IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 04 APRIL 2007)

BILANGAN IKLAN: 11/03/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13  ( $2,270 - $4,240 SEBULAN )

PT1 - PT2

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

PT2.

PENYEMAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 LK3.

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL MASJID

DI JABATAN HAL EHWAL MASJID

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK3 – LK5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 LK4.

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

DI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.6 ($1,515 – $2,370 SEBULAN)

 

 LK5.

PENTERJEMAH ARAB

DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

LK6.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /

M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)

LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

LK7.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /

M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)

LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

 LK8.

SETIAUSAHA KETIGA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5  ($1,990-$2,970 SEBULAN)

 

NOTA:  Tarikh tutup iklan bagi jawatan ini

19 MAC 2007 

LK8

&

CARA PERMOHONAN

  

 

                                 

<< Kembali Ke Arkib                                          

 

 

 

 

    PT1.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13  ( $2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

  Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Bertanggungjawab dalam salah satu dari bidang tugas tersebut:-

i)                   Perkembangan Dakwah

ii)                 Masjid

iii)               Syariah

iv)               Urusan Haji

v)                 Kemajuan Syiar Islam

vi)               Pentadbiran

vii)             Teknologi Maklumat

 

2.     Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh Jabatan.

 

3.     Membantu Pengarah dan Penolong Pengarah dalam urusan Jabatan.

 

4.     Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah/Penolong Pengarah/Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas   

 

 

 

   PT2.

PENYEMAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam

              bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

1.      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang

        dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)      Mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam membaca dan menulis Jawi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melakukan kerja-kerja penyemakan ke atas rencana dan manuskrip agar segala fakta, ejaan dan

         teknik sesebuah rencana dan manuskrip itu betul dan sahih.

 

2.     Menyelaras dan mengendalikan bersama bahan-bahan penerbitan yang akan dicetak.

 

3.     Menyemak dan memastikan bahan-bahan penerbitan sudah bersih sebelum dicetak.

 

4.     Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas      

 

 

 

    LK3.

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL MASJID

DI JABATAN HAL EHWAL MASJID

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengajian 

           Islam atau bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Masjid dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang

     dari 3 tahun atau sebagai Imam Tingkatan III dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari

     4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.     Membantu tugas-tugas Pegawai Hal Ehwal Masjid dalam bahagian-bahagian tertentu.

 

2.     Melaksanakan dasar yang ditetapkan ke atas tugas-tugas pegawai-pegawai masjid.

 

3.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

 

   LK4.

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

DI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.6 ($1,515 – $2,370 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Mempunyai Sijil Kursus Perguruan Ugama/Maktab Perguruan Ugama.

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari

     5 tahun.

 

ATAU

 

iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 7 tahun

    dan telah ditetapkan dalam jawatan

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

Membantu kerja-kerja pengurusan sambutan hari-hari kebesaran Islam.

 

 

<< Atas      

 

 

 

    LK5.

PENTERJEMAH ARAB

DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang penterjemahan (Arab / Melayu / Arab) atau pernah mengajar dalam Bahasa Arab tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.       Menjalankan tugas-tugas penterjemahan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu dan sebaliknya.

 

2.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

 

   LK6.

PENDAFTAR TANAH

DI JABATAN TANAH

C.3-4 EB.5 ($1,990 – $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang

          Pengurusan Tanah / Pengurusan Estet atau bidang bersesuaian.

                                                                                         

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat di Jabatan Tanah dalam jawatan berkaitan dengan Pendaftaran atau jawatan

        bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang

       dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari

      4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam sistem Pendaftaran Tanah Torrens dan dalam

            kerja-kerja menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

c)         Bersedia untuk menjalani latihan lanjut pengendalian komputer agar dapat mengeluarkan arahan-

           arahan pengguna kepada kakitangan di Jabatan Tanah bagi memproses permohonan-permohonan

           melalui Daftar Tanah secara komputer serta berpengetahuan luas mengenai pentadbiran.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.        Bertanggungjawab keatas semua kerja-kerja pendaftaran hakmilik tanah dan hal-hal lain

           yang diperlukan ke atasnya.

 

2.        Bertanggungjawab dalam membuat penyemakan maklumat yang didaftar bagi pengeluaran geran-

           geran tanah baru.

 

3.        Menyelaras dan mengawas pengeluaran dan pendaftaran geran-geran tanah baru.

 

4.        Bertanggunjawab keatas pemeliharan dan pengawasan maklumat hakmilik tanah serta keselamatan

           Buku-buku Daftar Tanah.

 

 

<< Atas      

 

 

 

    LK7.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /

M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

MERINYU UBAT PELATIH M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)  

 

a)  i)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan  sebanding dalam

            bidang Sains. DAN

 

1.   Lulus 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat

      Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik atau Sains serta lulus

      dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik atau Sains diperingkat ini.

     

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    Calon-calon yang berjaya dilantik dikehendaki berkhidmat diperkhidmatan Farmasi dalam tempoh

       percubaan selama 2 hingga 8 bulan. Kemudian akan dihantar keluar negeri untuk mengikuti latihan

       selama 1 hingga 3 tahun bagi memperolehi Sijil Tukang Ubat Terlatih dalam Penguatkuasaan Undang-

       Undang Farmasi.

 

c)     Bersedia mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan

       dibidang farmasi dari semasa ke semasa.

 

MERINYU UBAT TERLATIH M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)

 

a)     Kelulusan Tukang Ubat atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

  Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Ubat Terlatih atau jawatan sebanding secara berterusan

        tidak kurang dari 5 tahun.

 

c)     Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta Racun, Peraturan Penyalahgunaan Dadah

       dan Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan ubat-ubatan adalah kelebihan.

 

d)     Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dan menulis

       dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

 

1.   Ditempatkan bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Farmasi.

 

2.   Menjalankan tugas Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kegiatan-kegiatan dan bertanggungjawab

      seperti berikut:-

 

    1. Menjalankan pemeriksaan di Kastam Lapangan Terbang, di Pejabat Pos dan Pelabuhan dalam mempastikan kemasukan ubat-ubatan dan bahan kimia ke Negara Brunei Darussalam  adalah yang telah disahkan penggunaannya.
 
    1. Menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai ubat, pemborong/pembekal ubat dan bahan kimia termasuk kimia yang digunakan oleh pihak pertanian, industri dan ubat-ubatan veterinar.
       

              C.   Memeriksa dan mengambil contoh ubat dari mana-mana pihak yang berkenaan bagi pemeriksaan
                    lanjut.

 

    1. Memeriksa tempat penyimpanan ubat di klinik-klinik perubatan swasta dan Kerajaan seperti yang diarahkan.

 

    1. Menjalankan pemeriksaan ke atas kedai-kedai yang diketahui atau disyaki menjual bahan ubat atau kimia bagi memastikan penjualan racun-racun hanya dibuat oleh pemegang- pemegang lesen racun yang sah sahaja.
       
    1. Memastikan bahawa ubat-ubatan yang dijual di negara ini telah disahkan kemasukannya oleh bahagian ini.

       
  1. Bersedia untuk menerima arahan serta bertanggunjawab terus kepada Ahli Kimia Ubat disemua peringkat di Penguatkuasaan Farmasi.

 

  1. Bersedia bertugas bila-bila masa dikehendaki di luar waktu bekerja dan Hari Kelepasan Awam dan di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

  

 

<< Atas       

 

 

 

   LK8.

SETIAUSAHA KETIGA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5  ($1,990-$2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam

            bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

                          ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang

     dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)             Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam bidang Teknologi Maklumat adalah kelebihan.

 

c)            Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan menulis

              dan bertutur dalam bahasa asing yang lain adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.       Mengendalikan kerja-kerja hal ehwal Pentadbiran dan Kewangan.

 

2.     Mengendalikan kerja-kerja Protokol dan Konsular.

 

3.     Menyediakan laporan hal ehwal Politik, Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.

 

4.     Membuat kertas kerja, penilaian prestasi, laporan tahunan dan lain-lain laporan yang diarahkan.

 

5.     Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

NOTA:  Tarikh tutup iklan bagi jawatan ini 19 MAC 2007

 

<< Atas            

 

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

PT1 DAN PT2:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 

 

TEMPAT MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

 LK3-LK5: 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK6: 

 URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KAUNTER BAHAGIAN PENTADBIRAN

TINGKAT 4, JABATAN TANAH

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

 LK7 : 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN, TINGKAT 1

COMMONWEALTH DRIVE, JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

LK8 : 

 PENGARAH PENTADBIRAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

DAN PERDAGANGAN ,

JALAN SUBOK, BANDAR SERI BEGAWAN, BD2710

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM