IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 13 JUN 2007)

BILANGAN IKLAN: 21/05/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

KAUNSELOR PENJARA

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3  ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PENGENDALI SISTEM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

3.

PENYELIA RUMAH-RUMAH

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,

BELIA DAN SUKAN

D.3 EB. 4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

4.

PENOLONG WARDEN

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,

BELIA DAN SUKAN

D.2 EB.3  ($650 - $1,125 SEBULAN)

 

5.

PEKERJA PEMBANGUNAN MASYARAKAT TINGKAT II

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,

BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4 ($530-$1,465 SEBULAN)

 

6.

PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530-$1,125 SEBULAN)

 

7.

ATENDAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1 EB.2 ($515 - $645 SEBULAN)

  

                                     

      << Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

 

1.

KAUNSELOR PENJARA

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3  ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3 :     

 

  a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi / Kaunseling / Sains Kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 :    

 

  a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Psikologi / Kaunseling /

               Sains Kemasyarakatan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

               yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

               C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii)      Berkhidmat di Jabatan Penjara sebagai Penolong Kaunselor Penjara dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

         dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii)          Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

             9 tahun dan  telah ditetapkan dalam jawatan.

       Menjadi ahli penuh kepada salah satu badan profesional dalam bidang berkaitan yang diiktiraf

       adalah kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   1.  Bekerjasama dengan Ketua Pemulihan dan Perkhidmatan Seliaan dalam membantu Pengarah Penjara

       dan Timbalan Pengarah Penjara mengawasi kelakuan dan layanan pegawai-pegawai penjara, banduan-

       banduan dan penghuni-penghuni yang di bawah kawalan agar mentaati dan menghormati Akta dan

       Aturan-Aturan Penjara (Penggal 51), Akta Penyalahgunaan Dadah (Penggal 27) dan Akta Bahan-Bahan

       Yang Mengkhayalkan (Penggal 161).

 

  2.  Bekerjasama dengan Ketua Pemulihan dan Perkhidmatan Seliaan dalam membantu Pengarah Penjara

      dan Timbalan dalam penyediaan dan pembuatan kertas-kertas dasar atau konsep yang berkaitan

      dengan program pemulihan dan perkhidmatan seliaan banduan atau penghuni.

 

  3. Bekerjasama dengan Ketua Pemulihan dan Perkhidmatan Seliaan serta Ketua-Ketua Institusi Penjara

      dan Pemulihan dalam menyelia pelaksanaan program-program pemulihan dan perkhidmatan seliaan.

 

  4.  Selaku penyelaras kepada pelaksanaan rancangan program dan aktiviti pra-pembebasan,

      pengintegrasian semula banduan atau penghuni dan pelaksanaan rancangan program dan aktiviti

      Rumah Perantaraan seperti persekolahan, pekerjaan, penyertaan dalam kerja-kerja perkhidmatan sosial

      atau amal, kebudayaan, keagamaan, sukan, rekreasi dan riadah dalam komuniti yang

      berkepentingan kenegaraan.

 

  5.  Membuat kajian dan penilaian keberkesanan terhadap pelaksanaan program atau aktiviti dari semasa

       ke semasa.

 

  6.  Mengadakan persidangan kes bagi mengatasi permasalahan yang berbangkit dengan menyediakan

       pelan tindakan melalui pendekatan proses menolong secara profesional.

 

  7.  Mengadakan lawatan secara berjadual dan teratur serta lawatan mengejut di mana-mana sahaja banduan

      atau penghuni berkemungkinan menjalani program dan aktiviti di dalam komuniti di luar dari Institusi-

      Institusi Penjara atau Pusat Rawatan dan Pemulihan.

 

  8. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan untuk dihadapkan kepada Ketua Pemulihan dan

      Perkhidmatan Seliaan.

 

  9. Menyediakan huraian tugas dan menyusun tugas-tugas pegawai serta kakitangan di bawah kawalan.

 

                                                                                                                                                       << Atas

 

 

 

2.

PENGENDALI SISTEM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pengajian Komputer /

          Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

      DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

 

   1.   Bertanggungjawab bagi pembentukan/kemaskini sistem-sistem JPKE.

 

   2.   Bertanggungjawab bagi pembentukan/kemaskini laman web JPKE.

 

   3.   Membantu Penyelia Sistem dan Jurutera Sistem dalam pengurusan seharian.

 

   4.   Bertanggungjawab dalam memantau pengendalian sistem back up, restore dan back-up tapes.

 

   5.   Memantau Network JPKE dan cawangan.

 

   6.   Bertanggungjawab untuk memantau System Startup & Shutdown.

 

   7.   Bertanggungjawab bagi memantau Real Time Monitoring bagi sistem-sistem yang terdapat di JPKE.

 

   8.   Bertanggungjawab bagi mengendalikan dan memantau meja bantu bagi JPKE.

 

   9.  Memastikan dan bertanggungjawab pada pencetakan lapuran-lapuran sistem-sistem berkomputer

        mengikut yang telah dijadualkan dan diperlukan.

 

   10. Memantau hardware dan software installation.

 

   11.  Memantau pemeliharaan sistem software.

 

   12.  Mencatit lapuran masalah ke dalam log book dan membuat aduan.

 

   13.  memantau dan memastikan tugas-tugas pemeliharaan peralatan komputer dijalankan dengan sempurna.

 

   14.  Memantau dan mengurus pengendali-pengendali sistem.

 

   15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan bila diperlukan selain daripada tugas-

        tugas utama di atas.

 

  DI KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

 

  1.   Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dalam usaha memastikan perkhidmatan network berfungsi

       dengan baik.

 

  2.  Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja yang bersangkut paut dengan sistem back up, server

       housekeeping serta masalahnya.

 

  3.  Bertanggungjawab menyediakan dan pengurusan penghantaran dan pengembalian ‘back up tape’ ke

       EG-Center dan Kementerian ini pada bila-bila masa diperlukan.

 

  4. Melapurkan sebarang masalah-masalah operasi yang dihadapi dari semasa ke semasa ke pegawai-

      pegawai atasan yang berkenaan.

 

  5.  Mengawasi ‘System Log Activities’ setiap masa.

 

  6. Memberi bantuan teknikal bagi mesyuarat-mesyuarat yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar

      Negeri dan Perdagangan.

 

  7.  Membantu dalam tugas membahagi dan memasang komputer-komputer di Jabatan di dalam Kementerian.

 

  8.  Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke

       semasa.

 

  9.  Membantu dalam lain-lain tugas tambahan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

   DI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

 

  1.  Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Pengurusan Maklumat.

 

  2.  Bertanggungjawab membantu kerja-kerja perlaksanaan, penyelarasan dan pemantauan program-program

      dan projek-projek teknologi maklumat Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

  3.  Bertanggungjawab membuat kerja-kerja penyeliaan, pengurusan dan mendapatkan maklumat-maklumat

      serta menjalankan kajian-kajian berkaitan dengan sistem maklumat pengurusan (MIS), kaji selidik.

 

  4.  Bertanggungjawab membantu memantau dan melaksanakan kerja-kerja peralatan dan prasaraan

       IT Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

  5.  Bertangungjawab selaku urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa IT Kementerian Perindustrian dan

       Sumber-Sumber Utama seperti Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Pelaksana dan kumpulan

       kerja-kumpulan kerja IT Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

  6.  Bertanggungjawab menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Pengarah, Ketua Unit,

      Pengurus Sistem, Ketua Seksyen dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-

      Sumber Utama yang lain apabila diperlukan dari semasa ke semasa.

 

   DI KEMENTERIAN KESIHATAN

 

  1.   Membantu pentadbiran ‘network system’ Kementerian dan memastikan ianya berjalan dengan baik setiap

        masa.

 

  2.  Mengendalikan tugas-tugas seperti System & Database Administration, Housekeeping, Data Back up dan lain-

       ain yang berkaitan dengan Operasi Sistem.

 

  3.  Membantu dalam mengawasi sistem keselamatan secara keseluruhan.

 

  4.  Menguruskan / melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan permintaan / permohonan

       pengguna-pengguna mengenai dengan teknologi maklumat.

 

  5.   Melaksanakan sistem baru atau peningkatan sistem Kementerian.

 

  6.   Bertanggungjawab dalam pemeliharaan sistem perisian (software).

 

  7.   Menguruskan mengenai permohonan ‘user change / new request’.

 

  8.  Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke

       semasa.

 

  9.  Membantu dalam lain-lain tugas tambahan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

  DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

 

  1.  Menerima tugas-tugas atau arahan daripada Pengawalan Data atau Pegawai atasan di bahagian Komputer.

 

  2.  Membuat kerja memasukkan data ke dalam sistem berkomputer.

 

  3.  Bekerja bergilir (shift duty) jika diperlukan.

 

  4.  Membuat kerja-kerja routine yang diarahkan oleh Ketuanya.

 

  5.  Menerima laporan sebarang masalah dan menghadapkan kepada Ketua.

 

  6.  Bertindak sebagai front-line interface to users.