IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 20 JUN 2007)

BILANGAN IKLAN: 22/05/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PEGAWAI BANDARAN

JABATAN BANDARAN,

BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

3.

PELUKIS TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5   ($1,990 - $ 2,970 SEBULAN)

 

4.

PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

5.

PEMERIKSA BURUH KANAN

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3 EB.4 ($1,990-$2,620 SEBULAN)

 

6.

JURURAWAT

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI

HAJAH RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDKIAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975)

 

7.

KERANI PENDAFTARAN KANAN

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.1-2 EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

8.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

  

 

                                 

   << Kembali Ke Maklumat Semasa                            

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3 :     

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan /

     Pengurusan  Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 :    

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

          Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                     ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perbekalan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang

    dengan sempurna.

 

2.   Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini/teratur

     mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

3.   Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

4.   Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

5.   Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

6.  Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI BANDARAN

JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Quantity Surveying atau Estate Management

      atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Awam / Quantity Surveying  atau Estate Management atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari 5 tahun.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mengetahui Undang-Undang Bandaran dan yang berkaitan dengannya adalah kelebihan.

 

LAIN-LAIN SYARAT:

 

Sebelum layak ditetapkan dalam jawatannya, Pegawai Bandaran dikehendaki lulus peperiksaan berikut:-

 

  • Akta Lembaga-Lembaga Bandaran, Penggal 57 (Municipal Boards Act, Chapter 57)
  • Akta Lesen-Lesen Rampaian, Penggal 127 (Miscellaneous Licences Act, Chapter 127)
  • Undang-Undang Kecil Lembaga-Lembaga Bandaran. 1920 (The Municipal Boards Enactment, 1920 by-Laws)

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Membantu dan bertanggungjawab kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan operatif dan penyeliaan di seksyen yang diaturkan kepadanya.

 

2.     Membantu Pegawai Bandaran Kanan bagi semua aspek teknikal.

 

3.     Mengawasi Ketua-Ketua Unit.

 

4.     Membuat kerja-kerja penyelidikan dan perancangan terutama dalam hal ehwal inovasi dan

        penguatkuasaan undang-undang.

 

5.     Urusan-urusan tender dan sebutharga.

 

6.     Lain-lain tugas diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

3.

PELUKIS TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5   ($1,990 - $ 2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Seni Lukis / Seni Grafik / Design atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuiaan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN :

 

1.     Menyediakan grafik dengan reka bentuk untuk semua penerbitan dan pameran yang dikehendaki.

 

2.     Melukis garfik dan ilustrasi untuk buku, majalah, journal dan bahan-bahan kurikulum yang diperlukan.

 

3.     Mengetuai dan menyelaras tugas-tugas Subunit Grafik dan Ilustrasi.

 

4.     Merancang dan merekabentuk grafik dan ilustrasi untuk penerbitan.

 

5.     Merancang kegiatan dan keperluan peralatan serta bahan-bahan Subunit Grafik dan Ilustrasi dan

        menjaga keselamatannya.

 

6.     Merancang kerja Tahunan dan menyediakan Laporan Penggal dan Tahunan Subunit Grafik dan Ilustrasi.

 

7.     Mengawasi buku stok bagi peralatan Subunit Grafik dan Ilustrasi.

 

8.     Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Unit.

 

<< Atas

 

 

 

4.

 

PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mestilah fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)     Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian alat komputer dengan baik adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.     Mengambil dan menerima akuan dibawah Akta Berkanun bab 12.

 

2.     Menghadapkan kes-kes dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi/Mahkamah Perantaraan.

 

3.     Mengatur dan menandatangani saman-saman, surat notis dan lain-lain dokumen berhubung dengannya.

 

4.     Membantu membuat surat menyurat kepada Peguam-Peguam swasta.

 

5.   Menemuduga dan menapis dan menyediakan keterangan seperti aduan-aduan, nafkah (JDS) Kadi dan Lunacy.

 

 

<< Atas

 

 

 

5.

PEMERIKSA BURUH KANAN

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3 EB.4 ($1,990-$2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Labour  Studies / Business Studies / Public Administration / Managements Studies / Commerce / Social Studies atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Pemereksa Buruh dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun  atau dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Pemohon-pemohon yang mempunyai kefahaman yang baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta dan Peraturan Buruh, Kanun Jenayah (Penal Code), Kanun Peraturan Jenayah (C.P.C) dan lain-lain peraturan yang ada kaitannya dengan tugas-tugas Jabatan Buruh adalah kelebihan.

 

c)   Hendaklah boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1. Membantu melaksanakan tugas-tugas Penolong Pesuruhjaya Buruh yang berkaitan dengan Pengurusan Antarabangsa, Kesatuan Sekerja disamping membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam urusan Pentadbiran dan perkara yang berkaitan dengan Jabatan ini.

 

2. Membantu Penolong Pesuruhjaya Buruh menyelia dan melicinkan perjalanan bahagian dimana ianya ditempatkan atau di mana-mana cawangan Jabatan ini.

 

3.  Boleh menyelesaikan masalah dengan baik dengan menggunakan pertimbangan yang wajar berpandukan Peraturan dan Undangan-Undangan yang dikawal oleh jabatan bagi perkara-perkara dasar dan perhubungan dan pengambilan pekerja asing, Penguatkuasaan Undang-Undang serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan tugasnya di Jabatan ini.

 

4.  Pemeriksa Buruh Kanan mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana cawangan di negara ini

     bila  diperlukan.

 

<< Atas

 

 

 

6.

JURURAWAT

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI

HAJAH RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDKIAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   Diploma Kejururawatan / Sijil Jururawat Am atau sebanding.

 

ii)    Berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei atau Badan

       Profesional yang diiktiraf.

 

b)     Mempunyai pengalaman atau kemahiran yang baik dalam merawat pesakit-pesakit di rumah sakit

        di bahagian yang khusus seperti ICU, CCU, SCBU, Renal Unit dan sebagainya.

 

c)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

SYARAT-SYARAT KHAS

a)    Peperiksaan / Penilaian

 i)   Peperiksaan Kementerian / Jabatan

Pemegang jawatan akan dinilai pemahamannya mengenai:

·  Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pendidikan dan Kesihatan.

· Susunan organisasi dan fungsi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

·  Falsafah, dasar dan matlamat pendidikan dan kesihatan negara.

·  Lain-Lain subjek yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.

 Peperiksaan atau penilaian ini akan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.

Latihan / Kursus

 Setiap pegawai yang dilantik akan dikehendaki mengikuti mana-mana latihan / kursus berikut seperti yang akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik dari semasa kesemasa:

§         Peraturan-Peraturan Am

§         Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

§         Peraturan-Peraturan Kewangan

§         Peraturan-Peraturan Keselamatan

§         Kejururawatan tambahan (Post Basic)

§         Pertolongan cemas dan mencegah kebakaran

§         Perkembangan dasar-dasar pendidikan (educational policy development)

§         Kaedah penyelidikan atau penilaian (research and evaluation methods)

§         Pengurusan konsultatif dan partisipatif (consultative and participative management)

§         Analisa pemilihan dasar (policy-option analysis)

§         Perancangan strategik (strategic planning)

§         Pengurusan program dan projek (programme an project management)

§         Sistem maklumat pengurusan (management information system)

§         Pengurusan tenaga manusia (human resource management)

§         Perkembangan pendidikan dan ekonomi (educational and economic development)

§         Pengurusan pendidikan (educational management)

§         Perkembangan kurikulum (curriculum development)

§         Bimbingan dan kaunseling (guidance and counselling)

§         Lain-lain latihan / kursus yang difikirkan penting tertakluk kepada kehendak jawatan

 

Pegawai dilantik boleh dikecualikan dari mengikuti kursus-kursus yang sudah dihadiri sebelum diperlantikan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

a)  Tugas-Tugas Utama

 

i)         Membantu membimbing dan menunjuk ajar pembantu jururawat dan jururawat dalam

           latihan penjagaan dan rawatan yang teratur.

 

ii)        Melaksanakan penjagaan, rawatan dan kesejahteraan pesakit.

 

iii)        Membimbing dan menunjuk ajar pesakit dan keluarga pesakit mengenai rawatan dan

            pendidikan kesihatan.

 

iv)        Mencatit laporan dan pemerhatian ke atas pesakit ke dalam dokumen-dokumen tertentu dengan jelas dan betul.

 

v)         Berhubung rapat dan berkerjasama dengan pegawai perubatan, pegawai dan kakitangan

           yang berkenaan di mana-mana bahagian yang berkaitan di rumah sakit dan dengan keluarga pesakit.

 

vi)       Bekerjasama untuk mempastikan penyimpanan peralatan, ubat-ubatan dan lain-lain perbekalan supaya sentiasa cukup dan dalam keadaan baik.

 

vii)     Membantu mengendalikan kursus, bengkel, seminar atau lain-lain kegiatan profesional dan kebajikan.

 

viii)      Membantu mengawas penuntut dalam kegiatan tambahan.

 

ix)        Menjalankan lain-lain tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak pentadbiran institusi dari semasa kesemasa.

 

 b)     Lain-lain tugas

 

          Lain-lain tugas yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik atau Pengetua institusi dari semasa kesemasa

 

<< Atas

 

 

7.

KERANI PENDAFTARAN KANAN

MAHKAMAH SIVIL

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

C.1-2 EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan

             sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Pendaftaran dalam tanggagagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Kerani dalam tanggagagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Mestilah fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)      Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian alat komputer dengan baik adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Menyaksikan dan menandatangan SURAT SUMPAH (dibenarkan di bawah Bab 2 Akta Pengakuan Berkanun, Penggal 12).

 

2.   Melayan dan menagani masalah orang ramai/awam yang bersangkutan dengan tugas sebagai Kerani Pendaftaran Kanan.

 

3.   Menerima arahan atau tugas dari Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

8.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

 

BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN DAN JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT

 

1.       Membantu dalam melaksanakan dan memantau kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan ke atas perumahan milik Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk di Daerah Brunei dan Muara), perumahan yang disewa Kerajaan di bawah kawalan lain-lain Kementerian dan Jabatan dan juga di bawah Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

 

2.     Perlaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan melalui tawaran kontrak (tawaran dan sebutharga) penggal, sebut harga dan buruh (direct labour).

 

3.     Perlaksanaan dan pemantauan kerja-kerja baikpulih dan pemeliharaan mengikut zon-zon atau kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

 

4.     Perlaksanaan serta pemantauan bagi:

 

1.       Pemeriksaan bagi sebarang atau permohonan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharan.

2.     Penaksiran kerja-kerja baik pulih dan pemeliharan.

3.     Penyediaan dokumen-dokumen tawaran, kontrak penggal dan sebut harga.

4.     Pengawasan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan yang dilaksana oleh pemborong dari peringkat awal perlaksanaan hingga ke peringkat penyerahan

5.     Penyediaan tuntutan pembayaran ke atas kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

 

5.     Berhubungan dengan lain-lain Jabatan yang berkaitan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

 

6.     Penyediaan dan pemantauan persuratan teknikal dan yang berkaitan dengan keperluan-keperluan pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

 

7.     Membantu mengawasi dan melawat ke tapak binaan atau pemeliharaan dan membuat lapuran mengenai perkembangan status kemajuan projek di bawah pengawasannya.

 

8.     Meneliti dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan kerja di bawah Organisasinya.

 

9.     Mengetahui aspek etika dan keselamatan kerja di tapak binaan.

 

10.  Boleh membaca pelan-pelan atau layout binaan dengan baik.

 

11.    Menerima dan melaksanakan arahan dari Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

BAHAGIAN MEKANIKAL (SME)

 

1.       Mengetuai Kumpulan Kerja.

                                                    

2.     Memastikan segala polisi, objektif dan tujuan Jabatan difahami dan diimplementasikan dengan efektif oleh semua pekerja.

 

3.     Bertanggunjawab dan melibatkan diri secara langsung bagi meninggikan kualiti kerja dalam bidang tugas yang berkaitan.

 

4.     Mengenal pasti akan kelebihan dan kekurangan setiap kumpulan kerja bagi pembaikan berterusan.

 

5.     Melaksanakan kerja-kerja seperti dalam kad kerja dan melaporkan kerja-kerja tambahan.

 

6.     Menyediakan laporan harian dan status kerja kepada Ketua Unit.

 

7.     Memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih dan kemas.

 

8.     Memastikan semua alat perkakas dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

 

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRM)

 

1.      Memeriksa kerja-kerja kontrek dan buruh yang berjalan / beroperasi dalam zon yang ditetapkan.

 

2.     Memeriksa ke tempat aduan orang ramai dan melawat ke tempat yang ada kerosakan.

 

3.     Memberi bantuan batu/asphalt dan sebagainya mengikut bantuan yang dipohonkan oleh pemohon.

 

4.     Membuat segala kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

5.     Membuat laporan siap kerja dan menghantar aduan-aduan dan permohonan orang ramai kepada Ketua Bahagian.

 

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRC)

 

1.       Membantu kerja-kerja membuat laporan kepada Jurutera, Ketua Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik Kanan.

 

2.     Membantu menyediakan Tender Dokumen.

 

3.     Membantu menyediakan reka bentuk pelan di dalam perancangan jalan raya.

 

4.     Memberi laporan kemajuan pembinaan projek jalan raya dan yang berkaitan dengannya.

 

5.     Penggunaan komputer yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

6.     Memeriksa dan memberi laporan bagi kawalan kemajuan.

 

7.     Memeriksa dan menjaga tapak-tapak binaan bagi pembinaan jalan raya.

 

8.     Memberi laporan bagi kemajuan tanah, jalan laluan, jalan keluar/masuk dan lesen tumpang sementara.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 8:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)