IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 31 JANUARI 2007)

BILANGAN IKLAN:  02/01/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

 

      PT1.

 

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

 

 

 

 

PT1  HINGGA PT6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

     PT2.

 

JURUTERA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

 

 

     PT3.

 

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN,

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

 

     PT4.

 

PENJADUAL

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

     PT5.

 

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

     PT6.

 

PENOLONG PENYUNTING TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $ 1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

LK7.

 

PEMERIKSA KERETA KANAN

DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

     LK8.

 

PEGAWAI MELESEN

DI JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

LK8

&
CARA
PERMOHONAN

 

 

 

     LK9.

 

TUKANG MASAK RANCANGAN  PERMAKANAN SEKOLAH

DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445- $650 SEBULAN)

 

LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                                              

 

 

 

   PT1.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

           

    KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraaan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    Mempunyai pengalaman dalam elektronik/kelengkapan solid-state atau rekabentuk hawa dingin/

       pendingin loji adalah kelebihan.

 

c)     Memahami dengan mudah kawalan elektronik dan sistem pembahagian/penjanaan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Membantu Jurutera Kerja Kanan di Bahagian masing-masing bagi disetiap Cawangan-cawangan di

       Jabatan ini.

 

2.    Mengepalai Bahagian Penyelenggara Alat Hawa Dingin dan menyelia kerja-kerja penyelenggara di

       loji-loji yang dimiliki oleh Kerajaan.

 

3.    Membantu Jurutera Kerja Kanan dalam menyelenggara operesen pembahagian dan pemeliharaan

      serta mengenal pasti masalah-masalah Janakuasa dan pembahagiannya atau perkara yang

      bersangkutan.

 

4.    Pemohon-pemohon yang akan diarahkan bertugas shift-duty sama ada di Bahagian Janakuasa

       Cawangan Gadong 3 atau Janakuasa Cawangan Berakas.

 

5.    Mengurus, menyelaras, merancang projek-projek dalam unit/cawangan.

 

6.    Membuat pensuisan (switching) sehingga 66,000V.

 

7.    Menjalankan tugas-tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Eletrik dan

       Pegawai-Pegawai Kanan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

    PT2.

JURUTERA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

     KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Building / Building Services Engineering / Kejuruteraaan Mekanikal 

      atau Kejuruteraan Elektrik.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam kerja reka bentuk, pengurusan dan pengendalian kerja pemeliharaan

      loji pendinginan, alat hawa dingin, elektrik lif dan fire services adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab kepada Ketua Estet bagi penyelenggaraan kerja-kerja ke atas pemeliharaan 

      Hawa Dingin, Elektrik dan Lif di Universiti Brunei Darussalam.

 

2.   Membuat peraturan dan penyeliaan pemeliharaan (Maintenance Procedure) dan pemeliharan berjadual

      dalam kerja Hawa Dingin  Elektrik dan fire services.

 

3.   Bertanggungjawab dalam projek bersangkut paut dengan mekanik, Hawa Dingin Elektrik dan Lif.

 

4.   Membuat penyelarasan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Konsultan dalam kerja yang bersangkutan.

 

5.   Menjalankan tugas-tugas teknikal dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

   

    PT3.

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

     KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Kerja Sosial / Sosial Kemasyarakatan /

      Dasar Sosial atau dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab terus kepada Ketua Bahagian Kebajikan Sosial Perubatan.

 

2.   Membantu Ketua Bahagian dalam membuat penyelidikan, perancangan / strategi serta

     memberikan pandangan bagi memastikan perkembangan dan kemajuan perkhidmatan Kebajikan

     Sosial Perubatan akan lebih berkesan dan efisyen.

 

3.  Membuat penilaian sosio-ekonomi termasuk tempat tinggal pesakit dan seterusnya menyediakan

     laporan atau sokongan untuk disalurkan ke agensi-agensi berkenaan.

 

4.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

  

    PT4.

PENJADUAL

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

     KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem

       Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau berkaitan dengan hal ehwal komputer.

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang berikut adalah diberikan keutamaan:

 

i)   Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan.

 

ii)  Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengendalian pelbagai:-

 

a.            Projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat.

b.            Platform Teknologi Maklumat terkini.

 

iii)  Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai:-

 

a.   Sistem-sistem kualiti pejabat.

b.   Peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan,  kewangan

      dan Teknologi Maklumat.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Secara amnya antara tugas-tugas jawatan ini termasuk perkara-perkara seperti yang tersenarai di bawah:

 

1.    Membantu dalam mempastikan sistem komputer Jabatan berjalan dengan baik setiap masa.

2.    Menjadual, melaksanakan dan testing modul-modul baru bila diarahkan ketua.

3.    Melaksanakan sistem baru atau peningkatan sistem Jabatan.

4.    Menyediakan latihan untuk pengguna bagi modul baru.

5.    Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan tugas-tugas yang diarahkan dari masa

       ke semasa.

6.    Membantu dalam lain-lain tugas tambahan yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

    PT5.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

     KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang

          perangkaan atau lulus bahagian permulaan, I dan II kelayakan professional peperiksaan

          Institute of Statistics (I.O.S).

 

ATAU

 

ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perangkaan Rendah dalam tanggagaji C1

    tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)   Pengetahuan dan pengalaman bidang penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

c)   Boleh bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Secara amnya antara tugas-tugas jawatan ini termasuk membantu dalam urusan pemungutan,

   penyediaan, penelitian rumusan dan penganalisaan perangkaan Jabatan juga memasukkan

   dan mengeluarkan maklumat yang ada melalui sistem komputer.

 

<< Atas

 

 

    PT6.

PENOLONG PENYUNTING TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $ 1,625 SEBULAN)

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam

            bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang

     dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

b)    Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta jawi dengan baik.

 

c)    Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan adalah kelebihan.

 

d)   Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menulis dan menyunting bahan-bahan untuk penerbitan Jabatan.

 

2.      Mengumpul manuskrip-manuskrip untuk dijadikan bahan penerbitan.

 

3.      Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

Text Box: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

 

 

 

   LK7.

PEMERIKSA KERETA KANAN

DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

     KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)  i)     BDTVEC / BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam

            bidang bersesuaian.       

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Pemeriksa Kereta dalam tanggagaji C1

      tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C1 tidak kurang

     dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D4/D3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

     dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas jalanraya.

 

c)   Mempunyai lesen memandu Kelas 1 dan 5 yang sah.

 

d)   Boleh memahami, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah dalam hal-hal piawaian dan pemeriksaan kenderaan.

 

2.   Menjadi ketua kepada pemeriksaan kenderaan dan menyusun menyelia kerja-kerja pemeriksa.

 

<< Atas

 

Text Box: KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

 

 

 

   LK8.

PEGAWAI MELESEN

DI JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

    KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

            bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam

     bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D3 tidak kurang

     dari 3 tahun.

 

                                                           ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam

      Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis.

 

c)      Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membuat pemeriksaan ke tempat-tempat perniagaan yang dipohonkan untuk dilesenkan dan

      seterusnya menyediakan laporan mengenainya.

 

2.   Memastikan peniaga-peniaga mempunyai lesen rampaian dan sentiasa mematuhi syarat-syarat

     dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan menurut Akta Lesen Rampaian Penggal 127 dan

     Perintah Darurat Hiburan Awam.

 

 

<< Atas

 

 

 

Text Box: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

  

 

 


 

   LK9.

TUKANG MASAK RANCANGAN  PERMAKANAN SEKOLAH

DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445- $650 SEBULAN)

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    i)    BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau kelulusan sebanding dalam bidang

             Basic Cookery & Basic Food and Beverage Services.

 

             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak

       tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)        Mempunyai Sijil Kelas Dewasa Masakan anjuran Kementerian Pendidkan adalah kelebihan.

 

c)        Berumur diantara 18 hingga 43 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Menyediakan makanan/minuman penuntut/murid pada waktu-waktu yang ditentukan mengikut

       jadual.

 

2.    Berusaha supaya makanan yang dihidangkan hendaklah memuaskan.

 

3.    Bertanggunjawab atas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, makanan, alat perkakas dapur

      dan pingan mangkuk.

 

4.    Melapurkan kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dan dapur kepada Penjaga Dapur.

 

5.    Sebelum meninggalkan tempat bekerja segala perkakas hendaklah dibersihkan, dikemaskan

       dan disusun di tempat yang dikhaskan dengan sempurna.

 

6.    Pakaian seragam yang diberi hendaklah dipakai pada masa bertugas.

 

7.    Masa datang bekerja dan balik hendaklah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

       Guru Besar.

 

8.    Mematuhi peraturan berikut:-

 

a.      Dilarang merokok di dapur dan dewan makanan;

b.      Badan dan pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas;

c.      Jangan berludah di tempat-tempat memasak dan bilik-bilik makan.

 

9.      Pekerja-pekerja mestilah melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Guru Besar walaupun

        diluar tugas-tugas mereka.

 

10.  Membantu menyediakan dan menyemak Tuntutan Rancangan Permakanan Sekolah dan Delivery Order.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

 BAGI BILANGAN

PT1 HINGGA 6:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK7:

 

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

TINGKAT 4, BAHAGIAN PENTADBIRAN

JALAN GADONG BE1110

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK8:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

TINGKAT 1, BANGUNAN SEKRETARIAT

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK9:

 

 

 

UNIT KEANGGOTAAN DAN PENGIKLANAN

BAHAGIAN PERJAWATAN, JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

BLOK B, BILIK B306, TINGKAT 3

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

<< Atas