IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 29 Ogos 2007)

BILANGAN IKLAN:  32/08/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

 

 

1  HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.

 

PEMBANTU TEKNIK KANAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

 

 

3.

 

PENTERJEMAH KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

 

4.

 

PEGAWAI PERANGKAAN RENDAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2-3 EB.4 ($1,280- $2,620 SEBULAN)

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN KESIHATAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.

 

KETUA ATENDAN DEWAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4 ($900-$1,465 SEBULAN)

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

6.

 

PENYELENGGARA STOR TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

 

 

7.

 

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

F.4-5 EB.6 ($620-$790 SEBULAN)

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.

TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                                                  

 

 

    

  

       1.

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:    

 

   a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berikut atau bidang bersesuaian.

§         Business Administration/Management

§         Public Administration

§         Industrial/System Engineering

§         Psychology/Behavioural Science/Organisation Development

§         Economics/Statistics/Mathematics/Accounting

§         Management Science/Operations Research

§         Computer Science/Computational Science

§         Law

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:   

 

   a)      i) Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Management Science / Business Administration/

               Public Administration atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

              yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan  dalam tanggagaji

              C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

       ii)    Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sebagai Penolong Pegawai Perkhidmatan

              Pengurusan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

     iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

           9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

   b)   Mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan pengurusan yang bersesuaian

        serta pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja yang berupa penelitian serta konsep

        yang berhubung dengan bidang tersebut.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

 

   1.       Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pengurusan ialah menyumbang

             khidmat kepakaran pengurusan kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan

            dalam Perkhidmatan Awam dan mengembang serta memajukan konsep dan teknik-teknik

            pengurusan moden untuk digunakan oleh pihak Perkhidmatan Awam.

 

  2.       Membantu pihak pengurusan kementerian dan jabatan dalam Perkhidmatan Awam dalam usaha

           untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kecekapan kementeiran

           dan   jabatan masing-masing melalui kajian-kajian yang melibatkan perkembangan organisasi,

           sistem dan penggunaan sumber-sumber pengurusan.

 

  3.      Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Perkhidamtan Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai

          di bahagian masing-masing.

 

<< Atas      

 

  

       2.

PEMBANTU TEKNIK KANAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a)  i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan

              Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian,

              atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari

      7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

iii)    Pernah mengikuti latihan penyelenggaraan terhadap Specialist Equipment bagi  Lapangan

       Terbang seperti ATC Primary and Second Radar, Processor, Meteorological Radar, Transmitter &

       Receivers, Instrument Landing System, Distance Measuring Equipment, DVOR, HFSSB, Integrated

      Communication Control System, Direction Finder, Interrogator, Flight Information Display System Security

      Check Equipment, Automatic Weather Obervation System dan sebagainya.

 

   b)   Mempunyai pengalaman di dalam pemeliharaan, pengendalian dan penyelenggaraan komputer

        adalah kelebihan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU TEKNIK KANAN

 

   1.    Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pembantu Teknik terhadap pengendalian,

         pemeliharaan dan penyenggaraan semua peralatan elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa

         Brunei  Darussalam di Unit Kecil Perhubungan atau Surveillance / ATM atau Pemaliman atau Terminal

         atau Kajicuaca iaitu dengan memberikan perkhidmatan yang licin dan mendapati kehendak

         piawaian Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam (International Civil Aviation Organisation;

         ICAO) – ANNEX 10” dan yang berkaitan dengannya).

 

   2.  Memahami segala ciri-ciri prestasi yang telah dimaktubkan dan sekaligus diterapkan di dalam

        kerja harian.

 

   3.  Berhubung rapat dengan Ketua Pembantu Teknik.

 

   4.  Memastikan kerja harian dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab iaitu:-

 

a.     Kerja penyenggaraan selaras dengan peraturan / prosedur dan jadual-jadual yang

        telah ditetapkan dan yang telah dipersetujui dan disahkan oleh komite.

b.     Ubahsuai yang betul lagi sempurna terhadap sistem/peralatan.

c.      Kerja pembaikan yang berperaturan dan memuaskan.

 

   5.  Bekerjasama didalam melaksanakan pemeriksaan tentukuran (penerbangan berkala) terhadap

        peralatan / sistem elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang difikirkan perlu.

 

   6.  Bekerjasama didalam melaksanakan serta mengawasi projek pemasangan peralatan / sistem

        elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang baru.

 

   7.  Menyediakan dan menghadapkan laporan teknikal kepada Ketua Pembantu Teknik  Unit Kecil

       masing-masing bagi apajua jenis kerosakan / kerja penyenggaraan terhadap peralatan / sistem

       elektornik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam sebaik sahaja peralatan / sistem

       tersebut kembali beroperasi.

 

   8.  Mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di dalam kerja harian.

 

   9.  Melaksanakan tugas-tugas tambahan jika diperlukan (kadangkala berkaitan dengan bahagian

        khususnya dan Jabatan amnya).

 

<< Atas       

 

   

      3.

PENTERJEMAH KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)    i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan

              sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

              Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun

       dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENTERJEMAH KANAN

 

   1.     Membantu ketua dalam mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang bersama Ketua

           Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.

 

  2.     Membantu ketua dalam menyelaras projek/kegiatan seperti bengkel, seminar, symposium

          dan sebagainya.

 

  3.     Membuat kerja-kerja terjemahan (menterjemah buku/artikel dan lain-lain) dari Bahasa Melayu ke

          Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

 

  4.     Menyemak kerja-kerja terjemahan yang dibuat oleh kakitangan bawahan atau terjemahan yang dibuat

         di luar jabatan, jika ada.

 

  5.     Menyediakan bahan-bahan untuk penempatan atau kertas ujian atau lain-lain.

 

  6.     Menyumbangkan tulisan kreatif atau non-kreatif untuk buku/majalah terbitan Jabatan.

 

  7.     Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diaturkan oleh Ketua Bahagian.

 

 

<< Atas       

 

 

   

      4.

PEGAWAI PERANGKAAN RENDAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2-3 EB.4 ($1,280- $2,620 SEBULAN)

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)  i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan

             sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

             Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang

       dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam

        jawatan.

 

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja perangkaan.

 

    TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   Secara amnya tugas-tugas jawatan ini termasuk seperti berikut:

 

   1.    Membantu dalam urusan mengumpul, memungut, menyusun, menyediakan, meneliti rumusan

         dan menganalisa perangkaan Jabatan.

 

   2.    Membantu memasukkan dan mengeluarkan maklumat perangkaan.

 

   3.   Bersedia menjalankan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari 

        semasa ke semasa.

 

    TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN KESIHATAN

 

   1.    Membantu Mengumpul, menyusun dan menganalisa perangkaan mengenai perubatan,

         kesihatan awam yang berhubungkait dengan kesihatan.

 

   2.    Membantu memajukan dan membekalkan maklumat perangkaan.

 

   3.  Membantu Penolong Pegawai Perangkaan menjalankan tugas dan tanggungjawab dan membuat

        kerja-kerja am yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

<< Atas         

 

 

  

      5.

KETUA ATENDAN DEWAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4 ($900-$1,465 SEBULAN)

 

     KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau

                kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

  

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

     ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Dewan Kanan atau jawatan bersesuaian dalam

          bidang berkaitan dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

      b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA ATENDAN DEWAN

 

   1.       Bertanggungjawab kepada Pegawai Pameran.

 

   2.     Menyusun giliran kerja dan mengawas Atendan-Atendan di bawah kawalannya.

 

   3.     Mengetuai Atendan-Atendan Dewan di tempat dia di tugaskan

 

   4.     Menyediakan dan menyusun jadual tugas Atendan di kaunter penjualan.

 

   5.     Memastikan keselamatan pelawat-pelawat di dewan-dewan pameran.

 

   6.     Mengumpul dan menyerahkan hasil jualan di kaunter kepada Unit Hasil Mahsul Jabatan.

 

   7.     Bertanggungjawab atas keselamatan dan kebersihan bahan dan dewan pameran.

 

   8.     Melaporkan kerosakan di dewan-dewan pameran kepada yang berkenaan.

 

   9.     Bersedia untuk bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.

 

  10.  Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan apabila dikehendaki.

 

 

 

<< Atas         

 

 

  

      6.

PENYELENGGARA STOR TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)     i)   Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat Kopral

       atau Anggota Polis Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggaraan

       stor  dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

 

   b)     Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/

           atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.

 

   c)     Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELENGGARA STOR TINGKAT III    

     1.   Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang

         dengan sempurna.

 

   2.   Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/

        teratur mengikut dasar/peraturan/sistem/ yang berkuatkuasa masakini.

 

   3.   Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras

         stok diperlukan.

 

   4.   Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

   5.   Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

   6.   Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira

         terhadap barang-barang stor.

 

 

<< Atas         

   

  

       7.

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

F.4-5 EB.6 ($620-$790 SEBULAN)

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4: 

 

   a)    i)  BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and

              Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

              Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Tukang Masak dalam tanggagaji F.4 tidak kurang

     dari 2 tahun atau sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang

     dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

    b)    Kelayakan tambahan dalam bidang masak-memasak dan kebolehan memasak pelbagai jenis

           hidangan adalah kelebihan.

 

      KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.4-5 EB.6 :   

 

    a)    i)  BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and

               Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

              Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji

      F.3 tidak kurang dari 2 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

    b)    Kelayakan tambahan dalam bidang masak-memasak dan kebolehan memasak pelbagai jenis

           hidangan adalah kelebihan.

 

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TUKANG MASAK

     1.       Tugas-tugas Ketua Tukang Masak ialah mengetuai Tukang-Tukang Masak di bawah jagaannya.

 

    2.     Mengawasi tatatertib dan kedatangan Tukang Masak.

 

    3.     Mempastikan Tukang-Tukang Masak mematuhi peraturan bekerja apabila berada di dapur dan

           di dewan makan.

 

    4.    Mempastikan waktu makan dan minum adalah seperti yang dijadualkan.

 

    5.     Membuat tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua.

 

 

 

<< Atas          

 

  

  

 

       8.

TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 

     KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4:

 

   a)     i)   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food

                and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji

        F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

    b)     Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.3-4 EB.5:

 

   a)     i)   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food

                and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji

       F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

   b)   Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.1-2-.3 EB.4:

 

   a)     i)   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food

                and Beverage Services, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak

        tidak kurang dari 3 tahun.

 

   b)    Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK

 

   1.     Menyediakan sukatan makanan mengikut resepi-resepi tertentu.

 

   2.     Menentukan sukatan makanan dan catatan yang betul sebelum memasak.

 

   3.     Menjaga kebersihan makanan semasa penyediaan.

 

   4.     Mengawasi kebersihan dapur supaya sentiasa dalam keadaan sempurna dan teratur.

 

   5.     Menjaga kebersihan dapur selepas menggunakan perkakas-perkakas dan alat-alat dapur.

 

 

 

<< Atas         

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

 BAGI BILANGAN

1 HINGGA 8:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

<< Atas