IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2007)

BILANGAN IKLAN: 06/01/07 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1.

PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN KANAN

DI JABATAN PELABUHAN 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

PT1 –PT2

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

PT2.

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

 

 

LK3.

MERINYU METER KANAN

DI JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

LK3

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

LK4.

MERINYU ALAM SEKITAR

DI JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

LK4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

LK5.

PENGAWAS PERSATUAN-PERSATUAN BELIA/ KEBAJIKAN/ SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

LK5-LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

LK6.

PEMBANTU STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

LK7.

TEKNISYEN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 

LK8.

PENJAGA KOLAM RENANG

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

GH9.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

Ijazah Lulus : $111.30 SEHARI ATAU

Ijazah Kepujian : $119.50 SEHARI ATAU

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

GH9

&

CARA PERMOHONAN

 

GH10.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

PT1.

PEGAWAI KESELAMATAN KEMUDAHAN PELABUHAN KANAN

DI JABATAN PELABUHAN 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian

 

ii)    Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Pegawai Keselamatan Kemudahan Pelabuhan

       (tanggagaji B.2 EB.3) tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan

       dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

iv)    Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan

       yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan

       telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

v)    Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

      atau Pasukan Polis Diraja Brunei dalam jawatan Mejar atau Timbalan Penguasa Polis (DSP) tidak

      kurang dari 5 tahun.

 

Kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan

dan penyeliaan satu pasukan Anggota Keselamatan merupakan kelebihan.

 

b)     Bagi calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.

 

c)      Calon-calon yang terdiri daripada anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan

        yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan

        mengemukakan nama 2 orang referees yang dikenali lebih dari 5 tahun (Melengkapkan Borang

        Pengakuan Biodata).

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengetuai Bahagian Keselamatan Pelabuhan bagi memastikan Bahagian Keselamatan berfungsi

         dengan baik dan mengawasi semua pegawai dan kakitangan di Bahagian Keselamatan.

 

2.      Mempunyai ‘survey’ keselamatan permulaan yang komprehensif ke atas kemudahan pelabuhan.

 

3.      Memastikan perkembangan dan pemeliharaan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.

 

4.      Melaksanakan dan menjalankan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan.

 

5.      Membuat pemeriksaan keselamatan ke atas kemudahan pelabuhan dan memastikan semua

         langkah keselamatan berjalan lancar.

 

6.      Membuat cadangan-cadangan bagi pembaikan, peningkatan dan mengemaskinikan pelan

         keselamatan kemuydahan pelabuhan dari masa kesemasa.

 

<< Atas

 

 

PT2.

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding  dalam bidang

             Seni Lukis / Rekabentuk.

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelukis dalam tanggagaji D.3  tidak kurang dari 3 tahun

        atau dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Pernah bekerja sebagai Pelukis sambilan di Dewan Bahasa dan Pustaka atau pernah bekerja

        sebagai Pelukis/Pereka Bentuk di biro-biro penerbitan swasta tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Berpengalaman dan dapat menunjukkan kerja-kerja hasil sendiri dalam kerja-kerja seni grafik dan

        ilustrasi buku dan majalah merupakan kelebihan.

 

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyediakan lukisan untuk bahan penerbitan seperti kulit luar, ilustrasi, susun atur, isi dalam dan

         lain-lain.

 

2.      Melukis ilustrasi yang berkreatif dan tidak berkreatif untuk buku dan lain-lain.

 

3.      Membuat lukisan penyudah [Final Artworks] untuk kulit luar dan lain-lain.

 

4.      Menempel [paste-up] untuk muka surat bagi kerja-kerja yang kreatif dan membuat reka bentuk [lay-out].

 

5.      Memproses dan membuat penghasilan rekabentuk grafik [graphic production] dan memelihara peralatan.

 

<< Atas

 

 

LK3.

MERINYU METER KANAN

DI JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Elektrik

            atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Meter atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

      D.4/D.3  tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Pengalaman praktikal dalam kerja-kerja pemeriksaan, pemasangan, pengujian & penafsiran tenaga

        elektrik adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan tugas-tugas yang dijalankan oleh Merinyu, Pembaca

         Meter Tingkat II dan Pembaca Meter.

