IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP :  11 JULAI 2007)

BILANGAN IKLAN: 25/06/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG KETUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PENGUASA

JABATAN KERJA RAYA

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

 

PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERJAAN

C.2 EB.3  ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

JURULATIH OUTWARD BOUND

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

7.

 

KAKITANGAN KECEMASAN AMBULAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG KETUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)   i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Public and Social Administration / Community and Youth Studies /

               Sports Studies / Management atau bidang bersesuaian.

 

   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang berkaitan serta telah berkhidmat

      dengan Kerajaan  dalam tanggagaji C3 dalam Pentadbiran Belia, Sukan dan Kemasyarakatan tidak

      kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 dalam Pentadbiran Belia, Sukan

      dan Kemasyarakatan tidak kurang dari 7 tahun.

 

  b)   Mempunyai Professional Qualification Youth and Community Work yang diiktiraf oleh Education and Training

        Standard Committee of the Qualification in Sports Studies/Management merupakan kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1.    Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

 

i.      Pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

 

ii.     Mengetuai cawangan Jabatan Belia dan Sukan di Daerah-Daerah jika diperlukan.

 

iii.     Melaksanakan dasar-dasar dan prosedur berkaitan.

 

iv.     Menyediakan laporan bulanan dan tahunan bahagian masing-masing.

 

v.      Menyediakan, mengumpul dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

 

vi.     Merancang program mempelbagaikan sumber hasil Jabatan.

 

vii     Merancang dan melaksanakan program dan rancangan bulanan dan tahunan belia dan sukan

        dengan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan belia dan sukan.

 

viii.   Mengatur jadual dan mengadakan lawatan kerja ke Persatuan-Persatuan belia dan sukan

        serta menyediakan laporan.

 

ix.     Membuat Kajian dan perlaksanaan pembaharuan sistem perkhidmatan jabatan.

 

x.    Mempromosi dan memberi galakan kepada golongan belia dan pengiat sukan tentang

       konsep kesukarelawan gotong royong dan sikap pemedulian.

 

   2.   Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

   3.   Menerima arahan dari pegawai atasan.

 

   4.   Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 

 

 

<< Atas            

 

 

2.

 

PENGUASA

JABATAN KERJA RAYA

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a)   i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan

              Mekanikal / Ukur Bahan.

                          

                Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

                                     

ii)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam/

 Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Struktural  / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur

 Bahan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji

 C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

           

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun

     dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  b)   Calon-calon yang telah mengikuti serta lulus dengan kepujian kursus-kursus dalam bidang teknikal

        yang berkaitan yang dianjurkan atau diakui oleh Jabatan Kerja Raya merupakan kelebihan.

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA:

 

      [ BAGI BAHAGIAN AIR (SWE) ]

 

   1.   Bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir kakitangan dan pekerja-pekerja dibawah jagaan.

 

  2.    Mengawal dan mengawasi operasi dan pemeliharaan-pemeliharaan routin agar dilaksanakan

         dengan sempurna dan mengikut prosedur kerja seperti pemeliharaan paip-paip air, pemeliharaan

         peralatan-peralatan elektrik dan peralatan-peralatan mekanikal.

 

  3.    Menyediakan sebutharga/tender bagi kerja-kerja yang berkaitan seperti pemasangan dan baik pulih

         paip-paip. peralatan elektrik dan peralatan mekanikal.

 

  4.   Memastikan peraaltan-peralatan elektrik dan mekanikal, seperti pam dan motor dan juga peralatan

        yang lainnya dalam keadaan yang memuaskan.

 

   5.  Menyediakan lapuran harian dan bulanan kerja-kerja dan catitan data-data yang diarahkan.

 

   6.  Membantu menyediakan belanjawan tahunan bagi projek-projek yang akan dirancang.

 

   7.  Bertanggungjawab ke atas keselamatan kakitangan operasi dan pemeliharaan peralatan dan tapak bina.

 

   8.  Membantu Jurutera dalam membuat apa jua tugas-tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

 

    [ BAGI JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT (SKB) ]

 

    1.   Melapor kepada Penolong Pengarah / Jurutera Kerja Kanan.

 

   2.  Sebagai Ketua Unit Mekanikal, bertanggungjawab bagi menyelia dan mentadbir serta pengurusan

        penilaian Pegawai dan kakitangan Unit Mekanikal.

