IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP :  18 JULAI 2007)

BILANGAN IKLAN: 26/06/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KAJI SELIDIK

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN 

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

PEGAWAI HAL EHWAL MASJID

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)ATAU

B.2 ($2,270-$3,760 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

3.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

4.

PENYELIA ARKIB

JABATAN-JABATAN KERAJAAN 

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

5.

MEKANIK BILIK BEDAH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN 

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

6.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

DAN PERDAGANGAN 

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

7.

TEKNISYEN BILIK MAYAT

KEMENTERIAN KESIHATAN 

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KAJI SELIDIK

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN 

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Politik / Perhubungan Antarabangsa / Undang-Undang atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)  Mengetahui peraturan-peraturan am Kerajaan, hal ehwal semasa khusus dalam bidang politik, hubungan antarabangsa dan dasar-dasar Kerajaan termasuk bidang pertahanan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membuat analisa mengenai isu-isu strategik yang merangkumi isu-isu yang berhubungkait dengan pertahanan, ekonomi, politik dan perhubungan antarabangsa.

 

2.   Menyediakan laporan-laporan semasa mengenai isu-isu diatas dengan mengambil kira implikasinya terhadap Negara Brunei Darussalam.

 

3.  Bersedia untuk menjalankan tugas-tugas penyelidikan dalam apa-apa jua isu yang selain dari aspek-aspek diatas seperti mana jua yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI HAL EHWAL MASJID

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270-$3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:        

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:       

 

b)     i) Diploma Pengajian Islam serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

           5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

    ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Masjid dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI HAL EHWAL MASJID:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid.

 

2.     Menjadi Ketua Pentadbiran di masjid tempat bertugas dan kepada Pegawai-Pegawai masjid yang di

        bawah kawalannya.

 

3.    Menjadi Imam, menyampaikan khutbah dan menunaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan

       Fardhu Kifayah.

 

4.  Bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan aktiviti takmir masjid,

     masjid keagamaan dan kebaikan jemaah.

 

5.  Memimpin, memeduli dan membimbing Pegawai Masjid di bawah kawalannya dari segi

    meningkatkan profesyen, ilmu pengetahuan, amal ibadat, ketertiban (tingkah laku) dalam menjalankan

    tugas dan lain-lain tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

 

6.  Bertanggungjawab mengawas pemeliharaan bagunan masjid, menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan disekitarnya serta membuat laporan mengenainya.

 

7.   Bertanggungjawab membuat penilaian prestasi bagi Pegawai-Pegawai Masjid dan kakitangan di bawahnya.

 

8. Berusaha bersama-sama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Majlis Perundingan Kampong /

    Majlis Perundingan Mukim bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat penduduk

    kampong dan sekitarnya.

 

9.   Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

3.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam

              bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

           

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pekerja Kanan Belia dan Sukan atau jawatan bersesuaian

      dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

.

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

b)     Berpengetahuan serta berpengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan peralatan

        komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BELIA DAN SUKAN:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

 

i)        Pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

 

ii)       Penyelidikan, penerangan dan perkembangan hal ehwal belia dan sukan.

 

iii)      Merancang, menyusun dan melaksanakan program tahunan belia dan sukan di peringkat

          Jabatan, Daerah dan Kebangsaan.

 

iv)     Menyelaras, menyediakan dan mengumpul rekod serta maklumat tentang kegiatan-kegiatan

         Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi laporan bulanan dan tahunan.

 

v)      Terlibat dalam promosi kegiatan belia dan sukan.

 

vi)     Terlibat dalam melaksanakan dasar dan prosedur berkaitan.

 

vii)    Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi-agensi yang berkenaan di dalam dan di

        luar negeri.

 

viii)   Terlibat dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan dan rancangan Kemajuan Belia dan Sukan.

 

2.      Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

 

PENYELIA ARKIB

JABATAN-JABATAN KERAJAAN 

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Arkib / Sejarah

              / Pengajian Asia Tenggara / Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding

             dalam bidang yang sama.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penyelia Arkib atau jawatan bersesuaian

      dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh

        membaca dan menulis jawi dengan lancar.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BELIA DAN SUKAN:

 

1.     Bertanggungjawab kepada Jabatan dalam memastikan kelicinan perjalanan Bahagian Arkib.

 

2.     Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pemeliharaan indeks dan sistem Failing.

 

3.    Bertanggungjawab dalam memelihara dengan sempurna tentang keaslian sesuatu perkara di

       samping perkara yang berkaitan rapat dengannya.

 

4.     Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

5.

MEKANIK BILIK BEDAH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN 

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Mechanical Engineering atau

     bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)   Telah bekhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 3 tahun, atau dalam tanggagaji

      D.3 dan berpengalaman dalam bidang mekanik atau sebanding selama 5 tahun.

 

c)   Berpengalaman bekerja di dalam bilik pembedahan adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEKANIK BILEK BEDAH

 

1.   Bertugas di bilik bedah dan membuat pemeliharaan bagi mesin-mesin.

 

2. Membuat lawatan ke lain-lain  Hospital-Hospital ke empat daerah bagi membuat pemeriksaan atau pemeliharaan bagi mesin-mesin bius.

 

3.   Bersedia untuk menerima arahan dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan kerja seperti yang diberikan oleh Ketua Bahagian (Ketua Unit).

 

 

 

<< Atas

 

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN 

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)