IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 07 MAC 2007)

BILANGAN IKLAN: 07/02/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1.

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

DI JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)  ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT1 –PT2

&

CARA PERMOHONAN

 

PT2.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)  ATAU

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

 

LK3.

PENOLONG PENYELIA ARKIB TINGKAT II

UNIVERSTITI BRUNEI DARUSSALAM

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

LK3

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

LK4.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK4

&

CARA PERMOHONAN

 

LK5.

PENOLONG PENGAWAS SYARIKAT-SYARIKAT INSURANS

DI KEMENTERIAN KEWANGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

LK5

&

CARA PERMOHONAN

 

LK6.

PENGAWAS KENDERAAN TINGKAT I

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

GH7.

PENGANALISA SISTEM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

Ijazah Lulus : $111.30 SEHARI

Ijazah Kepujian : $119.50 SEHARI

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

GH7

&

CARA PERMOHONAN

  

 

                                      

  << Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

PT1.

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

DI JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

               ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:        

 

a) Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial

    /  Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang

    berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:       

 

b)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang

            Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti /   

            Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang          

            bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal

            kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian

       dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

 

iii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan

        dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

PENTADBIRAN/HAL EHWAL  ANTARABANGSA DAN PENYELIDIKAN

 

1.      Mengendalikan penyelidikan yang berhubung dengan hal ehwal kemasyarakatan di negara ini.

 

2.      Pegawai Penghubung (coordinator) Jabatan dengan agensi-agensi tertentu sama ada dari dalam atau 

         luar  negeri.

 

3.      Menyediakan dan mengaturkan sebarang program, latihan atau kursus yang diperlukan oleh pegawai 

         dan  kakitangan Jabatan mengikuti keperluan semasa.

 

4.      Membuat penyelidikan berhubung dengan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan Jabatan.

 

5.      Membantu Pengarah/Timbalan Pengarah dalam hal ehwal penyelidikan, penyediaan kertas kerja,

         penyemak terhadap sebarang persuratan/kertas kerja dari luar negeri.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KELUARGA

 

Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita

 

1.      Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita.

 

2.      Bertanggungjawab dalam bidang penyelidikan, perkembangan dan penerbitan perkara-perkara

         yang  berkaitan dengan wanita dan pembangunan keluarga serta klien kebajikan yang lain.

 

3.      Mengumpulkan dan menyibarkan maklumat mengenai wanita dan pembangunan serta klien

         kebajikan yang lain.

 

4.      Menyediakan / mengendalikan kursus-kursus, program latihan, kempen, seminar dan

         simposium mengenai wanita dan pembangunan keluarga seta klien kebajikan yang lain.

 

5.      Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan keganasan dalam rumah, terutamanya

         keatas wanita, termasuklah memberi khidmat:

 

i.                    Kaunseling

ii.                  Bantuan Guaman

iii.                Salah seorang ahli Urusetia “Task Force on Child Abuse dan Domestic Violence”.

 

6.      Bertanggungjawab dalam kes-kes berkaitan dengan Undang-Undang Perlindungan Perempuan-

         Perempuan dan Gadis-Gadis 1972.

 

7.      Salah seorang pegawai yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.

 

8.      Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.

 

9.      Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di dalam

         Jabatan Pembangunan Masyarakat.

 

10.    Menerima arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.

 

Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak

 

1.      Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.

 

2.      Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan permohonan anak angkat dari dalam dan

         luar negeri, kanak-kanak dibuang (“abandoned babies”) dan kanak-kanak diseksa.

 

3.      Mengumpulkan maklumat mengenai kes-kes yang disebutkan dalam para (b)

         bagi tujuan kajian/penyelidikan.

 

4.      Menjadi salah sorang ahli Urusetia dalam “Task Force on Chil Abuse and Domestic Violence”.

 

5.      Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.

 

6.      Salah seorang pegawai yang boleh dilantik untuk menalankan tugas Penolong Pengarah.

 

7.      Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di Jabatan

         Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.

 

8.      Menerima arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.

 

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN ORANG-ORANG CACAT, PEMULIHAN AKHLAK DAN PENEMPATAN KERJA

 

Perkhidmatan Orang-Orang Cacat

 

1.      Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, yang meliputi

         seluruh negara, iaitu:-

 

i.          Pusat-Pusat Bahagian di semua daerah iaitu Kelas Bimbingan bagi Kanak-Kanak Cacat.

ii.         Pusat Pekerjaan Orang-Orang Cacat.

iii.        Skim Berdikari Orang-Orang Cacat.

iv.        Pemulihan dalam komuniti bagi Oang-Orang Cacat.

v.         Mengawasi semua guru-guru dan pengajar-pengajar yang bertugas di (i) dan (ii).

 

2.      Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.

 

3.      Salah seorang Pengawai yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.

 

4.      Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian /unit-unit di

        dalam Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap 2 tahun.

 

5.      Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.

 

Perkhidmatan Pemulihan Akhlak

 

1.      Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Pemulihan Akhlak, yang meliputi

         seluruh negara, iaitu:-

 

i.          Rumah Pemulihan Akhlak Kanak-Kanak Nakal.

ii.         Rumah Perlindungan Wanita Taman Noorhidayah.

iii.        Perkhidmatan Asuhan dan Bimbingan (Probation and Aftercase).

iv.        Mengawasi semua kakitangan, guru-guru dan pengajar di Rumah-Rumah (i) dan (ii).

 

2.      Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.

 

3.      Salah seorang Pegawai yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.

 

4.      Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit di dalam

         Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.

 

5.      Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari masa ke semasa.

 

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PENCEN-PENCEN

 

Perkhidmatan Kebajikan Am

 

1.      Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Am iaitu:-

 

i.          Bantuan Bulanan.

ii.         Bantuan Perumahan

iii.        Bantuan Bencana Alam

iv.        Bantuan Sekaligus

v.         Bantuan Orang-Orang Terdampar

vi.        Pengurusan Tabung-Tabung Amal

vii.       Skim Berdikari bagi Janda, Balu dan Orang-Orang Susah.

 

2.      Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.

 

3.      Salah seorang Pegawai yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.

 

4.      Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit dalam

         Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.

 

5.      Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

PT2.

PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

           ATAU

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM UB.1:          

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Elektrikal dan Elektronik serta

              telah berkhidmat dalam tanggagaji C.3 dalam jawatan berkaitan tidak kurang dari 5 tahun dan

              telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

           

ATAU

 

ii)      Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Ketua Juruteknik Makmal dalam tanggagaji

         C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari

        9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 EB.2:      

 

a)     Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Hons Fizik / Materials, Hons. Fizik Major.  

 

  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama  adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengurus semua makmal di Jabatan Kimia supaya semua kelas amali, kerja-kerja

         penyelidikan kakitangan akademik, projek penuntut dan juga penggunaan instrumen berjalan

         dengan lancar.

 

2.      Mengurus stor peralatan, stor bahan kimia dan bengkel peniupan kaca.

 

3.      Bertanggungjawab menyediakan anggaran perbelanjaan Jabatan Kimia:

 

i.       Membuat spesifikasi, justifikasi serta menyediakan dokumen-dokumen untuk pembelian

         alat-alat kelengkapan makmal dan instrumen setiap tahun.

ii.      Untuk membaiki instrumen yang rosak pada tahun yang ditaksirkan.

 

4.      Membuat penentuan/pemilihan untuk membeli alat-alat kelengkapan dan instrumen makmal

        dari perbelanjaan yang diluluskan oleh pihak Universiti.

 

5.      Bertanggungjawab terhadap perangkaan bilangan kakitangan tambahan makmal kimia dengan

         membuat justifikasi yang kukuh setiap tahun.

 

6.      Bertanggungjawab terhadap cara yang betul tanpa pencemaran dalam pembuangan sisa kimia. 

         Melatih kakitangan teknikal menjalankan penyulingan semula larutan sisa kimia yang telah digunakan.

 

7.      Bertanggungjawab kerja-kerja memperbaiki:

 

a.      Alat-alat kelengkapan dan instrumen makmal bagi pengajaran dan penyelidikan di Jabatan Kimia.

b.      Kemudahan yang disediakan bagi melicinkan bidang pengajaran da penyelidikan di dalam makmal.

 

8.      Mengurus semua kakitangan teknikal dalam kerja harian dan memberi latihan di dalam bidang-

         bidang  berikut:

 

a.      Keselamatan makmal dan bagaimana menangani situasi kecemasan semasa bekerja di dalam makmal.

b.      Teknik-teknik terkini untuk mengendalikan kerja-kerja di dalam makmal pengajaran dan makmal penyelidikan.

c.      Mendedahkan kakitangan teknikal terhadap teknik-teknik semasa untuk mengendalikan instrumen yang moden

        di Jabatan Kimia.

 

9.      Bertanggungajawab untuk membuat laporan prestasi tahunan kakitangan teknikal.

 

10. Mengelola dan menyimpan rekod-rekod berikut:-

 

a.      Inventori Jabatan Kimia secara berkomputer.

b.      Perkhidmatan yang diberi kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Jabatan-Jabatan di dalam

         Universiti  Brunei Darussalam.

c.      Rekod kemalangan di dalam makmal.

d.      Rekod personal kakitangan makmal.

 

11. Bertanggungjawab terhadap keselamatan di makmal pengajaran dan penyelidikan serta

     mempastikan langkah keselamatan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

 

12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

LK3.

PENOLONG PENYELIA ARKIB TINGKAT II

UNIVERSTITI BRUNEI DARUSSALAM

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam Pentadbiran Arkib/ Pengurusan Rekod /

              Sains Perpustakaan atau kelulusan sebanding.

 

 kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.1 dalam jawatan bersesuaian tidak kurang

         dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D.3 dalam jawatan bersesuaian tidak kurang

       dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh

        membaca dan menulis jawi dengan lancar.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Bruneiana.

 

2.      Membantu dalam pengurusan rekod di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Kementerian-Kementerian.

 

3.      Mengawasi rekod-rekod ARKIB UBD dijaga dan dipelihara dengan baik sehingga dipindahkan

         ke Pusat Rekod.

 

4.      Melaksanakan kerja penyusunan dan menyediakan senarai bagi fail-fail tutup koleksi Arkib.

 

5.      Mengawasi perlaksanaan kerja yang dibuat oleh kakitangan bawahan.

 

6.      Bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan di stor simpanan Arkid.

 

7.      Brsedia bertugas di luar waktu pejabat dan Iuar daerah apabila diperlukan.

 

8.      Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan apabila dikehendaki.

 

 

<< Atas

 

LK4.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam

             bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekominakasi /

             Komputer / Teknologi Maklumat atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan dalam tanggagaji C.2 tidak

      kurang dari 3 tahun DAN pernah mengikuti latihan penyelanggaraan terhadap ‘Specialist Equipment’   bagi Lapangan Terbang seperti ATC Primary and Secondary Radar, Processor, Meteorological  Radar, Transmitter & Receivers, Instrument Landing System, Distance Measuring Equipment, DVOR, HFSSB, Integrated Communication Control System, Direction Finder, Interrogator, Flight Information Display System, Security Checks Equipment, Automatic Weather Obervation System dan sebagainya.

 

Mempunyai pengalaman di dalam pemeliharaan, pengendalian dan penyelenggaraan komputer

adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab  secara langsung kepada Jurutera Telekom Penerbangan terhadap

         Pengurusan Teknikal melalui Unit Kecil Perhubungan atau Surveillance ATM atau Pemaliman atau

        Terminal atau Kajicuaca di dalam pengendalian, pemeliharaan dan penyenggaraan semua peralatan    elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam iaitu dengan  memberikan

        perkhidmatan yang licin dan menepati kehendak piawain Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan

        Awam  “(International Civil Aviation Organisation, ICAO) – ANNEX 10” dan yang berkaitan dengannya.

 

2.      Memahami segera ciri-ciri prestasi yang telah dimaktubkan dan sekaligus diterapkan di dalam

         kerja harian.

 

3.      Berhubung rapat dengan Pegawai Penyelaras DWK dan Jurutera Telekom Penerbangan; Ketua Unit

        Kecil di dalam semua aspek bagi tujuan untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang licin dan

        menepati taraf penyelanggaraan ICAO.

 

4.      Memberi pengawasan yang rapi dan bimbingan kepada kakitangan di dalam apa jua aspek

         penyenggaraan dan sebagainya.

 

5.      Memastikan kakitangan melaksanakan:-

 

i.        Kerja penyenggaraan selaras dengan peraturan/ prosedur dan jadual-jadual yang telah

         ditetapkan dan yang telah dipersetujui dan disahkan oleh komite.

 

ii.      Ubahsuai yang betul lagi sempurna terhadap sistem / peralatan.

 

iii.    Kerja pembaikan yang berperaturan dan memuaskan.

 

 

6.      Mengendalikan dan melaksanakan pemeriksaan tentukuran (penerbangan berkala) terhadap peralatan

        / sistem elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang  difikirkan perlu.

 

7.      Mengendalikan dan melaksanakan serta mengawasi projek pemasangan / peralatan / sistem

         elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang baru .

 

8.      Mensahkan dan menghadapkan  laporan teknikal kepada Jurutera Telekom Penerbangan bagi apa

         jua jenis kerosakan / kerja penyenggaraan terhadap peralatan / sistem elektronik Lapangan

         Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam sebaik sahaja peralatan / sistem tersebut  kembali beroperasi.

 

9.      Memastikan peraturan-peraturan keselamatan bagi kegunaan / amalan teknisyen-teknisyen di

         bahagian ini sentiasa dikaji secara terperinci dan dipatuhi.

 

10.    Melaksanakan tugas-tugas tambahan jika diperlukan (kadangkala berkaitan dengan bahagian khususnya

         dan Jabatan amnya).

 

<< Atas

 

 

LK5.

PENOLONG PENGAWAS SYARIKAT-SYARIKAT INSURANS

DI KEMENTERIAN KEWANGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Insurance / Banking and Finance

             /  Accounting.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Berkhidmat di Kementerian Kewangan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

       kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu tugas-tugas Pegawai Insurans dan Penolong Pegawai Insurans dalam mengawal segala

         aktiviti dan operasi syarikat / takaful serta menguatkuasakan mengikut undang-undang, peraturan

         -peraturan dan garis pandu yang telah ditetapkan.

 

2.      Membantu Pegawai Insurans dan Penolong Pegawai Insurans dalam mengendalikan pengawasan

         melalui  “off site” dan “on site” yang termasuk memeriksa, mengkaji dan menganalisa

         perangkaan,  membuat pemeriksaan di tapak, menganalisa akaun-akaun dan membuat kerja

         -kerja susulan ke atas laporan Juruaudit serta kerja-kerja berkaitan.

 

3.      Membantu Pegawai Insurans dan Penolong Pegawai Insurans mengendalikan hal ehwal insurans /

         takaful tempatan, serantau dan antarabangsa.

 

4.      Mengendalikan kerja-kerja pentadbiran ke atas syarikat insurans / takaful.

 

5.      Mengendalikan dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan pegawai atasan

         dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

LK6.

PENGAWAS KENDERAAN TINGKAT I

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang  Kejuruteraan Automobil atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian

         dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pengawasan kakitangan dan pengurusan kenderaan darat

        dan laut merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Ditugaskan bagi membantu Pengawas Kenderaan dalam pengurusan pejabat kenderaan dan kakitangan termasuk mekanik, pemandu dan jua peralatan /kenderaan.

 

<< Atas

 

 

GH7.

PENGANALISA SISTEM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

Ijazah Lulus : $111.30 SEHARI

Ijazah Kepujian : $119.50 SEHARI

Ijazah Sarjana: $127.70 SEHARI

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengisian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dan kebolehan berikut diberi keutamaan:

 

      i)    Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan.

 

ii)      Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengurusan pelbagai

·        Projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat;

·        Platform Teknologi Maklumat terkini;

·        Platform Pengurusan Pusat Maklumat atau Pusat Pemulihan Maklumat;

 

iii)    Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai sistem-sistem keselamatan dalam penggunaan Internet.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Penganalisa Sistem bertanggungjawab kepada Setiausaha Tetap Kementerian atau Ketua Jabatan dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan Setiausaha Tetap Kementerian atau Ketua Jabatan mengikut garispandu di bawah ini.

 

1.      Mengendali projek-projek Teknologi Maklumat termasuk:-

 

i.       Urusetia / ahli Jawatankuasa Pandu Projek;

 

ii.      memulakan (iniate) dan memperkembangkan inisiatif-inisiatif baru untuk membantu fungsi

         pengguna meningkatkan produktiviti kerja perkhidmatan awam;

 

iii.     Merangka keperluan pelanggan, membuat analisis SWOT dan strategi dan jika perlu, membuat

        kerja kemungkinan dan prototyping;

 

iv.     Menyediakan cadangan dan rancangan Teknologi Maklumat untuk mendapatkan peruntukan

        dengan kaedah selective sourcing;

 

v.      Menyediakan spesifikasi-spesifikasi sistem dan tawaran mengikut rangka keperluan pelanggan

         yang dipersetujui;

 

vi.     Menilai tawaran memperolehi sistem-sistem, perkhidmatan-perkhidmatan, rangkaian

        dan prasarana Teknologi Maklumat mengikut spesifikasi tawaran dan menyediakan kontrak

       perbekalan dan/atau pemeliharaan mengikut spesifikasi tawaran yang dipersetujui;

 

vii.     Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi perlaksanaan pengendalian kontrak

         para pembekal dan perkembangan projek mengikut spesifikasi-spesifikasi sistem tawaran dan memenuhi rangka kepeluan pelanggan yang dipersetujui;

 

viii.    Memberi nasihat dan bantuan kepada pengguna.

 

2.      Mengendali perkhidmatan-perkhidmatan Teknologi Maklumat termasuk latihan dan tugas-tugas berikut:-

 

 

i.       Pengendalian kawalan kualiti, merangka piawai-piawai dan prosedur-prosedur bagi menwujudkan sistem-sistem kualiti melibatkan Teknologi Maklumat dan melaksanakan pengauditan dalaman untuk mengkaji kualiti dan menilai prestasi perlaksanaan pengurusan dan penegndalaian perkhidmatan-perkhidmatan, projek dan sistem-sitem Teknologi Maklumat;

 

ii.            Pengendalain perancangan, merangka cadangan dan rancangan-rancangan Teknologi Maklumat untuk mendapatkan peruntukan dengan kaedah selective sourcing melaui fasa permulaan projek;

 

iii.          Pengendalian perkembangan projek (applikasi dan teknikal) melalui fasa permulaan, fasa tawaran, fsa perlaksanaan, fasa perkembangan dan fasa selepas perlaksanaan projek;

 

iv.           Pengendalian pentadbiran sistem, penjadualan sistem, perbekalan dan pemeliharaan aset, bantuan keselamatan, operasi bantuan komunikasi, pemeliharaan sistem-sistem applikasi dan bantuan pengguna;

 

v.             Penegendalian perhubungan awam, perkembangan sumber tenaga manusia, rancangan-rancangan kursus formal dan latihan kakitangan dalam bidang Teknologi Maklumat bagi perkembangan khusus;

 

vi.           Pengendalian penyelidikan teknologi  / saintifik dan Teknologi Maklumat bagi perkembangan khusus.

 

3.    Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi perlaksaan pengendalian projek dan perkhidmatan  berkenaan dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Kerajaan termasuk perlaksaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan.

 

4.    Menganalisa masaalah dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuarsa diberikan.  Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Setiausaha Tetap Kementerian atau Ketua Jabatan untuk kebenaran.

 

5.    Mengkaji dan membuat sokongan pembaikan innovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan stuktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian mencapai misi, matlamat dan objektifnya.

 

6.    Memudahkan dan menyertai kumpulan (teams and task force) mengkaji proses reengineering dan sistem-sistem kualiti melibatkan Teknologi Maklumat.

 

 

                                                                                                                                                                                      << Atas    

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN PT1 DAN PT2:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK3:

 

 

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UP: BAHAGIAN PERJAWATAN

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BS1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN LK4:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN  BAGI BILANGAN LK5:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

TINGKAT 15, BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN

COMMONWEALTH DRIVE

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK6:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH7 :

 

 

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

TINGKAT 4, BANGUNAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM