IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP :  15 OGOS 2007)

BILANGAN IKLAN: 30/07/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

KETUA PENGURUS PUSAT

PERSIDANGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

DAN PERDAGANGAN

B.3 ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

 

3.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN KERJA RAYA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270-$3,760 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN

AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

7.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

8.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN – JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

9.

PEMBANTU TUKANG UBAT

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

GH10.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PEJABAT MENTERI TENAGA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH11.

JURUTERA

BAHAGIAN KORPORAT, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GH11

&

CARA PERMOHONAN

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

KETUA PENGURUS PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.3 ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau Kejuruteraan, atau kelulusan

      sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

                       

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                            DAN

 

     ii)    Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai Pengurus Pusat

            Persidangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                                                          ATAU

 

      iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pengurusan / Pentadbiran

           atau Kejuruteraan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

                                              

                                                           ATAU

 

iv)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam

      jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

 

c)         Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:-

i)    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii)   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii)  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)     Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam hal-hal pengurusan persidangan, mesyuarat,

        pengurusan logistik sekretariat, penggunaan sistem ‘conference’ dan sebagainya adalah kelebihan.

 

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Bertanggungjawab dan melapor terus kepada Pengarah Pentadbiran.

 

2.      Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan pentadbiran keseluruhan Pusat

         Persidangan Antarabangsa.

 

3.      Mentadbir dan membuat pengkajian sistem perkhidmatan kewangan, dan perbelanjaan harian,

         pentadbiran serta pengurusan yang ada di dalam bahagiannya.

 

4.      Menyediakan belanjawan tahunan. Menyemak, membuat laporan ke atas perbelanjaan, kutipan-kutipan

         hasil dan tindakan kepada yang menjelaskan tuntutan.

 

5.      Membuat perancangan perkembangan Pusat Persidangan, membuat penelitian dan pengiraan bagi

         satu-satu pembaharuan serta penyelidikan ke arah matlamat Jabatan.

 

6.      Menyediakan penyeliaan aktiviti-aktiviti Pusat Persidangan.

 

7.      Mengawasi pegawai dan kakitangan bawahan termasuk pengawalan kerja-kerja yang dilaksanakan

         oleh kontraktor-kontraktor.

 

8.      Pengawalan penggunaan Pusat Persidangan, berhubung dengan pihak-pihak pengguna serta

         membuat laporan penggunaan.  

 

9.      Menyediakan susunan tugas bagi pegawai-pegawai dan kakitangan bawahnnya.

 

10.   Menghadiri mesyuarat-mesyuarat pentadbiran di Kementerian dan jua mesyuarat berhubungkait

       dengan penggunaan Pusat Persidangan Antarabangsa.

 

11.    Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

3.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN KERJA RAYA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

4

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI (3) DAN (4) DALAM TANGGAGAJI B.2 EB.3: 

 

a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian,

         atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN (3) DAN (4) DALAM TANGGAGAJI B.2 :

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perhubungan Awam /

               Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang

               sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3

               tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau

      jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus

       dengan Kepujian/Kredit mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil

       Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

c)      Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

d)      Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

e)      Berkebolehan dalam mengahadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

f)       Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI BILANGAN (3) DAN (4) :

 

1.      Menjadi jurucakap rasmi/sanggamara.

 

2.      Meningkatkan dan mempertahanakan imej organisasi.

 

3.      Menyalur maklumat kepada pihak awam.

 

4.      Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.

 

5.      Menangani masalah dan konflik.

 

6.      Mewujudkan perhubungan rapat diantara media dalam dan luar organisasi.

 

7.      Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.

 

8.      Menjadi sumber maklumat dan rujukan.

 

9.      Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai

        dalam program tertentu.

 

10.   Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

5.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270-$3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:    

 

a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan

         sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:   

 

b)      i)    Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian,

            atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

    ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.

 

2.      Mengetuai dan mentadbir cawangan-cawangan di bawah tangungjawabnya.

 

3.      Merancang, meneliti semula dan menilai projek bahagian dengan mengambil kira perkembangan

         teknologi maklumat (IT) dan membuat laporan mengenainya.

 

4.      Menyelia dan melatih kakitangan bahagian, termasuk mengawasi disiplin serta prestasi kerja

         kakitangan bawahan.

 

5.      Terlibat secara langsung dan penyelidikan mengenai perkembangan perkhidmatan perpustakaan

         dan menghasilkan penulisan.

 

 << Atas

 

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau

               kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat II atau

         jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus

        dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil

        Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

c)      Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

d)     Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

e)     Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

f)      Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Menyalur maklumat kepada pihak awam.

 

2.      Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.

 

3.      Menangani masalah dan konflik.

 

4.      Mewujudkan perhubungan rapat diantara media dalam dan luar organisasi.

 

5.      Mewujudkan sistem maklumat dan rujukan.

 

6.      Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakkan penglibatan orang ramai

         dalam program tertentu.

 

7.     Membuat urusan-urusan penempahan bilik-bilik hotel, tiket-tiket dan kenderaan-kenderaan \

        urusan-urusan  ketibaan/pemergian pegawai-pegawai, urusan-urusan jamuan seperti tempahan bilik makan

        di restaurant serta urusan-urusan pembelian barang-barang dan stor.

 

8.      Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

7.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau

               bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat II dalam tanggagaji

         C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Bertanggungjawab kepada Pegawai Perpustakaan.

 

2.      Membantu kerja Perpustakaan dalam cawangan tertentu.

 

3.      Menyusun dan menyebarkan maklumat dengan penggunaan Sistem Teknologi Maklumat.

 

4.      Terlibat secara langsung dalam perkembangan koleksi.

 

5.      Mengkatalog, mengkelas dan mengindeks bahan-bahan perpustakaan.

 

6.      Memilih bahan-bahan perpustakaan untuk dipesan.

 

 

<< Atas

 

 

8.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN – JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perpustakaan tidak kurang dari 3 tahun.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat I dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu kerja-kerja Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I.

 

2.      Mengetuai satu cawangan atau menyelia beberapa unit kecil.

 

3.      Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai.

 

4.      Mengendalikan penyusunan dan seterusnya penyebaran meklumat secara on-line (dengan menggunakan
   komputer).

 

5.      Membantu Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I dalam usaha mengembangkan koleksi perpustakaan.

 

6.      Mengendalikan promosi perpustakaan.

 

 

<< Atas

 

 

9.

PEMBANTU TUKANG UBAT

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding. Mempunyai kelulusan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris adalah keutamaan.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di salah satu bahagian di Jabatan Perkhidmatan Farmasi

          seperti yang disenaraikan bi bawah:-

 

  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Hospital:-

 

                                  i)        Unit Dispensari Pesakit Luar

                                 ii)        Unit Dispensari Pesakit Dalam

                                iii)        Unit Farmasi Klinikal seperti Farmasi Onkologi

 

  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Komuniti
  • Bahagian Ubat Pengeluaran Ubat Farmaseutikal
  • Bahagian Kawalan Mutu Ubat
  • Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
  • Bahagian Penerangan Ubat dan Racun
  • Bahagian Pendaftaran Ubat
  • Bahagian Pembelian & Perbekalan Ubat, Stor Perubatan Negara

 

2.      Bersedia untuk menerima arahan dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan kerja seperti yang

         diberikan oleh Ahli Kimia Ubat dan Tukang Ubat Terlatih disemua peringkat di bahagian berkenaan.

 

3.      Calon-calon akan bertanggungjawab terus kepada Ahli Kimia Ubat dan Tukang Ubat Terlatih

         disemua peringkat dalam menjalankan perkhidmatan bahagian / bahagian masing-masing.

 

  

<< Atas

 

 

GH10.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PEJABAT MENTERI TENAGA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal industri tenaga (seperti minyak, gas,

       elektrik, renewable energy, R & D, petroleum engineering, chemical engineering dan mechanical engineering)

      / Business Administration / Management atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam

      bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian/Unit dalam membuat penyelidikan, penganalisaan, perancangan dan perlaksanaan dalam hal ehwal industri tenaga.

 

2.   Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian/Unit dalam membuat perancangan pembaharuan dan
pemantauan ke atas projek-projek yang berkaitan dengan hal ehwal industri tenaga.

 

3.   Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian/Unit dalam penyelidikan, pengendalian dan pengurusan serta
membuat laporan dalam hal ehwal industri tenaga yang berkaitan dengan ehwal dasar,
penggunaan, pasaran dan pengawalan.

 

4. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian/unit dalam urusan-urusan penyelidikan dan pemantauan mengenai dengan isu-isu global mengenai tenaga, teknologi-teknologi terkini dan best practices, dan isu-isu tenaga yang berbangkit didalam penglibatan negara pada hubungan dua hal dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti APEC/ASEAN dan sebagainya; dan seterusnya membuat laporan-laporan yang tertentu dari semasa ke semasa.

 

5.   Bertanggungjawab bagi membantu Ketua bahagian/Unit dalam hal-hal yang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran Jabatan-jabatan yang di bawah kawalan Pejabat Menteri Tenaga, dan syarikat-syarikat minyak dan gas di bawah Prime Minister’s Corporation (PMC) dan lain-lain syarikat minyak dan gas yang ada beroperasi di negara ini.

 

6.      Membantu dalam hal-hal yang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Audit Dalaman.

 

7.      Menjalankan penyelidikan serta membuat laporan atau kertas kerja yang berkaitan dengan hal ehwal

         industri tenaga dengan matlamat mempertimbangkan dan memperkembangkan industri tenaga Negara

         ini samada di dalam dan luar negeri.

 

8.      Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Jabatan/Bahagian

         /Unit dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH11.

JURUTERA

BAHAGIAN KORPORAT, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal adalah kelebihan) atau

         kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

           

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah diberi keutamaan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.      Mengawasi, mengawal serta memantau aktiviti-aktiviti berbentuk komersial dari segi

         pembekalan perkhidmatan bagi syarikat-syarikat minyak dan gas usahasama Kerajaan.

 

2.      Meneliti dan menilai strategi-strategi kontrak baru yang akan diguna-pakai oleh syarikat-syarikat

         minyak usahasama Kerajaan bagi kontrak pembekalan perkhidmatan untuk mempastikan

         pendapatan Kerajaan di tahap yang maksima dan kepentingan/dasar/syarat kerajaan dipatuhi.

 

3.      Menyertai penilaian dan perbincangan bersama dengan pihak syarikat-syarikat minyak dan gas

         usahasama Kerajaan ke atas tender-tender yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

 

4.      Mengawasi dan memantau perkembangan kontraktor-kontraktor tempatan yang beroperasi di

         syarikat-syarikat minyak dan gas usahasama Kerajaan.

 

5.      Menyediakan / memperkenalkan langkah-langkah / strategi-strategi / inisiatif-inisiatif baru

         bagi mengembangkan penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan khususnya SME ke dalam industri

         minyak dan gas negara.

 

6.      Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

TARIKH TUTUP IKLAN BAGI BILANGAN GH11 :

18 OGOS 2007 – JAM 4.30 PETANG

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 9:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH10 : 

 PEJABAT MENTERI TENAGA

TINGKAT 5, BLOK UNIT PETROLEUM

BANGUNAN BAHIRAH

JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH11 :

 

UNIT PETROLEUM

BAHAGIAN PENTADBIRAN, TINGKAT 3

BANGUNAN BAHIRAH

JALAN MENTERI BESAR,

BANDAR SERI BEGAWAN BB3910

 

TARIKH TUTUP IKLAN BAGI BILANGAN GH11 :

18 OGOS 2007 – JAM 4.30 PETANG