IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 21 FEBRUARI 2007)

BILANGAN IKLAN: 05/01/07 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1.

TRADESMAN TINGKAT II

DI JABATAN – JABATAN KERAJAAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

PT1

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

LK2.

PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3-4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

LK2 – LK6

&
CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

LK3.

PENOLONG PEKERJA KANAN BELIA

DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

 

 

LK4.

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT I

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

LK5.

PENYELAMAT KANAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

LK6.

PEMELIHARAAN KAWASAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

F.1-2-3 EB.4  ( $445 - $650 SEBULAN )

 

LK7.

PEMBANTU UKUR KAPAL

DI JABATAN LAUT

C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)

LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

LK8.

PEMBANTU PERHUTANAN

DI JABATAN PERHUTANAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

LK9.

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT I

DI JABATAN KERJA RAYA

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

LK10.

OPERATOR KENDERAAN TINGKAT II

DI JABATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

LK10

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                                              

 

 

 

 

PT1.

TRADESMAN TINGKAT II

DI JABATAN – JABATAN KERAJAAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

 

a)   i)   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3).

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dan berpegalaman dalam bidang berkaitan dalam tanggagji F.1

        tidak kurang dari 3 tahun.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI JABATAN PERTANIAN:

 

1.      Membuat pemeriksaan, pembaikan dan pmeliharaan bangunan, kenderaan, jentera dan peralatan

         pertanian serta pendawaian elektrik bagi bangunan termasuk juga lain-lain peralatan elektrik

         dan sebagainya.

 

2.      Menyediakan jadual pemeriksaan dan pemeliharaan bangunan, kenderaan, jentera dan peralatan

        pertanian serta peralatan elektrik di kesemua bangunan / stesen-stesen yang di bawah kawalan

        Jabatan Pertanian.

 

3.      Memesan/mendapatkan alat-alat ganti yang diperlukan.

 

4.      Menyediakan laporan kerosakan / keperluan pemeliharaan bagi tiap-tiap bangunan, kenderaan, jentera

        dan peralatan pertanian di kawalan Jabatan Pertanian.

 

5.      Membuat kerja-kerja tertentu yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

LK2.

PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3-4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian.

 

  Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pekerja Kanan Belia dan Sukan atau

         jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun.   

 

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian/Unit dalam hal-hal berikut:-

 

i.         Penyelidikan, perkembangan dan penerangan dalam hal ehwal belia dan sukan.

 

ii.        Mengumpulkan maklumat mengenai dengan perkembangan, peraturan dan

          undang-undang Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

iii.      Menyusun dan melaksanakan aktiviti tahunan belia dan sukan di peringkat Jabatan, Daerah dan   

         Kebangsaan.

 

 

iv.       Menyediakan, mengumpulkan dan menyelaras rekod dan maklumat tentang kegiatan Jabatan

          dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi keperluan laporan.

 

v.        Terlibat dalam promosi kegiatan-kegiatan belia dan sukan.

 

vi.      Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi / pihak yang berkenaan di dalam dan

         di luar negeri.

 

vii.     Menyusun dan menyelaras kursus-kursus dan latihan bagi Persatuan-Persatuan Belia dan

         Sukan serta menyediakan dan menyampaikan kertas kerja yang berkaitan.

 

viii.    Membuat lawatan ke Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan dan menyediakan laporan.      

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 

<< Atas

 

LK3.

PENOLONG PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pekerja Belia dan Sukan Tingkat  I atau jawatan

       bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian / Unit dalam hal-hal berikut:-

 

1.      Menyediakan, mengumpulkan dan menyelaras maklumat laporan bulanan dan tahunan

         mengenai dengan kegiatan dan perkembangan Persatuan Belia dan Sukan.

 

2.      Membuat lawatan ke setiap aktiviti / projek belia dan sukan.

 

3.      Terlibat selaku Pegawai Teknkal Sukan jika diperlukan.

 

4.      Merancang dan melaksanakan aktiviti / projek belia dan sukan.

 

5.      Menyelaras projek usahasama Jabatan dengan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

6.      Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK4.

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT I

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

            bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pekerja Belia dan Sukan Tingkat II atau jawatan

      bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)     Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mahir dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian / Unit dalam hal-hal berikut:

 

i.        Penyelarasan dan perlaksanaan projek dan program Belia dan Sukan.

 

ii.      Menjadi Pegawai Teknikal Sukan ( Hakim, Linesman, Referee, Juri dan sebagainya ) apabila

        diperlukan.

 

iii.    Sebagai Penyelaras Perhubungan antara Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan

       ( Liason Officer ).

 

iv.     Membantu dalam pengendalian latihan dan kursus pengurusan dan kemahiran termasuk

         latihan-latihan sukan.

 

v.      Menyelaras permohonan daripada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan termasuk proses

        menyediakan persuratan ke pihak-pihak berkenaan.

 

vi.     Mengadakan lawatan-lawatan kepada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan pada bila-bila masa

        sahaja dan menyediakan laporan yang berkenaan dengannya.

 

vii.   Menyediakan dan mengumpul data maklumat bagi keperluan laporan bulanan dan tahunan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK5.

PENYELAMAT KANAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

            bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelamat (tanggagaji E.1) tidak kurang dari 8 tahun.

 

ATAU

 

iii)        Pemohon yang tidak mempunyai kelayakan seperti di para (a) (i) dan (ii) boleh dipertimbangkan

           jika mempunyai kelayakan sebagai Examiner Certificate in Personal Survival A.S.A United Kingdom

          dan pemegang Bronze Medallion, Royal Life Saving Society United Kingdom serta berkhidmat

          sebagai Penyelamat nyawa tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i.     Mengawasi dan mengatur jadual kerja harian penyelamat di kolam renang.

 

ii.    Memastikan penyelamat-penyelamat telah bersedia dan sentiasa berada ditempat

       menjalankan tugas.

 

iii.    Menjaga dan memastikan keselamatan pengguna-pengguna kolam renang dan membuat

        rondaan di kawasan kolam renang.

 

iv.    Memberikan nasihat kepada pengguna-pengguna kolam renang dalam hal ehwal keselamatan

       dan tatatertib pengguna kolam.

 

v.     Membuat rekod dan menyediakan laporan lengkap bagi sebarang kejadian di kolam renang.

 

vi.     Memberikan kursus, latihan dan ujian atau peperiksaan teknikal, menyelamat serta pertolongan

        cemas kepada pihak yang memerlukan.

 

vii.    Membuat kajian sokongan keperluan peralatan-peralatan renang dan menyelamat nyawa.

 

viii.   Sentiasa memastikan peralatan-peralatan menyelamat nyawa berfungsi dengan baik.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.      Mernerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK6.

PEMELIHARAAN KAWASAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

F.1-2-3 EB.4  ( $445 - $650 SEBULAN )

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Tamat Tingkatan III.

 

Kelulusan lebih tinggi dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertindak memelihara dan menjaga kebersihan kawasan bangunan dan kompleks.

 

2.      Menyelia perkakas dan peralatan pemeliharaan dengan baik dan sempurna.

 

3.      Berkebolahan dalam mengendalikan kawasan dan halaman bangunan dan kompleks.

 

5.      Terlibat sebagai sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

6.      Mernerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

LK7.

PEMBANTU UKUR KAPAL

DI JABATAN LAUT

C.1-2-3 EB.4 ($1,280 - $2,620 SEBULAN)

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Mempunyai Kecekapan Sijil Pegawai Laut Kelas 6 (Dek).

 

ATAU

 

ii)      Mempunyai Kecekapan Sijil Pegawai Jurutera Laut Kelas 5 (Injin).

 

ATAU

 

iii)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

       Mechanical Engineering atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

iv)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian  dalam tanggagaji D.4 tidak kurang

      dari 3 tahun.

