IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 14 FEBRUARI 2007)

BILANGAN IKLAN: 04/01/07 (SPA/BMI)

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1.

PEGAWAI PEMASARAN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

PT1 – PT2

&

 CARA PERMOHONAN

PT2.

JURUTERA PEMELIHARAAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

LK3.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

DI JABATAN KESELAMATAN

DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

LK3

&

CARA PERMOHONAN

 

LK4.

PENOLONG PEGAWAI KESEJAHTERAAN MAHASISWA

DI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

G.6 ($1,515 - $2,370 SEBULAN)

LK4

&

CARA PERMOHONAN

LK5.

PEMBANTU JURURAWAT (PELATIH)

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.3 ($570 - $855 SEBULAN)

LK5 – LK7

&

CARA PERMOHONAN

LK6.

PENYAMBUT TETAMU HOSPITAL / KESIHATAN

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

LK7.

ATENDAN

DI KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

LK8.

PENOLONG PENGURUS STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

LK8 – LK12

&

CARA PERMOHONAN

LK9.

PENOLONG JURULATIH-JURULATIH SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

LK10.

PENJUAL / PEMUNGUT TIKET

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

LK11.

PENYELAMAT

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ( $515 - $875 SEBULAN )

LK12.

 

PENJAGA JENTERA TAPISAN AIR KOLAM RENANG

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

LK13.

 

AHLI BOMBA PELATIH (WANITA)

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

LK13

&

CARA PERMOHONAN

 


<< Atas                                            

 

                

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                        

  

 

 

PT1.

PEGAWAI PEMASARAN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pentadbiran Perdagangan / Pengurusan

        / Pemasaran / Dasar Awam / Teknologi Maklumat.

 

  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah kelebihan.

 

 

b)     Mempunyai kemahiran dalam memimpin (leadership) berinteraksi sama ada secara lisan ataupun

        tulisan (Communication Skills) serta mempunyai inisiatif dan komitmen yang tinggi terhadap

       tugas dan tanggungjawab serta mempunyai pengalaman dalam bidang urusniaga serta pengurusan

       projek-projek adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.      Sebagai pegawai perhubungan bagi Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

2.      Sebagai pegawai penyelaras bagi hal ehwal pemasaran bagi Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

3.      Mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

4.      Mengetuai Unit Pemasaran, Filatelik dan Pemedulian Pelanggan.

 

5.      Melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai-pegawai atasan dari masa

         ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

PT2.

JURUTERA PEMELIHARAAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM :        

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang kejuruteraan.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengetuai Bahagian Pemeliharaan dan Operasen termasuk pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

 

2.      Menyedia dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

 

3.      Menyediakan laporan bulanan dan tahunan dalam hal ehwal kejuruteraan dan pemeliharaan.

 

4.      Menyediakan rancangan mempelbagaikan sumber kutipan hasil Jabatan.

 

5.      Memata-matai pengendalian stor pemeliharaan.

 

6.      Menyediakan, menyelaras dan menyelia rancangan serta jadual keselamatan dan pemeliharaan

       bangunan, kompleks-komplkes, kemudahan-kemudaham sukan, kenderaam-kenderaan dan harta

       benda Jabatan dengan komprenhensif.

 

7.      Memelihara dan mengendali pemasangan dan penggunaan sistem elektronik termasuk sistem padang

         dengar, sistem papan tayang elektronik, alat perkakas sukan dan sebagainya.

 

8.      Menyediakan spesifikasi sebut harga, tawaran dan dokumen kontrak yang berkaitan dengan pemeliharaan

         dan kejuruteraan.

 

9.      Bertanggungjawab terus terhadap “first line maintenance” termasuk mekanisma pencegahan dan mecari

        serta memperbaiki kerosakan-kerosakan termasuk mengawasi pemborong yang telah terpilih bagi

        tugas-tugas pemeliharaan.

 

10. Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

11. Menerima arahan tugas dari Pegawai atasan.

 

12. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

LK3.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

DI JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat I tidak

         kurang dari 3 tahun (tanggagaji D.3) atau sebanding dan telah lulus peperiksaan Jabatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti ABDB, Polis Diraja Brunei dan sebagainya tidak

      kurang dari 3 tahun dalam tanggagaji D.3 / PD.5 (berpangkat Sarjan)  atau sebanding serta lulus

      ujian bertulis.

 

Kelulusan lebih tinggi yang bersesuaian DAN/ATAU kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan

dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.

 

b)     Berumur diantara 20 hingga 40 tahun.

 

c)      Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.

 

d)     Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan

        yang baik dan bersih daipada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan, dan mengemukakan

        nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelia, mengurus dan mengawal hal ehwal tugas-tugas kawalan keselamatan (security) yang

         diarahkan kepada anggota keselamatan.

 

2.      Memastikan tugas-tugas keselamatan:

 

 

i)          Memeriksa dan Pengawasan

ii)                  Mengiringi (Escort)

iii)                Kawalan Masuk (Security Pass)

iv)                Kawalan Trafik

v)                  Kecemasan

 

3.      Menahan mana-mana orang atau benda yang melanggar peraturan keselamatan.

 

4.      Menyelia pengendalian sistem keselamatan di dalam Pusat Kawalan apabila diarahkan.

 

5.      Menyelamatkan orang atau benda dalam kawasan kawalannya sewaktu kejadian kecemasan (Emergency).

 

6.      Melatih dan mendidik anggota-anggota keselamatan dari masa ke semasa.

 

7.      Mengatur anggota keselamatan apabila keperluan mengganti (relief) dikehendaki.

 

8.      Menjalankan sebarang tugas keselamatan dan safety yang lain yang diaturkan kepadanya dari masa

         ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK4.

PENOLONG PEGAWAI KESEJAHTERAAN MAHASISWA

DI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

G.6 ($1,515 - $2,370 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Diploma / Sijil Pendidikan atau Sijil Perguruan.

 

iii)    Bekhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu menjalankan tugas dan tanggungjawab Pegawai Kesejahteraan.

 

2.      Membantu mengawasi kesejahteraan dan kebajikan pelajar dari dalam dan luar negeri.

 

3.      Bertanggungjawab ke atas elaun pelajar dari dalam dan luar negeri.

 

4.      Memberi nasihat tentang kebajikan dan aktiviti pelajar bercorak kebajikan.

 

 

<< Atas

 

 

LK5.

PEMBANTU JURURAWAT (PELATIH)

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.3 ($570 - $855 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan 

        sebanding termasuk mata pelajaran Sains.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Akan ditempatkan bertugas di Bahagian Renal.

 

2.      Akan diberikan latihan kursus selama 4 minggu di Unit Latihan Pusat Dialysis Kg Rimba.

 

3.      Membantu pesakit untuk menjalankan rawatan haemodialysis dari mula hingga akhir.

 

4.      Memastikan semua rekod-rekod dialysis dicatat dan dikemaskinikan.

 

5.      Membantu kakitangan kejururawatan dalam tugas-tugas tertentu yang diperlukan oleh pesakit.

 

6.      Hendaklah bersedia bertugas secara bergilir-gilir (shift) diluar masa bekerja biasa, panggilan kecemasan

         serta termasuk hari kelepasan Awam.

 

7.      Bersedia menerima apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

<< Atas


LK6.

PENYAMBUT TETAMU HOSPITAL / KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

 Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Wanita berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun.

 

c)      Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

d)     Boleh menaip adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertugas di wad-wad, klinik-klinik pakar, unit-unit khas di mana perkhidmatan mereka diperlukan.

 

2.      Mengendalikan mesin-mesin komputer di wad-wad yang bersangkut-paut dengan keputusan

         pemeriksaan orang-orang sakit.

 

3.      Menyediakan dan menghadapkan keputusan pemeriksaan pesakit kepada pakar sebelum pemeriksaan

         lanjut dibuat kepada pesakit.

 

4.      Sebagai perhubungan di antara pesakit dan keluarganya dengan pakar-pakar, doktor dan pegawai-

         jururawat yang bertugas.

 

5.      Menerima pendaftaran pesakit luar, ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak damit.

 

6.      Merekod kes-kes berjangkit yang dirujuk kepada doktor/hospital.

 

7.      Membuat perjanjian bagi kes-kes yang dirujuk ke hospital.

 

8.      Menaip surat menyurat seperti yang diarahkan.

 

9.      Mengemaskinikan laporan bulanan klinik kesihatan.

 

10. Menimbang ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak damit.

 

<< Atas

 

LK7.

ATENDAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)


 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)     Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Ditempatkan di Rumah Sakit Kerajaan, Pusat-Pusat Kesihatan, Gedung-Gedung Ubat dan Klinik-Klinik

         Kesihatan atau dimana sahaja diperlukan dan diarahkan.

 

2.      Bersedia menerima arahan dari Ketua-Ketua Bahagian.

 

3.      Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa diperlukan secara bergilir-gilir (shift) diluar masa

         bekerja, panggilan kecemasan serta termasuk Hari Kelepasan Awam.

 

<< Atas

 

LK8.

PENOLONG PENGURUS STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari

         3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dan Unit dalam hal-hal berikut:-

 

i.        Pentadbiran dan Pengurusan Kakitangan.

 

ii.      Merancang, melaksanakan dan memberi maklum tentang rancangan-rancangan sukan, kompleks

         dan kemudahannya.

 

iii.    Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan kompleks sukan.

 

iv.     Menyediakan jadual kerja-kerja pemeliharaan kompleks.

 

v.       Menyediakan jadual penggunaan dan peminjaman kompleks.

 

vi.     Menyelaras persiapan kelengkapan sukan padang dan gelanggang permainan.

 

vii.   Bertanggungjawab mempastikan kutipan hasil pendapatan melalui penyewaan kemudahan-

       kemudahan sukan dan penjualan tiket dengan betul dan teratur.

 

viii. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan bagi kompleks sukan termasuk penggunaan dan

      hasil pendapatan.

 

ix.     Menyediakan daftar peralatan dan perkakas sukan ( inventory ) dan maklum balas pengauditan.

 

x.       Memelihara kesempurnaan dan keselamatan kompleks termasuk alat-alat kemudahan serta

         melaporkan segala kerosakan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK9.

PENOLONG JURULATIH-JURULATIH SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari

         3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dan Unit dalam hal-hal berikut:-

 

i.        Pentadbiran dan Pengurusan Kakitangan.

 

ii.      Rancangan perkembangan latihan dan pembangunan sukan.

 

iii.    Menyediakan dan melaksanakan program-program Kejurulatihan Sukan.

 

iv.     Melaksanakan projek-projek sukan dan mecari bakat-bakat baru.

 

v.       Menyelaras laporan bulanan dan tahunan Kejurulatihan Sukan dan Pembangunan Sukan.

 

vi.     Menyelaras prestasi dan keperluan latihan sukan.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari Pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

LK10.

PENJUAL / PEMUNGUT TIKET

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang

        dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mempastikan terlebih dahulu sama ada Penyelamat dan Pengawas-Pengawas dan Petugas-Petugas

         bersedia di gelanggang sukan dan gelanggang-gelanggang sukan selamat untuk digunakan.

 

2.      Memeriksa buku, tiket dan mempastikan nombor siri tiket adalah betul sebelum digunakan untuk dijual.

 

3.      Mempastikan pengguna-pengguna gelanggang sukan masuk dengan tiket.

 

4.      Menjual tiket masuk kepada pengguna gelenggang-gelanggang sukan.

 

5.      Memeriksa tiket-tiket yang telah dijual.

 

6.      Mengira pendapatan hasil jualan tiket harian dan menyerahkan kepada Ketua / Pengawas.

 

7.      Menggantikan wang hasil jualan tiket yang berkurangan atau hilang.

 

8.      Menjaga/mempastikan keselamatan bilik penjualan dan penyimpanan wang dan tiket selamat

         daripada perkaranyang tidak diingini berlaku.

 

9.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

10.     Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

11.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK11.

PENYELAMAT

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ( $515 - $875 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.  

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

1.      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)  Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti ABDB, Polis Diraja Brunei dan sebagainya

     tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

b)     Mempunyai kelulusan dan pengiktirafan yang bersesuaian yang lebih tinggi seperti Bronze Medallion

        RLSS UK atau sebanding adalah kelebihan.

 

 

Nota:   Penempatan adalah untuk cawangan di Daerah Temburong

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i.        Menjaga dan mempastikan keselamatan pengguna-pengguna kolam renang.

