IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 23 APRIL 2008)

BILANGAN IKLAN: 14/04/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENJADUAL

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PENGAWAS BURUH

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN

 TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

MEKANIK BILIK BEDAH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

7.

TUKANG PATERI / TUKANG BESI

BAHAGIAN BENGKEL PATERI

 DAN PEMELIHARAAN MARIN,

ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI,

MUARA KEM,

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

8.

PEKERJA-PEKERJA LUAR BATUK KERING

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495- $790 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

PENJADUAL

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem Maklumat
Kejuruteraan Elektronik;
atau kelulusan yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  b)       Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang berikut adalah diberikan keutamaan:

 

 i)    Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan;

 

 ii)   Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengendalian pelbagai:-

   a)     Projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat.

   b)     Platform Teknologi Maklumat terkini.

 

iii)   Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai:-

   a)     Sistem-sistem kualiti pejabat.

   b)     Peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Membantu pentadbiran ‘network system’ Kementerian dan mempastikan ianya berjalan dengan baik setiap masa.
     

  2. Menjadual, melaksanakan dan ‘testing’ modul-modul baru atas arahan Penganalisa Sistem Kanan dan Penganalisa Sistem.
     

  3. Menilai perubahan sistem yang dihadapkan oleh pengguna.
     

  4. Memberi bantuan utama bagi semua applikasi.
     

  5. Mengemaskinikan buku panduan applikasi.
     

  6. Menyediakan latihan untuk pengguna bagi modul baru.
     

  7. Menyedia ‘Information System Planning’.
     

  8. Melaksanakan ‘sistem’ baru atau peningkatan sistem Kementerian.
     

  9. Menguruskan sebarang permohonan ‘user change/new request’.
     

  10. Membantu dalam tugas membahagi dan memasang komputer-komputer di Jabatan-Jabatan di dalam Kementerian.
     

  11. Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  12. Membantu dalam lain-lain tugas tambahan yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam
             bidang yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 
       
ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuan dalam tanggagaji C.2
              tidak kurang dari 3 tahun.

 

  b)      Berpengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pengendalian dan rawatan jentera-jentera perikanan seperti alat-alat pengudaraan, pam-pam air, ‘cold stores’, ‘ice plants’ dan sebagainya adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   1.    Mengetuai Seksyen Kompleks Pendaratan Ikan dan Kenderaan.

 

   2.    Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa dikehendaki termasuk hari-hari kelepasan awam.

 

  

<< Atas 

 

 

3.

PENGAWAS BURUH

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam
             bidang-bidang yang sama.

 
            
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

        ii)  Berkhidmat sebagai Penolong Pengawas Buruh dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah
             ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 
     
iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 7 tahun dan telah
            ditetapkan dalam jawatan.

 

   b)   Bersedia untuk berkhidmat dalam mana-mana Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Menyelia kerja-kerja kakitangan Perburuhan dalam perkara-perkara berikut:-

 

  1. Menyusun dan mengawal perlaksanaan kerja secara bersistematik.
     

  2. Mengawal mutu kerja dan kedatangan.
     

  3. Mengawal disiplin pekerja.
     

  4. Memantau dan menyelaras kerja-kerja pembersihan secara berkontrak bagi bangunan-bangunan Kementerian  Pertahanan.
     

  5. Memantau dan menyelaras kerja-kerja berkontrak pembuangan sampah, Kementerian Pertahanan.
     

  6. Menyelaras projek semaian bunga.
     

  7. Memantau dan mengawasi kebersihan kawasan Perkhemahan.
     

  8. Menyemak, menyiasat dan membuat sokongan permohonan kerja lebih masa dan elaun perjalanan.
     

  9. Memastikan peralatan pekerja perburuhan mencukupi dan selamat digunakan.
     

  10. Membuat pemeriksaan dan lawatan di cawangan-cawangan perkhemahan.
     

  11. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari semasa ke semasa.

 

 

 << Atas 

 

 

 

4.

MEKANIK BILIK BEDAH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Mechanical Engineering atau bidang bersesuaian;
             atau kelulusan sebanding
dalam bidang yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 
      
ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun, atau
             dalam tanggagaji
D.3 dan berpengalaman dalam bidang mekanik atau sebanding tidak kurang 5 tahun.

 

  b)  Berpengalaman bekerja di dalam bilik pembedahan adalah keutamaan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertugas di bilik bedah dan membuat pemeliharaan bagi mesin-mesin.
     

  2. Membuat lawatan ke lain-lain Hospital-Hospital ke empat Daerah bagi membuat pemeriksaan atau pemeliharaan  bagi mesin-mesin bius.
     

  3. Bersedia untuk menerima arahan dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan kerja seperti yang diberikan oleh  Ketua Bahagian (Ketua Unit).


<< Atas 
 

 

5.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam
             bidang yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 
      
ii)   Berkhidmat di Jabatan Buruh dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau
            dalam tanggagaji
 D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

       iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau
             dalam tanggagaji
D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

    b)    Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal-hal Pengurusan Antarabangsa, Kesatuan Sekerja disamping membantu  Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam urusan Pentadbiran dan apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan Buruh.
     

  2. Membantu melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal Perburuhan disamping melaksanakan tugas-tugas harian yang diamanahkan.
     

  3. Mengadakan lawatan/rondaan/pemeriksaan dari masa ke semasa di tempat perusahaan pekerjaan dan perumahan pekerja.
     

  4. Menyediakan laporan pemeriksaan dan apa-apa jua arahan dari masa ke semasa.
     

  5. Menandatangani Kontrek perjanjian Kerja diantara majikan dan pekerja termasuk Perkhidmatan Rumahtangga (Amah) serta mengendalikan kes-kes pertikaian kerja.
     

  6. Penolong Pemeriksa Buruh mestilah bersedia untuk bertugas dimana-mana tempat/cawangan dan pada bila-bila masa diperlukan.

  

<< Atas

 

 

 

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang
             yang sama.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 
      
ii)   Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3
             tahun dan telah
ditetapkan dalam jawatan.

 

   b)   Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

 

   c)    Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer adalah kelebihan.

 

  SYARAT-SYARAT KHAS:

 

  1. Lulus peperiksaan kesihatan mengikut syarat-syarat kehendak ICAO bagi Pegawai-Pegawai Kawalan Lalulintas Udara.
     

  2. Hendaklah bersedia untuk menghadiri sebarang kursus yang diberikan di dalam dan luar negeri. 
     

  3. Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun.
     

  4. Calon-calon berjaya dikehendaki lulus menjalani kursus Asas Kawalan Lalulintas Udara dan Aerodrome Control dalam  masa 6 tahun.

 

  • Pegawai-Pegawai yang gagal mendapatkan Lisen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan tidak disokong ke peringkat EB.4 dalam tanggagaji D.3 EB.4.
     

  • Pegawai yang berjaya mendapatkan Lisen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan disokong terus ke peringkat EB.4 dalam tanggagaji D.3 EB.4 (jika tidak ada kekosongan dalam jawatan Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkat III).

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Bertanggungjawab kepada Penyelia Shif dalam:

 

  1. Membantu Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara di dalam memenuhi fungsi kawalan lalulintas udara samada  bertugas di menara kawalan, Pusat Radar atau di Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat.
     

  2. Menerima Plan Penerbangan dan memasukkan maklumat berkenaan di ‘Flight Progress Strips’.
     

  3. Memberikan dan menerima data kawalan lalulintas udara kepada/daripada Kawalan Radar atau Unit-Unit Perkhidmatan kawalan lalulintas Udara yang lain termasuk bertindak sebagai penghubung bagi pegawai-pegawai yang menguasai lalulintas udara yang berkenaan.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia Shif dari semasa ke semasa sesuai dengan kebolehan  pekerja tersebut.

 

   

     << Atas

 

 

 

7.

TUKANG PATERI / TUKANG BESI

BAHAGIAN BENGKEL PATERI

 DAN PEMELIHARAAN MARIN,

ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI,

MUARA KEM,

KEMENTERIAN PERTAHANAN