 

b)     Pemohon yang dikehendaki adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengukur kapal-kapal, pemeriksaan bot atau perahu-perahu kecil.

 

2.      Mengukur dan memeriksa kapal-kapal untuk tujuan pendaftaran dan perlesenan.

 

3.      Membuat pemeriksaan dan menyediakan Laporan Teknikal bagi jentera marine dan

         injin-injin motorsangkut.

 

4.      Membuat pemeriksaan dan menyediakan Laporan Teknikal bagi perahu-perahu / kapal-kapal yang

         terlibat dalam kemalangan di laut.

 

5.      Membuat pemeriksaan ke atas alat-alat / perkakas keselamatan seperti pemadam api dan

         alat-alat menyelamat nyawa.

 

<< Atas

 

 

LK8.

PEMBANTU PERHUTANAN

DI JABATAN PERHUTANAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

             Perhutanan atau bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah (tanggagaji D.1) tidak

      kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Perhutanan /

       Pertanian / Pemeliharaan Alam Sekitar atau bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari

       4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih

        tinggi adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Sebagai pegawai luar mengendalikan, menyelaraskan, memantau dan melaporkan kepada pegawai

       atasan aktiviti Jabatan menurut arahan Ketua Jabatan.

 

2.    Mengetahui dan memastikan kakitangan / pekerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya

       membuat kerja-kerja yang diaturkan oleh Ketua Jabatan termasuk menjaga keselamatan harta

       benda Kerajaan yang diamanahkan kepadanya bagi kemudahan menjalankan tugas berkenaan dalam

       keadaan baik.

 

3.    Menyediakan laporan-laporan pencapaian kerja bulanan bagi kerja-kerja luar yang diamanahkan oleh

       Ketua Bahagian / Unit dimana ianya ditempatkan serta menyediakan ‘check roll’ bagi pekerja bergaji hari

       di bawah jagaannya.

 

4.    Membuat sokongan laporan prestasi kerja kepada Ketua Bahagian / Unit bagi kesemua pekerja

       luar di Bahagian / Unitnya.

 

5.    Melaksanakan semua tugas yang diaturkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK9.

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT I

DI JABATAN KERJA RAYA

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Jentera Tapisan Air Tingkat II (tanggagaji F.2)

       tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melapor kepada Atendan Jentera Tingkat Khas.

 

2.      Membantu dalam mengawas dan membuat arahan kepada kakitangan loji.

 

3.      Membantu dalam membuat pengawasan ke atas kerja-kerja operasi dan pemeliharaan loji.

 

4.      Membantu dalam menyediakan laporan harian ke atas kerja-kerja operasi dan pemeliharaan loji.

 

5.      Membantu dalam menyediakan pesanan kerja (work order) ke atas kerja-kerja operasi dan

         pemeliharaan loji.

 

6.      Berhubung terus dengan kakitangan bawahan.

 

7.      Menerima dan melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

 

<< Atas

 

LK10.

OPERATOR KENDERAAN TINGKAT II

DI JABATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

   KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   i)   Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai pemandu atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

       F.2 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Mempunyai lesen memandu kelas tiga (3) atau tiga (3) dan lima (5).

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.     Ditugaskan memandu kenderaan-kenderaan jenis salon dan juga bas jenis sederhana bagi

       membawa kenderaan kakitangan Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

2.     Membuat tugas-tugas berkaitan dengan operasi kenderaan-kenderaan Penerbangan Kebawah Duli

       Yang Maha Mulia seperti yang diarahkan oleh Pengawas Kenderaan.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

PT1:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK2 HINGGA LK6:

 

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK7:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

SERASA MUARA BT1728

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

 BAGI BILANGAN

LK8:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN  DAN 

SUMBER-SUMBER UTAMA

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

 LK9:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

 IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK10 :

 

 

PENGARAH PENERBANGAN

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN

PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA

BERAKAS BB2713

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM