IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 14 MAC 2007)

BILANGAN IKLAN: 08/02/07 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.2  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)  ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

PT1- PT2

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

PT2.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN) /

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

 

 

 

 

 

LK3.

PENOLONG PEGAWAI BALAI

DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

LK3-LK4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

 

LK4.

MERINYU BANDARAN

DI JABATAN BANDARAN TUTONG

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

LK5.

PENOLONG PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH TINGKAT I

DI JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK5 – LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

LK6.

PEMBANTU PERKEMBANGAN UGAMA

DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

GH7.

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

B.2 EB.3  (BAHAGIAN II)              

Ijazah Lulus:  $111.30 SEHARI

Ijazah Kepujian: $119.50 SEHARI

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                               

 

 

PT1.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.2  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)              

ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.2 :   

 

a)      i)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

DAN

 

ii)   Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian II tidak

      kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian II tidak kurang dari

       8 tahun.

 

b)  Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

i)        Peperiksaan Jabatan (jika ada);

ii)      Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii)    Peraturan-Peraturan Kewangan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 :    

 

a)   i)    Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.  

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam

      bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian

      dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Penolong Pegawai Kegiatan Luar (tanggagaji

      C.3)  atau Penolong Pegawai Kesejahteraan Mahasiswa (tanggagaji G.6) tidak kurang dari 7 tahun.

 

ATAU

 

iv)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

      dari 9 tahun.

 

 

b) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang sukan, kebudayaan, kesenian

   dan kemasyarakatan. Keutamaan akan diberikan kepada yang pernah melihatkan diri dalam segala

   bidang kegiatan kokurikular (ECA).  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

Bertanggungjawab kepada Dekan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dalam perkara-perkara berikut:

 

a)               Menyusun dan menyelaras kegiatan-kegiatan kebudayaan, kesenian dan

                  kemasyarakatan pelajar.

 

b)               Menolong menyusun dan menyelaras kegiatan kelab-kelab pelajar.

 

c)               Mengawasi alatan dan kemudahan Unit Kebudayaan dan Kesenian.

 

d)               Merancang dan melaksanakan kursus, seminar, ceramah dan bengkel kebudayaan

                  dan kesenian untuk pelajar.

 

e)               Menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh Dekan Pelajar dari semasa ke semasa.

 

f)                 Lain-lain tugas yang diberikan oleh Dekan Pelajar dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

PT2.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN) / P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian serta telah

        berkhidmat sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba (tanggagaji P.8) tidak kurang dari 5 tahun

        dan lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba (tanggagaji P.8) tidak

        kurang dari 7 tahun dan lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

b)     Mempunyai keahlian Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) atau Membership of

        Institution of Fire Engineers (MIFireE) atau yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000 ) Penggal

         82 dari masa ke semasa.

 

2.      Jika ditugaskan di bahgian operasi berperanan selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab

         ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

 

2.1.         Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran Operasi, memadam kebakaran dan menyelamat

              di kawasan masing-masing, pengurusan kanggotaan, latihan, perhubungan awam dan

              aset Kerajaan.

 

2.2.         Selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas kecemasan dan

               kesejahteraan awam mengikut kawasan bawah jagaannya.

 

2.3.         Mentadbir balai-balai di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang

              lebih berkesan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan

              dengan kecemasan.

 

2.4.       Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi

             serta kecekapan dalam bidang operasi dan menyelamat yang lebih berkesan.

 

2.5.      Menghadiri apa-apa jua kecemasan yang memerlukan keputusan yang cepat dan tepat

            terutama yang bersangkut paut dengan kejadian yang melibatkan nyawa dan harta benda awam.

 

2.6.       Berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan bagi apa-apa

             jua perkara yang berkaitan dengan kawasan di bawah jagaan masing-masing.

 

2.7.       Mengetahui plan kontingensi bagi apa-apa jua operasi memadam kebakaran atau penyelamat.

 

2.8.      Menyediakan Standard Operational Procedure (S.O.P) bagi operasi kecemasan di dalam kawasan jagaan masing-masing.

 

3.      Jika ditugaskan di bahagian pentadbiran berperanan selaku Ketua Bahagian yang bertanggungjawab

         ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

 

3.1             Mentadbir perjalanan tugas yang telah dimandatkan ke arah yang lebih efisien dan produktif.

 

3.2             Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi

                 serta kecekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

 

4.      Berkuasa di dalam mengeluarkan Perintah-Perintah Am Cawangan atau bahagian yang

         berhubungkait dengan sistem pentadbiran keanggotaan dan pemberitahuan semasa.

 

5.      Bertanggungjawan di dalam menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktibiti yang

         telah dan akan di laksanakan disepanjang tahun pentadbirannya.

 

6.      Merangka perkembangan projek serta aktibiti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.

 

7.      Menyediakan perangkaan peruntukan di bawah Cawangan / Bahagian masing-masing.

 

8.      Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari

         masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK3.

PENOLONG PEGAWAI BALAI

DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam

              bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan (tanggagaji P.3) tidak kurang dari 2 tahun dan lulus Kursus Khas Persediaan Penolong Pegawai Balai, Peperiksaan Bertulis dan Praktikal.