 

ii.      Berkebolehan memberi pertolongan kecemasan yang diakui betul dan selamat.

 

iii.    Memberi khidmat nasihat dan teguran yang positif kepada pengguna-pengguna kolam renang

       dalam hal ehwal keselamatan, penggunaan, tatatertib dan peraturan.

 

iv.     Sentiasa berada ditempat kerja dan mengawasi pengguna kolam renang.

 

v.       Membuat rekod sebarang kejadian dan menyediakan laporan lengkap kepada Ketua.

 

vi.     Sentiasa mempastikan peralatan menyelamat sedia dan teratur.

 

vii.   Mempastikan kakitangan kolam renang telah bersedia dan kolam renang selamat untuk digunakan.    

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK12.

PENJAGA JENTERA TAPISAN AIR KOLAM RENANG

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang

         dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

 

i)        Mengawas dan mempastikan jentera tapisan air kolam renang beroperasi dengan baik dan sempurna.

 

ii)      Mempastikan keselamatan jentera tapisan air kolam renang.

 

iii)    Menyediakan laporan kerosakan jentera dan membuat rawatan-rawatan kerosakan kecil.

 

iv)    Menjalankan pemeriksaan kualiti air dan mempastikan air kolam selamat bagi pengguna.

 

v)      Mengawal dan menyediakan kimia rawatan air menurut sukatan dan peraturan yang tertentu.

 

2.      Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

3.      Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.

 

4.      Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

LK13.

AHLI BOMBA PELATIH (WANITA)

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

GAJI:$500

            $100 – Elaun ‘P’

            $100 – Elaun Kurnia Khas

            $170 – Elaun  Sara Hidup

 

Mulai dari $500 sebulan dan selepas berkhidmat selama 6 bulan dengan memuaskan, calon-calon yang dipilih

akan dinaikkan pangkat menjadi Ahli Bomba Kelas II dengan gaji $605 sebulan dalam sukatan gaji P.1 EB.2

($605 - $885 sebulan). Tambahan elaun ‘P’ sebanyak $100 sebulan, Kurnia Elaun Khas sebanyak $100 sebulan

dan Elaun Sara Hidup sebanyak $170 sebulan.

 

KELAYAKAN AKADEMIK:      

 

a)     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

KELAYAKAN FIZIKAL:           

 

a)     Umur         :           Diantara 18 tahun hingga 28 tahun dan masih bujang

 

b)     Tinggi       :           Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m)

 

c)      Dada        :           Sekurang-kurangnya 34” (86sm) apabila tidak menarik nafas

( biasa)

 

d)     Pemohon-pemohon hendaklah tidak memakai kaca mata.

 

e)     Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6

        tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.I/N.5 . 

        Tidak buta warna (colour blind).

 

f)        Pendengaran biasa dan tidak cacat.

 

g)     Pemohon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan mendapat kelulusan pemeriksaan yang dibuat

        oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Kerajaan.

 

 

UJIAN:

 

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Bertulis, Ujian Praktikal dan Ujian Fitness yang

akan dimaklumkan kemudian.  Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melapor diri kepada Ketua Unitnya.

 

2.      Bertugas bagi mengawal keselamatan dan perlindungan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan

        di Lapangan Terbang dan Heliport sepanjang 24 jam.

 

3.      Menghadiri sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan khas.

 

4.      Menjaga dan memelihara kebersihan dan kesempurnaan kereta / jentera bomba serta perkakas

         menyelamat dan memadam kebakaran agar sentiasa baik dan dapat digunakan pada bila-bila masa.

 

5.      Menjaga kebersihan dan kesempurnaan balai-balai Bomba.

 

6.      Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit dari masa ke semasa. 

 

<< Atas

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN PT1 DAN PT2:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN BORANG JPM1 ATAU JPM2

DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK3 :

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK4:

 

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UP: BAHAGIAN PERJAWATAN

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BS1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK5 HINGGA LK7:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN, TINGKAT I

COMMONWEALTH DRIVE, JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8

HINGGA LK12:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK13 :

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

TINGKAT 4 IBU PEJABAT

JABATAN PENERBANGAN AWAM

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA

BERAKAS BB2513

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM