IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 16 MEI 2007)

BILANGAN IKLAN: 17/04/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGURUS ASRAMA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

2.

PEGAWAI PERKEMBANGAN UGAMA

JABATAN PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

3.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN  ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

4.

GURU BAHASA MELAYU

UNIT SIMPANAN GURKHA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2  ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 

 5.

PEMBANTU MUZIUM

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA

DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 6.

TRADESMAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

1.

PENGURUS ASRAMA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI  B.2 EB.3:

 

  a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Pentadbiran / Pengurusan atau dalam bidang bersesuaian.

         

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI  B.2:

 

  a)       i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang

                 Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan

                 dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

                 dalam jawatan.

 

ATAU

 

          ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Asrama Tingkat I / Penolong Pengurus Asrama

               atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan

               dalam jawatan.

                 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

   1.    Mengendalikan pentadbiran Asrama, termasuk permakanan dan minuman pelajar.

 

   2.    Bertanggungjawab atas semua kakitangan Asrama.

 

   3.    Memproses  permohonan pelajar yang ingin tinggal di Asrama.

 

  4.    Membantu menyelaras dan memberi kerjasama kepada pelajar Asrama dan segala kegiatan yang

        dijalankan oleh Universiti / Institut  / Maktab / Sekolah, Jawatankuasa Asrama, badan-badan dan

        kelab-kelab pelajar di Asrama.

 

  5.   Mengawasi dan memastikan keselamatan kemudahan-kemudahan yang perlu bagi pelajar di Asrama.

 

  6.   Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI PERKEMBANGAN UGAMA

JABATAN PUSAT DAKWAH ISLAMIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3 :

 

   a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 :

 

  a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang

            Pengajian Islam  atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam

            jawatan bersesuaian dalam tangggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

            dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Pusat Dakwah Islamiah atau Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Penolong

    Pegawai Perkembangan Ugama dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan

    dalam jawatan.

 

  b)     Mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran pejabat dan perkembangan dakwah adalah

          kelebihan.

 


 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

  1.    Berdakwah kepada orang yang tidak berugama Islam di Bandar atau di kawasan pedalaman.

 

  2.    Berceramah secara bersemuka atau melalui radio dan televisyen.

 

  3.    Mengajar dalam kursus-kursus dan seumpamanya di dalam atau di luar Pusat Dakwah Islamiah.

 

  4.    Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran bagi sesuatu bahagian atau unit.

 

  5.    Menyediakan bahan bacaan untuk terbitan Pusat Dakwah Islamiah.

 

  6.    Menapis dan mengesahkan kesahihan bahan terbitan yang akan dimasukkan dan diedarkan dalam

         negara ini.

 

 

<< Atas

 

 

 

3.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN  ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraaan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.

 

  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

   b)  Mempunyai pengalaman dalam elektronik/kelengkapan solid-state atau rekabentuk hawa dingin/pendingin

        loji adalah kelebihan.

 

   c)  Memahami dengan mudah kawalan elektronik dan sistem pembahagian/penjanaan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

  1.  Membantu Jurutera Kerja Kanan di Bahagian masing-masing bagi di setiap cawangan-cawangan di Jabatan ini.

 

  2.  Mengepalai Bahagian Penyelenggara Alat Hawa Dingin dan menyelia kerja-kerja penyelenggara di loji-loji

       yang dimiliki oleh Kerajaan.

 

  3. Membantu Jurutera Kerja Kanan dalam menyelenggara operesen pembahagian dan pemeliharaan

      serta mengenal pasti masalah-masalah Janakuasa dan pembahagiannya atau perkara yang bersangkutan.

 

  4. Akan diarahkan bertugas shift-duty sama ada di Bahagian Janakuasa Cawangan Gadong 3 atau

      Janakuasa Cawangan Berakas.

 

  5.  Mengurus, menyelaras, merancang projek-projek dalam unit/cawangan.

 

  6.  Membuat pensuisan (switching) sehingga 66,000V.

 

  7.  Menjalankan tugas-tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Elektrik dan

       Pegawai-Pegawai Kanan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

 

GURU BAHASA MELAYU

UNIT SIMPANAN GURKHA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2  ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan

       sebanding termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

 

 Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

  b)  Diploma Pendidikan / Sijil Perguruan atau sebanding.

 

  c)  Berumur 45 tahun kebawah.

 

  d)  Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   1.   Akan juga ditugaskan dan mengajar Bahasa Melayu

 

 

<< Atas

 

 

 

5.

PEMBANTU MUZIUM

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)    i)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau

               kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang

        dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

   b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkebolehan

        membaca tulisan jawi adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   1.   Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian di tempat dia ditugaskan.

 

   2.   Bertugas sebagai tenaga bantu dalam kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian berkenaan.

 

   3.   Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.

 

   4.   Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Ketua Bahagian apabila dikehendaki.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

6.

TRADESMAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)     i)   BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang teknikal yang bersesuaian.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat II dalam tanggagaji F.3 tidak kurang

         3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI JABATAN PERIKANAN:

 

   1.    Memasang, membaiki dan memelihara peralatan teknik.

 

   2.    Menolong ‘Leading Person’ dalam pemeliharaan dan operasi bekalan air masin.

 

   3.    Bertanggungjawab dalam tugas-tugas seharian.

 

   4.    Mempam air masin.

 

   5.    Perawatan air masin dengan bahan kimia.

 

   6.    Kerja-kerja k