Text Box: PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KELUARAN : 4 APRIL 2007
TARIKH TUTUP : 25 APRIL 2007
BILANGAN IKLAN: 14/4/07 (SPA/BMI)

 

 

 

 

3.

JURURAWAT (PELATIH PERGIGIAN)

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 ($930 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. DAN

ii)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains. Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan

b)  Berumur 18 tahun hingga 25 tahun.


LAIN-LAIN SYARAT:

a)   Pemohon yang terpilih akan mengikuti kursus Kejururawatan Pergigian selama tiga (3) tahun.

b)   Setelah memperolehi sijil Jururawat Pergigian, pemohon akan ditempatkan sebagai Jururawat Pergigian dalam tanggagaji M7 EB8.

c)   Pemohon mestilah bersedia berkhidmat di seluruh negara, selepas memperolehi sijil.

 Text Box: NOTA: Tarikh tutup bagi jawatan ini masih dikekalkan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

Sebagai Jururawat Pelatih dalam tempoh tiga (3) tahun sebelum dilantik menjadi Jururawat Pergigian dan menjalankan tugas-tugas seperti pecahan yang disenaraikan di bawah :-

Tahun Pertama:-

  1. Mengikuti kuliah (lectures) dan praktikal sepenuh masa mengenai:-

  1. Anatomi Gigi, Fisiologi dan Histologi, ‘Human Anatomy dan Histology’ dan ‘Dental Hygiene’.
     

  2. Membuat kursus praktikal ‘wax carving’ serta ‘plaster models’ dan membuat lukisan rajah gigi.
     

  1. Menduduki peperiksaan selepas enam (6) bulan.
     

  2. Enam (6) bulan terakhir di tahun pertama: disamping mengikuti kuliah (teori), mereka mula menjalankan tugas-tugas praktikal dengan menggunakan ‘Phantom Head’ dan peperiksaan ‘Operative Technique’.

Tahun Kedua:-

  1. Disamping mengikuti kuliah yang lebih lanjut (advanced) aktiviti yang mereka jalankan ialah :-

  1. Dengan diawasi oleh Pegawai Pergigian atau Jururawat Pergigian Pengajar (Dental Nursing Tutor) menjalankan tugas klinikal untuk merawat pesakit di klinik-klinik pergigian, perkhidmatan pergigian.
     

  2. Dengan diawasi oleh Pegawai Pergigian atau Jururawat Pergigian Pengajar (Dental Nursing Tutor) mengikuti latihan kursus di bidang pengkhususan (specialization) yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Pengkhususan terdiri daripada ortodontik, endodontic, implant, peridontolgi.
     

  3. Setiap pelatih dikehendaki membuat satu projek bersesuaian dengan bidang tugas yang mereka jalankan.

  1. Menduduki peperiksaan tahun kedua.

Tahun Ketiga:-

  1. Mengikuti kuliah dan menjalankan tugas klinikal yang lebih lanjut (advanced) dengan diawasi oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian Pengajar (Dental Nursing Tutor).
     

  2. Menduduki peperiksaan akhir tahun latihan yang dikendalikan oleh pemeriksa dalaman dan luaran (Internal and External Examiners).

Tugas-tugas tambahan

  1. Mengambil bahagian dalam aktivit-aktiviti promosi kesihatan oral dan aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pergigian dan Kementerian Kesihatan.
     

  2. Mengikuti segala arahan-arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan/Pegawai atasan.