IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 10 JANUARI 2007)

BILANGAN IKLAN:  49/12/06 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1.

 PEGAWAI KEMAJUAN KOPERASI

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN

 PT1 – PT2

&

CARA PERMOHONAN

 

PT2.

PENYELIA SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

LK3.

PEGAWAI KEBUDAYAAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

LK3 – LK4

&

CARA PERMOHONAN

LK4.

JURULATIH KESENIAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

LK5.

KETUA PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK5 – LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

LK6.

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK7.

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK8.

PENGUASA TAMAN DAN BUNGA

PEJABAT DAERAH TEMBURONG

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN)

LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                           

 

 

PT1.

PEGAWAI KEMAJUAN KOPERASI

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Perniagaan / Ekonomi atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.      Bertanggungjawab mengawasi dan menyusun jadual kerja - kerja penyeliaan koperasi - koperasi seluruh Negara.

 

2.      Melaksanakan fungsi Bahagian yang berkenaan.

 

3.      Merangka dan mengawasi projek - projek berkenaan.

 

4.      Bertanggungjawab dalam pengembangan industri dan kemajuan keusahawanan.

 

5.      Memberikan khidmat sokongan kepada pengusaha perindustrian.

 

6.      Pengumpulan / penganalisaan maklumat industri pembuatan dan menyediakan garispandu yang sesuai.

 

7.      Menjalankan tugas - tugas yang diarahkan oleh Pengarah atau pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

PT2.

PENYELIA SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau berkaitan dengan hal ehwal komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang berikut adalah diberikan keutamaan:-

 

i)        Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan.

 

ii)      Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengendalian pelbagai:-

a.       Projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat

b.      Platform Teknologi Maklumat terkini

 

iii)    Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai:-

a.       Sistem-sistem kualiti pejabat

b.      Peraturan kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI JABATAN PERDANA MENTERI:

 

1.      Membantu dalam pengurusan dan pengendalian Pusat Data Jabatan Perdana Menteri.

 

2.      Membantu mengawas dan menyelaras kerja pemeliharaan peralatan dan rangkaian IT Jabatan Perdana Menteri.

 

3.      Membantu dalam urusan perkembangan dan pemeliharaan sistem dan aplikasi yang ada.

 

4.      Memberi bantuan teknikal kepada pengguna-pengguna.

 

5.      Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN:

 

1.      Menjaga dan memelihara sambungan rangkaian Kementerian Pendidikan, di Ibu Pejabat, Jabatan-Jabatan dan Sekolah-Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

 

2.      Memasang dan membantu menjalankan peralatan ICT jika diperlukan oleh pengguna di Kementerian Pendidikan.

 

3.      Membuat tugas pemeliharaan dan “upgrade” software, hardware dan “Operating System” ke atas komputer (PC) di bawah jagaan Jabatan Teknologi Informasi dan Komuniksai, Kementerian Pendidikan apabila diperlukan.

 

4.      Menyediakan dan memeliharaan “Portal” Kementerian.

 

5.      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Bahagian, Penolong Pengarah dan Pengarah Jabatan ICT dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 


LK3.

PEGAWAI KEBUDAYAAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah bekhidmat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebagai Penolong Pegawai Kebudayaan atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Merancang dan membuat kertas kerja bagi projek dan acara-acara Kebudayaan dan Kesenian sebagai langkah mempelbagaikan dan mengembangkan dokumentasi Bahagian.

 

2.      Sebagai Pegawai Penghubung Bahagian Kebudayaan bagi projek atau acara-acara kebudayaan.

 

3.      Membantu Pegawai Perkembangan Kebudayaan untuk menyediakan laporan tahunan, laporan berkala dan lain-lain.

 

4.      Membantu menyusun dan mengawasi persembahan kebudayaan dalam dan luar negara.

 

5.      Meneliti dan mensahkan bersama Pegawai Perkembangan Kebudayaan segala urusan tuntutan sebelum dihadapkan ke Ketua Bahagian.

 

6.      Bersedia bertugas di dalam dan luar negeri bila-bila masa.

 

7.      Bersedia menerima arahan dari Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK4.

JURULATIH KESENIAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebagai Pembantu Jurulatih Kesenian (tanggagaji D3) tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab memberikan bimbingan serta latihan asas seni tari Asli Brunei sebagai culture preservation.

 

2.      Bertanggungjawab mencipta, mereka seni tari samada berbentuk tradisi, kontemporari atau moden.

 

3.      Merancang aktiviti seperti taklimat, bengkel, kursus yang berkaitan dengan bidang kesenian di dalam negeri.

 

4.      Bersedia untuk memberi taklimat, bengkel dan kursus berhubung dengan kesenian dan kebudayaan samada di dalam atau luar negara.

 

5.      Membuat penyelidikan serta dokumentasi seni dan budaya.

 

6.      Merencana dan menyusun persembahan kebudayaan di dalam dan luar negara.

 

7.      Bersedia bertugas di dalam dan luar negera bila-bila masa.

 

8.      Bersedia menerima arahan dari Ketua unit dan Bahagian dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 


LK5.

KETUA PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menjadi Ketua Penyelia Bagahian Operasi, Kewangan, Pentadbiran Filatelik dan lain-lain lagi.

 

<< Atas

 

 

LK6.

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding (tanggagaji D2) tidak kurang dari 3 tahun serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan bahagian dan kakitangan serta penyeliaan pemerosesan dan penyerahan surat-surat dan bungkusan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menjadi pembantu kanan penyelia di Bahagian Operasi dan kepada Ketua-Ketua Pos di Pejabat-Pejabat Pos Cawangan berhubung dengan hal-hal bersangkut-paut dengan penyelenggaran pemerosesan, penghantaran dan penyerahan surat-surat dabn bungkusan.

 

2.      Menjadi penyelia kepada posmen-posmen dan untuk menentukan bahawa meraka membuat kerja-kerja dengan amanah dan menurut jadual bagi ditempatkan di Pejabat Pos Cawangan.

 

3.      Membuat pemeriksaan mengejut pada masa posmen-posmen menjalankan tugas-tugas.

 

4.      Membuat laporan dalam Bahasa Melayu dengan baik.

 

5.      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketu Bahagian.

 

<< Atas

 

 

LK7.

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani atau Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

iii)    Mempunyai Sijil Komputer dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menjalankan kerja-kerja perkeranian pos di bahagian-bahagian kaunter, bungkusan, mel, kewangan, perkhidmatan khas filatelik, pejabat-pejabat Pos cawangan dan lain-lain.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

LK8.

PENGUASA TAMAN DAN BUNGA

PEJABAT DAERAH TEMBURONG

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang jurusan Landskap / Jurukultra Kebunan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang landskap dan pengurusan taman dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang landskap dan pengurusan taman dalam tanggagaji D4 / D3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

iv)    Mempunyai pengalaman dalam penguasaan Landskap, Taman dan Bunga merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      </