 

b)     Pemohon-pemohon di para a) (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

 

1.      Mestilah lulus dalam peperiksaan bertulis, praktikal dan ujian ketahanan fizikal.

 

2.      Dikehendaki untuk mengikuti Kursus Asas Kebombaan.

 

3.      Kelayakan Tambahan:

  

i)

Umur  

-

Tidak lebih dari 28 tahun

 

ii)

Tinggi

-

Sekurang-kurangnya 5’ 4” (1.63m) bagi lelaki dan 5’ (1.52m) bagi perempuan

 

iii)

Dada

-

Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa) bagi lelaki.

 

iv)

Bagi pemohon perempuan mestilah berstatus bujang.

 

v)

Tidak memakai kaca mata / kanta lengkap.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.  Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000)

     Penggal 82 dari masa ke semasa.

 

2.    Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat

      (Pindaan 2000) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-Kuasa.

 

3. Jika ditugaskan di bahagian operasi, berperanan selaku Komander/Timbalan Komander yang bertanggungjawab keatas penyusunan dan pentadbiran anggota dan aset di bawah jagaannya.

 

4.  Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan aset kerajaan ke arah yang

     lebih berkesan dan teratur didalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.

 

5.   Memastikan kecekapan Anggota bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.

 

6.   Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.

 

7.    Mengetahui station ground mengenai tempat-tempat strategik bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.

 

8.   Menjalankan station routine mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.

 

9.    Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.

 

11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.

 

12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.

 

13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.

 

14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

<< Atas

 

LK4.

MERINYU BANDARAN

DI JABATAN BANDARAN TUTONG

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Merinyu Bandaran Kanan dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyediaan.

 

2.    Bertanggungjawab kepada aspek penguatkuasaan Undang-Undang dan hal-hal yang berkaitan

     dengan pemeliharaan kebersihan kedai-kedai, kawasan lapang, jalan-jalan raya, taman-taman

     dan  longkang-longkang yang dianggap sebagai tempat awam.

 

3.   Menyediakan laporan yang berkaitan dengan pelanggaran Undang-Undang peraturan-peraturan dan tatacara kebersihan secara terperinci dan menyediakan sokongan mengenainya.

 

4.      Menjalankan arahan dan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

LK5.

PENOLONG PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH TINGKAT I

DI JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei sebagai Penolong Pengelola Zakat dan Fitrah Tingkat II atau jawatan bersesuaian (tanggagaji C.1) tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari

      6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.      Membantu mengelola hal ehwal kutipan dan pengumpulan zakat.

 

2.      Menghantar wang kutipan zakat harta dan zakat fitrah ke bank dan membuat urusan selanjutnya

        dengan jabatan Perbendaharaan.

 

3.      Mengawal resit-resit zakat.

 

4.      Mengawal simpanan dan pembahagian barang hadiah dan saguhati kepada Muallaf.

 

5.      Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Meneliti Permohonan Asnaf Fakir Miskin Dan Muallaf untuk

         mendapatkan pembahagian zakat.

 

6.      Menyediakan baucer-baucer pembayaran saguhati kepada muallaf.

 

7.      Membantu membuat penyata keramaian Asnaf Fakir Miskin yang memohon untuk mendapatkan

         bahagian zakat.

 

8.      Menerima Zakat (sebagai amil) dan merekod kutipan Zakat.

 

9.      Menerima borang-borang permohonan fakir miskin dan membuat penyiasatan ke atas pemohon.

 

10.    Menjadi Urusetia Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat.

 

11.    Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK6.

PEMBANTU PERKEMBANGAN UGAMA

DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam

              bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1

         tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang

       dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.      Membantu melaksanakan arahan-arahan yang berhubung dengan perkhidmatan sokongan.

 

2.      Membantu kerja-kerja pendakwahan, keagamaan dan keraian.

 

3.      Membantu melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan pencegahan (kepada yang berkenaan)

         mengikut arahan.

 

4.      Membantu melaksanakan kerja-kerja mengaksis maklumat keagamaan ke dalam laman web

         Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

<< Atas

 

 

GH7.

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

B.2 EB.3  (BAHAGIAN II)              

Ijazah Lulus:  $111.30 SEHARI

Ijazah Kepujian: $119.50 SEHARI

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

 

KELAYAKAN MINIMUM :        

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Perancang Bandar dan Desa / Geographical Information System / Computer Science / Computing Programming / System Analysis atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1. Menyediakan pelan-pelan perancangan strategik dan tempatan, skim-skim perancangan perumahan, susunatur (layout) perancangan dan lain-lain yang berhubungkait serta membuat kajian-kajian dan laporan-laporan perancangan mengemukakan cadangan kaedah-kaedah dan dasar-dasar perancangan untuk pertimbangan.

 

2.  Menyelaras perancangan dan pemberian tapak-tapak projek Kerajaan dan swasta serta menyediakan khidmat nasihat kepada pihak-pihak Kerajaan dan orang ramai dalam hal-hal perancangan fizikal.

 

3.      Mentadbir dan mengurus perlaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Negara 1972.

 

4.      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua atau pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Text Box: TARIKH TUTUP IKLAN BAGI BILANGAN GH7:  29 MAC 2007

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN PT1 DAN PT2: 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK3 DAN LK4:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

TINGKAT 1, BANGUNAN SEKRETARIAT

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK5 DAN LK6:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH7 :

 

TINGKAT 2

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM