingan dan kewartawanan  adalah kelebihan.

 
 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Berita dan Hal Ehwal Semasa dalam merancang, menyediakan, menyunting skrip-skrip berita dan mengawasi penyampaian Berita Televisyen/Radio.
     

  2. Melibatkan diri dalam merancang dan melaksanakan perkembangan dan pembaharuan dari semasa ke  semasa untuk menjadikan siaran Berita rancangan terunggul.
     

  3. Penyunting Eng Kanan juga dikehendaki mengawasi penyuntingan video berita-berita dalam negeri dan  menjalankan siaran Berita rancangan terunggul.
     

  4. Penyunting Eng Kanan adalah juga bertanggungjawab memastikan bahawa bahan-bahan berita yang  hendak disiarkan adalah tidak bertentangan dengan garis panduan penerbitan berita yang dikuatkuasakan pada masa ini.
     

  5. Penyunting Eng Kanan adalah juga dikehendaki membuat arahan studio bagi penerbitan Berita Televisyen secara langsung serta menerbitkan rancangan hal ehwal semasa terbitan Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa.
     

  6. Penyunting Eng Kanan juga adakalanya dikehendaki keluar membuat liputan samaada di dalam mahupun di luar negeri.
     

  7. Penyunting Eng Kanan adalah juga bertanggungjawab mengawasi dan membimbing kakitangan di bawah kawalannya.

 

 

                                                                                                                                                               << Atas

 

 

3.

PENYUNTING ENG

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Media Komunikasi / Video Editing /

             Kejuruteraan Elektronik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang
             yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

        ii)   Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Penyunting Eng atau jawatan

  bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

        iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari

  6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  b)   Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah keutamaan.

 

  c)   Boleh menggunakan komputer dengan baik adalah keutamaan.

 

  d)  Mempunyai minat, kebolehan dan pengalaman di dalam tugas-tugas Penyuntingan dan Kewartawanan

       adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Penyunting Eng Kanan dalam penyuntingan/penyediaan skrip berita televisyen/radio, mengarah siaran berita televisyen di studio dan bertindak sebagai Penyunting yang bertugas bila mana diarahkan oleh Penyunting Eng Kanan.
     

  2. Penyunting Eng juga ada kalanya keluar membuat liputan acara-acara dalam dan luar negeri dan  menjalankan tanggungjawab sebagi Penyunting yang bertugas semasa ketiadaan Penyunting Eng Kanan.
     

  3. Penyunting Eng juga bertugas membantu menerbitkan rancangan-rancangan terbitan Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa.
     

  4. Membuat tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Penyunting Eng.

 

 

  

<< Atas

  

 

4.

PEMBANTU TEKNIK KANAN (BENGKEL)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

            dalam bidang yang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU
 

      ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; serta berkhidmat
           dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan
           telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 
    
iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji
           D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Binaan, bagi mengendalikan dan menguruskan projek-projek pembuatan set bagi penerbitan rancangan di Studio dan rakaman luar.
     

  2. Membantu Ketua Binaan dalam mentadbir dan menyelaras kerja-kerja pembuatan set/pemandangan untuk penerbitan rancangan kepada Tukang Kayu, Tukang Cat dan Kakitangan Pentas.
     

  3. Membantu menyediakan laporan dan pengiraan bahan-bahan keperluan bagi pembuatan set-set mengikut dalam pelan pembinaan.
     

  4. Mengawasi dan memastikan keadaan bangunan bengkel pertukangan dan tempat-tempat Penyimpanan set, alat-alat perkakas dan mesin teratur serta dalam keadaan baik dan selamat.
     

  5. Menerima serta menjalankan tugas yang diarahkan semasa ketiadaan Ketua Binaan.

 

<< Atas

 

 

5.

PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

           dalam bidang yang bersesuaian.

         

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

      ii)   Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Pengawas Pakaian dan Solek atau
            dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan 
            dalam jawatan.

 

ATAU

 
     
iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang
            dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

    Unit Solek dan Pendandan Rambut 

  1. Mengetuai pengawasan Unit Solek dan Pendandan Rambut termasuk kakitangan bawahan.
     

  2. Mentadbir, mengawasi penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menghadiri mesyuarat perancangan Penerbitan TV yang diperlukan oleh penerbit.
     

  4. Mengawasi fasiliti dan sumber-sumber yang berkaitan dengan Perkhidmatan Solek dan Pendandan Rambut untuk penerbitan rancangan TV.
     

  5. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada bahagian dan seksyen yang memerlukan perkhidmatan unit ini.
     

  6. Mendorong, menggalakkan daya kreativiti dan innovasi kakitangan untuk menghasilkan rekaan bentuk imej dan produk yang bermutu tinggi dan menarik dalam rancangan penerbitan TV.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

   Unit Pakaian 

  1. Mengetuai pengawasan Unit Pakaian termasuk kakitangan bawahan.
     

  2. Mentadbir, mengawasi penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV  seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menghadiri mesyuarat perancangan Penerbitan TV yang diperlukan oleh penerbit.
     

  4. Mengawasi fasiliti dan sumber-sumber yang berkaitan dengan perkhidmatan pakaian untuk penerbitan  rancangan TV.
     

  5. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada bahagian dan seksyen yang memerlukan perkhidmatan unit ini.
     

  6. Mendorong, menggalakkan daya kreativiti dan inovasi kakitangan untuk menghasilkan rekaan bentuk pakaian dan produk yang bermutu tinggi dan menarik dalam rancangan penerbitan TV.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

   

  

<< Atas

 

 

 

 

 

6.

PEGAWAI PENGUATKUASA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

            dalam bidang yang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 
   
ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan
        sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Melesen
        atau dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan
        dalam  jawatan.

 

ATAU

 
  
iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak
        kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  b)   Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.

 

  c)   Berkebolehan dalam membuat laporan secara lisan atau bertulis adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta dan Peraturan yang berkaitan. 
     

  2. Membuat pemeriksaan ketempat-tempat perniagaan dan awam untuk perlaksanaan tugas-tugas penguat-kuasaan undang-undang dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  3. Berkerjasama dengan Penguatkuasa-Penguatkuasa daripada Agensi-Agensi Kerajaan yang lain secara bersepadu bagi sama-sama menangani dan memantau kegiatan-kegiatan yang tidak mematuhi undang-undang.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

  

 << Atas

 

 

 

7.

PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan

            sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 
       
ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam
             tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   b)  Berpengalaman dalam kerja-kerja mengawasi buruh-buruh dan pemandu-pemandu adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
 

   DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN: 

  1. Membantu tugas Pegawai atasan dalam semua hal ehwal yang berhubungkait dengan bas-bas sekolah yang disewa oleh Kementerian Pendidikan.
     

  2. Membantu Pegawai mengawasi tugas-tugas dan perkhidmatan kakitangan dan merinyu bas sekolah.
     

  3. Mengatur dan menyusun perkhidmatan pengankutan semua bas sekolah yang di sewa oleh Kementerian Pendidikan.
     

  4. Membantu Pegawai berurusan secara langsung kepada Ketua Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan mengenai dengan pengangkutan, penuntut-penuntut sekolah.
     

  5. Mengawai dan menyemak senarai penyusunan nama-nama penuntut yang menaiki bas sekolah mengikut kawasan-kawasan yang tertentu (penuntut-penuntut yang mendapat kebenaran sahaja).