IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 03 OKTOBER 2007)

BILANGAN IKLAN: 37/09/07 (SPA/BMI)

 

BAGI JAWATAN-JAWATAN BILANGAN GH7 HINGGA GH9

TARIKH TUTUP PEROMOHONAN IALAH PADA 24 SEPTEMBER 2007

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)

ATAU

M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

ATAU

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

 

 

 

3.

TUKANG UBAT PELATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 ($930 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PENAKSIR

JABATAN TANAH

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH5.

PEGAWAI UNDANG-UNDANG

JABATAN PEGUAM NEGARA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

GH.5-GH.9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH6.

JURUTEKNOLOGI MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH7.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH8.

PEGAWAI PELAJARAN UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH9.

PEGAWAI UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)

ATAU

M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

MERINYU UBAT PELATIH M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)         

 

a)       i)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan  sebanding dalam bidang Sains. DAN

 

ii)     4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik atau Sains serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik atau Sains diperingkat ini.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)     Calon-calon yang berjaya dilantik dikehendaki berkhidmat diperkhidmatan Farmasi dalam tempoh percubaan selama 2 hingga 8 bulan. Kemudian akan dihantar keluar negeri untuk mengikuti latihan selama 1 hingga 3 tahun bagi memperolehi Sijil Tukang Ubat Terlatih dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Farmasi.

 

c)      Bersedia mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan di bidang farmasi dari semasa ke semasa.

 

MERINYU UBAT TERLATIH M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)

 

a) Kelulusan Tukang Ubat atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Ubat Terlatih atau jawatan sebanding secara berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

 

c)   Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta Racun, Peraturan Penyalahgunaan Dadah dan Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan ubat-ubatan adalah kelebihan.

 

d)  Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

 

  1. Calon ini akan ditempatkan bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Farmasi.

 

  1. Calon-calon akan menjalankan tugas di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kegiatan-kegiatan yang dipertanggungjawapkan adalah seperti berikut:-

 

Ø  Menjalankan pemeriksaan di Kastam Lapangan Terbang, di Pejabat Pos dan Pelabuhan dalam mempastikan kemasukan ubat-ubatan dan bahan dan bahan kimia ke Negara Brunei Darussalam adalah yang telah disahkan penggunaannya.

 

Ø  Menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai ubat, pemborong/pembekal ubat dan bahan kimia termasuk kimia yang digunakan oleh pihak pertanian, industri dan ubat-ubatan veterinary.

 

Ø   Memeriksa dan mengambil contoh ubat dari mana-mana pihak yang berkenaan bagi pemeriksaan lanjut.

 

Ø   Memeriksa tempat penyimpanan ubat di klinik-klinik perubatan swasta dan kerajaan seperti yang diarahkan.

 

Ø   Menjalankan pemeriksaan ke atas kedai-kedai yang diketahui atau di syaki menjual bahan ubat atau kimia bagi memastikan penjualan racun-racun hanya dibuat oleh pemegang-pemegang lesen racun yang sah sahaja.

 

Ø  Memastikan bahawa ubat-ubatan yang dijual di negara ini telah disahkan kemasukannya oleh bahagian ini.

 

3.   Bersedia untuk menerima arahan serta bertanggungjawab terus kepada Ahli Kimia Ubat di semua peringkat di Penguatkuasaan ini.

 

4.   Bersedia bertugas pada bila-bila masa dikehendaki di luar bekerja dan Hari Kelepasan Awam dan di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

 

<< Atas

 

 

2.

MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

ATAU

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)      i)

BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. DAN

 

ii) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata Pelajaran Sains atau Matematik.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

LAIN-LAIN SYARAT:

 

1.   Calon-calon yang berjaya akan dilatih dalam negeri selama 18 bulan sebelum dihantar ke luar negeri selama 2 tahun untuk mendapat latihan professional untuk mendapat Diploma in Health Surveying, Royal Society Health Inspectors (Lon).

 

2.  Setelah menamatkan kursus dalam Diploma tersebut, calon-calon akan dinaikkan pangkat untuk ditetapkan dalam jawatan Merinyu Kesihatan dalam tanggagaji C.1 EB.2

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU KESIHATAN / PERCUBAAN

 

1.   Di bawah arahan Pegawai Perubatan Kesihatan atau Ketua Merinyu Kesihatan.  Merinyu Kesihatan akan terlibat dalam kerja-kerja Kesihatan Awam yang termasuk perkara-perkara berikut:-

 

o       Kebersihan Alam Sekitar

o       Kebersihan Makanan

o       Kawalan penyakit yang berjangkit

o       Kebersihan pelabuhan

 

2.     Kadangkala diperlukan bekerja di kem dan bermula di kampong pendalaman bila terlibat dalam kebersihan luar bandar, kawalan serangga (Vektor) dan Malaria.

 

 

<< Atas

 

 

3.

TUKANG UBAT PELATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 ($930 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. DAN

 

ii)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Matematik.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Calon-calon yang berjaya dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 2 hingga 8 bulan dan selepas itu akan dihantar keluar negeri untuk mengikuti kursus latihan selama 1 hingga 3 tahun bagi memperolehi Certificate of Dispensing.

 

c)       Kenaikan pangkat kepada Tukang Ubat Terlatih tertakluk kepada kelayakan dan terdapatnya jawatan kosong.

 

d)     Bersedia mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan dibidang farmasi dari masa ke semasa.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG UBAT PELATIH

                           

  1. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan untuk bertugas bergilir di sub-unit di bawah unit-unit Perkhidmatan Farmasi seperti yang disenaraikan bi bawah:-

 

                      i)          Perkhidmatan Dispensari Pesakit Luar

                     ii)         Perkhidmatan Dispensari Pesakit Wad

                    iii)        Perkhidmatan Farmasi Klinikal

                    iv)       Perkhidmatan Pembekalan Ubat Farmaseutikal

                     v)        Perkhidmatan Pembancuhan dan Pengeluaran Ubat

                    vi)       Perkhidmatan Kawalan Mutu Ubat

                   vii)      Perkhidmatan Penguatkuasaan Undang-Undang Farmasi

                  viii)     Perkhidmatan Pendaftaran Ubat

                    ix)        Perkhidmatan Penerangan Ubat dan Racun

                     x)         Perkhidmatan Penyelidikan dan Perkembangan Farmasi

                    xi)        Perkhidmatan Pembelian & Perbekalan Ubat

 

Ø        Memeriksa dan mengambil contoh ubat dari mana-mana pihak yang berkenaan bagi pemeriksaan

          lanjut. 

 

Ø        Memeriksa tempat penyimpanan ubat di klinik-klinik perubatan swasta dan kerajaan seperti

          yang diarahkan.

 

Ø       Menjalankan pemeriksaan ke atas kedai-kedai yang diketahui atau di syaki menjual bahan ubat

         atau kimia bagi memastikan penjualan racun-racun hanya dibuat oleh pemegang-pemegang

         lesen racun yang sah sahaja.

 

Ø      Memastikan bahawa ubat-ubatan yang dijual di negara ini telah disahkan kemasukannya oleh

        bahagian ini.