 

   3.  Pengurusan pengendalian enjin pam di bawah kawalan Jabatan Kerja Raya Kuala Belait.

 

  4.  Meneliti, memeriksa serta mengawal-atur semua keperluan atau kekurangan semua kenderaan

       Kerajaan [jentera berat dan ringan] serta memastikan:-

 

i.                    Keselamatan [ safety ] pekerja dan dalam bekerja

ii.                  Mutu [ kualiti, bahan atau kerja ] sentiasa memuaskan

iii.                Kemajuan “work programme”

iv.                Kebersihan

 

   5.  Memeriksa, mengawal perbelanjaan wang peruntukkan tahunan yang diperuntukandi bawah Unit Mekanikal.

 

   6.  Memberi tunjuk ajar dan kursus kepada pegawai dan kakitangan bawahan dibidang teknikal di dalam

       membaik-pulih enjin bagi jentera berat atau ringan.

 

   7.  Bersedia menerima arahan daripada pegawai atasan dari semasa ke semasa sama ada diluar waktu

        bekerja dan sebagainya.

 

      [ BAGI BAHAGIAN ARKITEK (SAR) ]

 

   1.  Membantu Arkitek Kerja/ Arkitek dalam semua hal mengenai projek.

 

   2.  Menjalankan tugas-tugas Arkitek Kerja atau Arkitek semasa ketiadaan Pegawai tersebut.

 

   3.  Mengetuai 1 unit kakitangan dalam hal-hal pemantauan, pengawasan dengan penyelarasan

        perlaksanaan projek.

 

   4.  Mengetuai pegawai dan kakitangan dalam hal-hal pengawasan projek di tapak bina.

 

   5.  Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Merinyu Kerja dalam tugas-tugas pengawas projek di tapak bina.

 

  6.  Memastikan pegawai dan kakitangan diberi latihan secukupnya bagi memenuhi keperluan tugas-

       tugas pengawasan projek di tapak bina.

 

<< Atas         

 

 

 

3.

 

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM: 

 

   a)   i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang perangkaan atau kelulusan

             sebanding dalam bidang perangkaan atau lulus bahagian permulaan, I dan II kelayakan

             professional peperiksaan Institute of Statistics (I.O.S).

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perangkaan Rendah dalam tanggagaji C.1 tidak

      kurang dari 5 tahun.

 

   b)   Pengetahuan dan pengalaman bidang penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

   c)   Boleh bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

    Secara amnya antara tugas-tugas jawatan ini termasuk membantu dalam urusan pemungutan,

    penyediaan, penelitian rumusan dan penganalisaan perangkaan Jabatan juga memasukan dan

    mengeluarkan maklumat yang ada melalui sistem komputer.

 

 

<< Atas      

 

 

4.

 

PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERJAAN

C.2 EB.3  ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM: 

         

  a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang penulisan atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat di Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pengarang atau

     jawatan berkaitan dengan bidang penulisan / penyuntingan / penerbitan dalam tanggagaji D4 tidak

     kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pengarang atau jawatan berkaitan dengan

     bidang penulisan/penyuntingan/penerbitan dalam tanggagaji D4 tidak kurang dari 4 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Mempunyai pengalaman dan /atau kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas

merupakan kelebihan.

 

  b)   Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta berkebolehan membaca dan menulis

        jawi dengan baik.

 

  c)  Mempunyai pengalaman dalam penulisan kreatif sastera serta esei sastera dan kebudayaan serta

       dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

   1.  Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian & Cawangan dan menyediakan bahan/

        data untuk kertas kerja mengenainya.

 

   2.   Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk

        disiplin dan prestasi kerja.

 

   3.  Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan

        laporan mengenainya.

 

   4.  Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan tahunan dan Anggaran

        Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.

 

   5. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang kerja Cawangan seperti mendapatkan dan mengumpul

       bahan – seperti menghubungi penulis-penulis dan membuat wawancara atau memilih dan menilai bahan-

       bahan penulisan kreatif untuk diterbitkan (dijadikan buku atau artikel dalam majalah Jabatan).

 

   6.  Terlibat dalam penelitian/pemilihan bahan-bahan untuk diterbitkan dan menyediakan bahan-bahan

        berkenaan untuk ditaip dan mengedit sebelum dihantar ke Bahagian Penerbitan.

 

   7.   Menyumbangkan (menulis) artikel kreatif dan non-kreatif untuk sumbangan ke dalam majalah/

         jurnal Jabatan.

 

   8.   Kerja-kerja lain yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas      

 

 

 

5.

 

JURULATIH OUTWARD BOUND

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM: 

 

   a)  i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang

             Latihan / Pendidikan / Sains Kemasyarakatan.

 

 Mempunyai kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji

      D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Mempunyai Diploma / Sijil dalam bidang Outward Bound School atau sebanding dan telah berkhidmat

     dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iv)  Pernah berkhidmat (Pesara) dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Polis Diraja Brunei

     sekurang-kurangnya Pangkat Sarjan.

 

  b)   Hendaklah berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun.

 

  c)  Berpengalaman dalam kegiatan-kegiatan pengembaraan di dalam hutan dan perairan serta dapat

       berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang sejauh 200 meter.

 

  d)   Calon-calon yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkayak /

        berkenu ( laut /sungai berjeram ), berkhemah secara berekspidisi, merentas hutan, abseiling, mendaki

        batu (rock climbing), mendaki gunung, menjalankan latihan, pengawasan cadaran tali menali

        (ropes challenge course) serta bidang pendidikan atau kegiatan pembangunan tidak kurang dari

        lima (5) tahun adalah keutamaan.

 

  e)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris adalah kelebihan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Memimpin, mengawasi dan menjalankan kursus latihan pengembaraan OBBD yang mencabar dari segi fizikal dan mental.

 

  1. Bertanggungjawab atas keselamatan fizikal, mental dan emosi setiap peserta semasa mengikuti kursus.

 

  1. Menjalankan sesi tinjauan secara berkesan (review & facilitation) bagi para peserta untuk membolehkan mereka mendapat pelajaran daripada pengalaman mereka.

 

  1. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan logistik yang berkaitan dengan perlaksanaan kursus secara efisien dan berkesan.

 

  1. Menjalankan projek-projek peninjau dan survey di kawasan perhutanan dan perairan demi untuk mengenal pasti kesesuaiannya untuk kegiatan OBBD.

 

  1. Membantu dalam penyediaan, pemeliharaan dan pembetulan rentis, peralatan dan kemudahan latihan, tapak perkemahan dan tapak-tapak yang akan digunakan untuk kegiatan Outward (misalnya, tapak abseiling).

 

  1. Membuat pertunjukan, menyampaikan ceramah dan membantu dalam pameran OBBD kepada masyarakat umum dari masa ke semasa.

 

  1. Membantu mengendalikan dan mengimplementasikan kegiatan-kegiatan Alumni OBBD kepada masyarakat umum dari masa ke semasa.

 

  1. Membuat penilaian dan laporan yang tepat, adil dan menasabah untuk peserta-peserta OBBD.

 

  1. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan.

 

 

 

<< Atas         

 

 

 

6.

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM: 

 

   a)  Mempunyai Sijil Pembantu Jururawat dan mestilah berdaftar dengan Lembaga Jururawat (BNA).

 

   b) Telah mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Pembantu Jururawat dari Pusat Latihan, Kementerian

       Kesihatan tidak kurang dari 2 tahun.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Melaksanakan tugas-tugas kejururawatan di OBBD dan yang diaturkan berpandukan dengan dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan.

 

  1. Memberikan penjagaan dan rawatan bagi keselesaan dan kesejahteraan peaskit dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.

 

  1. Melaporkan masalah kerja yang dihadapi kepada Jururawat yang lebih kanan.

 

  1. Membantu mencatat laporan / pemerhatian pesakit ke dalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.

 

 

 

<< Atas      

 

 

7.

 

KAKITANGAN KECEMASAN AMBULAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

  a)   i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan  sebanding dalam bidang Sains.

 

ATAU

 

       ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Jururawat dalam tanggagaji M4 EB5  tidak kurang

            dari 3 tahun.

 

  b)   Mempunyai lesen memandu Kelas 3 dan tidak pernah didakwa oleh Mahkamah dan boleh

        membaiki kerosakkan kecil.

 

  c)   Mempunyai Sijil Pertolongan Cemas merupakan kelebihan.

 

  d)  Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1.  Memberikan perkhidmatan cemas dan rawatan bagi pesakit-pesakit sebelum dan semasa perjalanan

       ke rumah sakit.

 

  2.  Memberikan perkhidmatan yang perlu kepada pesakit.

 

  3.  Bertanggungjawab keatas keselamatan kenderaan dan pesakit yang akan dihantar ke rumah sakit.

 

 

 

<< Atas         

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 7:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)