 

2.      Memeriksa pemakaian pengguna yang tidak seimbang.

 

3.      Memeriksa penyambungan haram.

 

4.      Menjawab aduan-aduan orang ramai bersabit dengan kesalahan bacaan-bacaan meter.

 

5.      Menangani aduan orang ramai yang tidak menerima bil mereka setiap bulan.

 

6.      Mengawasi peyambungan baru.

<< Atas

 

 

LK4.

MERINYU ALAM SEKITAR

DI JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     4 Kepujian/Kredit mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu dalam menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan mengikut akta dan peraturan alam sekitar.

 

2.      Mengadakan rondaan dan pemeriksaan ke atas tempat-tempat industri, perusahaan yang

         boleh mendatangkan pencemaran alam sekitar.

 

3.      Menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan keatas aduan yang diterima daripada orang ramai

        khususnya aduan-aduan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan seterusnya

        menghadapkan hasil daripada pemeriksaan tersebut kepada ketua bahagian.

 

4.      Mengumpulkan maklumat dalam membantu menyediakan laporan tertentu atau Investigation Paper

         (IP) jika ada kes-kes yang boleh didakwa ke mahkamah.

 

<< Atas

 

 

LK5.

PENGAWAS PERSATUAN-PERSATUAN BELIA/ KEBAJIKAN/ SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

  Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang

         dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

 

i.        Mengawas persatuan-persatuan Belia dan Sukan yang berdaftar.

 

ii.      Mengumpul, menyediakan dan mengemaskinikan daftar persatuan-persatuan Belia dan Sukan.

 

iii.    Menyedia, mengumpul rekod dan maklumat tentang aktiviti-aktiviti Persatuan-Persatuan Belia dan

       Sukan di peringkat Kampong, Daerah dan Kebangsaan.

 

iv.     Membuat laporan tentang status keaktifan dan perkembangan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

v.      Terlibat dalam promosi kepada belia-belia dan pihak-pihak yang berminat untuk menjadi ahli

        dalam persatuan-persatuan belia dan sukan di peringkat kampong, Daerah dan Kebangsaan.

 

vi.     Menyediakan dan menyampaikan kertas kerja kursus dan latihan kepimpinan dan

        pengurusan Persatuan Belia dan Sukan jika diperlukan.

 

vii.   Membuat lawatan kepada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan dan menyediakan laporan bulanan

       dan tahunan kepada Ketua Bahagian.

 

viii. Sebagai pegawai penghubung antaran Jabatan dengan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

ix.    Menyelaras projek-projek dan program belia dan sukan yang dianjurkan atas usahasama Jabatan

       dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

LK6.

PEMBANTU STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam

             bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang

        dari 3 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i.        Pengawasan dan pentadbiran kompleks-kompleks sukan termasuk penyeliaan kompleks

         dan menyediakan peraturan-peraturan umum penggunaan kompleks.

 

ii.      Menerima tempahan dan jadual penggunaan kemudahan sukan.

 

iii.    Mengawasi dan mempastikan kutipan hasil dilaksanakan dengan betul dan teratur.

 

iv.     Mempastikan keselamatan dan pemeliharaan kompleks dan kemudahannya sebelum, semasa

        dan selepas penggunaanya.

 

v.       Menyedia dan mengumpul data dan maklumat bagi keperluan laporan bulanan dan tahunan.

 

vi.     Membuat rondaan disekitar kompleks dan menyerahkan laporan sebarang kejadian.

 

vii.   Membuat cadangan keperluan dan kemajuan kompleks.

 

viii.  Menyelaras rancangan kegiatan kompleks dan kemudahan menurut keperluan peraturan dan

       penggiat sukan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK7.

TEKNISYEN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Satu (1) Kepujian/Kredit mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan atau kelulusan

              sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang

       dari 5 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua / Pengawas dalam hal-hal berikut:-

 

i.      Membuat lawatan pemeriksaan rapi harian dan lporan teknikal mengenai dengan

        pemeliharaan, pemulihan dan pencegahan kerosakan.

 

ii.   Memelihara dan menyediakan peralatan-peralatan teknikal yang berkenaan bagi tujuan penggunaan.

 

iii.   Mengawasi kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan yang di buat oleh syarikat-syarikat yang terpilih.

 

iv.   Memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil teknikal.

 

v.  Mengawasi keselamatan peralatan dan kemudahan teknikal sebelum, semasa dan selepas penggunaan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK8.

PENJAGA KOLAM RENANG

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji F1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Berpengalaman dalam kerja-kerja kolam renang adalah diutamakan.

 

c)      Mempunyai kelulusan dan pengiktirafan yang bersesuaian yang lebih tinggi seperti Bronze Medallion

         RLSS UK atau sebanding adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i.    Mempastikan kakitangan Kolam Renang telah bersedia dan kolam renang selamat untuk

      digunakan.

 

 ii.   Menjaga dan mempastikan keselamatan penggunaan kolam renang.

 

iii.   Memerhati keselamatan struktur kolam renang dan menyediakan laporan bagi sebarang kerosakkan.

 

iv.   Sentiasa membersih dan mempastikan air kolam renang tidak tercemar.

 

v.    Bekerjasama dengan penyelamat dari segi menyelamat nyawa dan bantuan kecemasan.

 

vi.   Membuat laporan lengkap sebagarang kejadian kecemasan kepada ketua.

 

vii.  Mempastikan semua penggunga mempunyai tiket kebenaran masuk kolam renang yag sah.

 

viii.  Mempastikan kakitangan kolam renang telah bersedia dan selamt untuk digunakan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

<< Atas

 

 

 

GH9.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

Ijazah Lulus : $111.30 SEHARI ATAU

Ijazah Kepujian : $119.50 SEHARI ATAU

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Perundangan dan Diploma Pentadbiran

      Undang-Undang / LLB Syariah / LLB dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang tersebut di atas adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab memproses kes-kes Mal yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah.

 

2.   Bertanggungjawab memproses kes-kes jenayah yang dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah

      termasuk dalam hal mengeluarkan saman dan waran.

 

3.   Bertanggungjawab memproses kes-kes rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

 

4.   Bertanggungjawab kepada permohonan Perintah Pengangkatan Anak.

 

5.   Bertanggungjawab kepada pentadbiran am Mahkamah Rendah Syariah.

 

6.   Menyelaras tugas-tugas pegawai dan pembantu Mahkamah yang berhubung dengan hal ehwal Mahkamah.

 

7.   Bertanggungjawab kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara-perkara yang

      berhubung dengan hal ehwal Mahkamah dan Pentadbiran.

 

8.   Bertanggungjawab kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Timbalan Ketua Pendaftar dalam

      hal berhubung dengan Mahkamah dan Pentadbiran Am.

 

9.   Melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang

      Islam di bawah Perintah Undang-Undang Keluarga Islam 1999.

 

10. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

GH10.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Statistics

       atau bidang bersesuaian.  

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)     Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer adalah kelebihan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.     Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengumpulan data-data tertentu yang diperlukan bagi

        perangkaan sosial atau ekonomi.

 

2.     Meneliti dan menyunting data-data yang dikumpulkan dan menyusun data-data mengikut format

        perangkaan yang disediakan.

 

3.     Membantu Pegawai Perangkaan dalam menyediakan maklumat bagi laporan-laporan perangkaan

        sosial atau ekonomi.

   

4.     Menjalankan kerja luar berkaitan dengan pengumpulan maklumat perangkaan, seperti dalam banci

        atau kajian apabila diperlukan.

 

 

5.   Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

PT1 DAN PT2:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN

BORANG JPM1 ATAU JPM2

DAN MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK3:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK4:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

TINGKAT 4, JABATAN ALAM SEKITAR

 TAMAN DAN REKREASI,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

 BAGI BILANGAN

LK5 HINGGA LK8:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

GH9:

 

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

TINGKAT 1, JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

BANGUNAN MAHKAMAH BESAR BRUNEI

DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH

JALAN STONEY, BANDAR SERI BEGAWAN BS8160

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

GH10 :

 

 

SETIAUSAHA, JAWATANKUASA

PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM