IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 07 FEBRUARI 2007)

BILANGAN IKLAN: 03/01/07 (SPA/BMI)

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1.

JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

PT1 – PT2

&

CARA PERMOHONAN

PT2.

PENGHANTAR SAMAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

LK3.

PEGAWAI PENYELIDIK

DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

BELIA DAN SUKAN

C.2-3 EB.4  ($1,450-$2,620 SEBULAN)

 

LK3 – LK5

&

CARA PERMOHONAN

 

LK4.

PEMAIN MUZIK

DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK5.

PEMBAHAGI BUKU

DI JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

D.1 EB.2-3  ($530 - $1,125 SEBULAN)

LK6.

PEMERIKSA TANAH

DI JABATAN TANAH

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

LK6

&

CARA PERMOHONAN

LK7.

TENAGA PENGAJAR

DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2-3 EB.4  ($1,450-$2,620 SEBULAN)

LK7

&

CARA PERMOHONAN


<< Atas                                            

 

                

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                        

  

 

 

PT1.

JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3 :  

 

a)                              Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 :          

 

a)      i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan (tanggagaji C.3) tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Teknik (tanggagaji C.3) tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

iii)  Pernah mengikuti latihan pemeliharaan terhadap Specialist Equipments Lapangan Terbang seperti ATC Primary and Secondary Radar/ATM, Meteorological Radar, Transmitter & Receivers, Instrument Landing System dan lain-lain lagi.

 

ATAU

 

b)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian (tanggagaji C.3)  tidak kurang dari 9 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.                   Bertanggungjawab mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap, jujur dan penuh amanah serta pemedulian terhadap semua lapisan pegawai/kakitangan di Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan.

 

2.                   Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbangan terhadap Operation & Maintenance Management dan Development & Support Management.

 

3.                   Merancang, mengurus, mengawal dan menggerak pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan seperti menghadapkan rancangan dan anggaran belanjawan, rancangan latihan, rancangan pengambilan kakitangan baru, rancangan mengenai projek-projek pemasangan baru bagi peralatan/sistem, mengawal dan memastikan harta benda Kerajaan digunakan dengan betul, memastikan peraturan-peraturan keselamatan bagi kegunaan teknisyen-teknisyen di Unit-Kecil berkenaan sentiasa dikaji secara terperinci dan dipatuhi dengan sempurna dan pembekalan alatganti dan sebagainya adalah mencukupi bagi melincinkan perkhidmatan yang diberikan dan menepati kehendak piawaian Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam (ICAO) – ANNEX 10 dan yang berkaitan dengannya.

 

4.                   Sentiasa memastikan tarap pengendalian, pemeliharaan dan penyenggaraan yang dilaksanakan di Unit-Kecil berkenaan di Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan adalah menepati dan memuaskan. Sehubungan itu juga maintenance procedures dan maintenance year planner bagi peralatan/sistem Lapangan Terbang yang berkenaan perlu disediakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi rujukan kerja pengendalian, pemeliharaan dan penyenggaraan. Manakala laporan bulanan bagi peralatan/sistem juga perlu dihadapkan kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbangan.

 

5.                   Menyelaras dan menghadapkan laporan pemeriksaan penerbangan berkala terhadap peralatan Pemaliman dan bantuan pendekatan yang dilaksanakan oleh kumpulan Tentukuran Penerbangan dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia bagi memenuhi dan menepati taraf antarabangsa dan perlaksanaan yang disyorkan kepada pihak berkenaan.

 

6.                   Bertanggungjawab bagi pengesahan, pengakuan terhadap peralatan / sistem baru di Unit-Kecil berkenaan bagi memenuhi kehendak tawaran spesifikasi dan keperluan pengguna-pengguna di Jabatan Penerbangan Awam.

 

7.                   Menghadapkan laporan tahunan bagi kegiatan-kegiatan yang berlaku di sepanjang tahun di Unit-Kecil berkenaan kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbangan.

 

8.                   Berhubung rapat dengan Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam (ICAO), Jabatan Telekom dan Jabatan-Jabatan yang ada hubung kait dengan Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan khususnya dan Jabatan Penerbangan Awam amnya.

 

9.                   Melaksanakan apa juga tugas-tugas tambahan jika diperlukan oleh bahagian khususnya dan Jabatan amnya.

 

<< Atas

 

 

 

PT2.

PENGHANTAR SAMAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)       i)   Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan penguatkuasaan (tanggagaji F1) tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)      Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah dan bersih dari tindakan tata tertib.

 

c)       Pengalaman dalam bidang penguatkuasaan undang-undang merupakan keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.       Menghantar surat-surat kenyataan kepada pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha yang berkenaan bagi pihak Pengerusi Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Kemajuan.

2.       Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.

3.       Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

LK3.

PEGAWAI PENYELIDIK

DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2-3 EB.4  ($1,450-$2,620 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)  i)     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

           

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan penyelidikan (tanggagaji C1) tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)      Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.       Melakukan pengumpulan maklumat/data.

 

2.       Membantu Pegawai Penyelidik Kanan dalam menyediakan dan menyusun maklumat kajian dan penyelidikan.

 

 

<< Atas

 

 

LK4.

PEMAIN MUZIK

DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang muzik.

 

                                                                        ATAU

 

ii)       Lulus 1 mata pelajaran Sijil Am Peringkat Biasa dalam mata pelajaran yang berkenaan atau kelulusan sebanding dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang yang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

 

                                                                        ATAU

 

iii)     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 5 tahun.

 

                                                                        ATAU

 

iv)     Lulus ujian pratikal yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 

b)                  Mempunyai pengalaman bermain muzik dengan sebuah kumpulan / orkestra yang diperakui.

 

c)                   Boleh membaca score muzik.  Selain daripada itu, kebolehan / kemahiran dalam menyusun lirik muzik adalah diberi keutamaan.

 

d)                  Boleh bermain alat-alat muzik tradisional dan pancaragam kombo.

 

e)                  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Mengadakan latihan-latihan muzik.

2.       Memenuhi rancangan latihan dan persembahan seni budaya/kebudayaan.

3.       Membantu jurulatih Kesenian (Muzik) menyusun dan mencipta muzik/lagu untuk satu-satu rancangan.

4.       Membuat kerja-kerja kajian terhadap lagu-lagu dan muzik Brunei.

5.       Memberi latihan seni muzik kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

6.       Lain-lain tugas yang diaturkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK5.

PEMBAHAGI BUKU

DI JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

D.1 EB.2-3  ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)  i)     4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian (tanggagaji E1) tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai badan yang tegap dan sanggup bertugas ke kawasan-kawasan luar bandar untuk menghantar buku/majalah dan dapat menjalankan tugas tanpa perlu arahan atau pengawasan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.       Menyediakan dan menghantar pesanan buku/majalah daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, sekolah/maktab atau pihak-pihak lain.

2.       Menyediakan dan menghantar buku/majalah yang dipesan dari luar negeri ke Bahagian Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa dan seterusnya menyediakan Borang Pengakuan Kastam (Customs Declaration Form).

3.       Bertugas semasa pameran/jualan anjuran Jabatan-Jabatan Kerajaan, sekolah/maktab atau pihak swasta.

4.       Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.

5.       Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua bahagian/Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.

 

 

LK6.

PEMERIKSA TANAH

DI JABATAN TANAH

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman bekerja dalam kerja-kerja pemeriksaan, penyiasatan dan pemetaan tanah dan mempunyai kebolehan membentuk dan menyediakan laporan bagi satu penyiasatan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Ilmu Alam Negara Brunei Darussalam adalah kelebihan.

 

 

TUGAS